20 Jun 2009 - Alhamdulillah, Konvensyen Pelajar islam Kelantan kali ke -10 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Motivasi para mentor dan murabbi, Komitmen teman-teman, kemantapan ahli panel dan semangat para peserta memberikan satu kombinasi memaknai kejayaan penganjuran konvensyen yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada semua yang menjayakan konvensyen kali ini. moga-moga tema Meneladani Qudwah Membina Keunggulan Pelajar Muslim kali ini mampu digarapkan oleh semua peserta yang terdiri daripada pimpinan pelajar untuk merealisasikan keunggulan di alma meter masing-masing.
Terima kasih kepada pimpinan delegasi Yapeim , yang diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Mokhtar Bin Abdul Razak, Timbalan ketua pengarah YaPEIM atas kesudian merasmikan dan menyampaikan sumbangan untuk konvensyen kali ini. Juga tidak lupa kepada pimpinan PKPIM yang mewakili Presiden PKPIM, saudari Akmariah (Ketua Hewi PKPIM) atas kesudian untuk hadir meraikan dan merasmikan penutupan konvensyen. Terima kasih juga kepada semua urusetia yang bertungkus lumus mempersiapkan konvensyen yang dianggap berprestij untuk pelajar Islam di abad ini. Insya Allah, kelebihan yang ada akan dimantapkan lagi dan kelemahan semasa penganjuran akan diperbaiki supaya menjadi lebih baik di masa akan datang. Alhamdulillah, resolusi Konvensyen dapat di rungkaikan sebagai amanah yang akan dilaksanakan kelak oleh peserta dan juga pimpinan PPIK untuk merealisasikan Keunggulan Pelajar Muslim di persada.
|
Menyampaikan slot kepimpinan bertajuk Generasi Al-Fatih Meneladani Qudwah Membina Personaliti
|
Berita penuh berkenaan Konvensyen ini boleh dibaca melalui laman blog rasmi PPIk [ Klik Di Sini ]
Gratisan Musik