Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Kejohanan Fusal 1 Malaysia Disertai Oleh Pelbagai Kaum

Posted in Labels: | 7 comments

Kejohanan Futsal DUN Sungai Acheh Sempena Program Gen-Y

Posted in Labels: | 0 comments

Fun Ride Di Sungai Acheh!

Posted in Labels: | 0 comments

Cermah Isu-Isu Semasa Oleh Ustaz Dato kamal Saidin

Posted in Labels: | 0 comments

Gotong Royong Memasak Pemuda

Posted in Labels: | 0 comments

Persiapan Pemuda Menghadapi PR13

Posted in Labels: | 0 comments

Kejohanan Futsal peringkat Lembah Tasek Meriah!!

Posted in Labels: | 0 comments

Pemuda Turun Padang Bergotong Royong Membaiki Rumah Warga Emas

Posted in Labels: | 0 comments

Hari Keluarga Penduduk Kampung Permatang Ara

Posted in Labels: | 0 comments

Majlis Taklimat Penerangan Bersama Pemuda

Posted in Labels: | 0 comments

Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda Taman Bukit Panchor




Posted in Labels: | 0 comments

Program bersama Imam Muda Azhar Di Dewan PERDA Sungai Acheh


Posted in Labels: | 0 comments

Kejohanan Futsal Peringkat DUN Jawi

Posted in Labels: | 0 comments

Majlis Sembang Santai Bersama Pemuda Seri Keledang (DUN Jawi)

Posted in Labels: | 0 comments

Santai Bersama Pemuda Kepala Gajah! 33 Anak Muda Sertai UMNO!




Serah borang UMNO..Sdr Mohd Firdaus mewakili 33 rakannya menyerahkan borang menyertai Pemuda UMNO kepada Hj Rashidi Zinol (Ketua Pemuda UMNO NTebal).

Ada dikalangan mereka pernah menyokong dan membantu Parti Pembangkang namun kini menyertai Pemuda UMNO dibawah Cawangan Kepala Gajah.

Seramai 50 orang hadir bagi Program Santai Pemuda dan mendengar penerangan daripada Hj Rashidi dan Cikgu Zul (Ketua Penerangan UMNO NTebal) di Restoran Nasmir, Spg 4.
Alhamdulillah...

Pemuda UMNO Kepala Gajah dah lama berkubur, namun dengan penyertaan dan semangat golongan muda ini, Pemuda Cawangan Kepala Gajah akan ditubuhkan semula.Usaha mendekati golongan akar umbi pemuda ini akan terus digerakkan.

Posted in Labels: | 2 comments

Malam Ramah Mesra bersama Pemuda Jalan Baru (DUN Sungai Acheh)

Program yang berkonsepkan santai ini telah diadakan di gelanggang badminton Jalan baru, Sungai Acheh.


Alhamdulillah kehadiran cukup baik dimana sekitar 60 orang anak muda sekitar Jalan Baru telah hadir bagi mendengar apa yang telah disampaikan oleh wakil dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian iaitu Sdr Setiausaha, Ketua Penerangan berserta sebahagian AJK PPUBNT.Rata-rata yang anak muda yang hadir mendengar dengan penuh minat serta berikrar akan membantu UMNO dalam PRU13 akan datang. Mereka sendiri mengakui bahawa pakatan rakyat tidak boleh dipercayai dan banyak merugikan orang melayu sahaja.

Posted in Labels: | 0 comments

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBhg Dato' Zainal Abidin Bin Osman

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh ini berjaya menarik 32 buah pasukan dari kawasan sekitar Parlimen Nibong Tebal. 5 Pasukan dari kaum India turut sama menyertai pertandingan ini.

Juara kejohanan ini dimenangi oleh Pasukan Taman Harapan Kg Kedah B,
Naib Juara disandang oleh Melliu FC dari Sungai Acheh
Ketiga pasukan Seberang Tasek dan keempat dimenangi oleh Sinar Ilmu FC.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh Encik Abu Bakar Bin Md Noor yang mewakili Dato' Zainal Abidin manakala majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria.

Bagi pihak PPUBNT, admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan pertandingan kali ini. InsyaAllah, PPUBNT akan dari masa ke semasa mengadakan program yang bermanfaat kepada golongan muda ini bagi memastikan mereka tidak akan dilupakan.





Posted in Labels: | 2 comments

Santai BBQ Bersama Pemuda Sungai Buaya & Kg Besar

PPUBNT dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan Sungai Buaya telah mengambil insiatif untuk mengadakanmerapatkan ukhuwah bagi sesama ahli pemuda dengan mengadakan program barbeque. Alhamdulillah, kehadiran cukup baik dimana sekitar 80 orang anak muda di kawasan berdekatan telah hadir.


Program yang diadakan di Kafeteria Taman Negeri Bukit Panchor ini mendapat sokongan yang baik dari cawangan yang berhampiran.
Di kesempatan masa yang ada, Ketua Pemuda Sdr Hj Rashidi yang turut hadir dapat beramah mesra dengan hadirin yang hadir serta memberi penerangan yang jelas tentang halatuju pemuda UMNO dan BN amnya.
Program turun padang sebegini akan lebih digiatkan lagi pada masa terdekat ini bagi menggerakkan lagi semangat anak muda untuk membantu UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang bakal menjelang. Mudah-mudahan , Allah swt memberkati segala usaha murni kami.

Posted in Labels: | 0 comments

Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Barisan perwakilan PPUBNT ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia tahun ini terdiri daripada dari kiri, Sdr Setiausaha Amiruddin, Sdr Hasni, Dato' Razali Ibrahim, Sdr KP Tn Hj Rashidi. Sdr Abd Malik dan Sdr NKP, Noorazman Jamil.

Di dalam dewan persidangan

Bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Mahmud Zakaria


30 November 2011 Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC telah berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2011.

Perhimpunan dimulakan dengan penyampaian anugerah khas Kesatria Terbilang.Anugerah ini adalah satu penghargaan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengiktiraf Allahyarham Noramfaizul yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia.

Semua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO membaca Al-Fatihah untuk jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebelum memulakan persidangan pagi tadi.


Kemudiannya satu Anugerah Khas Pemuda UMNO 2011 turut diserahkan kepada Abdul Samad Abdul Dawood Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam merangkap Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia dimulakan dengan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin.

Ikuti ucapan tersebut.


Selesai ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia maka persidangan di teruskan dengan pembahas-pembahas dari setiap negeri.

Kami cukup tertarik dengan beberapa pembahas yang berjaya mencuit hati para perwakilan dengan ucapan yang cukup tegas disamping diselitkan dengan lawak jenaka.Semua perwakilan dilihat memberikan tumpuan penuh kepada setiap ucapan yang disampaikan.

Sdr Ir. Shaikh Hussin Maidin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Tahniah juga kepada semua perwakilan yang begitu komited memberikan tumpuan malahan tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga selesai persidangan.Ini menandakan pemuda UMNO dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin cukup bersedia dan menunjukkan satu semangat yang cukup kuat terutamanya dengan bahang untuk menghadapi pilihanraya ke-13.

Tak cukup dengan itu YB Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungannya telah menggariskan 7 perkara yang perlu dibawa baik oleh semua perwakilan untuk sama-sama bekerja dalam usaha serius pemuda untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke-13 nanti.


Kami bawakan kepada semua 7 perkara tersebut.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.


Beliau berkata, satu daripadanya ialah Pemuda perlu mewujudkan perpaduan yang ampuh di peringkat bahagian dengan memujuk ahli-ahli yang merajuk supaya kembali menyokong Umno kerana setiap undi adalah berharga.


Katanya, mereka juga perlu bekerjasama dengan Pemuda daripada parti komponen di bahagian masing-masing dalam menyusun strategi yang mencakupi seluruh kawasan termasuk kampung baru Cina dan estet-estet.
"Kita panggil badan bukan kerajaan, belia, persatuan-persatuan seperti pemandu teksi dan pastikan mereka jelas dengan dasar dan hala tuju BN," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2011 di sini, hari ini. Selain itu, Khairy berkata, Pemuda perlu mengemaskan jentera kerana mereka kini diiktiraf sebagai hulubalang oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya pemain sampingan.

Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.

"Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, Facebook dan Twitter, jangan takut kalau orang mengata BN... kita bagi penerangan, jangan lari," katanya.

Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.
"Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya," katanya.


Dalam pada itu, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai "calon boleh menang."

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini".


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, katanya.

Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden." - BERNAMA.

Syabas Pemuda ! Kita nantikan paluan gendang perang dibunyikan.

Posted in Labels: | 1 comments

Santai Kedai Kopi Bersama Pemuda

Baru-baru ini, Ketua Pemuda,Sdr Hj Rashidi bersama sebahagian AJK PPUBNT, telah mengadakan satu perjumpaan bersama anak-anak muda di sekitar cawangan Sungai Chenaam dan Batu 3.

Alhamdulillah, kehadiran sekitar 70 orang anak muda bagi mendengar mesej dan penerangan yang disampaikan secara santai dari ketua pemuda dapat diterima dengan baik dari rata-rata hadirin yang hadir.

Mereka tampak tidak sabar untuk menghadapi PRu13 bagi membantu untuk memenangkan Barisan Nasional kerana pada pendapat mereka pakatan rakyat sememangnya parti yang tak boleh diharap untuk membela mereka tambahan lagi dengan pelbagai masalah yang timbul dari pakatan sesama mereka.



Posted in Labels: | 4 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...