Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Botol Arak Gergasi: Syawal Ceria Di P.Pinang?

Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan. Lokasi: Penang Times Square, Pemaju Ivory.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.
Presidennya S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"."Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.- Bernama

Posted in Labels: | 0 comments

Wakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang. Semuanya Palsu Belaka


Wakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang dan yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin." Itulah jaminan dilontarkan Lim Guan Eng, tepat dua minggu selepas ditabal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 24 Mac 2008 sebagai bukti ketelusan kerajaan rejim DAP negeri baru kepada rakyat.

Tapi itu cerita empat tahun lalu dan hari ini cerita itu sudah berbeza sama sekali.

Hari ini keikhlasan jaminan kerajaan DAP itu dicabar ekoran dakwaan seorang Adun DAP diluluskan sebidang tanah, satu hektar di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan berkata beliau mendapat maklumat tanah 1.1 hektar itu diluluskan kepada Adun DAP Padang Lalang, Tan Cheong Heng.

Tanah berkenaan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, sebuah lokasi strategik memandangkan kawasan itu sedang pesat membangun.

Ia didaftarkan atas nama beliau dan juga abangnya Tan Chong Hock sebagai pemilik bersama.

Justeru Cheng Guan mempersoal bagaimana permohonan Adun DAP itu, diluluskan.

Menurut Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan, "Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul cat jawab la ini isu kepada semua.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan Cheong Heng diberi diskaun sehingga 80 peratus untuk premium tanah berkenaan.

Menurut Heng lagi,"We as any ordinary people boleh dapat ka 80 peratus diskaun? Jawab la orang biasa boleh dapat ka macam mana dia boleh dapat diskaun premium. Saya mau tanya itu betoi ke dia dapat?

Cheng Guan memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk menjawab.

Jika tidak mendapat jawapan memuaskan, beliau akan membawa perkara ini ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Posted in Labels: | 1 comments

Umno P. Pinang Gesa Kerajaan Negeri Kaji Semula Pengharaman Sukan Air

KEPALA BATAS, 10 Sept -- Umno Pulau Pinang Sabtu menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pengharaman aktiviti jet ski dan belon udara di kawasan pantai dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kerajaan negeri sepatutnya memikirkan kepentingan 12 pengusaha aktiviti berkenaan yang mengalami kerugian dan kira-kira 200 pekerja yang hilang sumber pendapatan ekoran tindakan itu.

"Tindakan itu juga memberi kesan kepada kemasukan pelancong. Mereka mungkin tidak mahu lagi datang ke Pulau Pinang kerana tiada lagi sukan air," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa Bank Persatuan 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan, bukannya mengambil tindakan mudah dengan mengharamkan aktiviti berkenaan apabila timbul sebarang masalah.

"Pada saya langkah kerajaan Pulau Pinang kurang tepat dan kurang wajar. Tak tahulah dari mana kerajaan negeri dapat nasihat.

"Sepatutnya mereka memikirkan langkah yang lebih bijaksana seperti mengambil langkah pencegahan, menyediakan garis panduan dan melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelak sebarang kemalangan," katanya.

Laporan akhbar menyebut pengharaman aktiviti berkenaan berikutan beberapa kemalangan yang berlaku di kawasan Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah baru-baru ini.

Posted in Labels: | 8 comments

Dato' Non: Tuduhan LGE Biadap & Keterlaluan!

Badan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang, awal pagi ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.

‘‘Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.

Guan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.

Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.

‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.

‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.

‘‘Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas beliau.

Posted in Labels: | 4 comments

Fatwa Melulu Mengenai Larangan baca al-Quran guna pembesar suara mampu pecah-belahkan Umat Islam.


Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.

Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak.

"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
Akhbar ini, semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid.

"Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran.

"Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan,” katanya.

Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri menarik balik larangan berkenaan sebelum badan itu mengambil tindakan.

“Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan,” katanya.

Posted in Labels: | 2 comments

Isu Rumah Kos Rendah, Kerajaan Pulau Pinang Tipu Rakyat

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kerajaan Pulau Pinang tidak perlu berdolak dalik dan mempolitikkan isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana kerana tindakan itu menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata kerajaan negeri pimpinan DAP perlu bertindak segera menyelesaikan masalah itu kerana keperluan untuk itu amat tinggi dan jangan jadikannya sebagai modal politik.

“Isu rumah kos rendah ini bukan perkara baru, sudah banyak kali diperkatakan namun saya lihat kerajaan negeri cuba mencari untuk memperlambatkan proses pembinaan itu dengan pelbagai alasan untuk merencatkan perancangan itu.

“Sebenarnya, mereka nak jadikan isu rumah kos rendah ini sebagai modal politik, mereka tahu pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi jadi mereka nak gunakan isu untuk pancing undi dengan buat pelbagai janji.

“Tetapi apabila dah berjaya memerintah, segala janji yang dibuat tidak ditunaikan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah,”

Zabariah berkata, keperluan rumah kos rendah amat tinggi di Pulau Pinang, namun perkara itu seperti tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri dan lebih berminat untuk membuat pembangunan membabitkan rumah dan pangsapuri mewah yang dilihat lebih banyak membawa keuntungan kepada mereka.

“Jika benar mereka ingin membantu serta meringankan beban rakyat, sudah lama mereka menunaikan janji mereka dahulu dan bukannya membuat janji-janji baru dan akhirnya tidak ditunaikan,” katantya.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu menangani masalah perumahan kos rendah dan sederhana dengan segera dan jangan asyik tumpukan perhatian kepada perumahan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi serta mereka yang datang dari luar .

Zabariah jika perkara ini dibiarkan, yang bakal menerima akibatnya adalah rakyat tempatan dan Pulau Pinang pada suatu hari nanti akan dipenuhi dengan rumah mewah yang didiami oleh orang luar sedangkan rakyat sendiri terpaksa merempat di tempat sendiri. -MediaUMNO

Posted in Labels: | 0 comments

Guan Eng lebih perkauman tuduh saya mahu jadi Ketua Menteri PP -Tok Non

Tok Non sudah bersuara. Beliau mahu rakyat P.Pinang fikir siapa sebenarnya yang rasis dan main politik perkauman yang menebal untuk kekalkan kuasa di PP .

UMNO PP sentiasa bermuafakat dalam BN dan soal siapa menjadi Ketua Menteri sudah dinoktahkan iaitu milik parti komponen . DAP main isu UMNO mahu jawatan Ketua Menteri hanya sebagai helah untuk tarik undi Cina dan pecahbelahkan BN PP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.

"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.

"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.

Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.

"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.

"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya.-

Posted in Labels: | 11 comments

Walk about BN Pulau Pinang Di Nibong Tebal

BN Pulau Pinang memperhebatkan usaha didalam merampas kembali kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi pihak lawan dalam PRU12 yang lalu.

Kali ini, keseluruhan kepimpinan parti-parti Komponen BN Pulau Pinang telah turun padang bagi mendekati para pengundi secara langsung di Pasar Awam Nibong Tebal di Taman Berjaya dan sebahagian Pekan Nibong Tebal.

Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemimpin didalam menyelami hati dan perasaan pengundi amatlah dipuji. Dato' Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang juga Pengerusi BN Nibong Tebal, bersama Dato' Dr Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang bersama-sama pemimpin MCA, MIC dan PPP telah berusaha menemui seramai mungkin rakyat di kesempatan yang ada.








Posted in Labels: , | 10 comments

Video Komen Dari Tok Non (Pembatalan Pilihanraya Masjid)

Alhamdulillah. PPUBNT bersyukur di atas titah DYMM YDP Agong yang menitahkan untuk membatalkan pilihanraya masjid di PP bagi mengelakkan pepecahan dikalangan umat Islam.

Posted in Labels: | 5 comments

Wifi Percuma Kerajaan Pulau Pinang Hanya Satu Penipuan Dan Pembaziran

Kemudahan internet tanpa wayar (Wifi) yang disediakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP adalah satu penipuan dan pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dipasang di kawasan yang tidak strategik, kata Ketua Pemuda parti Gerakan Oh Tong Keong.

Beliau berkata pemantauan oleh sayap parti itu di beberapa lokasi mendapati kemudahan yang disediakan itu langsung tidak boleh digunakan.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengumumkan talian itu dapat digunakan biarpun dalam lingkungan 100 meter, tetapi (kini) dalam lingkungan 20 meter pun ia tidak dapat digunakan, kebanyakan tempat tumpuan orang ramai dan perumahan yang dikatakan mempunyai kemudahan Wifi juga tidak dapat digunakan, ini merugikan semua," katanya dalam persidangan media di sini Isnin.

Terdahulu Oh bersama Naib Ketuanya H'ng Khoon Leng meninjau kemudahan Wifi di Lorong Argyll di sini, dan mendapati kemudahan itu langsung tidak dapat digunakan.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya memperbaiki kemudahan Wifi yang dipasang pada fasa pertama sebelum melaksanakan fasa kedua yang menelan kos kira-kira RM8.49 juta membabitkan pemasangan 750 wifi router.- BERNAMA

Posted in Labels: | 6 comments

Pemuda UMNO PP fokus golongan muda , tarik sokongan kepada BN


Pemuda UMNO negeri ini yakin dapat menarik golongan muda di negeri itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata keyakinan itu berdasarkan maklumat balas yang diterima oleh pergerakan itu menerusi aktiviti kemasyarakatan dan juga program pendaftaran pengundi baru yang dilaksanakan sejak awal tahun.

"Pemuda UMNO yakin kita mampu memberi tentangan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shaik Hussein berkata maklumat balas yang diterima oleh pergerakan itu juga mendapati golongan pengundi muda telah bosan dengan kerajaan negeri yang banyak berpolitik daripada menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO negeri menganjurkan aktiviti penerangan kepada rakyat bagi menjelaskan kenapa perlunya BN diberi mandat semula sebagai kerajaan negeri.

Shaik Hussein, yang dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yang baru berkata, pergerakan itu juga akan menemui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan blogger bagi mendapat maklumat balas mengenai isu-isu politik semasa.

Posted in Labels: | 1 comments

Kontrak WiFi di P.Pinang. Bukti ketidaktelusan LGE

Walaupun menerima desakan yang kuat saban hari dari masyarakat, sehingga ke hari ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal menjawab persoalan pemberian kontrak RM8.5 juta projek WiFi kepada syarikat REDtone tanpa mengadakan tender terbuka dan mengapakah tiada seorangpun pemimpin Pakatan Haram yang membantah mengenai perkara ini. Ini bersanggah dengan amalan CAT (Competency, Accountability adn Transperancy) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Buku JingGAY yang kononnya dijanjikan untuk diamalkan oleh Pakatan Haram sekiranya dapat memerintah Malaysia.

Umum mengetahui betapa eratnya pemilik REDtone dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan umum juga mengetahui bahawa pihak pengurusan REDtone merupakan penyokong tegar DAP. Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang gagal merungkai persoalan yang dikemukakan. Persoalan yang sering kali dipersoalkan di ruang sosial Twitter terutama oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, turut gagal mendapat balasan walaupun mereka boleh merapu dan meraban menjawab lain-lain isu.

Kerajaan Pakatan Haram hanya pandai berjanji dan mengkritik tetapi gagal dari segi perlaksanaan. Begitu jugalah dengan omongan-omongan kosong yang terdapat di dalam Buku JinGAY yang tidak lebih sekadar retorik semata-mata. Pengikut-pengikut Anwar meroyan setiap hari dibuai mimpi-mimpi indah yang dijanjikan. Itupun Pakatan Haram masih ada hati hendak menawan Sarawak.

-cucutokselampit-

Posted in Labels: | 3 comments

UMNO P.Pinang Laksana Program Turun Padang

Umno Pulau Pinang akan melaksanakan program ‘turun padang’ di 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata langkah itu bagi mengetahui secara dekat masalah yang dihadapi penduduk kawasan terbabit.

“Setakat ini kita telah pergi ke empat kawasan dan ada 11 lagi kawasan yang kita jangka akan selesai kita lawati dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno negeri, di sini, malam tadi.

Katanya Umno juga akan turut turun padang dan mendengar masalah rakyat di 25 kawasan DUN yang akan ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Selepas selesai kawasan Umno kita juga akan membantu Gerakan, MIC dan MCA di kawasan mereka,” katanya.

“Bila kita sendiri turun padang, kita dapat tengok masalah penduduk. Banyak masalah di Pulau Pinang yang perlu diselesaikan,” katanya.

Selain itu, katanya, Umno telah menggerakkan jentera pilihan raya di peringkat Parlimen serta DUN dan langkah itu akan diteruskan ke peringkat peti undi.

“Kita juga sedang meneruskan usaha di peringkat akar umbi bagi menambah bilangan pengundi,” katanya

Posted in Labels: | 2 comments

Tahniah kepada IR Shaikh Hussein Kerana Telah Dilantik Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Yang Baru


Khairy Umum Rombakan Kecil Pemuda Negeri Pulau Pinang

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa beliau telah membuat satu rombakan kecil kepimpinan Pergerakaan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.

Perlantikan ini adalah bertujuan memantapkan struktur organisasi dan kepimpinan di peringkat Pemuda negeri terbabit bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Khairy, beliau amat yakin perlantikan ini mampu untuk menguatkan lagi jentera PRU di seluruh Bahagian negeri Pulau Pinang di dalam objektif merampas semua kerusi-kerusi yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Saya amat berharap agar pergerakan Pemuda di semua bahagian negeri Pulau Pinang dapat memberi kerjasama yang baik disamping memperbanyakkan lagi program-program di peringkat Pemuda bagi mendekati mengundi muda pada setiap masa,” ujarnya menerusi kenyataan media yang diedarkan hari ini. – MediaUMNO


PPUBNT mengucapkan selamat berkhidmat kepada Sdr Shaikh Hussain. Semoga dengan perlantikan ini Pemuda UMNO Negeri akan lebih mantap dan bertaring untuk menawan kembali Pulau Pinang dari Regim DAP yang menindas orang melayu.

Posted in Labels: , | 22 comments

Isu Wifi Percuma Di Pulau Pinang! Video Dari Tok Non

Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri DAP yang tidak memberi kemudahan perkhidmatan WIFI Percuma di tiga kawasan Parlimen yang bukan milik Pakatan Rakyat ( Kepala Batas , Tasek Gelugor & Nibong Tebal ) .
Beliau menganggap kenyataan dikeluarkan oleh Jeff Ooi iaitu orang kanan Guan Eng merupakan hukuman kepada rakyat kawasan berkenaan yang mengundi BN .



LGE telah membidas Bernama dan New Straits Times kerana kononnya tidak menyiarkan penjelasan tentang inisiatif WiFi percuma. Beliau juga berkata bahawa Wifi itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN.

Padahal, sudah terbukti bahawa Jeff Ooi DAP telah "Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan,"

Jeff Ooi sendiri telah mengaku bahawa Wifi akan diberikan kepada penduduk kawasan tersebut hanya jika mereka mengundi Pakatan!

Dan sekarang, Lim Guan Eng mahu menafikannya pula!

Posted in Labels: | 1 comments

Inilah Harga Yang Perlu Dibayar Bila Diperintah Oleh Kerajaan DAP

Salam semua…
TV 3 telah menyiarkan slot berita bergambar mengenai kekejaman Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui penguatkuasaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bertindak kasar ke atas salah seorang peniaga di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Tindakan memalukan itu berpunca daripada sikap Kejam penguatkuasa MPSP yang merobohkan gerai-gerai makanan dan minuman haram mereka yang telah lama beroperasi di situ.
Hari ini pula khabarnya, satu demonstrasi aman oleh peniaga-peniaga kecil Melayu telah diadakan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang bagi membantah operasi penguatkuasaan MPSP tersebut.
Penulis rasa sedih kerana selalunya alasan yang diberikan oleh penguatkuasa MPSP terhadap peniaga-peniaga malang sebelum ini seperti di Tanjong Tokong, Bandar Perda dan yang terbaru di Taman Pelangi, Juru ini adalah kerana mereka telah melanggar peraturan dan undang-undang Kerajaan Tempatan iaitu Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Syeksyen 72 Akta 133) – yang membolehkan Notis Meruntuh dikeluarkan dan dilaksanakan.
Tidak seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, apa yang peliknya di Pulau Pinang ini, hanya peniaga-peniaga Melayu Islam sahaja yang menjadi sasaran penguatkuasaan samada oleh MPPP (di Pulau Pinang) ataupun MPSP (di Seberang Perai).
Orang ramai terutamanya orang-orang Islam Pulau Pinang termasuk penulis sendiri tertanya-tanya kenapa sikap berat sebelah Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menguatkuasakan peraturan ini hanya tertumpu kebanyakkannya di kawasan tempat orang-orang Melayu Islam mencari rezeki mereka sahaja dan tidak di kawasan-kawasan orang Cina berniaga?
Penulis serta orang ramai bukanlah iri hati atau sengaja ingin menyusahkan peniaga-peniaga kaum lain dengan sengaja menghasut penguatkuasa kerajaan tempatan supaya bertindak balas, malah jauh sekali ingin mengganggu atau menutup periuk nasi mereka.
Sebenarnya tidak salahpun penguatkuasaan peraturan ini kerana semua orang kena patuh kepada undang-undang. Undang-undang digubal sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan semua orang. Tetapi, masalahnya di sini, bila kerajaan DAP Pulau Pinang ingin menguatkuasakan satu-satu undang-undang, biarlah pendakwaan dan penguatkuasaannya mestilah adil tanpa mengira daripada mana asal-usul kaum mereka.
Di seberang Perai sendiri misalnya, cuba pergi sendiri atau intai-intai bagaimana ramainya peniaga-peniaga kecil Cina beroperasi secara haram (sebelah malam) di sepanjang Jalan Raja Uda Butterworth. Kenapa penguatkuasaan oleh MPSP tidak dijalankan secara adil ke atas gerai-gerai haram mereka?
Memang betul dan tepatlah seruan Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang baru-baru ini, bilamana beliau secara sinis memberi amaran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, supaya beliau (LGE) perlu bersikap lebih adil kepada peniaga-peniaga Melayu Islam di Pulau Pinang.
Sikap beliau yang sering menindas dan berat sebelah itu bukanlah ciri-ciri sebenar malah jauh terpesong daripada beberapa contoh amalan terpuji daripada Khalifah Umar yang selalu beliau ucapkan kepada orang ramai.
SUMBER ; BLOG MIM

Posted in Labels: | 2 comments

BN PUNYA SUSU! DAP DAPAT NAMA!


Inilah yang dikatakan dengan perpatah Melayu, "Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama". dalam kes ini, "Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama". Sudahlah kerajaan Pulau Pinang tidak tahu bersyukur, lepas itu mengaku pula kononnya segala pelaburan yang diterima oleh negeri itu daripada pihak luar, adalah hasil titik peluh mereka sendiri.


"Banyak Cantik Muka Lu Lim Guan Eng", sedap mulut sahaja nak mengaku itu semua usaha kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tiada MITI yang membantu, jangan harap Pulau Pinang dapat projek daripada pelabur luar. Rakyat bukan lagi bodoh dan mudah digula-gulakan dengan pengakuan semudah itu. Baca laporan Bernama di bawah :

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu. Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. "Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani. Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar. "Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. "Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti. --Bernama

Posted in Labels: | 3 comments

Komen Dato' Non sebagai Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri PP terhadap Si Rasis Ng Wei Aik


DAP hari ini terserlah sebagai parti perkauman tulen yang hanya membela nasib golongan tertentu dan bukannya menjadikan agenda pembelaan untuk seluruh rakyat sebagai tumpuan utama mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata peristiwa yang berlaku terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar semasa operasi penyitaan di premisnya mengesahkan apa yang tersirat selama ini.

Menurut beliau, jika benarlah apa yang didakwa oleh pengusaha restoran berkenaan bahawa Adun Komtar, Ng Wei Aik menggunakan kata-kata kesa ketika operasi berkenaan, ianya satu penghinaan yang melampau dan tidak menggambarkan apa yang dicanang oleh Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini.

“Ini bukan sahaja penghinaan kepada kaum India malah menunjukkan bahawa DAP ini adalah parti “racist” tulen. Sebenarnya bangsa India dipandang sinis di dalam parti terbabit. Kenapa saya katakan begitu. Bukankah sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran tewas dalam pemilihan jawatan di negeri berkenaan

Posted in Labels: | 0 comments

Tok Non. Antara Cabaran dan Harapan

Klik pada imej untuk lebih jelas

Artikel yang dipetik dari Berita Harian untuk kita tahu lebih lanjut biodata Ketua Bahagian AS yang dikasihi, Dato Zainal Abidin serta cabaran dan harapan beliau dalam menggalas tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru.

Sama-samalah kita doakan agar beliau diberi kekuatan dan keyakinan yang tinggi didalam memikul amanah yang telah diberikan.

Posted in Labels: , | 3 comments

Tahniah Dato' Zainal Abidin, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal kerana dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Yang Baru


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mengucapkan tahniah diatas perlantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang baru.

PPUBNT menyokong penuh diatas perlantikan ini dan amat berharap Dato' dapat membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh Dato' Seri Najib dengan sama-sama kita berjuang habis-habisan demi untuk merampas kembali Negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan DAP serta kerusi DUN Sungai Bakap, Jawi dan Parlimen Nibong tebal khususnya.

Semoga Dato' dapat bekerja dengan lebih giat untuk parti dan rakyat walaupun dikala ini kami memahami Dato' masih dalam keadaan bersedih diatas pemergian arwah isteri tersayang. Pihak kami yakin berdasarkan pengalaman dan kebolehan Dato', UMNO Pulau Pinang akan kembali bersinar, InsyaAllah..

Posted in Labels: , | 5 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...