Kejohanan Snooker Tertutup Parlimen Nibong Tebal



Posted in | 0 comments

Mansor Ditolak Oleh Masyarakat India Nibong Tebal?

Nampaknya nama Mansor Othman benar-benar menjadi igauan kepada masyarakat di Nibong Tebal.Mansor yang terkenal dengan aksi suaranya ( rakaman yang telah didedahkan sebelum ini ) semakin tidak senang duduk kerana diberitakan masyarakat di Nibong Tebal sendiri tidak dapat menerima beliau sebagai wakil mereka dalam PRU13 nanti khususnya warga India.
Mansor yang kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Haprak di Pulau Pinang semakin terhimpit kerana perbuatannya sendiri malah berita perletakan beliau untuk bertanding kerusi parlimen di Nibong Tebal dilihat sebagai usaha membunuh karier politiknya.
Apa pun laporan terkini dari sahabat blog anak seberang menyatakan risalah menolak Mansor Othman sudah bertebaran di serata tempat termasuklah di kedai-kedai kopi dan di estet sekitar Parlimen Nibong Tebal.
Paling menarik dikatakan orang PKR sendiri sebenarnya menjadi dalang kepada usaha penolakan Mansor Othman di Nibong Tebal.sejauh mana kebenarannya anak seberang mungkin ada jawapannya...
Kesian Mansor, bukan kata India, melayu dan cina pun semua pakat tolak dia. Macamana la Anwar boleh letak Mansor awal-awal dah umum bakal calon PKR dalam PRU13 di Parlimen Nibong Tebal dan secara tak langsung mencerahkan harapan UMNO untuk menawan kembali kerusi panas tersebut.
Dikatakan juga, AMK Nibong Tebal juga membuat protes dalam senyap kerana chegubard tak terpilih sebagai calon hingga dikhbarkan baru-baru ini, ada ura-ura nak buat sidang akhbar untuk mendesak Anwar Ibrahim agar memilih juga chegubard dan menyingkirkan Mansor. Namun dibatalkan atas campurtangan pihak atasan.Baca Seterusnya.
Mansor kena tikam belakang dengan orang sendiri pula tu ! ampa mau ingatlah..

Posted in | 1 comments

Guan Eng sengaja nak tutup mulut saya - Ir Shaik Hussein


GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan meneruskan tindakannya untuk mengheret Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Shaik Hussein Mydin ke mahkamah berikutan kegagalan Shaik memohon maaf seperti yang diminta sebelum ini.

Guan Eng yang diwakili peguamnya, Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya sudah menghantar notis selain memberi tempoh mencukupi bagi membolehkan Shaik membuat permohonan maaf kepada Ketua Menteri, namun beliau enggan.

"Oleh itu, kita akan teruskan dengan tindakan seterusnya, iaitu membawa isu ini ke mahkamah. Saya akan adakan sidang media dalam waktu terdekat. Buat masa ini, itu saja komen saya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Shaik pula ketika dihubungi berkata, beliau tiada masalah dengan tindakan itu berikutan mempunyai cukup bukti untuk dibawa ke mahkamah nanti.

“Apa yang saya boleh kata sekarang ini, 'see you in court!'. Saya tidak akan minta maaf sepertimana yang mereka minta. Kalau mereka nak bawa ke mahkamah, silakan.

“Mereka sebenarnya nak tutup mulut saya, itu saja. Tapi saya tidak akan berdiam diri, mereka nak jalan itu (ke mahkamah), saya ikut sahaja. Saya sudah tawarkan dialog, mereka tolak, jadi apa lagi yang saya perlu buat? Tidak mengapalah, kita jumpa di mahkamah nanti, yang penting, rakyat tahu apa tujuan mereka mengheret saya sehingga ke mahkamah,” katanya.



Sebelum ini, Shaik diminta meminta maaf dan menarik semula kenyataan yang dianggap fitnah terhadap Guan Eng yang dibuatnya pada Oktober lalu.

Shaik diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan Guan Eng ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) berhubung isu tanah Taman Manggis pada satu sidang media 5 Oktober lalu.

Pada sidang media berasingan, Shaik kemudiannya mencabar Guan Eng supaya menarik balik notis itu atau beliau akan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shaik yang enggan memohon maaf turut mencabar Guan Eng untuk berdialog dengannya bagi membincangkan isu itu di hadapan semua media bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Posted in | 0 comments

DAP,PKR,SINGAPURA & PULAU PINANG

Seperti yang saya bongkar dua hari lalu berkenaan Lynas, soalan mudah saya ialah adakah kamu mahu mempercayai kaum kafirun seperti Ronnie Liu, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Dr. Xavier. Mereka tidak beragama Islam, mereka tiada perjanjian dengan Allah SWT kerana hanya Muslim sahaja yang ada perjanjian dengan Allah iaitu "Ash Hadu Allah Ilaha Illallah, Muhamadur Rasulullah".
Mereka bercakap tentang kesaksamaan dan keterbukaan. Sedap didengar tapi adakah sedap bila kita umat Islam merasainya. Kontrak Pasir di Selangor, berbillion-billion meter padu dikorek dan dijual. Siapa taukehnya Cina atau Melayu. atau Cina DAP atau Islam Pas. Merekalah yang empunya tren, kren, lori, pengisar pasir, penimbang lori, tiket, resit, tol dsbnya...orang Melayu Islam apa dapat, hanya kerja-kerja buruh seperti pemandu lori. 


Jika ada bisnes jual ikan, mampukah orang Islam membuka bisnes yang besar jika tidak dengan bantuan kerajaan. Mereka pula dibantu oleh persatuan-persatuan dan kesatuan-kesatuan, maka merekalah yang menguasai pasaraya-pasaraya besar Giant, Tesco, Carefore dsbnya. 


Nasib baiklah ada Mydin jika masuk waktu solat berkumandanglah Azan di pasaraya Mydin. Apabila DS Najib mengemukakan kedai 1Malaysia , barang-barang diambil di Mydin itupun Cina-Cina DAP dan PKR mengamuk dan marah sakan. Kononnya bisnes mereka terganggu.


Kamu tahu kah, sebelum AES diperkenalkan, Cina-cina ultra-kiasu DAP dan PKR yang dahagakan ringgit-ringgit ini melobi bermati-matian. Bila mereka tak dapat mereka gunakan saluran politik untuk menentang. 


Samalah dengan Air Selangor, oleh kerana ianya kini dibawah Syabas oleh Tan Sri Rozali (Islam), Cina-Cina DAP dan PKR di Selangor menggeletar mahukan bisnes air itu. Kononnya untuk rakyat Selangor, siapakah rakyat Selangor itu yang nak sangat bisnes air ini, sudah tentulah Cina-Cina Ultra Kiasu dalam DAP dan PKR. Mereka mahu memilikinya supaya kilang-kilang haram mereka boleh juga mencuri air-air dari paip-paip besar Syabas. Kamu perasan kah? 


Saya tak boleh beri detail. tetapi kamu berfikirlah. Memanglah BN bukan kerajaan 100% bersih, tetapi sekurang-kurangnya BN memberi ruang dan peluang kepada kita umat Islam. Di Pulau Pinang, kamu nampak sendirilah, gerai-gerai tepi jalan tepi bangunan, kalau empunya nya Islam dihalau macam anjing, kalau Cina-Cina DAP dibiarkan sahaja beroperasi.


Atau kamu pergi Majlis Perbandaran Subang Jaya, pergi tanya kontrak-kontrak MPSJ, orang Islam dapat apa?. Semua dikaut oleh Elizabeth Wong, Ronnie Liu dan kawan-kawan mereka. Ramai orang Islam bankrap kerana tiada bisnes. Pekerja-pekerja Islam di MPSJ dipaksa bekerja untuk Tahun Baru Cina setiap tahun sejak 2009 secara paksa. Pegawai MPSJ meluahkan kepada saya, mereka sudah tidak tahan.


Di Johor dahulu, kamu mahu tahu macamana Cina Singapura menekan kita. Kata mereka, "Ok, kami boleh melabur di Iskandar, tapi kamu mesti benarkan kapal-kapal perang kami terbang di ruang udara kamu, kamu tahulah negara kami kecil"...atau pun "ok, kamu jangan tuntut Tg. Pagar atau kamu mahu Pusat Latihan TLDM di Woodland dengan syarat Bank di Indonesia kamu jual kepada kami (Temasek). Nasib baik ada Tun Dr. Mahathir, senang sahaja "kamu mahu banyak cakap, kita potong air". Itu sudah cukup menggeletarkan mereka. 


Kini mereka meneropong DS Najib dan PRU13, kamu tahu kenapa. Kerana, kalau DS Najib menang besar 2/3, Singapura akan menggelepur bersama-sama Cina-cina Kiasu dalam DAP dan PKR! Mereka mahu DS Najib dan BN dan UMNO dan PAS dikalahkan, dilemahkan dan diperkecilkan. 


Sebab itulah saya sering menasihati, jika kamu menulis dan post apa jua, belajar cara mengelak. Google mahupun Yahoo sudah relocated di Singapura sejak 2008, berpindah dari Israel dan India ke Singapura. Maka jika kamu post sesuatu, mereka boleh kesan dari negara mana, bandar mana, kampung mana, rumah mana, lognitud mana, nombor gps, lokasi rumah, bilik ke berapa, tingkat berapa, komputer jenis apa, IP nombor anda, dan sekaligus wajah kamu. Mereka boleh buat kerana semuanya sudah relocated di Singapura. dengan hanya satu komplen sahaja.


Orang Barat kata, Singapura dan Pulau Pinang ada dua wilayah yang serupa hanya berlainan negara. Pulau Pinang berusaha untuk melepaskan diri dari Persekutuan Malaysia melalui cara-cara Perniagaan, Tekanan, Menghalau, Menguasai Politik dan Ekonomi dan sebagainya, sayang sekali kamu tidak sedar-sedar. 


LGE tidak mahu dan tidak suka kepada Yang DiPertua Negeri Pulau PInang, dia mahu seorang Presiden Pulau Pinang sebagaimana di Singapura. Dia sudah luahkan gambaran ini, carilah dalam tulisan kami terdahulu, jika kamu kata ini spekulatif terserah kamu, asal kamu berfikir.


Di Selangor, Karpal Singh yang anti Islam itu, melalui anaknya Gobind Singh di Puchong mendesak TS Khalid (MB Selangor) kerana orang Islam yang menjalankan tugas  meruntuhkan binaan haram (altar) di Sepang membangkitkan kemarahan mereka. Di Kedah pula, MB Kedah dipaksa taukeh-taukeh Cina dari Singapura melalui DAP meruntuhkan Madrasah Islam.


Kita bersambung jika kamu berminat untuk saya lebih detailkan lagi...


Terimakasih.


credit to mymassa.blogspot

Posted in | 0 comments

Guan Eng fitnah kononnya BN akan hapus peruntukan sekolah jika rampas PP

GEORGETOWN - Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa semua 'program emas' pakatan pembangkang, termasuk bantuan sekolah, akan terhapus jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai negeri ini.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana selama ini kerajaan Persekutuan yang ditabdir BN banyak menyalur peruntukan untuk pelbagai program di negeri ini, termasuk membabitkan pendidikan.

"Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak RM3.8 bilion bagi tujuan pendidikan di seluruh negara tidak terkecuali Pulau Pinang, peruntukan itu tidak termasuk bantuan untuk menaik taraf sekolah.

"Saya nak tanya juga kepada Ketua Menteri, apa bentuk bantuan yang dia bagi untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah  Agama Rakyat (SAR)dan Sekolah Mubaligh," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang memberi amaran kepada anggota parti DAP jika BN kembali berkuasa di Pulau Pinang, Umno akan memastikan semua program emas untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah, tidak ada lagi.

Lim dilapor membuat kenyataan itu dalam ucapannya ketika merasmikan konvensyen DAP semalam.

"Saya juga nak tahu di mana tanah yang diberikan untuk membina SJKC dan SJKT, setiap tahun Kementerian Pelajaran menerima sejumlah peruntukan yang tinggi dan diberikan secara adil untuk semua sekolah di seluruh negara," katanya.

Posted in | 0 comments

Anak Muda Nibong Tebal Pakat Sertai UMNO


Sdr Hj Rashidi Menerima Borang Permohonan Keahlian Pemuda UMNO Dari Saudara Nizam di Kg Kebun Baru
Sdr Amiruddin PSU PPUBNT Menerima Borang UMNO Dari Sdr Shafarin DI Kg Lima Kongsi
Masih ramai anak muda untuk memilih bersama UMNO.

Contoh mudah yang berlaku di depan mata aku ialah bila aku turun di 2 kampung iaitu satu di Kg 5 Kongsi dlm Dun Sg Bakap dan satu di Kg kebun baru di Dun Jawi. Minggu lepas dan pagi tadi.

Di Kg 5 kongsi, 28 borang, dan Kg kebun baru 19 borang permohonan keahlian umno telah diterima. Sebahagian kecil dari mereka adalah bekas penyokong pakatan. Ini bukan auta tapi fakta.

Ini hanyalah satu contoh yang boleh dijadikan satu bukti jelas bahwa anak muda sebenarnya anti pakatan harom. Ia juga satu manifestasi bahwa anak muda sedar bahwa umnobn banyak membantu mereka dan sentiasa merasai denyut nadi mereka yang sentiasa mahukan perhatian.- Anak Seberang

Posted in | 1 comments

BN boleh tawan semula Nibong Tebal @dzainalabidin

Nibong Tebal : Barisan Nasional P.Pinang yakin mampu menawan semula Parlimen Nibong Tebal pada PRU 13 akan datang . 
Keyakinan itu disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman berdasarkan prestasi Ahli Parlimen sekarang Tan Tee Beng sejak menang padap 2008 .

Katanya , Tee Beng sudah menjadi Ahli Parlimen hampir 5 tahun tetapi tiada sumbangannya kepada rakyat di sini ." Mungkin ketika awal menang dulu ada la ..sikap ini jelas menunjukkan bahawa dia tidak bertanggungjawab pada pengundi yang memilihnya dulu "

Jesturu, kita yakin dengan kerja keras yang dibuat , membantu rakyat selesaikan masalah , memberi pembangunan kepada mereka , BN mampu merampas kembali Nibong Tebal " katanya .

Pemuda UMNO dan Seluruh Jentera BN harus yakin bahawa kita mampu untuk menawan kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal. InsyaAllah, tiada yang mustahil. 
Yang pentingnya kerja keras & usaha yang berterusan serta tidak jemu-jemu dan terus berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkannya.

Posted in | 5 comments

Peniaga Wanita Ini Sanggup Selak Baju di Khalayak Ramai Kerana Tertekan Dengan Guan Eng!!


Kezaliman rejim Guan Eng telah menyebabkan peniaga wanita diatas sudah hilang kewarasan dan 
pertimbangan. Rakyat nak cari makan pun susah di P.Pinang ni sejak Guan Eng memerintah.
Dulu masa BN memerintah, tidak pula berlaku keadaan sehingga macam ini.

Ringkasan yang aku boleh ceritakan dari video diatas ialah mereka ni merupakan penjaja yang
dah tak tahan sangat dan sudah hilang sabar dengan tindakan penguatkuasa
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di bawah telunjuk Guan Eng yang tak habis-habis
'mengganggu' mereka ini berniaga.

Sudahlah tidak dibenarkan berniaga di situ, apabila nak pohon kebenaran permit berniaga tidak dibenarkan pula. Pintu rundingan ditutup terus dengan pihak Majlis.
Mereka yang berniaga di Padang Kota lama ini bukannya buat sampah pun, hanya berniaga cenderahati, permainan serta urut refleksologi, Secara tak langsung, mereka ini memeriahkan susana di kawasan tarikan pelancong tersebut.


Yang tak patutnya, MPPP sanggup gunakan wang rakyat untuk bayar elaun kerja lebih masa kepada
penguatkuasa tersebut untuk bertugas memantau kawasan tersebut setiap pagi petang siang malam demi untuk memastikan sesiapapun tidak dapat menjalankan operasi perniagaan mereka.

Zalim.. Guan Eng memang zalim

Posted in | 9 comments

Majlis Perasmian Gelanggang Futsal & Kejohanan Futsal 1 Malaysia Parlimen Nibong Tebal (Gambar2)

Kejohanan diadakan di 2 venue iaitu: Kategori lelaki terbuka Disertai 40 pasukan Di Gelanggang Sg Kechil
Kategori Wanita : 8 Pasukan - Di Gelanggang Sungai Acheh
Kategori Remaja 13-15 Tahun : 10 Pasukan
kategori Bawah  12 Tahun        : 12Pasukan

Pemenang Kategori lelaki : Juara-SNTT FC, Naib- NTFC Ketiga-Ara Damai FC Keempat : Perdatech
Pemenang Kategori wanita : Juara-River Gate Naib-Small River Ketiga-Vonite Keempat: Tmn Sg Acheh A

Majlis Pengundian Perlawanan
 
Dato Zainal sedang menyampaikan ucapan perasmian


Majlis Penyerahan Gelanggang dari Pengarah Jab Belia & Sukan Kpd Pengerusi JKKKP Sg Kechil
dato Zainal menandatangai plak perasmian gelanggang di Sg kechil
Simbolik Perasmian
Urusetia yang bekerja keras di Gelanggang Sg Acheh
Aksi bawah 12
Aksi Pemain Wanita
Aksi Perlawanan Akhir

Posted in | 0 comments

Ribuan Anak Muda Sokong BN Menggegarkan Sunway Convention Centre. (Gambarr-Gambar)


Siapa cakap orang muda di P.Pinang tak sokong BN ?? Hari ini lebih 4 ribu anak muda berkumpul  bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN di PRU akan datang .


Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak di seluruh P.Pinang  turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen BN.
Add caption
Ia dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  di dewan Sunway Convention Centre Seberang Jaya . 

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Pengerusi  Pemuda BN , Datuk Rosnah Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato Zainal Abidin Osman , Timbalan Pengerusi   BN P.Pinang , Ketua Pemuda BN P.Pinang Sdr Oh Tong Keong , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Dr Shaik Hussein Mydin   ,  ADUN - ADUN dan Ketua - Ketua Pemuda Bahagian.


Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal menghantar penyertaan yang agak ramai iaitu seramai 230 orang manakala puteri bahagian Nibong Tebal pula seramai 80 orang. Kesemua yang hadir pergi tanpa dipaksa dan semuanya seikhlas hati demi untuk memastikan kesinambungan perjuangan BN membela rakyat terus dapat dilaksana.





DS Zahid Hamidi yakin dengan dengan kembali sokongan orang muda kepada
BN , tak mustahil P.Pinang boleh ditawan kembali ...







YB Sdr  Khairy berkata petunjuk kebangkitan semula anak muda ini menyokong BN ialah  menerusi kemenangan besar di  Piliharaya Kampus di mana Pro Aspirasi y menguasai  18  daripada 20 IPT . Di samping itu , perbentangan Bajet 2013 oleh PM kali ini  ternyata banyak memberi keistimewaan  untuk  orang muda yang kesannya melalui kehadiran ramai hari ini .




Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Sdr Ir Dr Shaik Hussein Mydin cabar 
tunjuk apa diberikan  Guan Eng kepada orang muda  selama 
memerintah P.Pinang 












Gambar

Posted in | 6 comments

Tok Non: Mansor Tak Perlu Takut Untuk Mengaku Itu Suaranya


Jangan terus berdolak dalik atau berbohong kepada rakyat kerana mereka sudah mengenali suaranya yang disiarkan dalam televisyen beberapa hari lalu.Oleh itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman perlu mengakui kebenaran rakaman suara yang dirakam dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang beberapa bulan lalu adalah suaranya dan beberapa pemimpin parti itu ketika menghadiri mesyuarat berkenaan.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, rakaman yang disiarkan itu adalah jelas suara Mansor dan tidak perlu terus berdolak dalik atau  masih mahu menafikannya.Beliau berkata, rakyat hanya mahu kebenaran dan pemimpin PKR itu tidak perlu mengelak daripada menyatakan perkara sebenar sebagai seoang pemimpin yang telus dan berwibawa.

"Kenapa masih mahu mengelak menyatakan kebenaran. Rakyat Pulau Pinang cerdik dan tahu menilai kewibawaan pemimpin nombor dua di negeri ini."Tidak perlu takut untuk mengakui kesilapan yang dilakukan demi menegakkan kebenaran," katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran program Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang di Dewan Masyarakat Sungai Acheh di sini.

Menurutnya, Mansor sebagai pemimpin Kerajaan Negeri tidak perlu takut kepada sesiapa termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng jika mesyuarat itu adalah sejajar dengan perjuangan PKR di Pulau Pinang.

"Kenapa perlu takut kepada Guan Eng jika adalah agenda dan pegangan PKR di Pulau Pinang."Orang Pulau Pinang tidak suka dengan pemimpin yang bercakap bohong.
Apa yang mereka mahu ialah setiap pemimpin yang dipilih perlu menyatakan kebenaran dan mempertahankan kenyataan yang dikeluarkannya. Jangan sesekali cuba berdolak dalik," katanya.

Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal berkata kini terserah kepada Mansor untuk menyatakan pendirianya sama ada mengakui kebenaran rakanan suara itu atau terus berbohong kepada rakyat.“Rakyat akan membuat penilaian dan penentuan mengenai pemimpin terbabit dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Semalam, Mansor dipetik sebagai PKR akan mengambil tindakan terhadap dalang yang membocorkan rakaman suara dan minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang beberapa bulan lalu.     Bagaimanapun, beliau tidak mengakui atau menafikan suara yang disiarkan itu adalah suaranya.

Posted in | 1 comments

Parti-Parti Komponen Di P.Pinang Harus Bersatu Menghadapi PRU13

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Saudara Teng Chang Yeow memaklumkan
parti-parti komponen dalam Barisan Nasional hendaklah bersatu bagi menhadapi pilihanraya yang ke 13 nanti.

Beliau juga meminta supaya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional memahami bahawa kuasa mutlak menentukan kekuasaan teletak dalam tangan rakyat. Justeru itu, Parti-parti Barisan Nasional harus memahami dan berkerja menjurus kepada memenangi hati rakyat dalam pemilihanraya ini.

Beliau memaklumkan, perjumapaan telah diadakan dengan Pegerusi MCA P. Pinang YB Dato’ Sri Ng Yen Yen, dan beliau bersetuju dengan ketetapan bahawa sekiranya ahli-ahli bawahan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuang masalah peselisihan sesama sendiri maka Barisan Nasional Pulau Pinang mempunyai peluang memenangi pilihanraya ke 13 di Pulau Pinang. Ini adalah kerana bilangan ahli MCA dan Gerakan sahaja merangkumi 25% hingga 35% dari bilangan pengundi negeri Pulau Pinang.

“Dalam masa 4 tahun ini,pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai memburuk-burukan Barisan Nasional dengan tuduhan yang tidak berasas serta bertanggungkawab. Berlainan dengan Barisan Nasional yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bulu, contohnya dengan Bantuan BR1M, tetapi Pakatan Rakyat memberi bantuan RM100 dengan memilih pengundi-pengundi sahaja untuk memancing undi.”

“Dari sudut pembandingan ini, kita dapat lihat bahawa BN lebih telus dari aspek pemberian bantuan kepada rakyat.”

Ucapan ini dibuat oleh Pengerusi BN P. Pinang Teng Chang Yeow pada 16 September 2012 bertempat di Majlis Pelancaran Semboyan Dibunyikan BN Bahagian Nibong Tebal, Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Nibong Tebal bersempena Sambutan Hari Malaysia ke 46.

Kehadiran ahli-ahli komponen BN adalah seramai 1,500 orang.

Teng Chang Yeow berkata, dalam masa 4 tahun ini, kita telah belajar dan menerima hukuman yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang dengan hati terbuka. Ini terbukti bahawa mana-mana parti yang memerintah hendaklah mendahulukan kepentingan rakyat.”Rakyat Didahulukan” , Negeri Pulau Pinang bukanlah hak mutlak mana-mana parti tetapi ianya kepunyaan rakyat.

Beliau juga kata, dengan siapnya jambatan Pulau Pinang yang kedua yang mehubungi Pulau dengan Seberang Perai Selatan , ianya akan membantu penumbuhan senario ekonomi ke kawasan berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional Barisan Nasional Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin bin Osman berkata UMNO sekarang sedang mentranformasikan parti ini, bagi memajukan pendekatannya dengan rakyat. UMNO juga telah meruntuhkan tembok pemisahan ideologinya dengan pendekatan yang baru, seperti menjemput Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang dan ahli-ahli BN ke majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Nibong Tebal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang memaklumkan bagi mendapat sebuat kerajaan yang aman, ahli-ahli UMNO harus membuka minda dan transformasikan cara pemikiran yang lama supaya menerima kaum-kaum lain duduk bersama-sama mentadbir negeri ini.

“Untuk memenangi pilihanraya kita tidak boleh harap dengan undi satu kaum sahaja. Seperti di Parlimen Nibong Tebal terdapat kawasan lokaliti yang mempunyai 80% hingga 90% pengundi melayu menyokong. Tetapi terdapat juga di kawasan berkenaan yang dimana terdapat juga pengundi cina dan india, jikalau BN tidak boleh memperolehi 20% keatas undi daripada mereka, maka BN tidak boleh memenanginya.”

“Kebanyakan pengundi-pengundi di Parlimen Nibong Tebal adalah terdiri daripada peniaga-peniaga. Kemajuan ekonomi dan pembangunan di kawasan tersebut adalah penting bagi mereka supaya perkembangan ekonomi perniagaan mereka akan meningkat dengan pesat.”

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P. Pinang Dato Zainal Abidin memaklumkan apa saja pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN P. Pinang Teng Chang Yeow, akan disokong penuh oleh UMNO setelah perkara itu dibincang dan ambil keputusan dalam mesyuarat Barisan Nasional.

Satu-satunya contoh adalah Pelabuhan Bebas yang dicadangkan oleh Barisan Nasional Negeri,dan bukan seperti yang ditohmahkan oleh Pakatan Rakyat iaitu datangnya daripada parti Gerakan Pulau Pinang.
Modul polisi pelabuhan bebas yang baru adalah berlainan dari konsep polisi pelabuhan yang lama. Konsep ini yang direkabentuk oleh Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang akan diangkat ke peringkat kerajaan pusat untuk mendapat persetujuan dan kelulusan.

Dato Zainal berkata pilihanraya kali ini tidaklah sama seperti pilihanraya yang sudah-sudah. Ini kerana kita terpaksa hadapi tentangan yang hebat dari parti lawan. Walaubagaimana pun, Barisan Nasional Pulau Pinang sudah bersiap sedia untuk menhadapi pilihanraya umum yang ke 13 pada bila-bila masa yang akan berakhir pada bulan Apirl 2013.

"Parlimen Nibong Tebal mempunyai 25 pusat peti mengundi oleh yang demikian beliau mengarahkan ahli-ahli barisan nasioanal supaya mengunakan pusat-pusat ini sebagai bilik gerakan setempat untuk mengatur dan merangka strategi bagi menhadapi propaganda musuh-musuh dari parti lawan."

Posted in | 0 comments

(Gambar2) Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2012 Hangat Membara!

Alhamdulillah..

Selesain sudah Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2012 yang telah berjaya diadakan di Dewan Khairat kematian Sungai Kechil.

Lebih 300 perwakilan dan pemerhati telah hadir ke persidangan ini.
Terima kasih kepada YBhg Dato Musa Sheh Fadzir,kerana sudi merasmikan persidangan ini.
Pemuda bahagian Nibong Tebal telah bersedia ke arah PRU13 yang akan datang.
Hanya menunggu semboyan dibunyikan sahaja.

Tahniah kepada Sdr Jaafar Din dan Sdr Adi Fauzi yang dipilih menjadi perwakilan ke Mesyuarat Pemuda UMNO Pusat di KL tanpa perlu bertanding.
Ini adalah diatas semangat setiakawan dan tolak ansur sesama ahli pemuda di Nibong Tebal.
Teruskan! Misi merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal harus dilipatgandakan lagi.






Posted in | 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...