Santai BBQ Bersama Pemuda Sungai Buaya & Kg Besar
Posted On Dec 27, 2011 at at Tuesday, December 27, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPPUBNT dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan Sungai Buaya telah mengambil insiatif untuk mengadakanmerapatkan ukhuwah bagi sesama ahli pemuda dengan mengadakan program barbeque. Alhamdulillah, kehadiran cukup baik dimana sekitar 80 orang anak muda di kawasan berdekatan telah hadir.
Program turun padang sebegini akan lebih digiatkan lagi pada masa terdekat ini bagi menggerakkan lagi semangat anak muda untuk membantu UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang bakal menjelang. Mudah-mudahan , Allah swt memberkati segala usaha murni kami.
Pengagihan Borang BR1M di Nibong Tebal Berjalan Lancar
Posted On Dec 16, 2011 at at Friday, December 16, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Alhamdulillah, keprihatinan kerajaan BN untuk membantu rakyat meringankan beban amatlah disambut baik oleh semua golongan yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan untuk seisi keluarga.
Tinjauan yang dilakukan menunjukkan rakyat berbilang kaum hadir ke pusat-pusat pengagihan borang BR1M. 4 lokasi utama yang menjadi tempat pengagihan borang dan bantuan mengisinya adalah di:
1.Pejabat Penyelaras Parlimen Nibong Tebal di Taman Jawi Jaya, Jawi
2.Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh di Dewan PERDA Sungai Acheh
3.Pejabat Penyelaras DUN Sungai Bakap di Jalan Besar Sungai Bakap
4. Pejabat Penyelaras DUN Jawi di Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal.
Sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini bolehlah menghubungi di talian 04-5821777.
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..
Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Posted On Dec 6, 2011 at at Tuesday, December 06, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBarisan perwakilan PPUBNT ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia tahun ini terdiri daripada dari kiri, Sdr Setiausaha Amiruddin, Sdr Hasni, Dato' Razali Ibrahim, Sdr KP Tn Hj Rashidi. Sdr Abd Malik dan Sdr NKP, Noorazman Jamil.
30 November 2011 Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC telah berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2011.
Perhimpunan dimulakan dengan penyampaian anugerah khas Kesatria Terbilang.Anugerah ini adalah satu penghargaan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengiktiraf Allahyarham Noramfaizul yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia.
Semua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO membaca Al-Fatihah untuk jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebelum memulakan persidangan pagi tadi. |
Kemudiannya satu Anugerah Khas Pemuda UMNO 2011 turut diserahkan kepada Abdul Samad Abdul Dawood Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam merangkap Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.
Seterusnya Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia dimulakan dengan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin.
Ikuti ucapan tersebut.
Sdr Ir. Shaikh Hussin Maidin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang |
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.
"Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, Facebook dan Twitter, jangan takut kalau orang mengata BN... kita bagi penerangan, jangan lari," katanya.
Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.
"Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya," katanya.
Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.
"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini".
Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden." - BERNAMA.
Orang UMNO Tidak Akan Berubah Hati, Derhaka Pada Parti
Posted On Dec 2, 2011 at at Friday, December 02, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
"Saya tidak dapat membayangkan kita datang ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun hadapan sebagai pembangkang. Bagaimana kita mahu menghadapi situasi ini dan apa yang mahu kita usul dan bahaskan. Saya sudah merasa di Pulau Pinang.
"Dahulu kita menganggap kekalahan di beberapa tempat itu adalah kes terpencil. Kita yakin menang namun selepas apa yang terjadi pada tahun 2008, kita seperti tersedar. Oleh itu, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jangan kita ambil mudah," ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Katanya, ucapan dasar Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan istilah ahli UMNO perlu menjadi orang UMNO amatlah tepat sekali dalam situasi negara bakal menghadapi satu 'perang' besar penentu hala tuju parti.
Menurut Zainal, ahli UMNO adalah mereka yang membayar yuran tetapi orang UMNO adalah individu mereka yang setia kepada parti.
"Orang UMNO tidak akan menolak dan berubah hati. Orang UMNO akan tetap setia pada parti dan tidak akan sama sekali derhaka kepada parti. Itu orang UMNO. Kita ada 3.2 juga ahli UMNO.
"Alangkah manisnya sekiranya keseluruhan jumlah ini adalah orang UMNO dan menghayati perjuangan UMNO dan tidak akan lari daripada perjuangan UMNO serta memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada UMNO. Inilah perbezaan antara ahli UMNO dan orang UMNO," ujarnya kepada UMNO-Online.
Apabila orang UMNO cinta dan kasih kepada parti, dengan sendirinya individu tersebut akan ada rasa ingin berkorban kepada siapa yang sayangi dan kasihi.
"Jadi sekiranya kita kasih dan sayang kepada parti kita, kita dengan sendiri akan timbul naluri ingin berkorban kepada parti tidak kira masa mahupun wang ringgit. PRU sudah semakin hampir. Jadi, tunjukkanlah samada kita ini ahli UMNO ataupun orang UMNO," katanya.