Santai BBQ Bersama Pemuda Sungai Buaya & Kg Besar
Posted On Dec 27, 2011 at at Tuesday, December 27, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPPUBNT dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan Sungai Buaya telah mengambil insiatif untuk mengadakanmerapatkan ukhuwah bagi sesama ahli pemuda dengan mengadakan program barbeque. Alhamdulillah, kehadiran cukup baik dimana sekitar 80 orang anak muda di kawasan berdekatan telah hadir.
Program turun padang sebegini akan lebih digiatkan lagi pada masa terdekat ini bagi menggerakkan lagi semangat anak muda untuk membantu UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang bakal menjelang. Mudah-mudahan , Allah swt memberkati segala usaha murni kami.
Pengagihan Borang BR1M di Nibong Tebal Berjalan Lancar
Posted On Dec 16, 2011 at at Friday, December 16, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Alhamdulillah, keprihatinan kerajaan BN untuk membantu rakyat meringankan beban amatlah disambut baik oleh semua golongan yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan untuk seisi keluarga.
Tinjauan yang dilakukan menunjukkan rakyat berbilang kaum hadir ke pusat-pusat pengagihan borang BR1M. 4 lokasi utama yang menjadi tempat pengagihan borang dan bantuan mengisinya adalah di:
1.Pejabat Penyelaras Parlimen Nibong Tebal di Taman Jawi Jaya, Jawi
2.Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh di Dewan PERDA Sungai Acheh
3.Pejabat Penyelaras DUN Sungai Bakap di Jalan Besar Sungai Bakap
4. Pejabat Penyelaras DUN Jawi di Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal.
Sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini bolehlah menghubungi di talian 04-5821777.
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..
Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Posted On Dec 6, 2011 at at Tuesday, December 06, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBarisan perwakilan PPUBNT ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia tahun ini terdiri daripada dari kiri, Sdr Setiausaha Amiruddin, Sdr Hasni, Dato' Razali Ibrahim, Sdr KP Tn Hj Rashidi. Sdr Abd Malik dan Sdr NKP, Noorazman Jamil.
30 November 2011 Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC telah berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2011.
Perhimpunan dimulakan dengan penyampaian anugerah khas Kesatria Terbilang.Anugerah ini adalah satu penghargaan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengiktiraf Allahyarham Noramfaizul yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia.
Semua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO membaca Al-Fatihah untuk jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebelum memulakan persidangan pagi tadi. |
Kemudiannya satu Anugerah Khas Pemuda UMNO 2011 turut diserahkan kepada Abdul Samad Abdul Dawood Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam merangkap Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.
Seterusnya Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia dimulakan dengan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin.
Ikuti ucapan tersebut.
Sdr Ir. Shaikh Hussin Maidin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang |
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.
"Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, Facebook dan Twitter, jangan takut kalau orang mengata BN... kita bagi penerangan, jangan lari," katanya.
Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.
"Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya," katanya.
Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.
"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini".
Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden." - BERNAMA.
Orang UMNO Tidak Akan Berubah Hati, Derhaka Pada Parti
Posted On Dec 2, 2011 at at Friday, December 02, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
"Saya tidak dapat membayangkan kita datang ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun hadapan sebagai pembangkang. Bagaimana kita mahu menghadapi situasi ini dan apa yang mahu kita usul dan bahaskan. Saya sudah merasa di Pulau Pinang.
"Dahulu kita menganggap kekalahan di beberapa tempat itu adalah kes terpencil. Kita yakin menang namun selepas apa yang terjadi pada tahun 2008, kita seperti tersedar. Oleh itu, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jangan kita ambil mudah," ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Katanya, ucapan dasar Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan istilah ahli UMNO perlu menjadi orang UMNO amatlah tepat sekali dalam situasi negara bakal menghadapi satu 'perang' besar penentu hala tuju parti.
Menurut Zainal, ahli UMNO adalah mereka yang membayar yuran tetapi orang UMNO adalah individu mereka yang setia kepada parti.
"Orang UMNO tidak akan menolak dan berubah hati. Orang UMNO akan tetap setia pada parti dan tidak akan sama sekali derhaka kepada parti. Itu orang UMNO. Kita ada 3.2 juga ahli UMNO.
"Alangkah manisnya sekiranya keseluruhan jumlah ini adalah orang UMNO dan menghayati perjuangan UMNO dan tidak akan lari daripada perjuangan UMNO serta memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada UMNO. Inilah perbezaan antara ahli UMNO dan orang UMNO," ujarnya kepada UMNO-Online.
Apabila orang UMNO cinta dan kasih kepada parti, dengan sendirinya individu tersebut akan ada rasa ingin berkorban kepada siapa yang sayangi dan kasihi.
"Jadi sekiranya kita kasih dan sayang kepada parti kita, kita dengan sendiri akan timbul naluri ingin berkorban kepada parti tidak kira masa mahupun wang ringgit. PRU sudah semakin hampir. Jadi, tunjukkanlah samada kita ini ahli UMNO ataupun orang UMNO," katanya.
Santai Kedai Kopi Bersama Pemuda
Posted On Nov 15, 2011 at at Tuesday, November 15, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBaru-baru ini, Ketua Pemuda,Sdr Hj Rashidi bersama sebahagian AJK PPUBNT, telah mengadakan satu perjumpaan bersama anak-anak muda di sekitar cawangan Sungai Chenaam dan Batu 3.
Alhamdulillah, kehadiran sekitar 70 orang anak muda bagi mendengar mesej dan penerangan yang disampaikan secara santai dari ketua pemuda dapat diterima dengan baik dari rata-rata hadirin yang hadir.
Mereka tampak tidak sabar untuk menghadapi PRu13 bagi membantu untuk memenangkan Barisan Nasional kerana pada pendapat mereka pakatan rakyat sememangnya parti yang tak boleh diharap untuk membela mereka tambahan lagi dengan pelbagai masalah yang timbul dari pakatan sesama mereka.
Majlis Korban PemudaUMNO Bahagian Bersama Pemuda Negeri
Posted On Nov 11, 2011 at at Friday, November 11, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram ini berlangsung di perkarangan masjid Sungai Chenaam dengan kerjasama ADUN Sungai Acheh dan Maybank.
lagi gambar-gambar diSINI
Salam Aidiladha Dari PPUBNT. Jemputan ke Majlis Korban.
Posted On Nov 5, 2011 at at Saturday, November 05, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah.Jadikanlah peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim & Nabi Ismail sebagai wadah terulung bagi membina jiwa, hati dan akal yang lebih kental sebagai seorang hamba yang sejati.Insyaallah.
Dijemput ke Majlis Korban Dan Kenduri Bersama Penduduk Seperti Berikut:
Tarikh : 7 November 2011 (Isnin)
Masa : 9 Pagi - 1.30 Petang
Tempat : Perkarangan Masjid Sungai Chenaam, DUN Sungai Acheh
Gotong Royong Membaiki Rumah Pemuda Bersama ADUN Sungai Acheh
Posted On Oct 26, 2011 at at Wednesday, October 26, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPPUBNT bersama ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria, Puteri UMNO Nibong Tebal, pelajar MRSM Transkrian bersama penduduk kampung telah mengadakan program gotong royong bagi membaiki rumah Encik Shafie yang bertempat di Jalan Baru, Sungai Acheh.
Penduduk kampung di kawasan sekeliling turut sama membantu bagi melancarkan program tersebut. Alhamdulillah, selepas dibaikpulih terutamanya di bahagian bumbung yang begitu uzur, Encik Shafie dapat mendiami kediaman beliau dengan lebih selesa selepas ini.
Pesta Sukan Air Pemuda UMNO Nibong Tebal
Posted On Oct 18, 2011 at at Tuesday, October 18, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalAlhamdulillah, Program ini berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya dalam keadaan yang sungguh meriah. kehadiran penduduk setempat dan dari sekitar parlimen Nibong tebal agak memberangsangkan dimana pelbagai acara telah disediakan untuk segenap lapisan.
Rata-rata yang hadir menyifatkan program ini sungguh nostalgik sekali dimana mereka dapat mengimbau kembali kenangan silam. Semua yang hadir pulang dengan senyum dihiburkan dengan pelbagai telatah dan pengalaman manis sepanjang bersama didalam program ini.
Namun apa yang paling penting, usaha PPUBNT didalam mendekati masyarakat adalah misi yang paling penting. Misi mencari seberapa ramai pengundi baru dan mendapatkan persepsi positif dari masyarakat terhadap UMNO/BN merupakan agenda utama didalam penganjuran program ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kali ini..
Lagi gambar-gambar di SINI
Dijemput Hadir Beramai-Ramai
Posted On Oct 12, 2011 at at Wednesday, October 12, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalWakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang. Semuanya Palsu Belaka
Posted On Oct 6, 2011 at at Thursday, October 06, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Wakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang dan yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin." Itulah jaminan dilontarkan Lim Guan Eng, tepat dua minggu selepas ditabal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 24 Mac 2008 sebagai bukti ketelusan kerajaan rejim DAP negeri baru kepada rakyat.
Tapi itu cerita empat tahun lalu dan hari ini cerita itu sudah berbeza sama sekali.
Hari ini keikhlasan jaminan kerajaan DAP itu dicabar ekoran dakwaan seorang Adun DAP diluluskan sebidang tanah, satu hektar di Bukit Mertajam baru-baru ini.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan berkata beliau mendapat maklumat tanah 1.1 hektar itu diluluskan kepada Adun DAP Padang Lalang, Tan Cheong Heng.
Tanah berkenaan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, sebuah lokasi strategik memandangkan kawasan itu sedang pesat membangun.
Ia didaftarkan atas nama beliau dan juga abangnya Tan Chong Hock sebagai pemilik bersama.
Justeru Cheng Guan mempersoal bagaimana permohonan Adun DAP itu, diluluskan.
Menurut Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan, "Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul cat jawab la ini isu kepada semua.
Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan Cheong Heng diberi diskaun sehingga 80 peratus untuk premium tanah berkenaan.
Menurut Heng lagi,"We as any ordinary people boleh dapat ka 80 peratus diskaun? Jawab la orang biasa boleh dapat ka macam mana dia boleh dapat diskaun premium. Saya mau tanya itu betoi ke dia dapat?
Cheng Guan memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk menjawab.
Jika tidak mendapat jawapan memuaskan, beliau akan membawa perkara ini ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
Mesra Raya PPUBNT Bersama Pemuda Seberang Tasek
Posted On Sep 29, 2011 at at Thursday, September 29, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalJamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Pemuda Seberang Tasek telah berlangsung di Taman Layang-Layang, Simpang Ampat, DUN Sungai Bakap. Majlis yang meriah ini dihadiri oleh pelbagai lapisan umur di kawasan taman terbabit.
PPUBNT yang bersama-sama di dalam program ini dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dan meninjau permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak muda di kawasan tersebut.
Majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah diantara PPUBNT bersama anak muda di kawasan terbabit dengan masing-masing dapat menerima mesej @ agenda yang dibawa oleh PPUBNT yang sentiasa komitmen untuk membantu rakyat melalui dasar kerajaan BN yang prihatin.
Ketua PPUBNT, Sdr Hj Rashidi Hadir Berbual Bersama Pemuda Sekitar Kawasan
Sekitar 20 orang pemuda mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO pada malam tersebut.
PPUBNT menyampaikan sumbangan bagi mereka untuk menggerakkan program
Lagi gambar diSINI
Mesra Raya PPUBNT Bersama Pemuda Cawangan-Cawangan
Posted On Sep 20, 2011 at at Tuesday, September 20, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalUntuk sambutan Aidilfitri pada kali ini, PPUBNT mengambil insiatif untuk bersama-sama mengadakan jamuan raya bersama pemuda-pemuda UMNO cawangan dalam bahagian Nibong Tebal.
Dikesempatan yang ada, Ketua Pemuda bersama barisan jawatankuasa yang hadir dapat beramah mesra bersama pemuda-pemuda yang hadir ke jamuan tersebut disamping mengeratkan silaturahim sesama muslim/ahli pemuda.
Ziarah Pemuda Prihatin (Kampung Sg kechil, DUN Sungai Bakap)
Posted On Sep 15, 2011 at at Thursday, September 15, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalZiarah Pemuda Prihatin kali ini mengunjungi 3 buah rumah yang memerlukan bantuan di Kampung Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap.
PPUBNT diwakili oleh Sdr Setiausaha,Amiruddin dan Ketua Penerangan, Norhiesam bersama-sama AJK Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kechil bersama UMNO Cawangan sempat menziarahi insan yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Menziarahi nenek kepada seorang ahli pemuda yang sangat uzur dan hidup dalam kedaifan.
Menziarahi anak kepada seorang pemuda yang OKU yang memerlukan bantuan persekolahan dan perubatan.
Menziarahi warga emas yang tinggal dalam kesulitan seorang diri
Lagi gambar-gambar di SINI
Umno P. Pinang Gesa Kerajaan Negeri Kaji Semula Pengharaman Sukan Air
Posted On Sep 10, 2011 at at Saturday, September 10, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKEPALA BATAS, 10 Sept -- Umno Pulau Pinang Sabtu menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pengharaman aktiviti jet ski dan belon udara di kawasan pantai dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kerajaan negeri sepatutnya memikirkan kepentingan 12 pengusaha aktiviti berkenaan yang mengalami kerugian dan kira-kira 200 pekerja yang hilang sumber pendapatan ekoran tindakan itu.
"Tindakan itu juga memberi kesan kepada kemasukan pelancong. Mereka mungkin tidak mahu lagi datang ke Pulau Pinang kerana tiada lagi sukan air," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa Bank Persatuan 2011 di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan, bukannya mengambil tindakan mudah dengan mengharamkan aktiviti berkenaan apabila timbul sebarang masalah.
"Pada saya langkah kerajaan Pulau Pinang kurang tepat dan kurang wajar. Tak tahulah dari mana kerajaan negeri dapat nasihat.
"Sepatutnya mereka memikirkan langkah yang lebih bijaksana seperti mengambil langkah pencegahan, menyediakan garis panduan dan melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelak sebarang kemalangan," katanya.
Laporan akhbar menyebut pengharaman aktiviti berkenaan berikutan beberapa kemalangan yang berlaku di kawasan Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah baru-baru ini.