Showing posts with label nonsense. Show all posts
Showing posts with label nonsense. Show all posts

Entry Rojak

Tuesday, May 25, 2010

Assalamualaikum and Selamat Petang..

dah lama tak update entry. ok. kali ni entry rojak..satu entry macam-macam cerita. sapa malas baca, awas..hehe. 

Rojak 1 : Churros

tadi jalan-jalan kat satu blog paling ambo gemar sangat menyinggah iaitu blog resepi Kak D.. Tetiba jumpa sepi Churros. Last time makan Churros ni kat ada satu tempat ni. boleh kata everday beli Churros ni dulu. lama dah tak makan tetiba hari ni jumpa pulak resepi dia. apa lagi, melonjak dengan laju untuk g buat kat dapur..

sesapa yang try buat Churros ni, g la link tadi k. *wink2*

Rojak 2 : Luka

homaigod...tadi tu la masak sambil berangan kan..hambek kau jari terbelah sebab pisau. tinggal lagi sikit je kulit dia nak tanggal. tadi masa dah terkena pisau tu, dah tak pandang dah jari. hati bajet jari dah putus..(amboi..over..drama lebih)..ambo lari menerjah bilik Makcik Koyah sambil panting sekuat hati. Makcik Koyah ingat ambo masuk bilik nak suruh rasa masakan yang ambo masak.. sekali bila ambo datang dekat baru perasan darah menjejeh-jejeh sampai ke siku. darah memang tak reti nak berhenti..deras je dia keluar..

Makcik Koyah basuh-basuh dengan Dettol. belum lagi Makcik Koyah bubuh Dettol ambo dah jerit sakan dulu dah. Dulik!!!sampai Makcik Koyah kata "Belum letak lagi la!!"..huhu..sekali Makcik Koyah letak Dettol tak sakit rupanya..adeh..so sekarang ni jari ambo cacat..huhu..dah la tempat yang sama dulu tahun 1997 jari yang sama jugak hilang kulit sebab kena tokak dengan burung kakak tua..huwaaa...baru je kulit tu nak bernyawa dah hilang semula..

Rojak 3 : Happy Birthday

Happy Birthday to you..Happy Birthday to you..Happy Birthday dear Along....Happy Birthday to you...Hari ni hari jadi Along. Semoga panjang umur murah rezeki dan kehidupan diberkati Allah..Amin...Balik cepat..kita nak g holiday ni..

so..tu je la rojak hari ni..

take care and have fun..

XOXO..

Bila Hari Bosan

Saturday, April 3, 2010

Assalamualaikum..

bersawang dah blog ni. busy and tired. last weekend, balik KAMPUNG!!no...not Perak..kampung kat melaka..right after present proposal yang macam weng *menyampah*, along balik awal dari kerja.. then dia bawak ke satu kedai kasut croc and belanja one kasut croc..hehe.hadiah birthday katanya.. after maghrib, terus pecut balik melaka. sampai area nilai, jam la pulak....so apa lagi..tido la sepanjang jalan tu.

well, birthday kali ni mak ayah bagi 2 helai baju kurung yang siap ditempah ikut saiz yang ambo dah sedia bagi kat kak faridah, our tailor. sesiapa yang duduk area melaka and mencari tailor yang mantap, kaka faridah is the best. harga tempahan still murah lagi and baju yang dia jahit sangat kemas and mantap. orang melaka, nak no fon kak faridah bagitau k.

since ambo meminati kek sejak dari azali lagi, ambo kata dengan mak tak payah la beli kek. *aik*..ambo buat sendiri. nak beli kat "resepi rahsia", mahal la pulak..nak beli kat tempat lain, takut tak sedap so ambo lagi suka buat sendiri. Sabtu tu memang sungguh-sungguh ambo bawak mak ayah along g mydin nak beli barang nak buat kek. ambo beli segala macam bagai..

ahad..baru nak buat kek..aahahahah..pemalas..

last-last ambo buat 2 benda..kek marble and choc chips cookies...tgh buat choc chips, mak long ayah long datang...fuhh..memang panas baru keluar oven..rezeki mak long..

alaa..buat kek and choc chips pun sebab nak jamu budak-budak-gonjeng-yang-suap-la-apa-saja-cujat-masak-semua-kata-sedap-walaupun-tak-sedap. tapi memang semua kata ambo punya choc chips and kek sedap..hehehe..kembang dah..kek marble orang pemalas keluar dari oven sejukkan and potong takde la kerja nak letak hias macam bagai..

choc chips ambo pelbagai saiz..ada kembang ada kuncup..tapi habis kelisin.

nak resepi choc chips ambo??hehe..

nanti ambo letak kat post baru..ambo nak g library dah ni..

take care and have fun!!

Busy Again And Again

Monday, March 15, 2010


Assalamualaikum..

This week a bit busy sebab this Thursday, kemungkinan untuk attend interview sangat tinggi. Then kena prepare for pembentangan proposal. Again, lost!! sebab supervisor not that easy untuk jumpa. Sakit.. Takpe.. ambo boleh berdikari lagi. Then again, ambo memang spesies boleh berdikari. not to brag but memang dari dulu pun ambo berdikari. tapi kemungkinan ada sedikit masalah untuk naik rumah haiwan atas sana tu sebab bas UKM pun tak naik. huhu.. kena beli beca la camni. 

Traffic blog sangat merudum tapi nak buat macam mana.. ada benda lain lagi penting untuk disettlekan. akan cuba sehabis baik masa interview nanti and kalau ada rezeki dapat kerja, ambo akan buat "first Giveaway Sempena Dapat Kerja" ambo..kalau dapat.. kalau tak dapat kena tunggu lagi la jawabnye. ahaha.. so kawan-kawan, doakan la ada rezeki ambo untuk dapat kerja ni. memang mengharap sangat dapat. 

then again, sedang tungkus lumus membaca apa yang patut untuk interview. berdebar-debar betul. ahaha.. kakak ambo janji nak ambil cuti khamis ni and hantar ambo g interview. kakak ambo juga janji nak tolong ambo dengan skill interview ambo. along, tenkiu la long. kalau dapat keje ni, along la yang paling ambo sayang..ahaha..ayat nak kikis kaki along lagi la ni..

so, k la..take care and have fun..

XOXO..

Haih...Cerita Yang Panjang..

Friday, March 12, 2010


Assalamualaikum..

setelah bertungkus lumus dan bersusah payah buat proposal, nak-nak lagi waktu-waktu yang a bit mencabar sebab supervisor tak berapa sihat and cuti lama, akhirnya proposal telah dihantar dengan jayanya. Semalam, sepatutnya ambo tidur and berehat but sebagai adik yang pernah buat banyak dosa dengan along *haha* dan sebagai tanda penghargaan ambo sebab selalu tolong ambo dan selalu beralah dengan ambo bila ambo nak kikis kaki dia yang anggun tu wang dalam purse MNG dia yang mahal tu, ambo pun teman la dia pergi cari bengkel kereta.. Kenapa cari bengkel? ye kawan-kawan.. begini ceritanya. Along-ku-sayang, u jgn marah I pulak k. I cerita ni sebab I sayang U..hahaha...

disebabkan ambo telah menelan ubat pabron yang sangat berkesan untuk batuk dan selsema, ambo jadi lalok lalu tidur. kalau bom meletup sebelah telinga pun kira tak sedar la..*ayat mak..tapi ambo selalu sangkal..ambo kata kalau bom dah meletup sebelah ambo, tentu-tentu ambo tak sedar..ambo dah jadi arwah*..dalam pukul 7 pagi lebih-lebih sikit mak ambo call..ambo dengan sangat mamai ambo jawab.

Mak : Dik, Along kamu eksiden
Ambo : La...teruk ke? Along macam mana? Ok tak?
Mak : Mak pun tak tau..Kamu pergi tengokkan dia ye dik..
Ambo : boleh..naik teksi ke mak?*boleh pulak ambo tanya..konon macam ada kenderaan je*
Mak : Tak..Along datang tempat kamu nanti. *Along tinggal dekat gila dengan UKM*
Ambo : Aik? boleh jalan ke kereta?
Mak : Ntah..mak pun pening..Along nangis-nangis macam rosak teruk..*sambil gelak-gelak risau*
Ambo : Takpe..Adik mandi dulu..
Mak : Mandi kejap -kejap je dik..
Ambo : ye lah..

sepuluh minit ambo mandi..multitasking punya mandi..miahaha..sayang kakak punya pasal..bila dah siap pakai elok-elok, ambo tunggu-tunggu juga kalau si Along ni call ke..tapi tak call-call. ambo lak kredit dah expired. last-last bila dah tunggu around 15 minutes, ambo try la jenguk bawah..cait!!Along dah ada kat bawah. WTH dia tak call ambo..Ambo turun..*dalam hati..dari atas nampak kereta macam ok..takpe..remuk kot..tak nampak dari atas kot*

 ..perkenalkan Along ambo yang cengeng..

Ambo : *ketuk cermin Along* mana kemek? U ok tak? takde apa-apa ke kat U ni?
Along : *tak jawab pulak tu..dia pandang ambo dengan pandangan sengsara dia tu*
Ambo : *tinjau-tinjau* La...takde la teruk mana..kemek la jugak..tapi tak perlu kot nangis..
Along : *ambo dah masuk kereta, pandang ambo lagi..pandang je..tak cakap*
Ambo : takkan tu pun nak nangis..U ok tak?
Along : *tak kata apa..pandang je..airmata dah bergenang*
Ambo : U amek tak no plate kereta yang langgar U tu?
Along : *pandang je tak cakap apa..airmata dah meleleh*
Ambo : kereta apa yang langgar U ni?
Along : *pandang sambil teresak-esak..amek hujung lengan baju kurung kesat airmata, air hidung sekali*
Ambo : La...I tanya yang U g nangis watpe..Tampar kang..
Along : Kereta waja putih la bodoh!! *nangis stail macam ambo dera dia pulak*
Ambo : takpe, I drive la kalau U takleh drive..
Along : *pandang lagi dengan sengsara dia tu then terus keluar dari kereta*

sabar je la..dia ni memang terkenal kat rumah as a drama queen. sakit sikit pun Along nangis bagai nak rak. hah kau!!kemek nya ada la sebesar bola sepak tapi still ok la. dia nangis as if satu kereta remuk teruk. kecoh betul la Along ni. caitt!!bikin demam ambo hilang kejap. ye la..nangis macam dengan dia-dia remuk. haih..dia hati je remuk..

mak ambo call tanya ambo teruk sangat ke kereta dia pasal mak risau dia nangis-nangis macam over sikit. ambo kata kat mak, rilek ar mak.. ok je.. nanti apa-apa orang hapdet la mak. haih..dia punya drama queen, ambo yang demam dia heret ke hulu ke hilir, abang kamarul kerja kat Niosh pun after lunch turun jap tolong along cari bengkel kereta, mak dari melaka call tak henti-henti, ayah kat segamat tu mesti tak duduk diam la, yong yang pernah kerja perodua pun terbabit jugak memberi segala pendapat yang ada. 

 Alice In The Wonderland

Last-last dia bawak ambo pergi Mines pergi beli kasut untuk interview. Then disebabkan itu juga dia belanja ambo tengok cerita Alice in the Wonderland. makan minum pun semua dia tanggung. haha..

bila sampai kat kolej ambo cakap dengan along,"kes U ni sama macam kes U dulu masa kat kampung Sitiawan."..Time tu ambo ingat lagi dia tidur then dia kena gigit lipan kat lengan, dia punya meraung sakit satu rumah bangun. bangun dari tidur bukan sebab dia meraung sakit tapi dia menjerit kata hantu gigit dia. ahaha...banyak la kau hantu gigit. caitt!! kau nak kata vampire la tu.. untung-untung boleh la along jadi star dalam Twilight kan.. sabar je la..opah kata lipan gigit, dia degil-degil jugak kata hantu gigit dia..ayat dia yang ambo ingat, "opah...hantu gigit along...habis la along...habis la along..." ntah la..apa yang habis pun ambo tak tau..ahaha..

 picture taken from pakcik google
mana satu agaknya yang gigit kakak ambo ek..misteri..

amboi..panjang pulak entry ambo kali ni..

K la..take care and have fun..

XOXO..

Demam

Wednesday, March 10, 2010

Assalamualaikum..

nampak gaya ambo arini tak mungkin la dapat blogwalking..so yang sudi singgah, tenkiu very much. nampak gaya ambo terlantar la sehari dua ni. nanti ambo dah sihat ambo datang lawat-lawat blog kalian k. 

k la..take care and have fun..

XOXO

Achoom..Achoom..Achoom OoLaLa..

Assalamualaikum..

adeh..dari malam tadi asyik sneezing tak berhenti. sehingga ke saat ni pun still lagi sneezing. hidung mula berhingus. argh..not again..not this time..adeh..suhu badan juga telah meningkat dengan mendadak.kali ni betul punya meningkat. badan dah gigil-gigil. mula-mula buat kerja kat meja then tak larat sambil baring buat kerja..

bertemankan bijirin milo yang dilimpahi susu dutch lady low fat milk, terasa macam lega juga dapat makan. dengan darjah kepanasan suhu badan dan juga cuaca di luar sana, tak mungkin la ambo dapat menapak ke bawah beli makanan..tingkat 4 woii..yang time sihat pun bila sampai atas semput bagai nak rak, ni kan pulak time tak sihat ni. merangkak kot turun cafe. silap-silap makcik cafe kesian bagi ambo makan free.. anak sapa la kebulur benar ni kan..

tak kuasa la ambo nak turun. hari ni nak lepak bilik nak tidur puas-puas. nasib la mak belikan tisu bertimbun-timbun pau mak ayah tisu bertimbun-timbun aritu. adeh..badan sengal-sengal. mencik betul la kalau tak sihat time-time genting ni. argh..tak dulik..nanti lepas nak teruskan kerja. 

ok la..rasa better ambo start lena. nanti bangun nanti boleh la sambung apa yang patut..

take care peeps. jangan jatuh sakit macam ambo..

XOXO..

Back To Blog

Tuesday, March 9, 2010

Assalamualaikum..

lamanya tak blogwalk..kesian korang..sorry k. nanti zati datang blog korang and klik-klik mana yang patut k. thanks kepada those yang sudi ziarah walaupun no respond from zati. zati a bit busy lately. Jumaat ni kena hantar proposal to FST. dah siap lama but still nak kena cari update on recent researches. malam ni, mana yang zati sempat lawat, zati lawat. pada yang tak sempat, esok zati datang jenguk-jenguk k..

sepanjang hari senyap zati, takde la apa sangat yang zati buat. Sunday hari tu, parents came and we had a wonderful lunch. mak masak ayam merah and sambal goreng jawa (my favourite). then along bawa zati ke office dia *again*..everytime datang office dia, along rajin la pulak cerita macam-macam kes pelik kat situ. benci betul. nak pergi toilet pun seram-seram. huh!

susah juga jadi peguam ni. tendency orang buat tu tinggi. my sis cerita macam-macam. orang nak menang sanggup buat apa sahaja. macam-macam orang tabur. sebelum my sis pindah kerja kat Jabatan Peguam Negara, my sis kerja kat firm kat melaka. my sis pernah juga cerita yang makcik cleaner kat mahkamah selalu juga la terserempak dengan many things yang orang tabur sekitar mahkamah and orang hantar ke mahkamah *u know what I mean*..

macam-macam..hari tu along and zati terserempak dengan orang besar Jabatan Peguam Negara. sapa tah nama dia. kalau tak silap Dato' Tun Abdul Majid. walaupun dah berumur, dia handsome. miahaha.. masa tu along bawa keluar makan kat Alamanda. sangat simple orangnya. sebelum ni tak pernah dengar pun nama dia, but along la yang sebut pasal dia. so buat-buat kenal je la. miahaha. memang dasar katak bawah tempurung kan..

tak kisah la. orang hebat-hebat ni memang hebat kan. gila kagum.

my sis janji untuk belanja lagi. miahaha. thanks. ambo ni memang kaki kikis kan. suka-suka je kikis kaki duit orang. so tu je la nak merepek malam-malam ni.

zati nak start blogwalk. sape zati nak terjah dulu nie?

take care and have fun..

XOXO..

nota di kaki: kepada Nor Afzan (simple Me), zati dah dapat dah hadiah. mak kata dah sampai. tenkiu....hehe..

Bye-Bye

Saturday, March 6, 2010

Assalamualaikum..

hari ni memang tak ada mood nak blogwalking and stuff. ambo baring and tried to sleep sebanyak yang mungkin. ambo telah kehilangan semangat yang selama ni ada pada ambo. bila semangat tu ada, ambo tak pernah nak menghargai. tapi sekarang semangat ambo dah tak ada, baru la ambo menyesal yang amat. ambo akan blogwalk jugak dalam sejam dua nanti. banyak benda nak diselesaikan. ambo tak dapat nak teruskan saja. 

kenapa la kita selalu tak mengharigai sesuatu benda tu bila ada depan mata, tapi bila dah tiada baru terhegeh-hegeh nak menyesal..ambo spesies tu la..ambo spesies tak tahu menghargai.

Ambo letih fikir dari pagi sampai malam..

kawan-kawan yang sudi singgah, maaf la tak sempat-sempat nak blogwalk. malam ni ambo start operasi k..

take care and have fun..

XOXO..

Maaf Kalau Entry Ini Mengguris..

Wednesday, March 3, 2010

Assalamualaikum..

ambo perasan ada sahabat saya mempunyai masalah peribadi..pada dia saya tak bertanya dan pada orang lain pun saya tak bertanya..saya cuma singgah page beliau sebab memang rutin saya everyday..She is one of the first bloggers yang saya kenal. tup-tup hari ini saya dapat message shoutbox dari rival beliau. maaf goes to both parties. yang sebelah sini saya tak pernah masuk campur..apatah lagi yang sebelah sana yang baru saya tau kewujudan blognya. Maaf ya..saya tak suka masuk campur hal orang lain..bila anda tinggalkan mesej sebegitu rupa di dalam shoutbox saya, awak seakan-akan memberi impression pada orang lain yang saya ni busy body nak tahu hal cerita peribadi antara awak berdua..Saya tak pernah bertanya dan saya tak akan bertanya. itu prinsip saya.. bila awak bagi mesej sebegitu pada saya, awak boleh menyebabkan salah faham antara saya dan pihak lagi satu..SAYA TAK PERNAH BERTANYA..

Awak nak tegakkan kebenaran ke apa ke, jangan libatkan blog saya sebab saya tak terlibat..maaf..saya tak suka.. awak menggambarkan seolah-olah saya yang bertanya..maaf sekali lagi..saya tak suka..

pendirian saya, blog saya maka hormati saya..

salam ikhlas..

XOXO..

Entry ke-50

Monday, March 1, 2010

Assalamualaikum..

Entry ke-50. wow!tak sangka pulak akan sampai ke entry yang ke-50. tapi tu je la kot nak cakap dalam entry ni. tak ada apa sangat nak cakap. tengah celaru. 

take care and have fun..

XOXO..

Pengalaman Menjadi Cikgu Tadika

Sunday, February 28, 2010

Assalamualaikum..

As promised yesterday, hari ni nak buka satu pengalaman menjadi cikgu tadika sementara before masuk belajar. Masa first day masuk kerja tu memang berpinar kepala sebab kat rumah mana pernah ada budak kecil ni..kat rumah kadang-kadang anak sedara ada la datang tapi anak sedara boleh la piat telinga sesuka hati kan kalau nakal sangat..batrisya, nabil, aqil, hazim, zafeer and damia semua dah pernah kena sedas dua..jap..jap..damia rasa tak pernah kot pasal damia dia malu-malu ngn Cujat dia..ok..ok..dah melalut cerita pulak..

Sebelum masuk kerja, I thought kerja cikgu tadika will be the easiest task ever..ye la budak-budak je kot.. tapi unfortunately, it wasn't that easy. Jangan pandang selekeh je jadi cikgu tadika..Bayangkan budak 3 tahun yang bukan saja kita train dia untuk baca buku tapi we help them untuk potty training as well. Ambo ditempatkan untuk kelas budak 3 tahun. well cabaran yang buat ambo migrain balik tu. Dalam kelas eventhough ada 8 orang je cukup buat cikgu dia sesak nafas. ambo terpaksa duduk sandar dekat pintu sebab these rugrats asyik escape keluar dari kelas..hangin satu badan but budak 3 tahun kalau marah dia melalak tak mahu masuk kelas lagi, kan naya..so first day tak tahu trick, ha...terkejar-kejar mengutip rugrats yang dah pun berkeliaran kat luar..dapat tangkap sorang..sorang pulak keluar..budak-budak umur 3 tahun ni, every 30 minutes I have to asked them samada nak pee-pee or poo-poo.. semua kata taknak..tapi bila sorang ni nak pee-pee or poo-poo, semua nak pee-pee and poo-poo..ape berjangkit ke?hehe..dorang pakai pampers tapi dah nama potty training, ambo tak benarkan dorang membuang dalam pampers. nak membuang kena bagitahu teacher.

nak suruh dorang tumpu dalam kelas jangan cakap la kan..memang kena come out dengan pelbagai idea nak dorang hafal bentuk..nak kena jadi budak-budak unuk dorang ikut apa yang kita ajar..huh..pening..

but after all, jadi cikgu tadika will be kenangan yang paling manis. after ajar budak 3 tahun, I ditransfer ke budak 6 tahun pulak.. well, ok la.. tapi some yang rasa pandai tu macam bagus je kata kat ambo "teacher, very easy la..can you teach me something else?"..wah!!nah kau..ambo bagi soalan kuasa dua..ha...easy tak easy? then ambo cakap dengan this boy "everything in this world you must patiently starts from scratch..you have to learn ABC until you are really good at it before you learn how to read..you have to learn 123 before you learn further.."

kesayangan ambo adalah Umyra. she's very cute. I miss her already..every morning, liat nak datang sekolah. kat kelas pendiam. but after enjin dah panas dia paling riuh..tapi Umyra riuh kat ambo je..huhu..Umyra also kena stay after class session sebab her mother masukkan dia untuk daycare. most of the time ambo yang jaga daycare.. sometimes I bawa balik rumah ambo makan tengahari kat rumah.. food kat tadika sangat tak best so ambo hangkut dia sekali. so, dia ni sangat manja. even my sister datang pick me up request nak jumpa Umyra..sebab Umyra suka dipeluk..she's chubby and sangat sedap dipeluk..

so tu je la nak cerita..ada sesiapa kat sini cikgu tadika? care to share pengalaman jo la komen ok..sekarang ni ambo adalah bahan rujuk for my sepupus, angah and yong bila mana anak-anak dorang kat tadika..hehe..

take care and have fun..

XOXO..

Guess Where I Am Right Now!!

Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum..

hehe..this is live from Jabatan Peguam Negara..Ahaha..I thought I was going for a holiday with my family but turns out here I am menyinggah from my sister's office at Peguam Negara..wahaha..jakunness ok..we'll only be here for another few hours sebab my sister told us dia nak cari kes. miahaha..ambo tak pernah keje office camni so a bit jakun here and there sitting in a cubic like this and repeatedly non stop praising my sister kata wah..bestnya kerja dalam cubic macam ni..hehe..


must be some busy bees they are here..files are everywhere..here and there..everything piling up on their desk like nobody's business..no wonder some say lawyer ni glamour..hehe..heard stories from my sis tapi tu cerita nanti la..scary one ey..


wah..sitting here in a cubic makes me going insane..can't wait to finish up my studies and have a job. wah..zati..25 years of living you never work eh? yup..never!!study dari kecil sampai besar..tak habis-habis..pernah after degree ambo kerja jadi cikgu tadika..That story I will save for another entry as well..


macam mana pula si zati ni boleh online update blog? ye kawan-kawan..ambo guna harta kerajaan sebentar..nak kerja kerajaan boleh tak?ehehe..hey..I can be a hell of an employee ok..I'm good..I'm hardworking..wah..puji diri..dah zati..dah..belajar dulu ok...hehe..


saje je nak tell the world yang ambo dah merasa masuk Jabatan Peguam Negara..*like..who cares??*..hehe


so tu je la story for today..
take care and have fun..


XOXO..

nota di kaki: jam kat sini bukan keluar bunyi ding dong ding dong tapi keluar lagu oldies..miahaha..ni kalau malas datang kerja jugak nie tak tau la nak cakap apa..

Kanak-Kanak Riang

Wednesday, February 17, 2010


Assalamualaikum..

seronok bila tengok keriangan budak-budak kanak-kanak. dengki je kadang-kadang tengok dorang yang macam takde masalah nak fikir..hehe..semalam malam singgah rumah baru sepupu..bukan nak sangat tengok rumah baru tapi nak jumpa kanak-kanak riang kesayangan ambo..agak riang dihati bila si net-net dah pandai lari-lari jerit "CuJat!!"..hehe..selama ni bukan main sombong lagi kau ek net-net..apa pasal hari tu bukan main ramah mesra?? and si net-net ni jugak sudah pandai bermanja dengan ambo..tapi biasala..kalau tak bagi si net-net menangis sedas dua, bukan nama CuJat la kan..so si net-net dipeluk kuat-kuat sampai melalak budak tu minta lepas..tapi budak cepat lupa..5 minit lepas tu, si net-net datang bermanja semula tapi dengan keganasan sikit..wah!!kau ajak Cujat main Otomen pulak ye sekarang nie..

melayari zaman kanak-kanak sangat best. tak perlu fikir macam-macam. tengah serabut kepala tiada siapa disisi untuk diadukan setiap masalah, hati kembali teringat zaman kecil-kecil dulu..nak jadi budak-budak balik boleh tak?

kanak-kanak nak makan comot pun orang tak kisah..kalau dah besar macam gajah ni, tentu-tentu orang mengata..

 
masa kanak-kanak, duit raya datang sendiri tanpa ditagih dan tanpa buat muka sadis yang boleh mengundang pelempang orang..

masa kanak-kanak korang pakai la tudung rupa mana sekalipun orang puji comel..kalau dah besar lebih besar dari gajah ni, sampai kiamat la orang takkan kate kau comel..
masa kanak-kanak ni kalau malas nak jalan kau boleh buat puppy's eye untuk tagih simpati minta didukung..cuba korang buat sekarang..pastu kira berapa banyak gigi tinggal lepas kena lempang..

masa kecil macam ni, pemilik kereta buat buta je la korang nak duduk atas kereta dorang macam ni, sekarang berat hampir cecah 100kg, silap-silap ambo yang buta kena cucuk dengan garpu pasal tak sedar diri badan berat macam gajah nak duduk atas kereta ala-ala camni..

 
masa badan kecil-kecil, boleh la sofa tampung untuk 2 orang korang sebat duduk sampai 4 orang..cuba sekarang yang dalam gambar ni duduk kat sofa tu balik sekali 4 orang macam tu..runtuh tak runtuh sofa rotan tu..

kan dah kate..jadi kanak-kanak memang riang..tu je la nak merepek di malam hari kala ketensionan..

take care and have fun..

XOXO..

nota di kaki: gajah yang disebut kat atas adalah refer pada diri ambo sendiri..ahaha..takde kena mengena dengan orang lain yang terlibat dalam gambar-gambar di atas..ambo la gajahnya..hehehe..

Ingat Banyak Rupanya Sikit

Monday, February 8, 2010

Assalamualaikum..

hari ni ok la takde la penat sangat cuma yang pening kepala bila ada journal dah print and ada juga yang tak print-print lagi..*so ketuk kepala dengan senduk*..takpe kalau tak print tapi what happen if journals yang dah di print tu dah dicampur adukkan dengan journal yang belum di print lagi dalam satu folder yang sama..pening kan..ha...padan muka...sekarang pening la sorang-sorang kat bilik cuba la buat senarai panjang journal-journal..

tak kisah la..sendiri salah sendiri tanggung..Anyway, nak doakan my supervisor for his speedy recovery..Prof..tension dengan saya ke apa ni sampai masuk hospital..huhu..

jadual revisited>>


ingt lagi jadual yang tak berisi??skang dah isi....nak prove??boleh sangat...jap k...jangan gelak sakan lak tengok jadual saya..

*nanti saya letak pic..berapa kali attempt dah nak letak pic.senduk betul tenet nie*

ok...ok...what the feathers saya amek masa lama nak isi padahal kelas Jumaat 3-7 sahaja...saya tau...saya tau...pasal tak tau nak isi apa la yang jadinya hari tu kosong canthek...*senduk betul la dia nie..ingat banyak sangat la kelas dia*..saya takde kelas..saya cuma perlu ke lab dengan rajin..kalau tak rajin saya duduk bilik..hehe..

lupa pulak nak hebah-hebah..sapa saje yang rasa duduk and belajar kat UKM ada this community for UKM bloggers<--klik la sini k..terima kasih la pasal terima blog akak nie dalam community you all..*terasa tua sudah*..

so k la..take care and have fun..

XOXO..



nota di kaki: nak join contest aried, semangat dah berkobar-kobar pagi tadi..tapi tak tau la nak merepek ape kat contest tu nanti..

Kisah Bosan

Monday, January 4, 2010

!!Aku perlukan kekuatan dalam diri !!

Kisah Eksiden

Saturday, January 2, 2010

Assalamualaikum..

hmm..eksiden? mak ayah baru je eksiden tadi.hmm..tayar pecah then skidded.. nasib tak ape2..aku lak eksiden gak..eksiden jiwa dan raga. cajer fon ntah nape dia taknak caj. geram gila..aku naik angin sat lagi ada jugak fon yang bersepai. tapi taknak la sepai2 kan fon nie.elok2 ada fon kang takde fon lagi la bersepai otak nie sat lagi.

hari nie period pain. gila pain. aku nak je telan 2 bijik ponstans sekalugus tapi memandangkan ponstan nie mampu membuatkan renal failure if excessive usage so I've tried damn hard to avoid myself eating that devil..muahahaha...selama nie sakit sket telan sebijik. pantang sakit period pain, sure sebijik ponstan akan lebur dalam perut.

arini ada gak attempt untuk melayan citer "Barbie- the three musketeers". vain betul la aku arini. ape la kes nerve system aku melayan citer sebegitu rupa.. tapi kan best la. aku suka. aku mmg dari dulu suka barbie. aku ingt lagi grandma young aku pernah bg Barbie set utk aku sempena christmas. hepi sungguh time tu menyambut hari natal.*tak tau lak aku hari natal tu bkn perayaan aku time tu*..aku sambut je seikhlas hati. lagi ikhlas bila dapat hadiah byk.muahaha...

ok, pardon my attitude arini..mmg vain. lantakkan..

ok la..nak g mandi n nak stadi a little bit b4 jumping in bed..*bkn dah jump ke siang tadi*

XOXO

Kisah Panas

Wednesday, December 30, 2009

Assalamualaikum..

haha..bunyi mcm ape je yang panas kan..demmit. nie kat kolej nie la..pas satu hal jadi lagi satu hal. gewam sungguh mcm nak tembak orang sekarang nie. malam penuh syahdu dimana aku dah berdengkur enak same la ngn rumet aku yang terchenta nie. tetiba aku perasan kipas makin slow. aik! rumet aku tutup ke? so aku pun ngn mamai bgn untuk bukak balik tapi aku nak perlahankan volume kipas nie la. (kat sini bajet diri nie sangat bertoleransi). rupenya rumet aku nie tak tutup pun kipas tue. aku pun pelik. adakah takde letrik??jeng3x. gila saspen. huhu. so aku try la bukak lampu plak. aik!!!!!!!!lagi la jeng3x kan kalau lampu tu boleh bukak. mmg menyala la pulak lampu tu. adeh.. saspen sungguh cerita nie. so aku pun marah2 la. panas woooo.. kat umah ada ekon (gila belagak) tetiba kat sini langsung ditarik nikmat sampai kipas pun tak jalan..

HUWARGHHH!!!hatiku panas......

Kisah Baru

Friday, December 11, 2009

Assalamualaikum

Mode: Retarded. boleh tak. ok.. post before this semua telah di delete bg tujuan tidak mengelirukan pelbagai pihak. semangat baru di hujung tahun. semoga membawa ke masa hadapan yang lebih cerah. since everything telah di clear kan, jadi tiada lagi kekangan bagi aku untuk tulis ape2.

ribuan kemaafan dipinta kepada semua orang yang pernah aku sakiti dan mungkin juga yang sedang aku sakiti. semua sekali. semoga permulaan tahun baru ini membawa erti yang paling bermakna bagi semua orang.

since this will be my first post for this blog (literally the first post), I don't really have the intention to ramble a lot. let it be as short as possible.

a million thanks to all, especially for those who gave so many chances (which I already blew so many times before).