Memaparkan catatan dengan label HIMPUNAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HIMPUNAN. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 12, 2013

HKR #KL112 : 10 Deklarasi untuk diambil PERHATIAN KERAJAAN YANG ADA!


(Stadium Merdeka penuh sesak begitu juga di luar stadium)

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112  melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA  sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.

Atau yang sebenarnya ada 10 Deklarasi :



10-point demand was read out: 

1. Free and fair elections, 
2. Save Felda, 
3. Restore Sabah and Sarawak rights, 
4. 20% oil royalty for petroleum export states, 
5. Safeguard the future of civil servants included teachers and security force, 
6. A clean and healthy environment, 
7. Strengthen the national language as well as mother tongue, 
8. Free all the political detainees, 
9. Save heritage and traditional kampung, 
10. Better living standard for women."

- Sumber Harakahdaily & Malaysiakini

Jumaat, Januari 11, 2013

Kalian Hadir HKR#KL112 : Contact person untuk keselamatan & perlindungan ANDA

Jang tak hadir kalian pendokong KEBENARAN


Sebarankan untuk maklumat ANDA
 #KL112, the contacts that you must know and save in your phone...
Have a safe walk! 
Hidup Rakyat!
Thx to Nalini Elumalai and the team.
No copyright, pls share widely.

Sabtu, Januari 05, 2013

Ayuh bersedia Himpunan KL 112 : Dunia Saksi Kebangkitan Rakyat Malaysia

Ayuh turun bersama
Jangan ketinggalan
Pelbagai Isu Rakyat untuk Pemimpin buka mata
Inilah masanya buka mata seluruh dunia
PENGUMUMAN 
JAWATANKUASA
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman


WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh

Jumaat, Disember 14, 2012

Jom Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak 16hb. Dis. 2012

Konvoi bersama anak-anak muda Parlimen Pasir Salak
Bumi Malaysia menjadi saksi Kebangkitan Rakyat perlu ditanam disanubari. Medan seterusnya untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat , kini akan berlangsung di Bandar Seri Iskandar, Perak Tengah.

Jom semarak beramai-ramai dalam himpunan aman  kebangkitan  rakyat Perak
Seluruh rakyat Perak harus turun bagi menyatakan sokongan dalam masa yang sama mengetahui isu-isu Perak yang akan ditampilkan menerusi penerangan, pameran dan memorendum terhadap pergelutan dan penyelewangan yang ada mengelilingi rakyat Perak itu sendiri.


Dialu-alukan bersama menjaga keselamatan diperjalanan.

Pelbagai sudut dan arah menuju matlamat mengetahui isu Perak sebenar.
 
Jangan ada yang ketinggalan!!!

Perjuangan NGO-NGO dalam memastikan hak rakyat digalas sepenuhnya oleh pimpinan akan ditonjolkan pada dan sepanjang perhimpunan ini diadakan. Jom semarakkan beramai-ramai demi kebangkitan dan kesatuan sebenar menentang pengabis harta rakyat 55 tahun lamanya.

Hadiri Himpunan, tingkatkan pengetahuan dan kesedaran, Hancurkan kezaliman, Gerunkan Pasukan Lawan, 
Islam Bersatu Kemenangan Dijulang.

Isnin, Ogos 02, 2010

15 dibebaskan tengahmalam, 3 lagi perolehi perintah reman.

oleh : Guni Bawang.

Jam 11.30 mlm tadi 15 orang Petugas Unit Amal telah dibebaskan dari Balai Polis Kampung Gajah setelah ditahan hampir 8 jam. Mereka yang ditugaskan oleh penganjur untuk mengawal lalulintas dan keselamatan sekitar perhimpunan. Malah ada diantara mereka yang ditahan tersebut hanya kerana membawa baju merah Jabatan Amal Malaysia sahaja. Ini adalah permulaan sebagai tanda-tanda besar kehancuran UMNO & Barisan Nasional. Mereka ingat tidakkan seumpama ini akan menakutkan rakyat malah kini setelah disembang borakkan dengan pengunjung kawasan himpunan Changkat Lada ini rata-rata menyatakan geram dan benci tindakan seumpama itu dilakukan.

Senario di Kampung Gajah kini mepamerkan 2 gambaran yang memerlukan pemikiran rakyat lebih terbuka. Kemunculan kedai - kedai karoke yang saban malam menganggu persekitaran tidak langsung diambil endah oleh pihak berkuasa namun jika Ceramah Penerangan Hak Kebenaran Rakyat , maka terus disekat, ditakut-takutkan dan ada pula SB merata2.

3 orang petugas Unit Amal pagi tadi dibawa ke Mahkamah Seksyen, Perak Tengah bagi mendapat kebenaran direman setelah ditemui senjata pisau lipat nak belah cempedak bersamanya. Dewan Pemuda PAS Perak mengiringi mereka menyusul ke Mahkamah Parit bagi memastikan tiada sebarang provokasi dan keselamatan mereka bertiga. Bagi pihak penganjur keberanian dan ketabahan mental petugas2 Unit Amal Perak HARUS DIBERIKAN PUJIAN kerana berjaya menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya.

Kepada pihak keluarga mereka, moga kesabaran kalian akan melimpahkan rahmat berpanjangan dan usaha membeaskan mereka akan dipercepatkan. Insyallah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang redho dan sabar atas kezaliman yang dilakukan, dalam masa yang sama kini doa mereka sangat-sangat mustajab. Amin Ya Rabb.

Ahad, Ogos 01, 2010

18 Orang Unit Amal ditahan menjalankan tugas dalam Himpunan Warga Felcra


oleh : Bin Malek


Strategi pihak berkuasa malam ini amat rakus. Penangkapan 18 orang petugas Unit Amal ketika menjalankan tugas petang tadi sekitar jam 4 adalah cara rejim mengagalkan benteng utama penganjur meneruskan acara malam ini. Ugutan dan tangkapan tersebut tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir malam ni. Hingga kini jam 1040 malam , dianggarkan 1000 orang pengunjung hadir bagi mendengar amanat dan kebenaran hakiki, namun ratusan pihak berkuasa Polis , FRU bersama 'watercanon' bersiap sedia mengempur kawasan himpunan sekiranya ceramah diteruskan.

Apa yang pasti agenda utama himpunan warga Felcra 2 hari ini telah berjaya memecahkan minda segelintir masyarakat peneroka yang prihatin. Seawal jam 9 pagi hingg 5 petang pelbagai bukti penyelewengan Felcra & Felda telah dapat didedahkan. Sdra Mazlan Alimin mebongkarkan hampir 30 penyelewengan Felcra termasuk dari Felcra Seberang Perak hinggalah di Felcra Sarawak. Ianya secara langsung melibatkan pimpinan atasan dalam Felcra termasuk Pengerusinya Dato Tajudin Abd Rahman.

Nilai mentaliti masyarakat Felcra dan Felda harus dibuka agar kepincangan pimpinan negara masa kini tidak merasa selamat. Hingga kini Warga Felcra dan Warga Felda adalah talian hayat terakhir pimpinan negara kita kerana hampir 90 kerusi Parlimen mempunyai kawasan Felcra & Felda negara kita. Aduhai ANAK FELCRA & FELDA bangun menentang kehancuran pimpinan menghabiskan wang ANDA!!!!

HIMPUNAN WARGA FELCRA , MENGGERUNKAN PIMPINAN KERAJAAN

Perjuangan mendapatkan Hak & Kebenaran sebagai warga Felcra perlu diteruskan demi kelangsungan ISLAM yang sangat membenci penindasan , penyelewengan dan penipuan berterusan pihak pemerintah.
Dalam merealisasikan kejayaan dan penyampaian isu kebenaran hak kekayaan rakyat, maka Jawatankuasa Himpunan Warga FELCRA Peringkat Kebangsaan Kali Pertama harus diberi pujian. Malam tadi berlangsung Ceramah I yang disampaikan oleh Sdra Mazlan Aliman , pimpinan lain dan Kemuncaknya Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin. Walaupun tentangan dan kehadiran pihak berkuasa polis dan FRU memagari kawasan namun ianya tidak mematahkan semangat rakyat yang sedar akan tanggungjawab mencari kebenaran hakiki.

Polis & FRU adalah anggota profesional di negara ini diperalatkan oleh rejim pemerintah. Sekali pandang ketika saya mula hadir seolah-olah terbayang dikotak pemikiran bhw kiti Changkat Lada merubah menjadi Semenanjung Gaza dikepung habis-habis. Pujian harus diberikan kepada anggota Unit Amal yang berjaya menjaga keselamatan dan mengawal pintu masuk kawasan himpunan. Laungan selawat dan kalimah Takbir berjaya menyuraikan anggota FRU dan Polis untuk memasuki kawasan himpunan. Ini provokasi bacul arahan atasan, kecut Dato' Tajudin Rahman. Kalau jantan sungguh turun naik pentas sekali berdebat kat situ.
Pagi tadi dijalankan Majlis Perasmian Seminar dan pembentangan kertas kerja khusus membongkar salah gunakuasa pemerintah yang mempergunakan dan memperalatan Felcra & Felda di tanahair. Perasmian disempurnakan oleh DS Nizar Jamaludin. Ucapan yang mantap memberikan semangat jitu buat penganjur untuk terus bertahan mengadakan program seumpama ini. Beliau juga diberikan kesempatan untuk melancarkan Risalah Khas 'Felda Bankrap' untuk edaran seluruh Malaysia.

Dato Zaid Ibrahim juga berkesempatan hadir menyuntik semangat buat peserta seminar dan memberikan sokongan penuh kepada penganjur dan PAS Pusat atas tindakan menyedarkan rakyat marhain di Felcra Malaysia.

JANGAN LUPA MALAM KEMUNCAK MALAM NI : DATANG AWAL BERAMAI!!!!!

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
SDRA MUHAMMAD SABU
SDRA MUSTAPA KAMIL AYUB


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO