Memaparkan catatan dengan label CERAMAH SANA SINI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERAMAH SANA SINI. Papar semua catatan

Rabu, April 02, 2014

Ceramah GEGAR Bersama Timbalan Presiden PAS Pusat : Sdra Hj. Mohamad Sabu di Kampung Gajah, Perak

Ceramah GEGAR III : Sdra Hj Mohamad Sabu di Kampung Gajah, Perak.
Jom sekalian sekeliling Kawasan berhampiran Parlimen Pasir Salak untuk hadir bersama di Ceramah GEGAR III : Sdra Hj Mohamad Sabu di Kampung Gajah, Perak.

Berlangsung pada : 13 April 2014
Lokasi tertera : Dataran Markaz PAS Kampung Gajah, Perak.

Jom sebar dan hadir bersama memberi semangat baharu dan mengetahui isu-isu terkini , mantop dan memacu bersama kepimpinan ISLAM di Malaysia.

Isnin, Jun 10, 2013

Pasca PRU 13 : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Kampung Gajah

Dato Tuan Ibrahim b. Tuan Man di Kampung Gajah.
Bersama kita hadir bagi meningkatkan semangat kebersamaan dalam jemaah ISLAM  dan yakin bersama kita adalah KEBENARAN.

Tiada syurga tanpa ujian. Kemenangan ISLAM pastikan tiba melenyapkan kebatilan mereka.

Sabtu, April 13, 2013

Penampilan Penyanyi IWAN SYAHMAN & Editor Kanan Harakah di Pekan Telok Sareh, Kg. Gajah : 13/4/13

Ceramah Iwan Syahman , Dato Tarmizi Mat Jam & Calon2 PRU-13
N49 & P073
Jom sama-sama semarakkan dan hadir sambil berhibur mengendurkan ketegangan.

Selasa, Februari 19, 2013

Roadshow Anak Muda bersama DS Nizar , Cikgu Bad & Sahabat2 , gempur dan humban!

AMARAN : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!

Ini adalah amaran NGos Anak-anak Muda yang prihatin terhadap kedaulatan undang-undang negara. Ayuh mari sama-sama kita bangkitkan kesedaran ini bersama kami PAS Kawasan Pasir Salak , PAS Kg Gajah, SAMM, dan ABU. Roadshow terkini akan diadakan di Padang Awam Kampung Gajah, Perak berhampiran Simpang Empat Kg Gajah.

sebagaimana berikut ... 21 Februari 2013

Jom sebar dan hadir bersama Roadshow Anak Muda Prihatin Kedaulatan Negara
Untuk lebih rujukan sila ke ...sini malam esok (Khamis) dan laman ...http://anakmudamalaysia.com/2013/02/roadshow-amaranpru-seterusnya-ke-utara-semenanjung-bermula-hari-ini/ 

Ahad, Februari 10, 2013

Ceramah & kupasan 'Kebajikan Tawaran PR di Perak'

Tawaran dan saranan kelak buat keyakinan rakyat dan pengundi, maka kupasan tawaran kebajikan PR dikupas pada 12.2.2013 ini bersama Dr. Zuhdi Marzuki , Ust Sulaiman Mantap , Sdra Mustafa Kamil Ayub & Drs Ishak Shaari.

Poster Ceramah sana-sini di Kg Gajah, Perak

Dr. Zuhdi , Ust Sulaiman Mantap , Sdra Mustafa Kamil & Drs. Ishak  Shaari
Ayuh ke Kg Pisang , Mukim Pasir Salak , Kampung Gajah.

Isnin, Januari 28, 2013

Tawaran Kerajaan Pakatan Rakyat dibentangkan di Matang Guntung, Kg Gajah

Hebahan tawaran PAS untuk memerintah
Ni yang kalian semua kena tahu. Apakah sebenar-benarnya Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PAS tawarkan bilamana sekiranya nak memerintah kelak. Rakyat marhain semakin mencari-cari solutionnya bagi meneruskan kesinambungan sebenar dasar yang menjadi tonggak al-Quran dan as-Sunnah dalam parti. 

Generasi yang kini semakin matang berfikir inginkan kepastian tersebut, Moga penjelasannya kelak menjawab dan manjadi pemandu kepada pengundi untuk yakin terus bersama Pakatan Rakyat. Tawaran yang telus membawa rahmat.

Ahad, Julai 15, 2012

Jom terus berubah, BN semakin parah

14 Julai 2012, Ceramah yang telah diatur dan dianjurkan oleh PAS MTD Kampung Gajah telah berjaya dengan jayanya. Alhamdulillah, dianggarkan sekitar 800-900 orang telah hadir bersama mendengar penerangan , kupasan & pengalaman penceramah atas tajuk 'Jom Ubah Sebelum Parah'.

Leman Raja Lawak di Kampung Gajah
Drs Ishak b. Shaari, JK Lujnah Tanah & Pembanggunan Wilayah PAS Pusat mendahului ucap alu-aluan. Antara lain beliau menyeru agar kesedaran demi kesedaran perlu ada dalam diri bagi menyatakan kebenaran mengatasi kerakusan pemerintah kini iaitu BN. Sejurus itu , Leman Raja Lawak Astro mengambil giliran. Penampilan yang bersahaja beliau memukau pendengar dengan aksi ucapan spontan denngan mengajak anak-anak muda untuk terus bersama PR menjadikan panji Islam terus memperolehi kemenangan dan PRU-13.
Lt Adnan Haire Othman bersama krew MTD Kampung Gajah 
Hairie Othman yang baharu 14 hari menyerahkan borang bersama Parti Islam Malaysia PAS juga membawa pengalaman bagaimana beliau berkorban hari-hari seterusnya untuk cekal bersama PAS. Realiti kebenaran hanya ada dalam pejuangan Pakatan Rakyat. Serahan penentuan rezeki hanya kepada Allah, ini tekad dan kepercayaan yang ada padanya. Alhamdulillah, kedua-dua artis ini telah mengorbankan kehidupan glamor mereka demi bersama Islam.

Dr. Muhaimin Sulam, YDP PAS Kawasan Pasir Salak , Pak Salleh Bakar dengan sajaknya juga mengambil bahagian pada malam tersebut.

Editor Kanan Akhbar Harakah, Dato Tarmizi Mat Jam bersemangat menyampaikan informasi dan maklumat buat pendengar. Seruan kebangkitan masyarakat Malaysia perlu disambut seluruhnya dimerata kampung dan pelusuk negara. Ini jelas memperlihatkan masa kini aura kebenaran Islam semakin mendapat sambutan dipelbagai peringkat sama ada Pengawai Kanan Penjawat Awam, Artis Tempatan , Dewan Himpunan Penyokong PAS yang semakin bertambah dan mantap. Maka seharusnya momentun kebangkitan rakyat akan terus menerus bersinar demi kemenangan Islam.

Aiman Atirah al-Jundi dengan laptopnya
Aiman Atirah al-Jundi , Pengerusi Lujnah Penerangan Muslimat PAS Pusat mengakhiri majlis ini dengan penuh semangat. Bersama tayangan dan paparan slide LCD yang kemas membawa dalil-dalil sebenar kenapa perlu berubah. Hujah yang mantap dengan bukti ini , kepuasan buat pendengar dan penonton yang hadir.
antara mereka hadir

Sesungguhnya BN perlu ditumbangkan sekiranya kekayaan dan nikmat yang Allah berikan kepada Negara kita yang tercinta ini tidak bergelumang dengan dosa pembaziran dan kekayaan buat kroni pemerintah semata-mata.

Tahniah buat penganjur. terima kasih buat semua yang bersama menjaya dan menyumbangkan tenaga dan wang ringgitnya. Jumpa lagi.

Selasa, Jun 12, 2012

Kompleks Sejarah Pasir Salak kini tempat BERCERAMAH?

Setelah hampir pasti Pemuda UMNO Kg Pulau Juar kan lenyap, kini Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan menjadi saksi kebangkitan jemaah PAS bersama Pakatan Rakyat. Satu persatu hati rakyat dimenangi dengan kebajikan dan ketelusan kepimpinan jemaah Islam. Tidak mustahil , lokasi sejarah ini terus menerus menjadi sejarah dengan semangat Dato Sagor & Dato Seri Maharaja Lela sendiri.

Kompleks Sejarah Pasir Salak

UPU Pasir Salak sememangnya dikuasai oleh PAS & Keadilan bagi penggal sebelumnya, sudah pasti kegelisahan pendokong dakyah UMNO kian kegelian untuk memenangi jiwa orang muda setempat.

Jom kita bersama YB Khalid Samad & Bakal Calon DUN Kampung Gajah PRU-13

Kuasa wang yang digunakan oleh pemerintah sekarang, pastinya diambil, walaubagaimanapun mantop orang muda cermin kebenaran bersama ISLAM akan terus bersinar.

Pada 16 Jun 2012, YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam akan menjejakkan kakinya di bumi sejarah ini. Kompleks Sejarah Pasir Salak kini akan menjadi lokasi ceramah penerangan isu-isu PANAS kontemporari. Bersamanya kelak Ust Ishak Shaari yang juga dengan gelaran DRs Ishak Shaari, disebut-sebut bakal calon PAS N49 DUN Kampung Gajah turut sama berkongsi dan memberi kupasan isu semasa disana.

Orang ramai seantara Perak dan anak-anak tempatan setempat dijemput hadir bersama bagi menyatakan sokongan dan mengetahui info mendalam demi kemenangan ISLAM bersama menuju ke Putrajaya.

Rabu, Mei 23, 2012

Buka minda , tajamkan fikiran : bicara semasa @ Kg Gajah

Program Penerangan kini bergiat aktif... sambil menyelami daya pemikiran rakyat marhaen.

Bual bicara mantop!!!

 Kalian mohon untuk hadir dan sebarkan bersama.... sambil pulang bercuti hujung minggu di kampung.

Bersama Srikandi Aisyah & pimpinan tempatan

Ahad, April 29, 2012

Bila BERSIH 4.0 ?

28 APRIL 2012, Itulah ungkapan anak-anak muda , sejurus melangkah bersurai himpunan BERSIH 3.0 semalam. Dipetik menerusi ceramah Pasca Pulang BERSIH ke Changkat Lada , malam tadi. Abang Mohamad Sabu , YB Dr Mujahid Yusof , Sdra Hu Pang Chaw dan Ust Ishak Shaari adalah antara mereka2 yang menyampaikan ceramah 'Pasca Pulang BERSIH 3.0' di Felcra Changkat Lada anjuran PAS MTD Kampung Gajah malam tadi.

Panas dan keletihan belum hilang, dari KL jam 7 pm tiba seketika di Langkap dan terus ke Changkat Lada rombongan Mohamad Sabu , membawa harapan para penyokong dan masyarakat setempat. Kezaliman pihak berkuasa bertempur dengan peserta himpunan BERSIH yang tanpa senjata, memang sesuatu yang sangat dikesalkan. Inilah yang menjadi bualan sepanjang minggu ini dan satu-persatu bukti kekasaran dikeluarkan menerusi laman sesawang facebook dan youtube. Apa yang pasti pimpinan tertinggi negara tidak akan senang duduk dengan perkara yang dituntut oleh peserta himpunan BERSIH 3.0 ini.
Syabas buat mereka yang telah hadir dan menyertai suara kesatuan rakyat. Rata-rata keamanan sahaja tidak cukup dinegara ini malah penyelewengan yang menjadi-jadi oleh pimpinan pemerintah harusnya dihapuskan. Tiada jalan lain bilamana media perdana tidak pernah telus dan bebas untuk menyatakan perkara benar. Akses media yang tidak bebas ini membuatkan pelbagai pihak terutama pembangkang bagi menghuraikan penyelewengan kewangan dan kekayaan negara berlega disisi pemerintah, sedang rakyat marhain menerima kesan kenaikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan dari masa ke semasa. Mohammad Sabu bercakap dihadapan hampir 2000 orang yang hadir dengan penuh harapan untuk membawa perubahan kebenaran dan ketelusan pegawai pemerintah. Perubahan perlu dilakukan seluruh pelusuk negara agar segala kebobrokkan manusia bergelar pemerintah kini akan dapat diatas demi mengelakkan Malaysia menjadi muflis.

Isnin, September 19, 2011

Ceramah Umum Isu Semasa di Pasir Salak

Jam 9.00 Malam
Mohon diperhebahkan bersama sambil menjadikan diri kita ejen penyampai yang berkesan. Insyallah, kita punyai peranan yang sama memastikan 'Kemenangan Islam Dalam Genggaman'.

Terima kasih.

Jumaat, Jun 24, 2011

Semarak Isu diambang PRU-13 @ Kg Gajah

YB DS Nizar, YB Ng Swee Lin & Dr Muhaimin Sulam

Perjalanan dan perjuangan yang perlu diteruskan. Sebaran maklumat kebenaran penting untuk minda masyarakat Malaysia yang kini ketandusan maklumat tepat situasi semasa.

Kemenangan Islam Tanggungjawab bersama
Mari kita semarakkan program penerangan ini demi kelangsungan kemenagan ISLAM di tanahair kita. Tolong sebarkan , sumbangan ANDA terhadap kemenangan ISLAM bersama.

Jumaat, Jun 03, 2011

Ceramah Sana Sini @ Palimen Pasir Salak

Kebangakitan menyedarkan masyakarat bertamadun. Gerak kerja penenrangan terus berlangsung demi kelangsungan hakikat perjuang yang tiak pernah luntur.

Sehari bersama Sdra Mazlan Aliman
Pengerusi ANAK Kebangsaan

Justeru, yang bermuktamar selamat bermuktamar. Maka yang diakar umbi kan terus memastikan isu-isu terkini tiada ketirisan sebagaimana pihak pemerintah menyembunyikan kebenarannya. Mohon untuk dipanjangkan kepengetahuan rakan pembaca terutama dilembah pahlawan sejati Pasir Salak dan kawasan sekitarnya. Moga kesedaran rakyat kian mantap.

Kupasan mantap Hak-hak sebagai rayat setmpat di bumi berdaulat.

Jumaat, April 08, 2011

CERAMAH UMUM MENJELANG PRU 13 : Pasir Salak Kita Serang!!!

Jom kita sama-sama HADIR dan sebarkan...

Rabu, Oktober 13, 2010

YB Dato' Mahfuz Omar @ Kg Gajah

Hadirin hadirat dijemput hadir beramai. Mendengar, memikir dan menjalin ukhuwah Islam menangani permasalahan berkaitan Isu-isu Semasa terkini.

Apakah mungkin jua ulasan sidang Parlimen terbaru dan respon PRK Dun Galas.
Mohon disebarkan....

Khamis, Jun 24, 2010

Langsung kini ceramah 'Judi' @ MTD Kg Gajah


Ust Sidek Nor menjadi penceramah terakhir. Kupasan isu yg sangat2 membakar semangat pendengar budiman.
update jam 11.00 pm
YB Chan Ming Kai, sedang rancak menyampai ceramah dan menjadikan terpukau oleh pendengar dengan imej pembawaannya selaku rakyat Malaysia berjiwa melayu.
Penerangan khusus dan menarik adalah berkaitan tentang menyeru terhadap kefahaman pendengar peranan dan kebobrokan pemerintah dengan menggunakan isu perkauman.

berlangsung..... update jam 1024.pm


Blogger gajahmenta selaku Pengarah Strategik PKR Pasir Salak sedang menyampaikan ceramah dengan mengupas pelbagai isu semasa menarik perhatian yang hadir. Antara isu disentuh kebejatan media arus perdana masakini, isu pendidikan penghapusan UPSR & PMR, isu Anwar Ibrahim dan isu-isu tempatan yang wujud masa kini termasuk tersadainya projek sekolah kebangsaan dato sagor , kg gajah yang bertukar2 tangan bagi menyiapkannya.

Kelihatan YB Chan Ming Kai yang hadir segak berpakaian baju Melayu bersongkok. Menantikan giliran bagi pengucapannya. Bersama Sdra Zamarul Aini (aku le tu) meraikan penceramah. Kan hadir iaitu YB Ust Firdaus Ahli Parlimen Jerai.

Khamis, Jun 17, 2010

Ceramah Judi 24 Jun 2010 @ MTD Kg Gajah


Kalian pembaca dijemput hadir dan sebarkan.......
Apalah judi kalu tak kita kaitkan dengan kaki Judi.


Besar makna tersirat disebalik papan tanda ini. Lokasi berhampiran Bukit Bunga, Kelantan. Jajahan Jeli.

Khamis, Mac 11, 2010

Bukit Chawi ditembusi , PAS dihati PENDUDUK SETEMPAT

Kehadiran penduduk setempat malam tadi adalah suatu yang positif julung2 kali berlangsung di kawasan tersebut. Walaupun dalam kegelapan, namun yang hadir tidak sesekali berganjak untuk terus menerus mendengar maklumat terkini lebih lebih lagi bidasan terhadap penipuan berterusan pihak memerintah sedia ada.
Isu GST, Perak kini, Isu Tanah setempat, janji premium penduduk Changkat Lada, status krontraktok sebagai ahli majlis daerah Perak Tengah dan pelbagai2 yang lain menjadi perkara asas dalam penerangan oleh penceramah yang hadir.

"Saban hari kita dikhabarkan tentang ekonomi negara pulih %%%%% meningkat, namun pada hakikatnya rakyat terus ditindas dengan sara hidup memuncak."
'RAKYAT DIDAHULUKAN RASA PAHIT, PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN'


sebagai slogan asal pihak pemerintah kini.

Isnin, Mac 08, 2010

Pertemuan Khas Bersama @ UPU Bukit Chawi

Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan khas JK MTD Kg Gajah bersama UPU Bukit Chawi.

Pelbagai program telah dapat dirangka seterusnya memungkinkan kefahaman dan kesedaran penduduk setempat memperolehi maklumat tepat perihal yang berlaku masa kini. Pengarah MTD Kg Gajah telah menyampaikan amanat dan kupasan isu terkini yang sedang melanda politik negara masa kini. Seramai 28 orang telah hadir mewakili tekong2 kuat gerakan kemenagan Islam di bumi Kg Gajah hadir pada malam tersebut.

Ianya dipengerusikan oleh Ketua Lujnah Penerangan Pas Kawasan Pasir Salak iaitu Ust Baharom. Kerangka kerja program terhampir ianya 'Bual Bicara Umum Bersama YB V.Sivakumar , Dr Najihatussolehah & Ust Mustafa yang akan berlangsung pada 10.3.2010 ini dikawasan setempat. Moga program ini dapat diwar-warkan oleh kita keseluruh kawasan seterusnya hadir bersama.

Ahad, Februari 21, 2010

Ir Hj Nizar & Sdra Hanipa Maidin Gempur Kg Gajah

Suasana sekitar Program Ceramah 5-0 oleh YB Ir Hj Nizar Jamaludin, Sdra Hanipa Maidin, Sdra Misbahul Munir & Ustaz Mustafa Shaari. Kemeriahan mereka yang hadir mendengar mandat & ucapan.


Apakah ertinya 0-5 dberikan kepada MB Rakyat namun sokongan nya di kawasan Pasir Salak pun bergedudup orang ramai datang. "Mereka menang 5-0 mereka terus senyap sesepinya, namun Ceramah Pakatan Rakyat tetap ramai dan bertambah semangat semacam akan hadir 5-0 lagi untuk mush tewas edisi seterusnya kelak.


Pelbagai perkara dibahaskan dan nyata sokongan dan kebangkitan rakyat semakin mantaooop.
Dari isu perundangan berhujah berserta ayat suci Al-Quran, isu kebobrokan ummah Umeno, Perlembagaan Malaysia yang terburai oleh busuk nya kepiminan kini yang melibatkan Pentadbiran d Putrajaya hingga ke Perak terus ke Uruguay tanpa menyelam.
Antara yang diingatkan oleh Sdra Hanipa Maidin "Orang Pasir Salak tak seharusnya beri undi pada kepimpinan (..........) Parlimen Pasir Salak yang ada kini." sorakan hebat jelas menyambut seruan tersebut.

muda mudi tersohor di kg gajah pun turut serta, steady bro..

Ustaz Ali Abbas memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran bagi memulakan program

Tonggak pemuda masa depan, aku mencelah je kat situ..


Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO