Isnin, Disember 29, 2008

Panorama JOM SERTAI PAS

Takbir..!! Tuan Guru menggegarkan Dataran Shah Alam
YB Dr Mariah bersama pimpinan PAS sewaktu perasmian JOM SERTAI PAS

Lepas ni Subang & Shah Alam akan ikut jejak ku.

Ust Ghazali Shaari bersama Kapt(B) Datuk Zahar Hashim di Dataran Shah Alam.

Untuk mendaftar
* Sila hubungi 03-2692 5000
* SMS taip : (nama) (daerah) dan hantar kepada 013-2226018
* Layari www.jomsertaipas.com

IKLAN : JAWATAN KOSONG

DIPERLUKAN SEGERA
GURU AKADEMIK / AGAMA
SEKOLAH RENDAH ISLAM NURUL IMAN,
JALAN MASJID LAMA
36800 KAMPONG GAJAH. PERAK
Sila Hubungi : 05-6312390 (off) 019-505 1299 (h/p)
Ustazah Nida

Kem Solat Di Dun Kg Gajah



Pejabat Agama Kg Gajah dengan kerjasama Pejabat Penyelia DUN Kg Gajah telah mengadakan KEM SOLAT khusus untuk penduduk sekitar Kg Changkat Rambai di sini dengan penyertaan seramai 120 orang peserta. Program ini julung kali diadakan dengan kehadiran luar jangkaan. Program ini diisi dengan pelbagai ilmu khususnya tentang salah faham masyarakat tentang solat. Ustaz Zambree dari Pejabat Agama Daerah telah memberikan pengisian di dalam program ini.



HELWA DUN Kg Gajah Anjur Kem Hayya 'Ala Solah






Pejabat Penyelia DUN Kg Gajah mencipta sejarah apabila julung kalinya mencatatkan kehadiran yang tidak disangkakan kehadiran seramai 177 peserta di dalam Program Kem Hayya 'Ala Solah. Program diadakan pada 22-23 Disember 2008 yang lepas bertempat di Masjid Pasir Garam di DUN Kg Gajah dengan kerjasama JKKK Pasir Garam. Kem ini bertujuan untuk memastikan anak-anak tempatan khususnya supaya mengenal cara mengerjakan solat dengan betul dan mengetahui azab-azab meninggalkan solat.

Seramai 13 orang fasilitator telah membantu menjayakan program tersebut. Mereka terdiri daripada mahasiswa IPT dan beberapa orang guru PASTI. Rata-rata peserta yang menghadiri program ini sangat berpuas hati termasuk ibubapa dan mengharapkan program sebegini dianjurkan dengan kerap kali untuk kepentingan masyarakat di sini. Mereka mempertikaikan tentang kerajaan lalu yang tidak mengambil berat berkenaan pembangunan modal insan di kalangan masyarakat walaupun perkataan tersebut sering meniti di bibir mereka tanpa sebarang tindakan.

Program ini dirasmikan oleh Ustaz Mohd Salim Bin Mat Taib adik kepada Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib Calon PAS Di Dun Belanja daripada Parit.

Pemuda PAS Pasir Salak Turun Padang

Penduduk Kg Sg Degong mengalami musibah apabila kediaman mereka di landa banjir berikutan hujan lebat sepanjang malam pada 21 Disember yang lepas. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak dengan diketuai oleh Penyelaras Jabatan Amal Kawasan Sdr Razilah atau lebih dikenali dengan Atan telah bertungkus lumus memindahkan barang-barang yang berharga ke tempat yang selamat. Hampir 13 buah rumah kediaman terlibat dengan banjir tersebut. Kami juga sempat beramah mesra dengan pendudukan tempatan sambil bertanya khabar tentang keadaan meraka.

Rehlah Usrah Dewan Pemuda PAS Pasir Salak




Kekuatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak semakin bertambah sejurus mengadakan Rehlah Usrah di Sg Degong, Langkap 20-21 Disember 2008 yang lepas. Penyertaan hanya di kalangan exco DPPK telah berjaya menghimpunkan sejum 14 orang kesemuanya. Antara pengisiannya ialah usrah bulanan yang dilaksanakan oleh setiausaha DPPK Ustaz Muhammad Akmal selaku naqib pada sebelah malamnya, solat hajat memohon keampunan seluruh umat Islam serta kemenangan PAS di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Tidak lupa agar Allah SWT mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak ini khususnya. Dalam pada itu Ketua DPPK Sdr Zamarul Aini menegaskan bahawa pemuda kawasan perlu bekerja dari sekarang untuk merampas kerusi DUN Kg Gajah dan Sg Manik daripada tangan UMNO.

Sabtu, Disember 20, 2008

TEMBELANGMU NENEK PECAH....TERLANJUR BERKATA2

Kenyataan Nenek Maimun di Berita Perdana TV1 mlm tadi (19.12.208), jelas menunjukkan sesungguhnya kehadiran beliau dalam kancah 'Calon Bebas' PRU12 adalah ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Ini telah meyakinkan rakyat yang celik bahawa ada pihak yang sengaja mahukan percaturan tersebut diwujudkan spontan agar undi melayu pecah dan menjadikan kehadiran beliau menjadi isu setempat serta nasional.

Glamournya nenek ini jika Kerajaan Melaka ketiadaan calon untuk diberikan pingat bergelar datuk. May be inilah calon lebih sesuai dan 'sure' beliau rakyat Malaysia.

Mana mungkin kedhaifan hidup beliau (may be 'zuhud') sanggup hilang wang pertaruhannya sekelip mata sahaja. Kita harus berfikiran waras.....hadirnya nenek mesti kucarnya kepimpinan pemerintah negeri beliau ketika itu dan hingga kini...so...KITA TUNGGU PULA ULANGAN PENGUNDIAN DI PARLIMEN K.TERENGGANU KELAK.

Isnin, Disember 15, 2008

RM 1 (serenggit) je trip Ipoh - K.Lumpur. Naik Keretapi...moh kite...

RM 1.00 (Promotion)

*100 seats is offers for a single trip either from KL Old-Ipoh or Ipoh-KL Old and subject to “first come first served concept”

*fare promotion offers for only first and last train leaving from KL Old or Ipoh

*ticket is purchase on the day of travelling and available only at Ipoh and KL Old Station ticketing counter.

*no concessions fare eligible for discount card holder, children or senior citizen

Note: All promotion fare is subject to terms and conditions apply and KTM Berhad reserved its right to change without any notice

PAK LAH TERSENARAI DALAM 'GUINNESS MALAYSIA BOOK OF RECORDS' NGAPE???

TAHNIAH...PAK LAH MENJADI SAT-SATUNYA SETAKAT INI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SERING KALI MENURUNKAN HARGA MINYAK......HEBAT YEK!!!!!

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
Dec 15, 08 5:34pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

petrol price reduction from rm 1 90 to rm 1 80 151208Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini

Ahad, Disember 14, 2008

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN ALTERNATIF DUN KG GAJAH



Seluruh Pengerusi JKKK DUN Kg Gajah berhimpun di Dewan Orang Ramai di sini bagi mejayakan Program Penyerahan Alatan Alternatif. Program ini julung kali diadakan selepas Kerajaan Pakatan Rakyat megambil alih tampuk pemerintahan Negeri Perak.
Antara peralatan yang diserahkan adalah pam penyedut air, mesin rumput dan khemah. Anggaran kos yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelia DUN Kg Gajah sekitar RM 75 ribu untuk 53 buah kampung di dalam DUN Kg Gajah.
Ustaz Mustafa B. Shaari selaku Penyelia DUN mewakili YAB Dato’ Seri Menteri Besar diberi amanah untuk meyempurnakan majlis tersebut. Dalam ucapannya sewaktu berucap di dalam majlis serba ringkas itu beliau
mengingatkan semua JKKK agar menjaga amanah yang diberikan dengan baik. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Sg Durian.

PERJUMPAAN BULANAN MAJLIS PERSIDANGAN KETUA-KETUA KAMPUNG DUN KAMPUNG GAJAH

28 Nov 08 - Kampong Gajah
Bagi memastikan pentadbiran kampung berjalan lancar, satu perjumpaan ketua - ketua kampung di daerah Kampung Gajah telah diadakan secara bulanan bagi merealisasikan perkara tersebut pada 28 Nov 2008 di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung.
Program ini mempunyai beberapa tujuan besar antaranya sebagai satu medan yang selesa bagi seluruh pemimpin masyarakat desa untuk memahami sistem pentadbiran seterusnya mempraktikkan dasar-dasar kerajaan negeri. Selain itu ia juga berperanan sebagai satu ruang untuk bertukar-tukar pengalaman di dalam pentadbiran di peringkat kampung.
Dirasmikan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Mustafa Bin Hj Shaari Penyelia DUN Kampung Gajah.
Pengerusi JKKK Kg Setia Matang Tok Embing En. Rohizal Jamali Bin Shaari telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Persidangan Ketua-ketua Kampung DUN Kampung Gajah dan Tn Hj. Shafie yang juga Pengerusi JKKK Kg Tersusun Air Kuning sebagai Timbalan Pengerusi.

Jumaat, Disember 12, 2008

Dah Lemah.....!!!!


Lepas kalah PRU yang lepas, deme kate AMENO
Perak terus nampak lemah. Tapi ade juge yang kate pemimpin AMENO Perak dah jadi low profile, buat keroje terus sampai kepade rakyat bawahan tak rope deme mase berkuase dulu, sombong & takebor! Tapi ade juge yang kate deme semue tengah pakat sibok untuk pemilihan AMENO tahun depan. Yang mana satu pun tak tau le. TAPI jangan deme semua tidur lena kenyang daripada hasil yang ditibai ketika memerintah dulu sudah! Bukan ape, takut rakyat tak pilih deme lagi dah bila tibe PRU13 nanti. Di kabokan yang bukan AMENO pun lemah juge, PAS Perak pun dah rope masuk gear ngundur. Ceramah dah tak lagi hebat rope mase jadi Pembangkang dulu! Mungkin dah tak tau nak ngutuk sape kut atau mungkin deme terlalu sibok buat rancangan nak membangunkan Perak supaya lebih sejahtera? Bile ditanye deme kate PRU13 tu lambat lagi, buat apa nak ceramah-ceramah! Bila dah dekat sok, baru le deme kuai kapai mencari parang, nak nebas tapak ceramah, sibok mencari Mat Sabu le, Tuan Guru le, kalu tak dapat ...haaa mule le ngate pemimpin kite, tak layan le, ni le keroje orang kite perosah pemimpin supaya datang berceramah, tengah ni , ape kate deme.....BETENANG YOP.....baik moh kite cari balak ke, lombong ke, pasior ke .... ate bile lagi nak merase... ni le pun mase nye, lagipun ngkome pun tau yang Melayu mudah lupa!!!!

P/s ... Jangan ingat deme senang-senang nak lepas kan kome dapat Balak, Lombong & Pasior, deme pun buat keroje melambat-lambatkan kelulusannye....cukup 3 tahun...Pilihanraye ...Haaa mangkor YOP

Ahad, Disember 07, 2008

Perkembangan terbaru lebih sejam selepas polis sah tiada lagi mangsa dilapor hilang - malaysiakini

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. - foto The Star oleh KEVIN TAN

LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. - foto BERNAMA
LALUAN SEMENTARA... Kelihatan seorang ibu memimpin anaknya ketika meniti di atas paip besar untuk keluar dari lokasi tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, hari ini. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang. Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebatkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa. - foto BERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA.
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat lebih 30 jam, yang telah masuk hari kedua, masih berusaha mengesan seorang lagi mangsa yang disyaki terperangkap dalam timbunan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa.Mangsa itu dikesan berada dalam timbunan tanah runtuh pukul 11.30 pagi ini ketika polis mengesahkan tiada mangsa lagi terperangkap."Kerja-kerja dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Berdasarkan petanda unit pengesan bomba, operasi diteruskanm," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang media ketiga pukul 2.30 petang tadi.Bagaimanapun menurut beliau, Ikram melaporkan bahawa masih ada pergerakan tanah dikesan.Katanya, operasi berat dihentikan kerana tanah tidak stabil.Beliau juga ada menerima laporan kehilangan set televisyen dari rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh.

Sabtu, Disember 06, 2008

FAKTA MENARIK KUALA TERENGGANU PADA 17 JAN 09













Adakah mereka akan berentap lagi dalam pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu nanti ?

AKHIRNYA BEBAS MURAD SUDIN TAHANAN ISA

Akhirnya bebas Sdr Murad Sudin pada hari khamis jam 6ptg. Beliau sampai di rumahnya ( Chenderong Balai) lebih kurang waktu maghrib di bawa khas oleh Boss SB, selama 6 tahun beliau ditahan di Kem Tahanan Kemunting atas kesalahan ISA, sepatutnya 8 tahun tetapi beliau dibebaskan dengan syarat masih didalam kawalan pihak keselamatan, seminggu sekali beliau perlu melaporkan diri di balai Polis Teluk Intan dan waktu jam 9mlm hingga 6pagi beliau perlu berada di rumah. Tidak boleh melibatkan diri dalam mana-mana program.

Dulu tinggal dalam sel yang gelap tidak boleh bergaul dengan tahanan lain, Quran menjadi teman tetapi kitab-kitab rujukan yang lain lain tidak dibenarkan tambahan kitab Assyahid Syed Qutb dan kitab-kitab Haraki, surat khabar dapat baca tiap-tiap hari tetapi bila ada ruangan berita tentang Jihad ia nya dipotong. 6 tahun beliau dipisahkan dari keluarga yang tercinta, menjelang Hari Raya beliau dapat berjumpa dengan keluarga itupun melalui telefon dalam bilik, sentuhan tangan suami isteri dihalang oleh dinding kaca.
Selama 2 tahun ini beliau terpaksa menjalani penjara dirumah, Alhamdulillah Hari Raya Qurban tahun ini dapat bersama keluarga dan juga ayahnya yang uzur.
Pengalaman dalam penjara amat dikesali kerana lebih kurang 30 tahanan ISA termasuk HINDRAF mereka dilayan semacam VIP walhal tahanan sepertinya yang mana disabitkan dengan JI tidak mendapat layanan yang baik.
Alhamdulillah dengan berbekalkan aqidah yang kuat beliau dapat meneruskan kehidupan.

Jumaat, Disember 05, 2008

AMBIL TINDAKAN & LET GO .....

Khamis, Disember 04, 2008

TUNTUTAN BERPUASA SUNAT (9 ZULHIJJAH)

Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)


Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)


Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)


Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.


NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Isnin, Disember 01, 2008

KHATAN BERAMAI-RAMAI DUN KG GAJAH 09

Salam. bg semue peminat laman ni, seminggu ni peyreh, lepek lenyor kate orang sini, ate sesak ngan mesyuarat, program betindih kop manyak, jap-jap ari ade program, tak buat kang orang kampong kate eksyen.

Sabtu lepas ni, program bebudak kerat p*^@i , ate buat di tengah-tengah pekan , tu yang ramai bebeno orang nengok dah rope pekan sari, ate di pelawe plak bombe, puuuiiihhh siap deme balik romah ngambik kamera. ni baru buang burok blum lagi buah baik luruh. bukan ramai bebudak yang kerat p*^@i 15 orang je. ate kume gune To'Mudim plak tu, aduuuuhh siap ngasah pisau depan bebudak, batang pisang yop. bebudak skarang udah tak takut To'Mudim buat main je deme, di jongo deme To'Mudim. sorang masuk jerit, sorang masuk jerit. yang nunggu gilior ngeletor dalam baris. puluh kali kejap kencin nye, ade juge yang ngakal buat-buat sakit perut, macam-macam akal deme. lepas tu lantak deme kelai di belakang tu, beramok nak kerat dulu. puas melayan bebudak ni. Ate rope kite dulu-dulu juge.

To'Mudim bleh ngabih dalam mase 2jam je, tepat jam 12 tghri kate orang sini jarum dah berimpun, selesai yop. kume cobe ngejas Ust Tapa utk resmi program, nyudah dapat juge dia datang, dan tu plak bombe tengah mancut bebudak, ate bagi kat dia je le. (Tengok gambo ataih) nak nengok gambo banyak lawat Pusat Khidmat Dun Kg Gajah Blogspot. elok je selesai jam 1 tghri tman ngan semua Jkuase telentang tidor di romah.

p/s: Buat sahabat yang baru masuk umno tu tman nasihat kat dia bebanyak le pegi ngaji.

Jumaat, November 28, 2008

MAJLIS SERAHAN ALATAN KE KAMPUNG2 DUN -49 -DITUNDA KE TARIKH BARU 1/12


BATAL 27/11/2008


Maghi raikan bersama, keadilan agihan peruntukan ke kampung-kampung amalan Kerajaan Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya.

Nak pakai lagi ke idak YB Pasir Salak ni...??

Ucapan Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 68, Rabu 26 November 2008, semasa membahaskan usul-usul,
Saya minta kementerian... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta laluan) Nanti sekejap Yang Berhormat Pasir Salak. Nanti kita jumpa enam hari bulan. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] berkata: Hari ini jumpa dulu. sebelum enam hari bulan). Kementerian ini dia buat PPSMI (Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris), tidak ada pun wakil rakyat UMNO yang membantah. Jadi saya kira ... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagilah laluan) Saya belum masuk lagi, saya baru nak start engine, baru gear satu ini.
Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian daripada UMNO baik daripada semua. Saya melihat pihak akademik telah membuat kajian yang mendalam tentang ini, bukan mereka duduk diam. Mereka buat kajian. Tahun 2003, apabila diperkenalkan. Satu kajian dibuat. Tahun 2004 kemudian disertai dan yang terkini tahun 2008 oleh UPSI. UPSI ini memang satu tempat pendidikan. Dia buat kajian yang kita dapati dalam New Straits Times pada 7 September, Studies Reveals Policies Flop, Kajian Menunjukkan Kegagalan PPSMI. Adakah ini soal politik? Ini bukan ahli PAS yang bercakap ataupun daripada mana-mana Pakatan Rakyat
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] menambah: Kajian itu berapa orang sangat dia interview.) Nantilah sekejap. Saya nak bagi tahu di sini Yang Berhormat Pasir Salak. Sampel dia melibatkan bilangan yang ramai. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bilangan berapa orang?) Ha ini masalah wakil rakyat yang tak mengaji, inilah masalah. Dia cakap ikut emosi. Kita cakap ikut fakta, kita cakap ikut statistik. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tidak menari macam bapak you. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.)
Semua menyatakan kementerian perlu kembali kepada ajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan. Ini bukan ahli politik cakap, saya hanya memanjangkan saja suara mereka. Apa salahnya dengan political will yang saya pinjam daripada perkataan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada tahun 2007 itu. Kita sama-sama di atas kerangka memartabatkan bahasa kebangsaan, kita minta supaya batalkan PPSMI, ajar balik dalam bahasa kebangsaan. Ini tanggungjawab semua orang termasuklah Yang Berhormat Pasir Salak. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah.)
Lagi satu,.. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Oh, tak masuk lagi? Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.) Yang Berhormat Pasir Salak sabarlah. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bila nak keluar lagi air dia?)

(Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tak payah provoke Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tunjuklah.) Pasal apa saya kata, sekolah di luar bandar, Ishak has called the policy dengan izin, a failure particularly in terms of its impact on the Malay students in national school and he’s asking for a return to the teaching of Mathematic and Science in Bahasa Malaysia. Ini bukan Yang Berhormat Parit Buntar kata, ini Profesor Emeritus Datuk Ishak Haron.
Ini bukan kepentingan politik tapi kepentingan negara kita. Mengapa seluruh kampung, satu negara... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tengoklah profesor apa.) ...menentang PPSMI, menentang semua ini tiba-tiba Kementerian Pelajaran pekak, buta, tuli masih melaksanakan ini dan saya cabar wakil rakyat-wakil rakyat UMNO yang memperjuangkan agenda kebangsaan, agenda Melayu untuk sama-sama sokong ini dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat.)
Jadi, saya kira perkara ini perlu diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Apa salahnya kalau ada political will. (Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan. Satu ayat saja Yang Berhormat Parit Buntar. Saya ingat cabaran kepada UMNO itu Yang Berhormat Batu Pahat harus dikeluarkan sebab secara rekod, Yang Berhormat Batu Pahat ambil bahagian dalam perbahasan Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lepas mewakili Perhubungan UMNO Johor, dia memang menentang penggunaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
menambah: Ha termasuk Yang Berhormat Sri Gading, tak termasuk Yang Berhormat Pasir Salak. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Betul, betul.) Oh, patutlah dia tak sokong saya. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat, habiskan ya.) Ya. Satu lagi saya nak minta bagi profesion perguruan. Saya mewakili profesion perguruan yang datang mengadu hal kepada kita untuk dibawa ke dalam Parlimen dan saya menyokong ini iaitu soal PTK, Peperiksaan Tahap Kecekapan ini.
Demikian petikan ucapan YB Parit Buntar dari PAS, yang sekali gus menggambarkan perjuangan memartabatkan Bahasa Malaysia melalui permasalahan PPSMI (Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Tapi amat menyedihkan bila ada YB (Pasir Salak) yang bercakap begini..
“Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah.” … “Oh, tak masuk lagi? “ … “Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.” … “Bila nak keluar lagi air dia?”
Cakap apa begini? Layakkah YB bercakap begini di Parlimen? Cakap lucah!? Sekian catatan santai untuk kali ini. Wassalam.

'Anak saya disabotaj': Dakwa bapa Sheikh Muszaphar

Bapa angkasawan pertama negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor mendakwa anaknya disabotaj sehingga timbul kontroversi kononnya menerima pendapatan mencecah RM1.2 juta. Sheikh Mustapha turut mengakui, sememangnya wujud banyak usaha pihak-pihak tertentu yang ingin mencalarkan imej baik anaknya, Sheikh Muszaphar dan tohmahan mengatakan angkasawan itu mengenakan bayaran RM8,000 untuk satu jam berceramah."Ya, mungkin Mus (panggilan mesra Dr. Sheikh Muszaphar) timbul sabotaj... saya tahu siapa orangnya, tapi saya tak nak cakap kerana saya tak mahu ada yang tersinggung."Saya sedih dengan apa yang berlaku tapi kami mengambil sikap tak mahu melenting kerana kami berserah pada Allah dalam hal ini," katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui bersama lima ahli keluarganya yang lain sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah untuk menunaikan haji selama 18 hari yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi semalam.Mengulas lanjut mengenai isu sabotaj itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu dan menyifatkannya sesuatu yang remeh."Itu di luar bidang kuasa saya, saya sentiasa berfikir secara positif, ini dugaan daripada Allah dan ia juga adalah satu cara untuk saya kuatkan azam supaya bekerja dengan lebih bersungguh," ujarnya.Sementara itu, berhubung siasatan yang bakal dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sheikh Muszaphar pula berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan walaupun keputusan itu nanti mungkin tidak menyebelahinya.

Selasa, November 25, 2008

KITA KENA TAHU & TIDAK MEMBISU...GELAKKAN JE..TAJOL LUR..



'U' Untuk Tontonan Umum
Berikut antara komen pembaca diblog ini menerusi RESPON PEMBACA, terima kasih diatas respon kalian dan kami sentiasa menghormati padangan ANDA yang sentiasa TIDAK MENGIKIS KETUANAN BANGSA MELAYU...
MARTABAT BAHASA MEAYU???, REZAB MELAYU???, HASIL PERIBUMI MELAYU???. AGAMA ISLAM??? kalian fikirlah sendiri siapa yang kalian harapkan

2 Komen:
ahmad humairi berkata...

Bukan semua boleh kita gelakkan. Pada saya tidak baik mentertawakan kelemahan seseorang kelak kelemahan diri kita juga turut digelakkan orang lain

E berkata...

saya amat mengkagumi semangat perjuangan saudara2 di dalam PAS dari dulu sehingga sekarang walaupun saya telah mendaftar sebagai ahli UMNO. Bagi saya yang merupakan pengundi saluran 5, kita semua patut tolong menolong antara satu sama lain walaupun berlainan parti tetapi kita tetap saudara seagama dan sebangsa(dan lagi pun teman dalam parlimen yg same dengan kome..). Saya mewakili beberapa orang rakan2 saya ingin skali melihat kita semua bersatu serta menumbangkan penguasaan bangsa lain di negara ini. India dan Cina dah tak kuat, inilah masa kita semua pegang balik M`sia, ini takde koje lain UMNO ngutuk PAS, PAS ngutuk UMNO, tak kome nampak ke parti-parti kapior yg lain tu? nak harapkan PKR deme ni jenih org frust dlm UMNO.. jadi apah tak boleh di harap kerana dok bawak tabiat lama semasa dlm UMNO. Semoga PAS meneruskan perjuangan ini dengan gagah dan berani...


Sikap anti kerajaan RTM Perak dikesali


IPOH, 25 Nov (Hrkh) - Rakyat negeri ini terkilan dan kesal dengan sikap RTM Perak menuduh Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada integeriti kerana melantik Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang dikatakan "rasuah" oleh kerajaan Umno-BN sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak kelmarin.

Menurut siaran warta berita RTM Perak jam 5.00 petang semalam, kalau Jamaluddin dituduh rasuah mengapa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantiknya sebagai Ketua Pasukan tersebut.

Seorang peminat bola sepak Perak, Razali Darus memberitahu Harakahdaily, nampaknya yang tiada integeriti adalah pihak RTM Perak itu sendiri kerana telah jelas dan nyata yang melantik Jamaluddin itu bukan Menteri Besar Perak tetapi Mesyuarat Jawatankuasa PAFA.

�Pihak RTM Perak juga seperti sudah buta huruf dan buta hati tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada pucuk pimpinan parti politik Umno-BN kerana seperti sudah terang bersuluh pula, kerana kalau sudah dikaitkan kes Altantunya dengan Dato' Seri Najib Razak mengapa pula hendak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang?" dakwanya.

Tegasnya, mengapa RTM Perak tidak buat komen siang malam terhadap kes tersebut?

"Bukankah sudah terdedah kes Najib ada kaitanya dengan "hilang terus tanpa kesan" Altantunya?" soal Razali.

�Kami percaya Menteri Besar Perak adalah pemimpin yang ada integeriti tetapi malangnya pihak RTM Perak itu yang benar-benar perlu berlajar mendisplinkan diri supaya bijak membezakan kebenaran yang sebenarnya," sambungnya.

Dalam mesyuarat PAFA kelmarin, Nizar telah dilantik sebagai Presiden dan Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim dilantik Setiausaha PAFA. - mns_

Ekmal Yusof
Tue | Nov 25, 08 | 3:17:39 pm MYT

PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA MUSLIM & BUKAN MUSLIM DALAM PAS

Anda tahu bahawa isu ini telah agak lama dicari jawabannya dan anda juga tahu betapa para ulama dalam PAS tidaklah segera menjawabnya, apatah dengan jawaban yang satu tanpa selisih dan khilaf. Justeru anda bolehlah menyimpulkan bahawa ia adalah isu yang agak sukar diselesaikan oleh para ulama tersebut, lalu perbincangan mengenainya agak memakan masa.
Janganlah pula anda mengira ini tanda ulama lembap dan tiada peka. Perlahan - lahan itu daripada agama manakala gelojoh itu daripada syaitan. Sesuatu hukum itu adalah berdasarkan gambaran yang diperolehi. Isu pengkid cepat diselesaikan manakala isu yoga, kita terpaksa menunggu lebih lama daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ia secara mutlak menawarkan kebahagiaan untuk manusia di dunia dan akhirat. Jika manusia menolak akhirat, Islam tetap menawarkan untuknya kebahagiaan di dunia sahaja. Jika ia mahukan akhirat, maka untuknya akhirat bersekali dengan dunia juga.

Kebahagian manusia adalah pada mendapatkan haknya. Kemuncak haknya adalah keadilan dan kebebasan.
Isi dan intipati ajaran Islam adalah memperkenalkan dan memberikan hak kepada empunya hak. Yang dizalimi akan diadili Islam. Jika tidak disempurnakan keadilan itu di dunia, keadilan tuhan menunggunya di akhirat. Yang bekerja akan dibalas setimpal pekerjaannya. Jika tidak disempurnakan pembalasan itu di dunia, pembalasan tuhan menunggunya di akhirat nanti.

Muslim dan bukan muslim adalah sama sebagai manusia. Tetapi mereka tidak sama selamanya kerana persembahan mereka adalah berbeza. Dua bersaudara adalah sama sebagai seorang anak, tetapi mereka menjadi berbeza di sisi ibu bapanya berdasarkan persembahan masing - masing.

Perbincangan kita di sini adalah perihal bagaimanakah Islam memelihara hak apabila muslim berhubung dengan bukan muslim dalam kehidupan.

Di bumi mana muslim berpijak, disitulah bukan muslim menjunjung langitnya. Kecuali di tanah suci/haram kota Mekah. Allah telah menyucikan tanah itu daripada najis kekufuran selepas kebangkitan baginda sallaLlahu alaihi wasallam. Orang bukan Islam memikul najis itu. Justeru mereka dilarang memasukinya.
Kitab - kitab fiqh Islami ‘memulakan’ perbincangan perihal muamalah antara mulim-non muslim dengan menjelaskan asas hubungan di antara kedua - duanya, adakah ianya diasaskan atas hubungan damai dan kasih sayang atau ianya adalah hubungan perang dan permusuhan.

Perihal keahlian bukan Islam di dalam PAS, bagi saya, adalah termasuk dalam fasal perbincangan para ulama kita mengenai hak memohon pertolongan daripada bukan muslim di dalam sesuatu perkara.

Penggunaan kaedah qias di dalam menentukan hukum terhadap isu - isu semasa dan setempat adalah terdesak demi menghidupkan dalil - dalil yang berselerakan di dalam kitab - kitab fiqh Islami sepanjang zaman. Ilmu qias adalah payah dan lebih payah adalah mengaplikasikannya dalam menentukan hukum sesuatu. Ia adalah sebahagian daripada hikmat. Barangsiapa dikurniai hikmat, sesungguhnya dia telah dikurniai kebaikan yang melimpah - ruah.

Yang penting, orang bukan Islam memiliki hak untuk turut bersama menegakkan kebenaran, bahkan menegakkan Islam juga. Mereka berhak untuk menolak kezaliman dan memilih Islam sebagai jalan memperolehi keadilan dan kesaksamaan. Berikan kepada mereka hak mereka seluas ianya diluaskan oleh Islam.
Jika keahlian bukan Islam dibenarkan di dalam PAS, anda akan melihat persamaan dan perbezaan di antara ahli muslim dan ahli bukan muslim adalah berdasarkan hak masing - masing yang telah diperincikan hukumnya oleh para ulama kita. Perselisihan adalah keluasan jika ianya digunakan pada tempat dan masanya dengan tepat.
Yang penting, hari ini PAS telah meneroka sesuatu tidak diterokainya secara serius dahulu. Ia didesak oleh tuntutan semasa yang memerlukan kebijaksanaan menghukum dan melepaskannya di medan yang akan memperjudikan masa depannya yang namakan sebagai ‘usaha’ di sepanjang iman dengan ‘tawakkal’ kepada pemilik perjuangan ini.
Semoga PAS terus gagah memacu perjuangan sucinya.

Pelacuran Masih Gagal Dihapuskan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata meskipun polis dan pihak berkuasa berterusan mengadakan operasi bagi menangani masalah pelacuran, kegiatan tidak bermoral itu sukar dihapuskan."Polis dan pihak penguatkuasaan tak henti-henti mengadakan operasi iaitu berjumlah 8,893 operasi dan serbuan sejak tahun 2003 hingga kini."Sebab kita tahu Malaysia sebuah negara yang mewah dan progresif di mana begitu ramai pelancong asing sentiasa mengunjungi negara ini, maka masalah ini (pelacuran) bukan begitu senang dihapuskan," katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.Chor berkata kerajaan mungkin mengkaji semula dan mengemaskini akta sedia ada termasuk mengadakan peruntukan tambahan dalam Kanun Keseksaan untuk mengangani masalah pelacuran.

Gobind digantung sidang dua hari

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar.Wan Junaidi sebelum itu memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya dalam Dewan bahawa bekas-bekas hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang telah bersidang berhubung kes tersebut dan bukan dipecat oleh kerajaan.Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sebelum ini meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu.Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000

Nazri tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa

Dewan Rakyat hari ini memutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung status keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia,tidak perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mendapati kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan."Saya putuskan sewaktu Yang Berhormat Menteri membuat kenyataan yang kononnya mengelirukan itu sebenarnya tidak tahu bahawa kenyataan yang dibuat itu tidak benar dan beliau tidak ada niat sama sekali untuk mengelirukan Dewan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.Pada 6 November lalu, Nazri ketika mengumumkan pembayaran exgratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan lima hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lepas, beliau berkata bekas-bekas hakim itu bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel.Hal itu menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada 10 November lalu meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar.Bagaimanapun pada 13 November lalu, Nazri membuat pengakuan terbuka melalui media dan mengakui kesilapannya berhubung kenyataannya sebelum ini dan mengakui bahawa sebenarnya kesemua hakim berkenaan dipecat namun tetap menerima bayaran pencen atas permintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu melalui satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara tanpa didedahkan.

Isnin, November 24, 2008

PAS Perak edarkan Video penerangan

Jabatan Penerangan PAS Perak telah mengeluarkan video penerangan bagi menyalurkan maklumat yang sebenar sebagai langkah menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pepuak Umno yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Penyebaran video tersebut secara percuma adalah bagi tujuan memperkukuh sokongan dan keyakinan diakar umbi dan diharap mereka pula akan dapat menyalurkan maklumat yang benar dan tepat ini kepada masyarakat bahawa pimpinan PAS yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat hari ini menepati kehendak rakyat yang mahukan perubahan kearah kesejahteraan rakyat.Dapatkan video penerangan tersebut secara percuma dengan menghubungi pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak melalui telepon : Khalilul Rahman - 0195713771

PULAU BURUNG KAWASAN PELANCONGAN

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno-BN

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terpaksa menubuhkan pasukan Urus Setia Penerangan sendiri untuk bertindak segera menangkis segala tohmahan serta manipulasi berita oleh Umno-BN ketika ini.Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri."Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN."Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya."Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya.Disamping itu juga, katanya, Citra Perak buletin bulanan Kerajaan Negeri tetap diedarkan percuma.Sementara itu, Nizar berharap kepada peserta yang hadir dalam majlis tersebut bersikap positif kerana merekalah sebagai benteng jurucakap kerajaan Pakatan Rakyat untuk mematahkan berita-berita dan isu karut marut dari media dan perbuatan jahat umno-BN itu."Semoga kita kuat memberikan tentangan hebat dengan mengalahkan musuh-musuh yang tidak nampak berada di dalam selimut kita dan dari media, TV dan radio masuk meracuni fikiran rakyat ke rumah-rumah itu,"tegas Nizar di hadapan lebih 200 orang yang terdiri daripada penulis blog Perak, pegawai-pegawai serta Lajnah Penerangan Parti Pakatan Rakyat.

PELAJAR 5A UPSR DIKALANGAN KAUM PERIBUMI

Semalam tman pegi mengunjungi seorang pelajar cemerlang 5A UPSR di Chenderong Kelubi, sebuah perkampungan orang asli yang terletak 20km dari pekan Kg Gajah. Setelah selesai makan kenduri di rumah Tok Sidang Mael (ketua kampong Changkat Rambai) tepat jam 12.15 tman sampai di rumah pelajar tersebut dengan di pandu oleh Abg.Minit Bahlos (kepala Desa), ketika itu pelajar tersebut tiada dirumah, yang ada hanya bapanya ( Toni A/L Anjang ) , 5 minit kemudian baru muncul pelajar tersebut. Wedismay Nizhien a/p Toni ( Lahir pada hari Rabu 1hb Mac) anak sulung dari 3 beradik, Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, tinggal dalam keadaan daif di perkampungan orang Asli yang mana bapanya hanya bekerja sebagai Nelayan Lombong. Beliau seorang yang tabah dan tekun belajar, rahsia besar kejayaannya belajar mengikut jadual yang dibinanya sendiri dirumah. Dikala ibubapanya mencari nafkah beliau menjaga adik-adiknya yang masih kecil sambil buku ditangan. Beliau juga pernah mengikuti kursus Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP Training & Consultancy pada bulan Mac yang lalu. Beliau juga aktif dalam sukan Bola Jaring, Hoki, Olahraga, Bolabaling mewakili sekolah-sekolah Perak Tengah. Disamping itu ayahnya mengharap agar anaknya dapat bersekolah diasrama penuh MRSM Pasir Salak . InsyaALLAH kita bantu dengan berkat kesungguhan anak kaum peribumi, ini menjadi suatu tamparan bagi anak-anak kita yang mendapat pendidikan yang secukupnya dan kemewahan yang sedia ada. Renungkanlah.......

Penulis Blog Diperlukan - Laptop Dan Alaun Lumayan

Setelah hampir kesemua blog pro gomen tidak mendapat perhatian dan gagal menarik pembaca akhirnya berita ini diumumkan oleh kerajaan UMNO di bawah pimpinan Menteri Besar yang suka mencarut, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Kerajaan Negeri Pahang yang telah gagal mencari penulis blog berwibawa untuk menepis segala serangan terhadap UMNO telah dengan penuh ‘kemaluannya’ melantik tiga orang pesara sebagai ‘Blogger Pak Turut’.

EXCO kerajaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pesara yang dilantik menjadi Blogger Pak Turut itu akan dibayar alaun dan dibekalkan dengan computer serta kemudahan internet di rumah mereka.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa dia telah difitnah oleh penulis blog. Hello Cik Nan, lu kena fitnah atau lu yang buat fitnah?

Ada sesiapa yang nak jadi ‘Blogger Pak Turut’?

Syaratnya senang, janji anda pandai buat macam ini:

TEMERLOH, Nov 23 - The Pahang government has appointed three pensioners as bloggers to thwart slanderous comments and allegations posted on the Internet.

State Information, Science, Technology and Innovation Committee chairman Datuk Mohd Sharkar Shamsudin said the bloggers, who would be paid allowances, would be provided with computers and the Internet access in their homes.

The pensioners can capitalise on their experience to explain the actual situation to the people besides providing feedbacks and opinions to the government, he told reporters after attending the Senior Citizens Day organised by the Pahang Chapter of the Malaysian Government Pensioners’ Association here today.

“More bloggers will be appointed. We value pensioners’ thoughts in our efforts to improve the state’s economy and prosperity and unity of the people,” he said.

Sumber berita : Kerajaan rakyat // Category: Blogger

Selasa, November 18, 2008

WASIAT SYUHADA' !!!!






Media Pilihan Kebenaran Anda!!!

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

Nilaikanlah dengan kewarasan FIKIRAN ANDA

PERINGATAN TG NIK AZIZ BUAT MANUSIA SEJAGAT


  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO