Saudara Pengarang,
SAYA salah seorang daripada ribuan keturunan asal Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Mereka yang arif mengenai sejarah perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Pahang pasti akan mengaitkan Pulau Tawar dengan Mat Kilau dan Tok Gajah.
Sepatutnya keunikan dan nilai sejarah Pulau Tawar terus dijaga dan dikekalkan.
Namun kali terakhir Pulau Tawar mendapat perhatian ialah sekitar 70-an, ketika kemunculan semula pahlawan Mat Kilau.
Berita seorang kanak-kanak yang berjaya menghasilkan duit syiling emas dengan hanya memegang abu di dapur rumahnya juga turut menaikkan nama Pulau Tawar suatu ketika dulu.
Namun kini Pulau Tawar semakin sepi dan terus terpinggir dari arus pembangunan. Tidak seperti Kg. Duyong di Melaka yang dijaga dan dipelihara dengan rapi untuk menarik kunjungan pelancong ke tempat kelahiran Hang Tuah.
Begitu juga dengan pembangunan Pasir Salak yang dikaitkan dengan Datuk Maharajalela ketika menentang Residen Inggeris di Perak iaitu Sir J.W.W Birch. Kemudian lihat pula Kg. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi, walaupun cerita Mahsuri hanya dikatakan legenda semata-mata.
Kenapalah begitu malang nasib Pulau Tawar? Dibandingkan dengan Hang Tuah, Mahsuri dan Datuk Maharajalela, saya melihat sejarah Mat Kilau adalah yang terkini.
Sebagai anak jati Pulau Tawar saya agak terkilan dengan sikap pihak-pihak yang berkenaan yang langsung tidak mahu mengembalikan semula sejarah Pulau Tawar ini. Banyak tempat yang boleh dibangunkan untuk dilawati oleh para pelancong. Sebuah kota yang digembar-gemburkan wujud di Johor iaitu Kota Gelanggi sebenarnya terletak berhampiran dengan Pulau Tawar.
Mat Kilau dan beberapa orang pahlawan Melayu ketika itu sering berulang-alik untuk mendalami ilmu kepahlawanan mereka di gua Kota Gelanggi itu.
Saya lihat banyak tapak bersejarah yang boleh dibangunkan semula seperti makam Mat Kilau, rumah kelahiran Mat Kilau, masjid Kg. Pulau Tawar yang dibina sendiri oleh Mat Kilau (tempat pengisytiharan Mat Kilau tahun 1970), rumah dan pejabat pentadbiran Inggeris, sebuah sekolah Inggeris yang pertama didirikan (Clifford), tapak pertemuan dan mesyuarat pahlawan Pahang dengan Sultan Ahmad, istana lama Pahang ketika Sultan bersemayam di situ dan banyak lagi lokasi menarik yang boleh dibangunkan sebenarnya.
Semua tapak bersejarah ini juga hampir musnah ditelan zaman. Makam Mat Kilau misalnya terus usang dan terbiar. Apa yang ada hanyalah sebuah tempat berbumbung yang dihadiahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang suatu ketika dulu.
Selain daripada itu, nama Pulau Tawar mungkin akan terus hilang dari peta sejarah negara. Andainya orang ramai melalui jalan besar antara Bandar Jengka ke Jerantut, tiada lagi papan tanda yang menunjukkan Pulau Tawar sebagai destinasi sejarah. Apa yang ada sekadar menunjukkan arah jalan masuk ke Pulau Tawar.
Dalam usaha kerajaan negeri memajukan industri pelancongan, perkara seperti ini tidak harus berlaku kerana kesan peninggalan sejarah boleh dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini. Apa yang lebih menarik, beberapa orang pembesar utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak juga dikatakan bersusur-galur keturunan pahlawan Mat Kilau.
Justeru saya menyeru supaya kerajaan negeri Pahang menjalankan usaha untuk membangunkan semula Pulau Tawar agar namanya terus segar, sesegar nama Mat Kilau dan Tok Gajah yang sering disebut-sebut hingga ke hari ini.
Sebuah jawatankuasa pembangunan semula Pulau Tawar perlu ditubuhkan sama seperti Jawatankuasa Penyiasat ketika kemunculan Mat Kilau awal 70-an dulu. Jika ini dilakukan, banyak bahan sejarah yang masih disimpan oleh anak cucu dan keturunan Mat Kilau dapat disimpan dalam sebuah galeri.
Jika dilihat kepada bahan pameran mengenai Mat Kilau di Muzium Tokoh Pahang dan Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, saya dapati apa yang dipaparkan hanyalah gambar dan sedikit cerita ringkas tentang Mat Kilau. Sebaliknya kajian mengenai khazanah Mat Kilau yang lain seperti pedang, keris, pakaian, kitab, al-Quran, barang persilatan, rumah dan sebagainya tidak dikumpulkan untuk dipamerkan.
Mungkin keturunan Mat Kilau yang masih ada hari ini, tidak mahu menyerahkannya kerana mereka juga mahu supaya sebuah galeri Mat Kilau diwujudkan di Pulau Tawar.
Saya sendiri masih menyimpan sebuah buku Salasilah Keturunan Pulau Tawar, tulisan tangan yang berusia kira-kira 57 tahun yang mencatatkan nama orang pertama yang membuka kawasan ini iaitu Malim Yunus dan keturunan Mat Kilau.
Saya juga berharap ramai keturunan cucu cicit asal Mat Kilau akan tampil untuk membantu pihak-pihak berkenaan bagi mengumpul bahan maklumat dan khazanah Mat Kilau yang masih tersimpan. - MOHD SHUKRI JAMALUDDIN, Pahang.
Nasihat Untuk Pembaca
"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)
Memaparkan catatan dengan label N11 Pulau Tawar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label N11 Pulau Tawar. Papar semua catatan
Isnin, 25 Oktober 2010
Jumaat, 1 Oktober 2010
Balak Masih Sumber Ekonomi Utama Jerantut ?
Sebenarnya penulis telah lama ingin menulis mengenai isu pembalakan ini tapi setelah membaca pendedahan dari sebuah blog pembangkang N9 pihak parlimen81 rasa terpanggil untuk menyenggerakan penulisan ini . Jika benarlah apa yang di perkatakan oleh blog N9 itu maka pihak parlimen81 menyeru supaya pihak Jabatan Perhutanan Jerantut dapat menyiasat segera dan sekiranya perlu membuat sidang akhbar khas untuk menjelaskan isu ini . Jika kelulusan telah diberi untuk tujuan pembalakan ini ,adakah Jabatan Alam Sekitar telah dirujuk untuk mengkaji dari sudut kesan pencemarannya ? Atau adakah kawasan konsesi pembalakan itu tidak memerlukan kelulusan Jabatan Alam Sekitar ?
Sebenarnya sungai tembeling dan sungai pahang telah lama tercemar oleh pembalakan dihulu sungai . Air Sungai Pahang hanya jernih pada musim kemarau. Penulis pada peringkat awal hanya menyangkakan bahawa tanah hutan di Ulu Tembeling masih hijau rupanya setelah melihat kepada gambar Aerial kawasan Ulu Tembeling penulis amat terkejut sebenarnya melihat banyak hutan sudah gondol hasil aktiviti pembalakan .
Penulis faham, hutan antara penyumbang utama ekonomi kepada negeri Pahang .Secara ringkasnya berdasarkan budget tahun 2010, Kerajaan Pahang mensasarkan hasil dari sumber sumber Hutan sebanyak RM77.75 juta iaitu hasil negeri ketiga terbesar .
Sebenarnya mengikut pembentangan budget 2010 juga , secara kasar Pahang hanya mempunyai rezab tanah boleh di balak dan dibangunkan sekitar 6 hingga 7 peratus sahaja lagi setelah ditola Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai.
Status Sumber Hutan Negeri Pahang
Daerah Hutan | Daerah Pentadbiran | Keluasan Mengikut Jenis Hutan (Hektar) | Jumlah | |||
Hutan Darat | Hutan Paya Gambut | Hutan Paya Laut | Ladang Hutan | |||
Kuantan/Pekan/Maran | Kuantan | 69,477.03 | - | 812.39 | - | 70,289.42 |
Pekan | 22,463.00 | 82,971.97 | 1,142.38 | - | 106,577.35 | |
Maran | 64,802.90 | - | - | - | 64,802.90 | |
JUMLAH | 156,742.93 | 82,971.97 | 1,954.77 | - | 241,669.67 | |
Rompin | JUMLAH | 180,451.20 | 14,469.00 | 461.19 | - | 195,381.39 |
Temerloh/Bera | Temerloh | 26,517.00 | - | - | 24,043.00 | 50,560.00 |
Bera | 61,973.30 | - | - | - | 61,973.30 | |
Maran | 33,982.70 | - | - | - | 33,982.70 | |
JUMLAH | 122,473.00 | - | - | 24,043.00 | 146,516.00 | |
Jerantut | JUMLAH | 371,478.16 | - | - | - | 371,478.16 |
Lipis | JUMLAH | 277,207.99 | - | - | - | 277,207.99 |
Bentong | JUMLAH | 99,136.52 | - | - | - | 99,136.52 |
Raub/C.Highlands | Raub | 148,945.79 | - | - | - | 148,945.79 |
C.Highlands | 38,771.68 | - | - | - | 38,771.68 | |
JUMLAH | 38,771.68 | - | - | - | 187,717.47 | |
JUMLAH | 1,395,207.47 | 97,440.97 | 2,415.96 | 24,043.00 | 1,519,107.20 |
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Kalau melihat contoh di Sarawak iaitu dikawasan-kawasan pembalakan Hulu Rejang banyak nurseri nurseri diwujudkan di dalam kawasan pembalakan untuk tujuan penanaman semula hutan .
klik pd gambar untuk besarkan
Gambar diatas ini adalah kawasan pembalakan baru di Jerantut yang dapat kita lihat selepas simpang Padang Piol menghala ke Pulau Tawar . Berapa luaskah kawasan pembalakan yang diluluskan di sini yang penulis difahamkan konsesinya di beri kepada seorang Melayu ? Penulis tidak pasti pula siapa yang menguruskan penebangan balak di sini adakah diuruskan oleh pemegang konsesi sendiri atau di subkan kepada orang lain lain ? Dan penulis juga tidak pasti pula berapa ekar yang diluluskan . Adakah 1 ekar , 100 ekar , 400 ekar atau 500 ekar . Penulis juga tidak pasti adakah kawasan konsesi ini memberi kesan kepada tadahan air untuk Sungai Salan dan adakah terdapat zon tampan . Jika ianya termasuk apakah implikasi kepada sungai salan dan penduduk yang mengunakan air tersebut sebagai sumber air selepas ini . Harap Jabatan hutan dapat memantau sungguh-sungguh aktiviti pembalakan disini supaya tidak terlebih kawasan konsesi , jika 400 ekar konsesinya pastikan jangan sampai 500 ekar pula ditebangnya , dan pastikan juga pembalakan tidak dilakukan di kawasan zon tampan sungai .
Sungai Salan Lokasi Kaki Pancing
Empangan Bersejarah Sungai Salan di Bina Pada Zaman British
Berapa agaknya keuntungan pemegang konsesi disini ye dan berapa pula hasil untuk kerajaan negeri . Penulis juga tidak pasti berapa kepadatan balak disini setiap ekar , mungkinkah 5 ton atau 8 ton atau 18 ton seekar. Apakah had pengeluarkan dibenarkan disini ? Adakah 8 ton/ekar 15ton/ekar atau 20ton/ekar ? Jabatan perhutanan kena pantau supaya tidak melebihi had dibenarkan.
Akhir sekali kepada kakitangan Jabatan Perhutan Negeri Pahang , kami hargai jasa anda dan kami sebagai rakyat ini mengamanahkan kepada anda untuk menguruskan hutan negeri pahang ini secara jujur dan amanah . Laksanakan tugas anda kerana Allah semoga anda semua diberkati olehNya. Amin
Hutan Simpan Kekal Daerah Jerantut |
Bil | Nama HSK | Hutan Darat (HA) | Paya Gambut (HA) | Paya Laut (HA) | Jumlah |
1 | Berkelah | 45,890.00 | 45,890.00 | ||
2 | Gunung Aais | 78,793.00 | 78,793.00 | ||
3 | Gunung Aais (Tambahan) | 15,615.00 | 15,615.00 | ||
4 | Jerantut | 1,559.00 | 1,559.00 | ||
5 | Jerantut (Tambahan) | 15,474.00 | 15,474.00 | ||
6 | Som | 13,032.00 | 13,032.00 | ||
7 | Tekai (Tembeling) | 90,120.00 | 90,120.00 | ||
8 | Tekai (Tembeling)(Tambahan) | 46,199.00 | 46,199.00 | ||
9 | Tekam | 38,607.00 | 38,607.00 | ||
10 | Ulu Beruit | 2,398.00 | 2,398.00 | ||
11 | Ulu Mas | 2,436.00 | 2,436.00 | ||
12 | Yong | 18,865.16 | 18,865.16 | ||
13 | Yong (Tambahan) | 2,490.00 | 2,490.00 | ||
JUMLAH | 371,478.16 | 371,478.16 | |||
JUMLAH KESELURUHAN | 371,478.16 | 371,478.16 |
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang |
Jumaat, 17 September 2010
Majlis Hari Raya Anjuran Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat Pahang)
Saya tercari-cari program yang dianjurkan oleh UMNO Jerantut secara sendirian tanpa melibatkan jabatan kerajaan dan yang saya jumpa ialah program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat seperti berikut :
1. Majlis Sambutan Hari Raya PAS Cawangan Pulau Tawar
Tarikh : 15/9/2010
Masa : 9mlm hingga 12 mlm
Tempat : Simpang Pulau Tawar
Jemputan : Semua Penduduk Pulau Tawar
2. Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Jerantut
3. Majlis Mesra Eidul Fitri Anak Pahang di Kuala Lumpur
4. Majlis Jamuan Mesra Idul Fitri Perhungan PAS Pahang , Temerluh dan ADUN Semantan
5. Rumah Terbuka & Himpunan Anak Muda di perantauan
UMNO sepatutnya lebih perihatin dan mengambil kesempatan hari raya ini untuk mendekati rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Pahang
Langgan:
Catatan (Atom)