Kenyataan Media
KENYATAAN MEDIA MENGENAI ROMBAKAN KABINET | ||
Oleh | : | YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA |
Tempat | : | PEJABAT PERDANA MENTERI |
Tarikh | : | 28/07/2015 |
Pejabat Perdana Menteri
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET
- Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:
Menteri Persekutuan:
(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak
(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).
Timbalan Menteri Persekutuan:
- YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
- YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
- YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
- YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.
- Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.
- Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran
- Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
- Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
- Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).
- Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
- Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.
- Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015
LAMPIRAN
SUSUNAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN BERKUATKUASA 29 JULAI 2015
MENTERI
|
TIMBALAN MENTERI
|
---|---|
YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan
|
YB DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di JPM
YB DATUK CHUA TEE YONG
Timbalan Menteri Kewangan
YB DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Timbalan Menteri Kewangan
|
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri
|
YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
Timbalan Menteri Dalam Negeri
YB TUAN MASIR ANAK KUJAT
Timbalan Menteri Dalam Negeri
|
YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan
|
YB DATUK AB. AZIZ BIN KAPRAWI
Timbalan Menteri Pengangkutan
|
YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan
|
YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan
|
YB DATO’ MAH SIEW KEONG
Menteri di JPM
| |
YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan
|
YB DATUK MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan
|
YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan
|
YB DATO' WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Timbalan Menteri Pertahanan
|
YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
|
YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
YB SENATOR DATO’ LEE CHEE LEONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
|
YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
|
YB DATO’ SRI DR. JAMES DAWOS MAMIT
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
|
YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
|
YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
|
YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
|
YB DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
|
YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
|
YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
|
YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan II
| |
YB DATO’ SRI ANIFAH BIN AMAN
Menteri Luar Negeri
|
YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
Timbalan Menteri Luar Negeri
|
YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM(B)
Menteri di JPM
|
YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
|
YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
Menteri di JPM
| |
YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
Menteri di JPM
| |
YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
|
YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
|
YB DATO’ SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
|
YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
|
YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
Menteri di JPM
| |
YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF
Menteri Kerja Raya
|
YB DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kerja Raya
|
YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia
|
YB DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
Timbalan Menteri Sumber Manusia
|
YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan
|
YB SENATOR DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
|
YB DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pengajian Tinggi
|
YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
|
YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
Menteri di JPM
| |
YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
Menteri di JPM
| |
YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia Dan Sukan
|
YB DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan
|
YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
|
YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
|
YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
Menteri di JPM
| |
YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR
Menteri di JPM
| |
YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri di JPM
| |
YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
|
YB SENATOR DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
|
YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
|
YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
|
YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan
|
YB TUAN P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri Pendidikan
YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Tiimbalan Menteri Pendidikan
|
YB SENATOR DATUK SERI PANGLIMA DR. MOHD. SALLEH BIN TUN SAID KERUAK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
|
YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia
|
YB DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di JPM
| |
YB DATO' SERI ONG KA CHUAN
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II
|
SUMBER : http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=news&news_id=15515&news_cat=4&page=1729&sort_year=&sort_month=