Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 18 Disember 1999

Wakil Alternatif ikrar bela nasib rakyat

Sekitar majlis angkat sumpah Dewan Negeri Pahang Penggal ke-10


Wakil Alternatif ikrar bela nasib rakyat

Oleh Hashim Abdullah
 
KUANTAN: Wakil rakyat dari PAS dan Barisan Alternatif Pahang berazam memanfaatkan sepenuhnya kedudukan mereka di dewan negeri untuk kesejahteraan seluruh rakyat.
Ketika ditemui selepas selesai majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negeri Pahang Sabtu lalu, mereka berjanji akan melaksanakan tanggungjawab untuk membantu membangunkan negeri dan membela rakyat melalui pelbagai usaha.


Adun Semantan, Ustaz Idris Omar
 

Adun Cini, Mohd. Jafri Abdul Rashid
 

Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Adun Tahan, Abdul Malek Yusof berkata wakil PAS mempunyai agenda penting untuk dikemukakan dalam sidang dewan dan berharap persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar.
"Sudah tentu, sama ada idea atau teguran yang bakal dibuat berlandaskan prinsip Islam yang diperjuangkan.
"Selain itu, kita juga akan memberi pandangan dalam aspek lain seperti keadilan, ekonomi, ketelusan dan sebagainya," katanya.


Adun Penur, Abd. Aziz Long
 

Adun Kuala Pahang, Mohd. Iqbal Hamdy Mohd. Rusdi
 
Adun Tahan, Abdul Malek Yusof

Adun Jengka, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perjuangan untuk membina masyarakat yang bahagia, sejahtera dan harmonis adalah agenda penting yang akan diperjuangkan dalam persidangan Dun kali ini.
"Kami juga akan menyumbang fikiran ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengagihan kekayaan sumber ekonomi negeri secara lebih adil.
"Di sini saya juga ingin memberi penghargaan kepada ucapan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob yang mahukan dewan bersikap saksama agar kita dapat membina bersama negeri Pahang untuk kesejahteraan rakyat dan keharmonian masyarakat," katanya.


Adun Guai, Abd. Aziz Yaakob
 

Adun Teriang, Leong Ngah-Ngah
 

Adun Semantan, Ustaz Idris Omar pula berkata pembangkang dari Barisan Alternatif (BA) mempunyai peranan besar dalam dewan negeri dan perkara ini boleh dilaksanakan memandangkan latar belakang pendidikan dan pengalaman mereka.
Beliau berkeyakinan gabungan tenaga berpengalaman, pendidik, peguam, guru besar dan ahli politik yang dimiliki BA dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat.
"Saya yakin perubahan akan dapat dibuat dan persidangan Dun kali ini akan lebih rancak dengan idea-idea baru terutama oleh golongan muda dalam BA," katanya yang berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Syariah, Universiti Al-Azhar.