Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 31, 2014

Pelan Perpaduan Nasional @ Perang Propaganda NANA

Pelan Pemansuhan Nasionalisme Ahlul Sunnah Wal Jamaah sedang diatur oleh kelompok berpartisipasi kepada separuh liberal dan separuh fundamentalis. Bekas Presiden MBM ini lahir daripada pergerakan PKPIM, bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, kelihatan seperti orang yang ketagih atau menagih simpati Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau Lim Kit Siang ataua senang meneguk JANJI DI TEPATI daripada Ah Jib Gor?

Pelan Penyatuan Nasional sudah lama berlaku sejak 11 Mei 1946 lagi. Pak Sedaro fikir Malaysia sudah mempunyai Wawasan 2020 paling padat dan POWER. Wawasan 2020 mesti diurus dengan baik bermula semalam.

Pelan Perpaduan Nasional yang boleh juga diganti nama sebagai Pelan Penyatuan Nasional, Pelan Kesantuan Warganegara Malaysia atau sebarang Kertas/Dokumentasi berasaskan Kajian Impak Keberkesanan, belum boleh dijayakan kerana rakyat TIDAK MATANG POLITIK.

Khasnya imigran yang kini rakyat atas ehsan airtangan Tunku Abdul Rahman dan persetujuan Maljis Raja-Raja Melayu iaitu Kaum Cina dan Koling. Anak Thiong Hua walaupun apa skrip keyakinan mereka, jelas belum memberi kebutuhan untuk umat Melayu yakin terhadap sokongan mereka kepada kuasa dan kedaulatan kuasa Melayu.

Pelan Perpaduan ini ialah antara langkah untuk mengurang "tension" dan membuka peluang kepada beberapa protokol-protokol Zionis untuk BERMAHARAJALELA.

Ramai orang tidak peduli untuk mengkaji lebih mendalam perihal beberapa laporan menyindir yang diterbit oleh Rand Corporation, US Air Force Intelligence, CIA dan Mossad, juga beberapa laporan tebal oleh UNDP, UN Commission for Education, Health, Safety and Security dan UN Commission for Youth and Profesional Development. Orang Melayu, antara yang lebih "berlagak pandai" ialah Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan kononnya "BALACI - WAR ROOM Commander" yang juga kelihatan "bodoh sombong".

Dalam satu pertemuan terbuka, Pegawai Kanan Polis bertaraf 3 bintang, Salleh namanya berkerut kening bila mana, dipersoalkan apakah negara ini selamat daripada ancaman kultus ideologi supra moden?

Amat malang jika umat Melayu khasnya Melayu di DUN Kajang mengundi Anwar Ibrahim kerana berjayalah sebahagian kecil Agenda Tersirat Pelan Perpaduan Nasional.

*********

Pelan Penyatuan Nasional adalah proses ke arah budaya politik baru - Saifuddin 

KUALA LUMPUR: Pelan Penyatuan Nasional yang sedang diteliti oleh kabinet dilihat sebagai sebahagian daripada proses ke arah budaya politik baru yang akan menjadikan amalan demokrasi di negara ini matang dan progresif, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhaan Global (GMM) itu bagaimanapun akur bahawa proses berkenaan akan mengambil masa dan akan berdepan pelbagai cabaran namun berharap ia mendapat kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia khususnya ahli politik dari kedua belah pihak serta mereka yang berada di tengah (belia, ahli akademik, profesional, teknokrat, usahawan, media dan masyarakat sivil) supaya mendukung proses ke arah Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan bahawa mesyuarat mingguan kabinet meneliti pelan berkenaan yang sedang disusun bagi menyatukan semula masyarakat namun menegaskan ia bukan satu usaha ke arah kerajaan perpaduan.

Dalam kenyataannya itu, Najib turut menyeru semua pihak untuk sama-sama berhenti daripada menyebarkan  pembohongan dan fitnah serta menamatkan budaya politik kebencian.

Saifuddin optimis apa yang hendak dicapai oleh kerajaan itu praktikal dan boleh dilaksanakan kerana ia menyeluruh dan merangkumi rangka kerja yang luas dan strategik, merujuk kepada empat tunggak pelan berkenaan iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

Beliau juga melihat pelan itu progresif kerana berikrar mempertahankan prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara. Selebihnya, kata Saifuddin, pelan itu melibatkan semua pihak melalui rundingan termasuk dengan suara akar umbi dan belia.

"Ini (juga) satu cara baru mentadbir kerana lebih inklusif dan membuka kemungkinan kerjasama dwipartisan antara BN dan PR," katanya.

Saifuddin menyifatkan pengumuman Najib itu kena pada masanya dan telah ditunggu-tunggu oleh banyak pihak selepas pertama kali disebut dalam ucapan Perdana Menteri meraikan kemenangan BN pada malam keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei tahun lalu.

Ia juga menepati kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menunjukkan 67 peratus responden mahu melihat BN dan Pakatan Rakyat bekerjasama atas isu-isu pembinaan bangsa.

Thursday, January 30, 2014

Bab ni kami sependapat Mohamad Hasan

Anwar: ADUN Penjara Kajang

PETALING JAYA 28 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan semalam oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.

"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran peletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Yang turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Chin Cheh dengan meletakkan jawatan semalam selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Mengulas penamaannya sebagai usaha PKR menggantikan Abdul Khalid daripada jawatan menteri besar, Anwar menyifatkan dakwaan itu hanya spekulasi semata-mata.

Ini kerana, katanya, keputusan meletakkan beliau untuk bertanding bagi kerusi DUN Kajang dipersetujui Pas dan PKR dalam memastikan kesinambungan dan lonjakan berterusan pembangunan negeri Selangor.

"Itu hanya spekulasi...setakat ini saya mahu Tan Sri Abdul Khalid meneruskan kerja-kerjanya seperti biasa," katanya.

Penasihat PKR itu juga menafikan pemilihannya sebagai langkah terdesak menghentikan kemelut politik serta perbalahan berhubung kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Anwar berkata, persetujuan itu juga tidak bermaksud menjadikan pengundi di Kajang sebagai mangsa kepada penyelesaian segera kemelut politik parti itu.

"Isu pengundi diperdaya tidak timbul, ini lebih kepada usaha parti untuk melonjakkan pembangunan negeri," katanya.

Menurutnya, PKR menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan Chin Cheh sepanjang bergelar wakil rakyat.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Pas akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.

Sementara itu, Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baharu ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.

"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya. - BERNAMA

*********

Cakap-cakap di kalangan ahli ortodoks PkR-PAS ialah Anwar Ibrahim berhajat untuk menjadi ADUN Penjara di Kajang, bukannya ADUN Kajang...Apa ke jadahnya, Anwar Ibrahim ini:

1. Diterima oleh pengundi Kajang sebagai ADUN Kajang?

2. Disokong oleh pengundi Kajang dalam Parlimen Hulu Langat, yang sebahagian besarnya penjawat awam (melayu), ramai juga swasta...pengundi Cina dan Keling sekitar 50%, Melayu 50%?

3. Apakah dengan kemenangan Anwar membuktikan bahawa Freemason berwibawa dan bermaharajalela di Kajang...yang boleh menghalal Pusat Kajian Strategik DAP di New Era University College (ye ke)?

4. Apakah dengan kekalahan Anwar boleh membatalkan kuasa pengurusan eksekutif Khalid Gagap, secara objektif?

5. Apakah wujud pakatan bersama Kerajaan Campuran UMNO dan PAS kerana tidak bahagia dengan permainan Firaun dan Tharut Anwar Ibrahim?

6. Apakah DYMM Sultan Selangor boleh merestui kedudukan YAB Dato Menteri Besar baru, kiranya Khalid Gagap "tersungkur" di telapak kaus Anwar Ibrahim?

7. Apakah pengundi-pengundi Kajang, semakin lama semakin kufur nikmat dan Bangsat, sehingga terpaksa memangkah Anwar Ibrahim, yang sebenarnya Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Penjara Malaysia di Kajang!

8. Apakah gerak kerja UMNO kali ini, Johan Aziz kelihatan masih tidur nenyak...Pemuda UMNO takut melalak secara lebih vocal dan konsisten...cakap saja perlukan calon MELAYU dari UMNO...tak perlu lapik-lapik...MCA bukan bekerja untuk BN, tapi numpang "percikan air liur basi" Presiden BN sahaja, sejak PRU 11 hingga PRU 13...

9. Batuk sahaja Presiden BN merangkap Presiden UMNO, kahak batuknya terpalit pada hidung belang MCA, MCA akur...jika MCA melawan..."kilatkan besi kursani"...kafir zimmi sudah mendominasi kafir harbi! 

Blog Archive