Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

Sinar Baru PM

Tahun ni takde iklan raya menarik daripada Petronas sebagaimana tradisinya setiap tahun. Tahun lepas "Ke Pangkuan Bonda"..tapi tahun ni Petronas recycle iklan lama je. Mungkin sebab harga minyak dunia yang tak menentu..turut beri kesan pada bajet Petronas. Ditambah dengan penyusutan nilai matawang RM yang tak mencerminkan keadaaan ekonomi semasa bak kata BNM.

Tapi tak pasti la pulak samada nilai dalam akaun bank RM ke-2 tercantik Asia naik atau tak sekarang ni..

Tahun ni kebanyakan GLC'c tak berebut nak terbit iklan raya Aidilfitri memasing. Tak macam sebelum2 ni. Adakah ia tanda protes? Refleksi kepada rasa tak puas hati terhadap banyak perkara yang berlaku dalam negara akhir2 ini? Tunjuk perasaan pada pemerintah? Wallahua'lam.

Nasib baik TNB dan TM ada bajet lebih..boleh la buat iklan "Sinar Baru" dan "Pakcik Misteri". Seolah macam TNB dan TM nak bagi mesej plak kan - beri sinar baru (harapan) kepada pakcik misteri (PM)..

Rakyat Malaysia juga mungkin sedang tertunggu iklan raya daripada 1MDB. Heh! Ada ke duit nak buat iklan kalo nak bayar hutang pun terpaksa begolok-begadai aset..

Apa pun meh kita layan iklan lama Proton yang kompom tak akan keluar di TV3 yang kempen #syukurselalu tu..walaupun realitinya poket rakyat sentiasa di'serang' dan makin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup..

 

SELAMAT HARI RAYA EID UL FITR..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

p/s: Nanti cer perati reaksi orang keliling anda tiap kali mereka tertengok ucapan raya si Pahlawan Bugis dan Ratu Minang tu keluar tv..huhuhu!!

Sunday, July 27, 2014

Sementara kita bergembira..

Walaupun kita sedang bergembira menyambut Hari Raya Eidul Fitr di bumi Malaysia yang aman dan makmur ini, jangan di lupa pada SAUDARA KITA yang telah menjadi korban dalam peristiwa MH370 dan MH17. Tidak dilupa juga kepada SAUDARA-SAUDARA KITA yang sudahpun terkorban atau yang masih berjuang di bumi Gaza, Palestin. 

Semoga Allah SWT senantiasa merahmati hamba-NYA yang beriman dan bertakwa. Amin!

Kepada yang bakal memandu pulang ke kampong halaman, berhati-hati di jalan raya. Don't fall asleep while driving!

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITR DARIPADA WARGA PANEH MIANG SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, October 15, 2013

TRAGIS: Imam arah bunuh 2 peragut

Seremban 15 Okt, PDRM melaporkan pembongkaran kes tragis seorang imam menyembelih dua peragut dan tanam beberapa anggotanya di sebuah taman di Senawang yang baru berlaku. 

Begitulah nasib malang yang menimpa dua peragut yang berjaya ditangkap oleh penduduk tempatan di Senawang. 

Menurut saksi, Ridzuan 39, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam untuk menetak leher peragut, tetapi sempat dihalang oleh jirannya. 

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tiada apa-apa barang berharga yang ditemui pada peragut tersebut. Salah seorang penduduk tempatan yang juga imam dan pengerusi taman di situ yang berang dengan peragut tersebut telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut yang ditangkap. 

Kaki kedua peragut diikat...dengan takbir yang bergema...mereka menyembelih peragut tanpa rasa belas. Walaupun darah menyembur keluar, namun penduduk sekitar tidak berani menghalang perbuatan imam tersebut, kerana yang disembelih ialah seekor lembu dan seekor kambing yang meragut rumput sempena Hari Raya Korban. 

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

Gambar sekadar hiasan.

Friday, September 27, 2013

JOM SERBU SATAY FREE DI PAKAR!!


1. Den nak tolong promosi gerai satay member yang akan mulo operasi di Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) atau dulunya dikenali sebagai Tapak Pasar Tani FAMA di Paroi, Seremban. Kalau tak pasti mano lokasi PAKAR, ado disertakan map google kek bawah ni;


2. Member den ni jual satay dah lamo, perniagaan dan resepi turun temurun keluarga. Jika di Johor dikenali sebagai Satay Wak Sahalan Seri Medan. Nak dijadikan cerito, Satay Wak Sahalan ni punyolah sodap sampaikan jadi satay favourite Sultan Johor.



3. Jadi kepada pembaco Paneh Miang dijemput datang beramai-ramai bermula jam 6 petang Sabtu ini bersamaan 28 September 2013 ke PAKAR Paroi untuk menikmati Satay Sahalan PERCUMA!!

4. Rugi tak datang beb...makan satay free tuuu...!! Lambek-lambek kang kok kempunan sok.

5. Err...Cip...den promote free ni, boleh tolong buek special delivery satay kambing ke rumah den ko? Hehe...

Thursday, August 8, 2013

Tuesday, July 9, 2013

SHAB-E-QADAR MUBARAK


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Monday, April 1, 2013

Doa buat Sahabat

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." 
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’." 
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." 
(Surah Al-Hadid 57: Ayat 22)

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"." 
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 155-156)

"Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf 12: Ayat 87)

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram." 
(Surah Ar-Ra’du 13: Ayat 28)

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)." 
(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)

Friday, March 22, 2013

Respect sama Papa Gomo

Tak pasal-pasal Papa Gomo kena hentak. Di khabarkan beliau kini berada di hospital setelah dibelasah di Segambut. 

Secara peribadi, saya tabik pada Papa Gomo kerana berani mendedahkan video mengenai Anwar Ibrahim. Yang peliknya, apabila video percakapan Anwar yang sedang memujuk seorang siswa di sebuah bilik hotel disiarkan di blog Papa Gomo, komentar-komentar dari penyokong tegar Anwar memarahi dan menempelak Papa Gomo. Mereka langsung tidak cuba mempertahankan ketua mereka, Anwar Ibrahim. 

Saya tidak tahu apa lagi alasan yang akan diberikan oleh penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim. Rafizi Ramli pula cuba untuk melakukan 'character assasination' terhadap Papa Gomo dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang pengundi hantu. Rafizi nampaknya tidak cuba untuk mempertahankan bos beliau. 

Kalau sebelum ini pihak Anwar kononnya hendak mencari orang yang menyerupai beliau untuk dijadikan kambing hitam, tetapi setelah keluar video Anwar cuba mengayat mahasiswa di sebuah bilik hotel, penyokong-penyokong tegar Anwar seolah tergamam dan cuba untuk menyerang Papa Gomo pula.

Walaubagaimanapun, kami tetap menyokong perjuangan Papa Gomo. Teruskan brader, berani kerana benar!

Tuesday, January 15, 2013

Malaysia's Youngest Blogger

Bernama in July 2009 reported about an 11 years old as the country's youngest blogger. We wonder how and why would Bernama reported Gloson as one when there are other bloggers who are much younger than him.

Ahmad Ali Karim was only 5 years old when he started blogging in August 2008 and now he's 9 years old.

This mama’s boy who likes playing Lego blocks, reading, writing stories, and travelling is determined to become a politician one day. He also masters various computer skills especially Microsoft Power Point.

He's probably the youngest blogger in Malaysia, maybe in the world too!

We from Paneh Miang are amazed to see a blogger as young as 5 years old, and we feel really proud of this young man. His writing is simple yet thought provoking. Reading his blog gives us new experience and refreshing perspectives on the current socio-political issues. We appreciate everything that this young man has to offer in his blogsphere and we hope he will achieve his dream to become a great politician one day!

To Ahmad Ali, may Allah bless you and keep up the awesome job!

Feel free to visit his blog at ahmadalikarim.wordpress.com.

Saturday, December 22, 2012

Penyedap hati...

Diriwayatkan hadith daripada 'Imran b Nafi', daripada Hafas b 'Ubaidillah, daripada Anas, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg hendak mencari pahala dari tiga dari tulang rusuknya (yakni, anak zuriatnya), masuk dia ke dalam syurga." Maka berdiri seorang prempuan, maka berkata dia, "Atau, adakah dua?" Bersabda Rasulullah SAW, "Atau dua!". Berkata lagi seorang perempuan, "Semoga mengharap aku, maka berkata aku, "Atau satu (yakni, seorang)!" (Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah).

Diriwayatkan hadith daripada al-'Awam bin Hausabin, daripada Abi Muhammad, iaitu hamba merdeka kepada Umar Al-Khattab (r.a), daripada Abi 'Ubadah, daripada Abdullah yang berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yangg didahului oleh tiga orang dari anak-anaknya (yakni, meninggal lebih dahulu dari ibubapanya), belum sampai baligh (umur pada anak-anak tersebut), ada bagi mereka (kedua ibubapanya) menjadi pendinding yangg mendindingi (kedua-dua ibubapanya) dari neraka." Maka berkata Abu Zarr, "Telah mendahului anakandaku dua (orang anakku)!" Maka bersabda Rasulullah SAW, "Kalaupun dua." Maka berkata Ubai bin Kaab, seorang ahli (pembaca) Al-Quran, "Telah mendahului anakandaku seorang (anakku)." Bersabda Rasulullah SAW, "Kalaupun satu." (Hadith Ibnu Majah, Kitab Jenazah).

Menceritakan hadith oleh Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin 'Ulaiyah dan Abdul Rahman bin Muhammad; berkata kedua-duanya, "Menceritakan hadith oleh Ishaq, dia itu adalah Arzaq, hadith daripada 'Auf, daripada Muhammad, daripada Abi Hurairah (r.a), daripada Nabi SAW yang bersabda, "Tidak ada dari dua orang Islam (maksudnya, dua ibubapa) mati di antara kedua-duanya (yakni mati sebelum mereka), tiga orang beberapa anak mereka (yang) belum sampai baligh kecuali memasukkan kedua-duanya oleh Allah SWT ke dalam syurga dengan kelebihan kerahmatan Allah SWT pada mereka (tiga anak mereka itu) ke dalam syurga." Bersabda Nabi SAW, "Dikatakan kepada mereka, masuklah kamu ke syurga." Maka berkata mereka (anak), "Tidak (masuk kami) sehingga masuk kedua ibubapa kami (bersama-sama kami)." Maka Allah berfirman, "Masuklah kamu dan kedua ibubapa kamu." (Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah).

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a;

Sesungguhnya Nabi SAW apabila duduk, maka sekumpulan daripada sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi SAW bertanya kepadanya, "Kamu cintakannya?"

Jawabnya, "Wahai Rasulullah! Aku mencintaimu (atau) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku."

Maka (tidak lama selepas itu) anaknya meninggal dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama Rasulullah SAW kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya, "Manakah si Fulan, aku tak melihatnya di sini?"

Maka para sahabat memberitahunya, "Wahai Rasulullah, anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal."

Baginda SAW terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda SAW mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata, "Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai, nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?"

Dia menjawab, "Wahai Nabi Allah! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku."

Maka kata Baginda SAW, "Maka begitulah keadaannya bagimu."

Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar, "Wahai Rasulullah, moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua?" Maka jawab Baginda SAW, "Bahkan ia adalah untuk kamu semua."

Jazakallahu khairah.

Thursday, September 13, 2012

Rosmah Mansor? Oklah...oklah!

Kami ada baca posting RBF Online berkenaan Strategi Pkr Bocor. Tapi tak sangka pulak posting RBF tu dipetik dan disunting oleh The Unspinners di sini. Kemudian posting The Unspinners tu di'highlight'kan pula oleh Parpukari di sinun.

Antara ayatnya dalam posting tersebut;

"Mutakhir ini, tak ramai blog pro UMNO yang menimbulkan isu Rosmah. Yang masih adalah seperti Paneh Miang, dan kadang-kadang Mummy Rokiah, Jelapang, Kedah Times dan lain-lain. Betul kita perlu panggil A spade is a spade, tetapi berapa kali cerita yang mereka anggap spade mengenai Rosmah itu benar-benar spade. Ada(k)ah bila spade itu hanya hearts atau daun-daun lain, ianya diperjelaskan di blog mereka sebagai balance reporting atau pembetulan?"

Wah...ini sudah direct punya sound nih. Oleh blogger ternama plak tuh. Hehehe. Agaknya The Unspinners tak faham maksud tersirat posting terbaru Warga Paneh Miang yang bertajuk "Mimpi Rosmah Mansor" tu kot.

Ingin dijelaskan di sini, selama kami menulis berkenaan Rosmah Mansor, kami tak ambil tahu pun apa yang dikatakan pencacai pembangkang mengenai isteri kesayangan Najib tu. Tapi kami menulis berdasarkan sumber yang memang rapat dengan Rosmah, termasuk cakap-cakap umum oleh rakyat mengenai beliau. Maklumlah, orang fofular...

Tapi takpolah, kengkawan punyo pasal, sobab kito kawan-kawan tak mau lawan...jadi Warga Paneh Miang mulai hari ini berjanji;

"Maka kami, Warga Paneh Miang berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai kemenangan BN, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Tidak akan melaga-lagakan Dato' Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin (walaupun tak ponah tulis)
  • Tidak akan laga-lagakan isteri PM dengan isteri TPM (pun tak ponah tulis)
  • Tidak akan lagi menyerang isteri PM (lopeh PRU-13 tak jamin)
  • Tidak akan termakan taktik Komplot Pembangkang sampai bila-bila (ontah bilo makan pun tak tau)"

Diharap dengan ikrar ni, dapatlah setel apo yang patut yor. Moga lopeh ni takdo lagilah blogger pro BN yang akan sound kami, sobab kami pun tak pernah 'sentuh' sesama blogger pro BN selamo lobih 4 tahun ni, kecuali sekali pada blogger balaci Mohamad Hasan yang hentam kami. Heh! Yolah...masing-masing dah bosar panjang. Bulih pikir sendiri.

AKAN TETAPI, demi tidak menghampakan pembaco kami yang selamo ni minat amik tau pasal Rosmah, mako kami paparkan klip Rosmah Mansor dongan lagunya yang bertajuk, "Nobody - Wonder Girls Cover".


Ini last OK...ini last! Hehehe!

Sunday, August 19, 2012

PILIHANhariRAYA

Terlanjur bicara
Ampun maaf dipinta
Salam persahabatan dan persaudaraan untuk semua

Luahan kami tak pernah kenal isi hati insan lain
Bicara kami tak semestinya diterima baik oleh semua
Terguris hati teraniaya, kami tak pernah lupa
Mengguris hati sesiapa, kami tidak tahu bila dan siapa

Dosa dan kesilapan yang dilakukan pada Allah SWT
Keampunan dan taubat pengubatnya
Dosa sesama insan yang dianiaya
Tidak akan terampun selagi insan itu tak terima kemaafan dan mengampunkannya

Oleh itu
Ribuan ampun dan maaf kami pohonkan
Andai pernah terlanjur bicara menghiris rasa
Salam ukhwah untuk semua

Warga Paneh Miang mengucapkan;

"Salam EidulFitr dan
Salam Kemerdekaan Ke-55"

Saturday, July 21, 2012

Doaku Untukmu


Ya Allah
Perkayakanlah saudaraku pembaca Paneh Miang dengan keilmuan 
Hiasi hatinya dengan kesabaran 
Muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan 
Perindahlah fizikalnya dengan kesihatan 
Serta terimalah amal ibadahnya berlipat gandaan 
Kerana hanya Engkau Dzat Penguasa Sekalian Alam 
Marhaban Ya Ramadhan…

Saturday, June 16, 2012

Kok takdo plan haghi ni...

Oghang Nismilan kok takdo plan nak buek haghi ni, jom la bawak kuargo jenjalan ko Karnival 1 Desa 2012 kek Padang SK Chuah, Pediksen. Acagho mulo jam 8.30 pagi sampai 4.30 potang. Memacam ado woghieh. Meh la meghiah an suasano.




Wednesday, May 16, 2012

Terima kasih, Thanks, Trimas, Tocey, Shukran, Arigato, Gracias PDRM


Pada 4 hingga 6 Mei 2012, warga Paneh Miang berbesar hati dijemput menyertai ekspedisi berkereta dalam program Konvoi Jejak Perwira anjuran Persatuan Belia Kelana Putera Seremban.

Konvoi ini telah disertai lebih kurang 60 orang belia/beliawanis sekitar Negeri Sembilan dengan penglibatan lebih 20 buah kenderaan.

Program ini adalah kesinambungan kejayaan program Jelajah Kenegaraan yang pernah diadakan pada tahun lalu.

Objektif Konvoi Jejak Perwira kali ini adalah bagi memberi kesedaran kepada belia/beliawanis tentang peranan perwira-perwira negara yang telah terkorban kerana mempertahankan tanah air.

Peserta konvoi turut didedahkan dengan sejarah negara ini apabila berpeluang hadir sendiri ke tempat-tempat bersejarah. Antara kesan tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan peserta Konvoi Jejak Perwira ialah Replika Istana Raja Melewar, Makam Dato' Dol Said, Masjid Kampung Hulu dan Memorial Balai Polis Bukit Kepong.

Antara kenangan manis Konvoi Jelajah Perwira ini ialah kerjasama yang terjalin antara pihak penganjur, peserta program, serta pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Trafik (Keselamatan) Negeri Sembilan.

Bagi memastikan kelancaran program ini, pasukan Trafik PDRM NS telah menghantar pegawai kanannya iaitu ASP Halil Hamzah yang dibantu oleh 9 anggota polis trafik. Sebanyak 7 buah motosikal polis berkuasa besar dan sebuah SUV telah digunakan dalam konvoi kali ini.

Saudara Fairus selaku ketua Konvoi Jejak Perwira, telah memuji bantuan yang telah diberikan pasukan Polis Trafik Negeri Sembilan dalam program ekspedisi ini yang sangat signifikan kepentingannya dalam menjamin keselamatan perserta konvoi, di samping mendidik peserta supaya lebih berdisiplin di jalan raya.

Di sepanjang tempoh ekspedisi ini berlangsung, pasukan Trafik PDRM bukan sahaja cekap mengawal keadaan lalu lintas bagi memastikan perjalanan lancar peserta konvoi, malah pasukan polis trafik Negeri Sembilan memiliki tahap dedikasi serta disiplin yang tinggi.

Menurut Fairus lagi, komitmen pihak polis melalui kesanggupan mereka bekorban masa dan tenaga semasa konvoi berlangsung adalah di luar jangkaan.

Ekspedisi konvoi bermula dengan taklimat keselamatan daripada pihak Polis Trafik PDRM dan diikuti bacaan doa oleh salah seorang anggotanya.

Keterlibatan pasukan Polis Trafik PDRM Negeri Sembilan dalam aktiviti konvoi sebegini merupakan satu motivasi penting buat peserta konvoi. Malah, ketika sedang menunggang motosikal pun, semua anggota pasukan Polis Trafik yang terlibat tidak henti-henti memberikan isyarat serta kata semangat kepada para peserta konvoi supaya sentiasa bergerak sebagai satu pasukan.

Anggota polis trafik PDRM juga sanggup berpanas serta basah lencun dek hujan lebat disebabkan keadaan cuaca di sepanjang ekspedisi yang tidak menentu. Sungguhpun begitu, tiada sebarang rungutan diluahkan anggota polis, malah mereka kelihatan seronok dan mesra dengan peserta konvoi. Inilah contoh keikhlasan yang ditunjukkan anggota PDRM yang terlibat dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Program ini juga sekaligus dapat merapatkan hubungan anggota pasukan Trafik PDRM dengan para belia khususnya di Negeri Sembilan. Sebagai pelindung masyarakat, anggota polis adalah ikon ikutan ramai, dan sikap sebegini membuktikan pasukan PDRM sebenarnya sangat berhemah, mesra dan memiliki tahap disiplin yang tinggi; berbeza seperti yang sering dimomokkan pemimpin dan pencacai pembangkang DAP, PkR, Pas yang kerap mengutuk dan menghentam pasukan PDRM.

Program konvoi sebegini secara tidak langsung telah menolak persepsi negetif masyarakat, terutamanya golongan belia terhadap pasukan PDRM. Jasa dan pengorbanan yang ditabur oleh pihak PDRM selama ini, tidak mungkin setara nilainya dengan wang ringgit.

Jesteru, bagi menghargai para anggota polis yang telah bersama kami dalam program Konvoi Jejak Perwira, demi memupuk rasa cinta warga Negeri Sembilan terhadap bumi bertuah ini, hanya coretan ringkas yang mampu kami nukilkan iaitu sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pasukan PDRM, khususnya Cawangan Trafik (Keselamatan) Negeri Sembilan.

Senanam pagi. Rutin harian tak tinggal walaupun di luar balai.

Hati-hati tayang punggung tu bang. Kang terliur pulak Bung Nuar. Hehe...

Meh belajar pasang kekuda.

Motor ni kalau setakat kejar mat rempit, anytime lah...

Ada ong nombor nih...hahaha!

Kereta pun tau patriotik...peserta bersih plak tak tau patriotik...apa barang!!

Berdoa sebelum berkonvoi supaya dipermudahkan perjalanan.

Vrooommm...ada bran?

Posing depan Memorial Balai Polis Bukit Kepong.

Haa...korang dengar ni sejarah sebenar Bukit Kepong. Jangan dok dengar Mat Sabu jer...

Ketepi...ketepi...!

Lain kali para pemandu jangan terasa apabila di suruh ke tepi oleh polis dalam mana-mana aktiviti konvoi. Demi keselamatan pengguna jalanraya sebenarnya.

Ni baru sikit ni. Belum tunjuk skil lipat cipan maut kat selekoh lagi nih...

Akrobatik tengah jalan. Sebenarnya masa ni hujan. Inilah taktik bagi mengelak boxer lenjun dek air hujan yang bertakung atas sit motor. Hehe...

Dedikasi...panas dan hujan, ku redah jua.

Agak eh maso ni mesti abang polis ni fikir, "Bilo lah kerajaan nak bagi polis trafik motor berbumbung, macam motor BMW tu..."

Nampak macam nak pecut, tapi 110km/jam je ni. Demi keselamatan.


Penat konvoi ni sebenarnya. Apa-apa hal makan dulu. Perut kenyang, hati senang!

Akhir kata, "Terima Kasih PDRM."

Sunday, May 13, 2012

Cayalah Azam...

Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan yang diadakan semalam sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil, maka kelulusan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis terhadap peserta perhimpunan haram, Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu juga akan terbatal.


''Saya melakukan ini kerana mendapati Majlis Peguam gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila semalam dalam tempoh kurang lima jam dengan jelas telah memaparkan terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui dan banyak lagi. - Utusan.

1. Peguam Melayu lain bagaimana? Adakah hanya mampu melopong sambil melihat Azam bersama kumpulannya berjuang sendirian?

2. Sejak dulu lagi kami pelik, mengapa susah sangat peguam Melayu nak 'pegang' Bar Council? Ohhh...lupa pulak. Peguam Melayu ni tak nak turun mesyuarat, bahkan nak pos semula kertas undi semasa pemilihan pun maleh.

3. Alasan yang diberikan oleh seorang sahabat kami (tentulah peguam), kononnya peguam Melayu sibuk nak menstabilkan hidup; atau hakikatnya peguam Melayu hanya nak kumpul harta cepat dengan cara mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain yang terdesak memerlukan khidmat guaman?

4. Prinsip peguam Melayu hari ini, pegi mampos sama agenda bangsa aku di negara ni, asalkan aku boleh hidup mewah dengan mengumpul fail kes pun dah cukup. Cari makan melalui kesusahan orang lain. Heh...

5. Agenda licik Bar Council yang dikuasai DAP sekian lama hingga memperlekeh kredibiliti peguam Melayu, langsung tidak menjadi agenda penting kepada barisan peguam Melayu yang telah hidup selesa hari ini. Periuk nasi penting bhai...persetankan agenda bangsa sendiri.

6. Kepada DS Najib, tak ramai spesis betolo macam sahabat kami Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz ni. Kalau nak dijadikan winnable candidate, memang sesuai bonar la tu.

Zam...elok kau pi buek facial copek. Mano tau dapek jadi winnable candidate. Hehehe...

7. Nak harapkan pemimpin UMNO hari ini yang berani? Boleh jalan daaa. Dah fedup rakyat majoriti menunggu pemimpin UMNO terutama barisan Pemudanya, termasuk KerisCiumMudin yang tak bertolo tu, menunjukkan kegagahan umpama pahlawan Melayu dahulu kala bagi mempertahankan agenda Bangsa dan Agama.

8. Pimpinan UMNO dan balaci Pemudanya hari ini hanya gah ke hulu ke hilir berkumpul ramai-ramai macam gangster, tapi bila bab mempertahankan agenda agama, bangsa dan negara, hanya mengharapkan Perkasa dan kumpulan Tibai. Apa punya turr...

9. Huh...rindu betul den zaman 'autokratik' Dr M.

Friday, May 4, 2012

Siapa sebenarnya yang Paneh Punggung?!


1. Paneh Miang menyedari kewujudan sebuah blog yang dinamakan Paneh Punggung yang dibuat khusus untuk melawan Paneh Miang dengan tagline-nya, Paneh Punggung vs Paneh Miang - Fakta Bukan Auta!!

2. Antara ayat yang ditulis dalam salam perkenalan blog tersebut;

"Paneh Punggung juga akan menjawab setiap isu yang diperkatakan atau dihebahkan oleh Paneh Miang dan pembaca boleh melihat kebenaran dengan membuat perbandingan sendiri. Paneh Punggung tidak mempunyai sebarang kepentingan atau menjadi balaci mana-mana pihak atau menjadi penulis upahan pihak tertentu."

3. Kami tak pastilah samo ado nak banggo ko...atau nak golak...dengan kewujudan sebuah blog yang semata-mata kerana kami?! Heh...

4. Berbanding artikel pertama Paneh Miang iaitu berkenaan 'Agenda Asing', yang pasti artikel pertama blog Paneh Punggung ialah mempertahankan Menteri Besar Negeri Sembilan...yang membawa maksud mereka bukan balaci atau penulis upahan?! Heh...fikirlah sendiri.

5. Blog itu juga disedari wujud selepas Paneh Miang mengeluarkan video Samad aka Exco Belia dan Sukan NS serta Presiden MBNNS berdangdut di Karnival Belia Negeri Sembilan. Blog itu juga turut menyerang Pengarah Jabatan Belia Sukan NS. Sekali lagi...fikirlah sendiri.

6. Walau bagaimanapun Paneh Miang mengalu-alukan kewujudan blog tersebut yang mungkin dapat memeriahkan suasana serta menjadi benteng pertahanan BN khususnya di Negeri Sembilan bagi menghadapi PRU-13.

7. Kok baik niat maso buek blog tu, mako insyaAllah baiklah pengakhirannya. Fokus kami di Paneh Miang sejak sekian lama ialah Ketuanan Melayu, Kedaulatan Islam dan Negara wajib dipertahankan dengan prinsip 'sentiasalah berkata benar walaupun pahit'.

8. Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan 'Selamat Bertahan' di alam maya kepada admin dan penulis blog Paneh Punggung; sementelah hampir 5 tahun di blogosphere, kami telah menyaksikan ramai satu per satu rakan seperjuangan aka blogger yang tidak mampu bertahan dan akhirnya tewas separuh jalan.

9. Akhir kata, nantikanlah skandal terbaru Majlis Belia Negeri Sembilan...huh...apa cer? Heh...

Friday, April 6, 2012

What you give, you'll get back...


Assalammualaikum semua sahabat pembaca yang budiman.

Warga Paneh Miang menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca blog ini yang sudi menghulurkan sebarang bentuk derma ikhlas demi membantu anak-anak yatim khususnya kepada Yayasan Anak Yatim Al-Khair, Negeri Sembilan.

Menurut En. Abd Rahman bin Hj. Musa yang juga Pengerusi Yayasan Anak Yatim Al-Khair, buat ketika ini Yayasan hanya mampu dapat meletakkan anak-anak yatim seramai 18 orang sahaja terdiri daripada 10 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Ini kerana rumah yang diwakafkan sementara kepada mereka tidak mampu menampung jumlah yang lebih ramai.


Sejak didaftarkan di bawah nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair ini, pihak mereka bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ihsan orang ramai yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Walaubagaimanapun, dengan perbelanjaan bulanan yang makin meningkat yang dianggarkan lebih RM4,000 sebulan, ia agak membebankan Yayasan ini.

Rumah yang menjadi tempat kanak-kanak seramai 18 orang bernaung ini juga berada dalam keadaan serba kekurangan sekali gus memerlukan penambahbaikan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi 012-679 1847 (En. Abd. Rahman) atau menyalurkan terus sumbangan ke Akaun Bank Islam Malaysia atas nama Yayasan Anak Yatim Al-Khair dengan nombor akaun 05012010046140.



Segala derma ikhlas sahabat sangat dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Wednesday, March 14, 2012

Idea Gila Ali Rustam

Baru-baru ini salah seorang warga Paneh Miang beserta beberapa orang blogger ternama tanahair telah dijemput dan dibawa melawat sekitar negeri Melaka. Program bermula dari jam 7 malam hinggalah ke acara supper bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berakhir hampir jam 3 pagi. Pelbagai maklumat berkenaan negeri Melaka telah kami perolehi yang ingin dikongsikan di blog ini bersama para pembaca sekalian. Jelasnya, Kerajaan Negeri Melaka di bawah teraju Tok Ali telah memfokuskan kepada pembangunan industri pelancongan secara serius hingga memberi pulangan laba besar kepada kerajaan negeri selama ini.


Sebuah negeri kecil dengan hasil bumi yang terhad tidak menjadikan Melaka negeri yang mundur. Keunikan Melaka di bawah Tok Ali (Datuk Seri Ali Rustam) kerana sentiasa menyediakan produk pelancongan dengan idea kreatif yang agak gila-gila.


Melaka mampu membangun kerana industri pelancongannya berupaya menarik kedatangan 8.9 juta pengunjung yang telah menjana RM4.4 billion hanya pada tahun lepas saja dan dijangka akan terus meningkat setiap tahun. Kepelbagaian produk pelancongan berasaskan sejarah, pendidikan, sukan dan kesihatan jelas telah mengubah landskap Melaka secara keseluruhannya. Langkah kerajaan negeri membangunkan pelbagai produk pelancongan di sekitar Banda Hilir hingga ke pantai Klebang memudahkan orang ramai berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh.


Dahulu pakej pelancongan Melaka lebih tertumpu kepada bangunan bersejarah seperti Masjid Kampung Hulu, Stadthuys, A Famosa, Christ Church, St. Paul Church dan Perigi Hang Li Po. Namun kiini ia ditambah dengan produk baru seperti bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Jonker Walk, kenderaan dua alam Duck Tours, Monorel, Zoo Melaka etc.


Wild Life Theater di Pulau Melaka adalah produk terkini yang dibuka pada 25 November tahun lalu untuk mereka yang berminat menyaksikan persembahan unik tiga ekor singa laut yang didatangkan khas dari Chile, selain aksi spesies haiwan lain.


Idea gila terbaru Tok Ali yang merupakan satu pelaburan besar dengan pembelian sebuah kapal selam dari Perancis untuk dijadikan Muzium Kapal Selam pertama di negara ini.

Kepada rakan maya & pelayar blog Paneh Miang, JOM kita melawat negeri Melaka sempena musim cuti sekolah ini kerana terdapat banyak produk-produk pelancongan terbaru dan menarik terdapat di Melaka. Melawat Melaka Bandar Bersejarah hampir sama ertinya anda telah melawat seluruh Malaysia. Jom cuti-cuti 1 Malaysia...


Tak hairanlah DAP+PkR+Pas begitu terliur untuk memerintah bumi Melaka. Pelbagai fitnah telah dan sedang direkayasa Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan BN di negeri itu yang hakikatnya telah begitu banyak jasa ditaburkan demi kesejahteraan & kemakmuran rakyat Melaka selama ini. Tahniah Kerajaan BN Melaka...Tahniah Datuk Seri Ali Rustam. Moga Melaka aman, sentosa, makmur berkekalan.

p/s: Kerajaan Negeri Sembilan bila pulak nak bangunkan produk pelancongan negeri secara serius? Orang MTPN masih lena gamaknya...

Blog Archive