Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Allah Makbulkan Doa VAT69



Peristiwa 4 September 1975, Fasa 2 Ops Bamboo 2 ialah bukti Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ketika itu, ialah insan yang kini menduduki takhta Kerajaan dan Pemerintahan Tertinggi Persekutuan Malaysia iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Al-Haj Abdul Halim juga.

Darah yang membasahi bumi Hulu Perak yang kini tersemadi tubuh insan ini di tanah perkuburan Islam Tapah sebelah sungai berhampiran Masjid Pekan Tapah, yang sering diziarahi oleh kerabat keluarga dan teman sePatrol dan sepasukan, almarhum sedang disirami bunga ingatan umat Melayu yang subur dalam pasukan, Polis Di Raja Malaysia.

Almarhum Zabri pernah ditulis panjang lebar tentangnya dalam blog ini juga. Blog ini yang menjadi "eye ball blog" kepada Pasukan (PDRM) dan VAT 69 yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak, mungkin salah satu elemen menyuburi dan memekari doa-doa agar di suatu hari, umat Melayu iktiraf seorang syuhada yang amat digeruni dan disegani oleh Parti Komunis Malaya.

Semoga seluruh insan yang pernah menabur bakti, menitiskan akan darah, air mata dan keringat dalam pasukan PDRM khasnya VAT69 (iaitu 40 insan kumpulan pertama VAT 69- kini Veteran VAT 69), sehinggalah seluruh ketumbukan pasukan, Pak Sedaro dan para sahabat (yang tidak diundang) merakamkan syukur dan terima kasih kerana Allah pernah menghidupkan dan mematikan "panglima perang yang sifatnya mirip Khalid Al-Walid" dalam PDRM.

Sebuah nukilan yang panjang sebagai hadiah kepada PDRM, khasnya keluarga dan kerabat Almarhum ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid, seluruh kerabat VETERAN VAT69 dan insan yang berkongsi makna "Warisan Darah Perwira";

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w., keluarga dan kerabatnya.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada para Sahabat Baginda dan para Ahli Syurga yang telah mahsyur dan dijanjikan tempat mereka.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada semua para syuhada, auliya dan seluruh pejuang Islam yang menegak syiar Islam atas jalan-jalan haq dan berjuang membatalkan kebathilan.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada semua pejuang Islam Bani Malayuwiyah yang sanggup menumpah akan darah mereka sejak pemerintahan Islam mekar 1200M hingga hari ini.

Ku hadiahkan Al-Fatihah kepada Mohd Zabri bin Abdul Hamid yang Allah pilih dari kalangan umat Melayu di Bumi Melayu ini, yang menjadi ikon "Harimau" kepada PDRM.

Ya Allah, jodohMu mentauliah sebuah bintang tertinggi Persekutuan Negara Malaysia ini, ialah paling tepat dalam Sejarah Moden Malaysia.

Ya Allah, moga diKau limpahkan rahmat dan kasih sayang Mu kepada seluruh kerabat dan sahabat Almarhum Zabri yang telah berada di Alam Barkzah dan yang masih hidup adanya.

Wahai seluruh anak Muda, bersemadi Zabri dipusaranya bukan untuk didewa dan dikalung dengan emas-intan permata.

Wahai seluruh anak Muda, jadikanlah pesanan Almarhum Zabri sebagai ubat penawar dan geliga fikir manusia yang cinta kepada nikmat dan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sesungguhnya Zabri pernah berpesan dan diingati oleh barisan sahabat dalam Patrolnya (hari ini mereka dimamah usia iaitu Haji Ahmad Dahalal, Apot anak Saad, Hamzah, Salahuddin, Haji Suhaimi (patrol sahabat),dan ramai lagi);

"Sayanglah kepada Pasukan"
"Sayanglah kepada Tanahair"
"Taat dan Setia"
"Berdisiplin Tinggi"
"Hormat kepada Yang Senior"

Moga Allah terus-terusan memncucuri rahmat, dan melimpahkan kasih sayangNya kepada Malaysia.

Sunday, October 28, 2012

Kongres Ekonomi Melayu 2012

Beberapa resolusi penting telah diangkat oleh pemikir-pemikir dan pejuang-pejuang Melayu dalam Kongres Ekonomi Melayu yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Tahniah dan Syabas.

Rupanya, banyak rahsia pembangunan Kaum Cina ditelanjangkan. MCA sudah merancang pembangunan Universiti Merdeka sejak 40 tahun lagi, dalam Sidang Perwakilan MCA Johor di JB. Universiti Merdeka disamarkan dengan kejayaan membina UniRazak dan Universiti Tunku Abdul Rahman di Perak. MCA dan DAP berpakat untuk memastikan kemenangan pilihanraya melalui Dewan Perniagaan Cina Malaysia, ini diakui sendiri oleh bekas Setiausaha Politik Tun Razak, mantan Spekear Dewan Negara, Tan Sri Micheal Chen.

Kaum Cina menjalar di seluruh pembangunan bandar besar melalui perniagaan dengan jaringan REHDA dan kesatuan-kesatuan profesional yang mana mereka dominan bilangannya. Sebab itulah di setiap negeri, kelompok peniaga Cina akan adakan persatuan mereka. Mengikut laporan Pendaftar Pertubuhan, tidak kurang 3000 buah persatuan Cina berasaskan perniagaan dan kepentingan kumpulan peniaga Cina.

Pengajaran untuk orang Melayu, ialah selama 55 tahun selepas peristiwa 1 April 1946 dan 11 Mei 1946 sehingga berpecah pada 1951 dengan wujudnya PAS, orang Melayu semakin mengemis di tanah sendiri.

Dr. Mahathir selama 22 tahun mengakui bahawa beliau tidak berjaya menukar imej bandar-bandar seluruh Malaysia untuk kepentingan Melayu, pengakuan ini ialah rekod sebenar dan tidak boleh dipertikaikan. Dr. Mahathir mengaku bahawa usaha meletak batu asas segala infrastruktur dan bangunan mercu tanda telah selesai, yang mungkin terlalu awal untuk sebuah negara Malaysia yang sedang merangkak, menikmati kepesatan kekayaan milik sendiri yang dimanipulasi oleh Cina dan Keling untuk kaya-raya.

Melayu rupanya sudah tiada kuasa politik dan kuasa ekonomi, yang demikian, Melayu terpaksa mengemis dan menagih simpati Cina dan Keling.

"Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita, Kita lenyap di arus Zaman".

Friday, March 23, 2012

Perihal Melayu & Bukan Melayu

1. "...that right (Malay rights and privileges and right of Malay Rulers) does not claim to be new. It already exists long before Merdeka and the purpose of the entrenchment is to protect its encroachment..." - Kes: Dato Menteri Othman bin Baginda vs Dato’ Ombi Syed Alwi Syed Idrus [1981] 1 MLJ 29.

2. Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara.

3. Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifak itu berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Adakah Melayu itu tamak dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bersifat perkauman?

i- Realitinya, Melayu tidak perkauman kerana tiada satu pun dasar tersurat mahupun tersirat yang membuktikan Melayu yang tidak layak bekerja, mestilah diberikan kerja hanya kerana individu itu berbangsa Melayu.

ii- Melayu tetap berlumba/berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan tawaran kerja kepada orang Melayu masih ditimbang taraf kelayakannya.

iii- Etnik Melayu/Bumiputera di negara ini bukanlah prasyarat untuk wajib mendapat pekerjaan atau menjamin kejayaan hidup.

iv- Melayu mudah untuk bekerjasama dan serta senang pula memberi kepercayaan kepada etnik lain terutama Cina dan India dalam bidang politik, ekonomi & sosial.

v- Sebab itu DEB yang diperkenalkan sejak 1971 hanya menyasarkan 30% daripada 'pengagihan kek ekonomi' untuk bangsa Melayu. Kata mudahnya, Melayu itu tidaklah lokek untuk berkongsi & bersifat terbuka; rentetan itu wujud ramai jutawan di kalangan bukan Melayu yang menerajui ekonomi dan sektor-sektor lain.

Justeru, kepada kaum bukan Pribumi aka bukan Melayu di negara ini, janganlah jadi seperti Belanda minta tanah, diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta minta sedepa!

All Malaysian need to know their values and boundaries. Barulah kita akan hidup aman, harmoni & makmur sentiasa.

Thursday, February 9, 2012

BILO MAT JENIN JADI PAK KADOK

KERUSI DI DEWAN RAKYAT

JUMLAH KERUSI DI PARLIMEN = 222
MAJORITI MUDAH = 112
MAJORIT 2/3 = 148

PRU KE-11 Pas bertanding di 85 kawasan Parlimen dan menang 6. Mako kotiko itu dicanangnyo ke seluruh dunio mereko akan mendirikan Negara Islam.

PRU KE-12, Pas bertanding di 66 kawasan Parlimen dan monang 23. Mako kotiko itu pulak dio berangan nak jadikan negaro ni negaro kebajikan. Mako besorak-sorailah mereko dengan kemonangan yang tak seberapo tuh.

UMNO monang 78 kerusi di PRU-12.
Pas + DAP + PkR = 75 kerusi di PRU-12.

Kepado pembaco yang bijak pandai, takyahlah Atok nak buek analisis sentipik ko, matometik ko. Rumusan Atok sonang yo. Memulo tu berangan jadi MAT JENIN...pehtu dapek pulak jadi PAK KADOK.

Sabung ayam monang...tapi kampong togadai!

Tuesday, October 25, 2011

Besar ke gaji?

Gaji bulanan Menteri Besar dan Ketua Menteri di setiap negeri seperti berikut:-
  • Sabah = RM 14,300
  • Kedah = RM 14,175.15
  • Melaka = RM 14,175.15
  • Negeri Sembilan = RM 14,175.15
  • Pahang = RM 14,175.15
  • Pulau Pinang = RM 14,175.15
  • Perak = RM 14,175.15
  • Selangor = RM 14,175.15
  • Terengganu = RM 14,175.15
  • Perlis = RM 14,175.15
  • Johor = RM 13,975.50
  • Sarawak = RM 13,000
  • Kelantan = RM10,200
Sumber: Enakmen dan Ordinan Anggota-Anggota Pentadbiran dan Dewan Perundangan (Pendapatan)


Gaji bulanan Menteri dan Kakitangan Kanan Awam seperti berikut:-

Kabinet dan Pentadbiran
  • Perdana Menteri = RM 22,826.65
  • Timbalan Perdana Menteri = RM 18,168.15
  • Menteri = RM 14,907.20
  • Timbalan Menteri = RM 10,847.65

Dewan Rakyat

  • Yang Dipertua = RM 14,907.20
  • Timbalan Yang Dipertua = RM 10,847.65
  • Ketua Pembangkang = RM 3,846.59
  • Ketua Dewan Rakyat = RM 3,846.59
  • Timbalan Ketua Dewan Rakyat = RM 1,983.19
  • Ahli Dewan Rakyat = RM 6,508.59

Dewan Negara

  • Presiden = RM 14,902.20
  • Timbalan Presiden = RM 10,847.65
  • Ahli Dewan Negara = RM 4,112.79

Sumber: Akta Anggota Parlimen (Pendapatan) 1980 (Pindaan 2007)

Monday, October 24, 2011

Apo ado kat sanun dulu...


  • Sekarang Istana Negara (1987) - Sebelumnya kediaman jutawan Chan Wing
  • Sekarang Menara Maybank (1987) - Sebelumnya bangunan Mahkamah Seksyen
  • Sekarang Plaza Rakyat (dalam pembinaan sejak 1992) - Sebelumnya Kelab Cina Selangor
  • Sekarang Putrajaya (1995) - Sebelumnnya Ladang Harrisons & Crossfield Golden Hope
  • Sekarang Mid Valley Megamall (1999) - Sebelumnya Kuil Sri Maha Sakthi Muhambikai Amman (kemudiannya dibina semula)
  • Sekarang Menara Kembar Petronas (1998) - Sebelumnya Padang Lumba Kuda KL
  • Sekarang Berjaya Times Square (2003) - Sebelumnya banglo jutawan Cheong Yoke Choy
  • Sekarang Pavilion Kuala Lumpur (2007) - Sebelumnya Sekolah Perempuan Bukit Bintang
  • Sekarang liwat pembantu khas (2008) - Sebelumnya liwat driver (1998) Hehehe...

Sources 1-8 Fakta Rojak Malaysia

Saturday, June 4, 2011

Panglima Setia Mahkota

Berikut merupakan Penerima Pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran "Tan Sri":

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Datuk Seri Ainum Mohamed Saaid, Profesor Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Datuk Seri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, Tunku Temenggong Negeri Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Sallehhuddin Almarhum Sultan Badlishah, Penasihat Tijaz Corporation Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan, Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan, Mahaguru/Pengasas Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omar Din Mawaidin, bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Phaik Gan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAM Institute For The Empowerment Of Women (NIEW), Datuk Rafiah Salim, Tokoh Akademik dan Intelektual Islam (Pengasas The International Institute of Islamic Thought and Civilization, ISTAC), Prof Dr Syed Muhammad Naguib Al Attas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes, Naib Presiden Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Polis, Datuk Seri Yuen Yuet Leng, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Left Jen (B) Wan Abu Bakar Omar, Pengarah Urusan M. Zain Group Of Companies, Datuk Goh Teck Chai, Timbalan Pengerusi Eksekutif Salcon Berhad, Datuk Tee Tiam Lee, Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia, Datuk Seri Panglima Jeneral (B) Mohd Azumi Mohamed, Pengerusi Eksekutif, Concord Alliance Sdn Bhd, Datuk Mohd Hussin Abd Hamid, Pengerusi STS Equestrian & Sports Centre, Datuk Cham Hak Lim, Consultant Cardiologist, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Ridzwan Abu Bakar, Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn Bhd, Jen (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah @ Zainal Abidin, Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sri William Mawan Ikom, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Penasihat Malaysian Chinese Association (MCA) Pusat, Datuk Lim Yew Loong, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd, Datuk Rashpal Singh Jesawant Singh dan Timbalan Pengerusi Eksekutif IJM Corporation Berhad, Datuk Tan Boon Seng @ Krishnan.

Ironi 4 insan yang dihighlightkan:

1. Mahaguru Silat Lincah, tahniah. Silat Lincah memiliki kekuatan pesilat lebih daripada 200 ribu orang seluruh Tanahair. Maka, Pak Sedaro cadangkan masa depan, UMNO cadangkan Nama Almarhum Mahaguru Meor Abdul Rahman untuk PSM. Perguruan Silat Gayung Malaysia memiliki kekuatan lebih daripada 1 juta pesilat seluruh Tanahair.

2. Pengasas ISTAC, namanya harum satu buana alam. Semalam diangkat Tokoh Melayu Terbilang, Hari ini UMNO dapat restu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan dianugerahi PSM. Esok, UMNO kena bantu selesaikan polemik ISTAC atau langkah lebih afdhal ialah memberi mandat dan amanah kepada Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas untuk mengasaskan World Institute of Islamic Thought and Civilisation dengan Dana RM 1billion. Pak Sedaro amat yakin Kerajaan Qatar, Arab Saudi, Libya, Brunei dan Jordan serta Kuwait akan memberi Dana Baitul-Mal masing-masing untuk kerja fisabilillah penubuhan WISTAC.

3. Air Asia terbina daripada tangan manusia ini. Kamaruddin Meranun seorang bekas pelajar MRSM Kuantan juga wajar dicalonkan tahun 2012 untuk PSM. Tony Fenandez lumpuh jika Kamaruddin Meranun tempang. Ini wawasan 1Malaysia nampaknya. Namun apakah pengorbanan ekonomi yang disumbang oleh Air Asia kepada pembangunan tamadun dan budaya Ilmu? Apakah Air Asia akan membina legasi sendiri dengan penubuhan sebuah Yayasan CSR Air Asia dan menjalan tugasan seperti The Apprentice karya Empayar Donald Trump? Atau apakah sumbangan Air Asia akan menyumbang kepada Sekolah Penerbangan Rantau Asia terbaik berpusat di Sendayan?

4. Dato' Seri Yuen Yuet Leng, ialah seorang Pegawai Cawangan Khas yang membawa kepada pengkisahan pembunuhan Komunis dan maklumat perisikan Komunis. Yuen merupakan seorang anak Kaum Cina dari suku Hakka yang paling lama bertugas sebagai undercover, sehingga nyawanya hampir terurai dari jasad. Yuen jugalah manusia yang masa mudanya merancang bagaimana menyelesaikan Perletakan Senjata Komunis di Thailand dengan Tun Haniff Omar bersama Almarhum Tan Sri Azizan Zainal Abidin yang ketika itu Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri. Yuen banyak berbakti kepada Bumi Melayu ini. Inilah insan berjasa yang taat setia kepada Tanahair, Bangsa dan Agama. Amatlah afdhal, anak-anak Cina khususnya Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong berguru daripada Dato' Seri Yuen Yuet Leng.

Daulat Tuanku, Sesungguhnya Perkara 32 dan 38 amat penting kesan dan akibatnya kepada tanahair ini. Ambillah pengajaran bermakna dan berikanlah sumpah taat setia ANDA kepada Bumi Melayu ini.

Saturday, May 14, 2011

HBN 2011

Pak Sedaro ambil kesempatan mengucapkan Salam 1 Belia 1 Malaysia kepada semua anak Malaysia yang ditakrif sebagai belia mengikut Seksyen 2 Akta 668, Tafsiran Belia ialah mana-mana individu berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun ialah belia.

Hari Belia Negara 2011 peringkat Kebangsaan dan Negeri akan dirayakan pada 15 Mei setiap tahun. Iaitu 2 hari selepas 13 Mei, diikuti dengan 16 Mei, Hari Guru.

Tahun ini Hari Belia Negara 2011 peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus akan berlangsung di KOMBES, Paroi. Model KOMBES sebagai ikon transformasi nasional dapat memberi teladan kepada seberapa ramai anak belia Negeri Sembilan untuk berhimpun, pada pagi bersejarah 15 Mei 2011.

Tahniah "in advance" kepada para belia yang akan menerima Anugerah Belia Negara 2011 seterusnya menempat diri dalam kalangan 14 anak belia Malaysia yang dicalonkan ke peringkat Kebangsaan dalam kategori masing-masing. Syabas BELIA MALAYSIA.

Syabas Negeri Sembilan Darul Khusus.

Thursday, May 12, 2011

Syabas NAJIB

Alhamdulillah, Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ikuti juga gesaan Majlis Perundingan Melayu, Paneh Miang, Pasukan Pemikir Board of The Eldest UMNO yang buat pertama kali dalam SEJARAH selama 65 tahun:

1. Iktiraf Tokoh Melayu TERBILANG kepada insan bernama Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas. Insan berketurunan Hadaramaut, lahir di Bogor, seorang Melayu yang taat dan setia kepada bumi Malaysia ini.

2. Iktiraf Mazlan Othman, anak perpatih totok yang taat setia kepada tanahairnya.

NAJIB telah "mula" gerakan intelektualnya. Pewaris UMNO kena dalami dan hadam ilmu Naquib Al-Attas, kerana inilah pemula panji-panji UMNO, PDRM dan ATM. Beliau jugalah peletus mauduk fikir "MELAYU ISLAM" yang memberi tafsiran mengapa umat Melayu mesti pertahan Perkara 3, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160(2) tafsiran tentang Melayu.

Mazlan ialah anak perpatih kaum Hawa yang penuh ilmu astrofizik. Kini menabur ilmu di Vienna. Allah Hu Akbar.

Wednesday, March 16, 2011

Seks Liar Jantan Y

Orang Utan jantan dan betina meransang dirinya dengan alat seks yang dibuat daripada daun atau ranting. Orang Utan betina juga menarik perhatian pasangannya dengan bergayut pada dahan di atas kepala si jantan untuk menayangkan alat kelaminnya kepada si jantan.

Lalat mata bertangkai atau stalk eyed-fly betina, melakukan hubungan seksual dengan banyak pasangan dan paling tertarik dengan jantan yang tangkai matanya amat panjang sehingga matanya kelihatan terpisah jauh berbanding panjang badannya.

Acara persetubuhan tapir dimulakan dengan pasangan terbabit saling mengelilingi dengan hidung dihala ke buntut pasangan sambil menggigit-gigit kaki dan bahagian bawah buntut pasangan. Perbuatan ini biasanya diiringi dengus dan bunyi klik, selain cicip dan siul nyaring. Persetubuhan dilakukan di atas tanah atau dalam air.

Permainan seks Jantan Y pula bermula dengan mengarahkan pasangan sesama jantannya supaya datang ke kondo membawa fail untuk membincangkan jadual kerja di meja makan dan seterusnya bertanyakan soalan "Can I fuck you today?". Apabila pasangannya enggan, maka Jantan Y dengan bengisnya berkata, "What?" dan terus mengarahkan pasangannya untuk membersihkan diri di bilik air, menutup lampu dan langsir bilik tidur utama, memeluk, mencium serta meminta pasangan melakukan blowjob. Persetubuhan dilakukan dengan menggunakan KY Jelly di atas lantai beralaskan tuala. Setelah selesai, Jantan Y akan makan karipap sambil bertanya kepada pasangannya "Are you okay"? Kemudian, Jantan Y akan lari ke kedutaan Turki sambil mengatakan ada orang nak membunuhnya, sebelum menuduh itu semua konspirasi dan pengikut Jantan Y yang bingai akan meraikannya dengan melakukan demonstrasi reformasi. Kebiasaannya, Jantan Y tidak akan bermubahalah kerana didorong sifat kehaiwanannya serta enggan memberi DNA secara rela.

Demikianlah sedikit info mengenai tabiat haiwan...

Monday, February 21, 2011

Kantoi sikit saja Tun...

1. Secara keseluruhannya, jawapan Che Det kepada Nik Aziz dalam blognya sangat mantap dan kami yakin Nik Aziz tidak akan mampu membalasnya. Jika Nik Aziz ingin mencuba sekalipun, pasti jawapan beliau akan di puSinghkan sehingga orang lupa kepada persoalan pokok. Itulah kemahiran juak-juak pembangkang apabila mereka tidak mampu menjawab sesuatu isu, maka akan dialihkan tumpuan rakyat kepada isu lain serta mula menyerang peribadi lawan.

2. Namun ada sebaris ayat yang menggusarkan kami dalam jawapan Che Det itu. Setelah kami baca berulang kali, cuba menganalisa sama ada Che Det cuba menyindir atau menguji sepertimana kebiasaannya, tetapi akhirnya kami mengalah dan berkeputusan untuk menyiarkan keraguan kami.

3. Che Det dalam "Jawapan Kepada Nik Aziz" ada menyentuh berkenaan Masjid Dhirar dalam perkara 45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?

4. Rasanya ramai sedia maklum akan sifat munafik Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah s.a.w. Abdullah bin Ubay bin Salul mengaku Islam, tetapi sentiasa berusaha memecahbelahkan kesatuan umat Islam daripada dalam. Dalam perang Uhud, golongan munafik yang diketuai Abdullah bin Ubay seramai 300 orang telah berpaling tadah dan menolak menyertai peperangan tersebut dengan alasan ia bukanlah masalah mereka. Abdullah bin Ubay juga sentiasa menghasut orang ramai agar tidak berkerjasama dengan Rasulullah s.a.w.

5. Menurut Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), setelah perbincangan, Jawatankuasa Fatwa berpendapat;

Pengertian Masjid Dhirar

Dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir, Masjid Dhirar ialah masjid yang didirikan dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan Agama Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan Dakwah Islamiah sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 107.

Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukkan kekufuran, untuk memecah-belahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjadi tempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta. Firman Allah Ł„Ų§ ŲŖŁ‚Ł… ŁŁŠŲ© Ų§ŲØŲÆŲ§ ... Ų§Ł„Ų®.

Ulasan Jawatankuasa

Berdasarkan kepada huraian di atas, maka mana-mana tempat ibadah yang didirikan dengan maksud-maksud atau salah satu maksud itu, adalah termasuk dalam hukum Masjid Dhirar dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra di antara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu adalah suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah termasuk di bawah hukum Masjid Dhirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para ahli jemaah dan bukan bagi tujuan memecahbelahkan para jemaah.

Di dalam hal ini para Fuqaha' telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam kitab-kitab Fekah tentang hukum berbilang Jumaat di dalam satu mukim atau satu daerah, dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang Jumaat adalah terlebih dahulu diperlukan mendapat keizinan pemerintah (Ulul Amri) kerana pada dasarnya setiap daerah atau mukim seboleh-bolehnya mestilah mempunyai satu tempat sahaja untuk didrikan Jumaat.

Pendapat Jawatankuasa

Atas konsep Dhirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadah yang difikirkan boleh membawa berpecah-belah umat Islam serta fitnah, adalah wajar dirobohkan sebagaimana Rasulullah s.a.w merobohkan Masjid Dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi Masjid Qaba' di masa hayat baginda.

6. Semoga dengan penjelasan ini, Che Det dan pengurusan Chedetblog akan lebih berhati-hati dan merujuk kepada pihak yang berkenaan sebelum sesuatu perkara itu disebut atau ditulis.

7. Janganlah kita menjadi seperti Nik Aziz dan juaknya yang meroyan mentafsir Al-Quran dan Al-Hadith sesuka hati serta sering menyalahgunakan masjid untuk mencetuskan perpecahan di kalangan ummah.

8. Pinjam ayat dinturtle, Islam tidak akan mati tanpa Pas. Wallahualam.

Saturday, February 5, 2011

Yahudi dalam PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada 1945 selepas kemenangan tentera Berikat dalam Perang Dunia Kedua. Pusat pentadbiran PBB di New York dan majoriti pegawai tadbirnya ialah rakyat Amerika Syarikat. Rujuk buku Amerika min Al-Qimmah ila al-Qa' muka surat 72 dan 74. PBB juga ditubuhkan bagi melindungi bangsa Yahudi daripada ditindas dan dipinggirkan hak mereka. Idea ini disuarakan oleh pemimpin Yahudi bernama Israel Zanguel dengan katanya "Sesungguhnya anggota PBB ini merupakan duta-duta bagi Israel".

Usaha Zionis sebelum perang dunia pertama untuk menubuhkan pertubuhan seumpamanya sudah dimulakan oleh Yahudi bernama Nahum Solokov di Muktamar Carlsbad pada 27 Ogos 1922 yang menyebut "Idea pertubuhan ini merupakan idea kita [YAHUDI]. Kita merancangnya selepas 25 tahun kita merana. Kita akan menyaksikan al-Quds sebagai kota perdamaian satu hari nanti..." Seorang penulsi Yahudi, Alfred Douglas pernah bersuara,"Sesungguhnya PBB akan menjadi pusat pentadbiran Yahudi dalam rangka menguasai alam ini."

Semenjak penubuhannya, PBB telah dikuasai oleh orang Yahudi. Antara orang penting di PBB berbangsa Yahudi ialah:-

1. Bull Hammers - Ketua Sidang Mesyuarat
2. Sir J.Erick Drumond - Setiausaha Agung
3. Bull Mantoxs - Ketua Bahagian Politik
4. Major Abraham- Pembantu Ketua Bahagian Politik
5. Mrs N. Sabler-Setiausaha Bahagian Politik
6.Whites-Ketua Bahagian Pejabat
7.A.Rozanbrige-Penasihat ekonomi
8.M.Cohen-Ketua bagi Pertubuhan Pelarian Sedunia
9. Boutrous Ghali - Setiausaha Agung yang berkahwin dengan Yahudi Mesir
10. Kofi Annan-Setiausaha Agung yang berkahwin dengan Yahudi Sweden

Termasuk di cawangan-cawangan PBB di Geneva yang dikepalai oleh pemimpin Freemason seperti:-

1. Block - Ketua Persenjataan
2. Ibraham Filter - Ketua Bahagian Undang-Undang
3.Semua jawatan di WTO [Freemason]

Rujuk Halak wa Dimar Amerika al-Muntazor, ms 59 dan Kitab al-Aqidah al-Yahudiah wa Khotoruba 'alal Insaniah oleh Dr Sa'dudin.

Wednesday, February 2, 2011

Hukama' Sohyuni 4

Protokol Kesembilanbelas: Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Keduapuluh: Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman demikian menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Keduapuluhsatu: Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi huang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Keduapuluhdua: Untuk sampai kepada tujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kekerasan terpaksa diamalkan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Keduapuluhtiga: Orang Yahudi wajib melatih seluruh manusia meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Keduapuluh empat: Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin "YAHUDI".

Tuesday, February 1, 2011

Hukama' Sohyuni 3

Protokol Ketigabelas: Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha monopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat daripada bangsa bukan Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain program khayalan tahap melampaui batasan moral dan etika. Ini meliputi mengasas isme pluralisme, liberalisme, pesta seks bebas dan perayaan Valentine Day, perayaan Halloween, perayaan dan sambutan Hari Gay dan Lesbian, merangsang perayaan homoseksual, hetroseksual, biseksual. Mewujudkan pantai peranginan bogel dan arak sebagai bahan wajib dalam industri perhotelan.

Protokol Keempatbelas: Para ahli falsafah Yahudi mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain, agama langit, khususnya ISLAM. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelimabelas: Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mesti dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya Freemasonic Lodge iaitu tempat pertemuan rahsia orang Yahudi.

Protokol Keenambelas: Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Para pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa Yahudi. Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuhbelas: Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapanbelas: The King of Jews akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya perancangan-perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi.

Saturday, January 29, 2011

Hukama' Sohyuni 2

Protokol ketujuh: Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol kelapan: Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol kesembilan: Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator degan menggubal dan melaksanakan undang-undang yang tegas iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosak moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang bathil.



Protokol kesepuluh: Yahudi akan membawa masuk racun Liberalisme ke dalam negara-negara bukan yahudi untuk menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh beri kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen-agen Yahudi dalam melaksanakan "grand plan" Yahudi.

Protokol kesebelas: Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol keduabelas: Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikrah rakyat.

Bersambung...

Hukama' Sohyuni 1


Protokol pertama: Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan dan bukannya perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat dialah yang berhak kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mesti menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol kedua: Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara terdiri daripada orang-orang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu kerana setiap nyawa di kalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol ketiga: Yahudi menjadikan negara bukan Yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak seperti penyelamat dengan membawa masuk ke "pasukan kita" iaitu Sosialis, Komunis, Fasis, Athise, dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasan bahawa semua haiwan bukan bangsa Yahudi tidur nenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol keempat: Bangsa Yahudi menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis prinsip ketuhanan dari hati orang bukan Yahudi dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan "materialistik". Fikiran orang bukan yahudi mesti dialih kepada soal perdagangan dan perusahan supaya mereka tidak ada masa memikirkan soal musuh-musuh mereka, akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol kelima: Sekiranya di kalangan orang-orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol keenam: Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras/arak di kalangan para pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mesti dipastikan menundukkan martabat kaum buruh yang melarat.

Bersambung...

Thursday, January 27, 2011

Zionis di komputer anda..

Moses Mendelssohn, seorang ilmuan Yahudi mewacana bahawa agama Yahudi bukanlah suatu agama tetapi suatu undang-undang yang diagamakan.

Orang Yahudi di dunia disegregasi kepada 3 kabilah utama:

1. Reformed Jews: Kelompok ini 80% tinggal di US dan disertai oleh majoriti bangsa Yahudi di dunia. Mereka amat licik dalam pergerakan bawah tanah "gerakan rakyat" "Min Chong Yuen Thong" dan pandai menggunakan tipu daya/muslihat untuk menguasai orang lain.

2. Liberal Jews: Kelompok ini 15% hanya menggunakan nama dan status sebagai Yahudi dan tidak mengimani tuntutan yang dikehendaki oleh agama Yahudi. Mereka amat bijak menguasai persekitaran dan membentuk permainan perlakuan persekitaran tersendiri.

3. Orthodox Jews: Kelompok ini disertai oleh minoriti bangsa Yahudi dan hidup bertebaran di US dan Eropah, hanya 5%. Bilangannya amat kecil, namun mereka punya pengaruh besar di dalam pergerakan bawah tanah dan amat bijak mengatur strategi pergerakan. Golongan ini berpegang kepada moto "bersedia melakukan apa sahaja untuk kepentingan Yahudi."

Protokol Yahudi telah didedahkan oleh seorang wanita Perancis pada 1901. Wanita Perancis itu mencuri naskhah protokol ini dari seorang pemimpin tertinggi Freemasonary di akhir muktamar rahsia "Jewish Masonic Conspiracy" yang diadakan di Perancis pada 1901. Naskhah asalnya tidak digunakan kalimah "Yahudi" kecuali di dua tempat sahaja. Ia menggunakan gantinama "kita" dan "Orang bukan Yahudi". Protokol tulisan hebrew purba dan isyarat Yunani kuno ini telah diterjemah kepada bahasa Arab oleh Ustaz Mohd Khalifah Attunisi di bawah tajuk "Protokolat Hukama' Sohyuni".

Sebagai makluman tambahan, strategi Yahudi/Israel menggambarkan mereka menakluk dunia, sila search di PC anda, C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernombor J0285926. Anda akan temukan gambar lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (saranan ibadah mereka). Padamkan!

Tuesday, January 11, 2011

Pas Melayu UMNO Islam

Sejak PRU pertama pada tahun 1955, Pas telahpun menggunakan isu yang berkaitan dengan bangsa Melayu sebagai umpan untuk memancing undi. Manifesto Pas bagi pilihanraya 1959 jelas membangkitkan sentimen Melayu yang tegas. Antara kandungan manifesto Pas ketika itu:-

1. Menyemak semula Perlembagaan 1956 bagi memulangkan kedaulatan orang Melayu sebagai pribumi.

2. Menentukan hanya orang Melayu saja yang boleh menjadi Menteri Besar, menteri-menteri dan ketua-ketua tertinggi angkatan bersenjata.

3. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu.

4. Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu.

5. Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Dr. Burhanuddin, bekas pemimpin Pas pernah menegaskan pada 1962 dengan kenyataannya bahawa "Pas akan sentiasa menegakkan hak-hak bangsa Melayu dalam negara ini."

Maka jelaslah bahawa sejak penubuhan Pas, parti itu hanya memperjuangkan Melayu; walaupun hakikatnya UMNO yang terlebih dahulu meletakkan Melayu sebagai agenda perjuangan. Dan semua tuntutan berkenaan Melayu dalam manifesto PAS di PRU 1959, sudahpun diperincikan lebih awal oleh UMNO dalam Perlembagaan Persekutuan 1956.

Namun Pas masih lagi mahu mengaburi pemikiran bangsa Melayu, walhal mereka sendiri tidak pernah tetap pendirian dalam melaksanakan agenda perjuangan parti sejak ditubuhkan pada 1951. Ahlul Pas sendiri keliru sejak sekian lama sama ada mahu perjuangkan Melayu atau mahu perjuangkan Islam. Maka bolehlah disimpulkan bahawa Pas adalah sebuah parti yang ahlinya kini sedang mengalami krisis identiti yang kronik.

Berpijaklah di bumi nyata dan terimalah hakikat bahawa perjuangan Melayu Pas tiada beza pun dengan perjuangan UMNO selama ini.

Persoalannya, dari mana datangnya idea kononnya Pas sejak dulu memperjuangkan Islam? Bukankah sangat ketara slogan "Membangun bersama Isle" itu hanyalah retorika klasik Pas; dan parti itu telah memperalatkan agama sejak sekian lama demi untuk memenuhi agenda peribadi pemimpin mereka. Di manakah silapnya?

Sunday, January 2, 2011

Rebung MARA

Kupasan CSR Rebung ini bakal menjawab 70 soalan di Dewan Rakyat, khusus yang mensabit perihal Institut Integriti Malaysia sebagai agensi penyampai ilmu dan dakwah integratos kepada rakyat Malaysia.

Program CSR Rebung sudah bermula sejak 2006 yang berpangkalan di IIM, Jalan Duta. Rebung kerana asuhan integriti dimulakan di peringkat menengah rendah dan menengah atas, memberi fokus kepada pelajar terpilih yang menikmati keistimewaan pengajian di MRSM. MRSM dijadikan sampel latihan kerana semangat dan jiwa semulajadi MRSM yang memfokus kepada pengwujudan barisan pelajar berteras sains dan teknologi, akhirnya menjadi pemimpin teknokrat dan usahawan teknologi tinggi dalam zaman global serba sofistikated dewasa ini.

Program CSR Rebung mencerna elemen intelegensia, spiritual, emosi dan fizikal yang dibatasi oleh hambatan-hambatan peribadi peserta sendiri. CSR Rebung letusan pemikir IIM yang terdiri daripada Saudara Mohd Nizam Mohd Ali, Saudara Mohd Rezaidi Mohd Ishak dan Saudara Mohd Suhaimi Mohd Din, hari ini sudah matang mencapai usia 6 tahun. Rekod pencapaian yang baik dan berkesan dengan bantuan Master Trainer pakar yang mengguna terap resepi "pembelajaran berteras latihan kemahiran, hands on, amalan terbaik "good practises" daripada the 7 big sisters leadership training model, merupakan imbuhan dan pembolehubah kepada CSR Rebung.

CSR Rebung 2007 dipusatkan di MRSM Alor Gajah, CSR Rebung 2008 di MRSM Taiping, CSR Rebung 2009 di MRSM Pontian, MRSM Felda Trolak tuan rumah CSR Rebung 2010, manakala tahun 2011 CSR Rebung yang matang dinaik taraf kepada ICC akan berlaku di MRSM Baling. ICC ialah Integrity Champions Challenge iaitu "Cabaran Juara-Juara Integrity". Seramai 3,500 orang para pemimpin pelajar dari 45 buah MRSM seluruh Malaysia, meliputi MRSM dari Sarawak dan Sabah telah mengambil bahagian dan manfaat daripada projek perdana IIM ini.

CSR Rebung memulang kepentingan sosial kepada banyak pihak yang pernah berkorban kepadanya, antaranya PLUS Berhad, PDRM, WWF, MARA dan banyak lagi agensi. Mengikut rekod tidak kurang 20 buah agensi baik swasta, mahu pun badan berkanun telah terlibat dalam agenda memulia ilmu integriti kepada rakyat menerusi CSR Rebung anjuran IIM dengan kerjasama MARA, sejak 2006.

MARA harus melihat dan mengkaji bahawa rebung yang disemai, disiram dan dibaja oleh barisan Master Trainer IIM melalui CSR Rebung sehingga kini telah membuah putik yang baik untuk kemaslahatan warganegara. Pejabat Perdana Menteri mesti buka hati dan naluri untuk membantu proses pengkaderan ilmu integriti ini. BTN amat wajar dalam skema ini untuk melihat bagaimana IIM berperanan menjadi agen dakwah integriti menerusi CSR Rebung yang kali ini dikenali sebagai ICC.

Pada 6 Januari 2011 hingga 9 Januari 2011, Integrity Champions Challenge akan berlangsung di MRSM Baling. MRSM Baling dipilih sebagai markas taktikal IIM tahun ini, kerana beberapa faktor penarik yang baik untuk "stakeholders" iaitu peneraju fasilitator latihan bersama. Baling ialah premis bersejarah yang memberi bukti kepada kesan integriti. Alumni Anak Sains MARA atau ANSARA juga perlu terlibat dalam diskripsi pena'akulan integriti. Resepi cabaran lebih mencabar apabila Persatuan Veteran Komando VAT 69 turut diberi penghargaan untuk terlibat memberi input terma integriti kepimpinan khasnya semasa peperangan dan rintisan perjuangan.

Cukuplah sebagai imbuhan tambahan pengetahuan kepada pembaca PM.

Monday, December 27, 2010

Marhaban ISA

Transformasi FELDA amat relevan. Hari ini, YB Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Mohd Isa Abdul Samad akan memulakan tugas sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Januari 2011. Pengganti kepada Tan Sri Yusof Noor yang paling tepat dalam erti kata "Ribut Tenang" di seluruh lokaliti dan peti undi FELDA di Malaysia. Tidak kiralah sama ada Felda Sahabat di Sabah, mahu pun Felda di Perlis.

Kekuatan generasi pertama FELDA sekitar 600 ribu orang ditokok dengan kelahiran generasi kedua dan ketiga seramai 400 ribu ialah ketumbukan tentera PAS yang wajib diberi erti oleh BN melalui ilmu hakikat Perlembagaan Persekutuan.

Blog Archive