Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 6, 2012

Nak cerita pun malas...

Pada suatu ketika, ada sebuah Pulau di Melaka di mana semua rakyatnya amat rajin belaka. Tiada langsung penduduk Pulau Melaka itu yang malas. Rentetan itu, Rajanya telah memutuskan untuk mencari dikalangan rakyatnya seorang yang paling malas. Maka diadakan satu perhimpunan bersih yang dinamakan Karnival Kemalasan Rakyat di Seremban Jaya untuk ditentukan siapakah yang paling malas.

Ketika perhimpunan berlangsung, ada seorang lelaki mengaku malas. Katanya, "Patik adalah yang paling malas Tuanku!" 

Raja pun bertanya, "Apakah tahap malas kamu?" 

Dijawab lelaki itu, "Kalau patik hendak solat, patik tidak akan ke surau atau masjid. Patik akan solat di mana saja...tak kiralah tepi longkang ke, dalam semak ke, tepi longgokan sampah ke, atas tanah yang baru lepas anjing kencing ke, tapak pameran istana ke...bla..bla..bla! Cuma tepi jamban je patik belum pernah cuba Tuanku!"

Tiba-tiba datang seorang lelaki lalu berkata, "Patiklah yang paling malas daripada dia Tuanku!" 

Tuanku pun bertanya, "Sampai mana pula tahap kemalasan kamu?”

Maka jawabnya, "Patik akan tidur di mana saja Tuanku. Dalam majlis ke, kat pejabat ke, atas kerusi ke, dalam masjid atau surau ke, masa perhimpunan ke, lepas bagi kuliah ke...bla..bla..bla! Sekarang pun patik rasa macam nak tidur Tuanku!" (Sambil duduk dan terus berkeruh) "Kroh..kroh..kroh!"

"Ish..ish..ish..kronik betul tahap malas dia nih.", fikir sang Raja. Baginda pun terdiam seketika. Tanpa diduga, tiba-tiba datang seorang lelaki tua yang sudah uzur dengan jalan bertongkat seraya berkata, "Patiklah yang paling malas di antara semuanya Tuanku." 

Raja lantas bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu wahai orang tua?” 

Orang tua itu menjawab, "Nak crita pun malas."

Monday, November 5, 2012

Ajaran Sesat Pembangkang?!


Aku rasa macam nak tempeleng je budak yang cakap syukurlah Malaysia ni aman. Takde perang macam Palestin, macam Syria, macam Iraq. Korang tau tak orang orang kat negara negara tu macam mana hidup dia?

Hari-hari berdoa. Hari-hari ingat Allah akan selamatkan hidup dia. Mati pun ingat Allah. Dorang takde masa nak enjoy pasal negara dorang tak aman. Janganlah kau hina negara-negara tu.

Memang ye malaysia ni aman. Pasal amanlah orang sempat bikin motor merempit, boleh menghenjut partner masing2, sempat mabuk berjoget sampai ke pagi, sempat berjudi. Tak ke korang terfikir ni yang keamanan ni cuma ujian dari Allah?

Jangan cakap, kita aman untuk beribadat. memang aku sekeh kepala sekor-sekor. Apa kau ingat orang-orang kat negara yang bergolak tu tak beribadat ke? Aman tu bukan dalam bentuk suasana. Aman tu sepatutnya dari dalam jiwa.

Sebab terlalu aman kadang-kadang kita solat tak khusyuk. Fikir lepas ni nak makan apa, cerita apa tengah main kat tv, awek tengah buat apa. Untungnya bila berada di negara yang bergolak ni dorang tau bila nak mati. Sempat taubat. Jadi ibadatnya khusyuk. Niatnya sampai lillahita'ala.

Aku tulis ni bukan aku mintak negara kita berperang. Aku mintak korang jangan nak poyo Malaysia ni aman. Bila dah rasa terlalu aman, kita jadi khayal. Bila dah khayal sangat dengan keamanan, tu yang korang tak sedar duit korang kena rompak dengan pak menteri. Haaaa padan muka. Janji diepati. - Johan.

*********

Kepada Johan... 

1. Jangan kita kufur dengan nikmat Allah S.W.T.

2. Kenapa kita digalakkan untuk bersolat di tengah malam, kerana malam kurangnya ganguan dalam erti kata lain lebih aman. Apabila aman dan tenteram sepatutnya kita lebih khusyuk tak begitu?

3. Soal masalah sosial, masalah yang perlu ditangani dengan bijak. Bukan dengan menghuru-harakan negara. Bagi saya masalah sosial tak selesai, tambah pula satu lagi masalah, nak mengamankan negara.

4. Apa tujuan kita berperang? untuk mendapatkan hak. Supaya hak kita tidak terlepas Jangan sampai menang sorak kampung tergadai. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

3. Dan kalau terasa kuat sangat dah (sampai nak sekeh semua kepala orang) meh le sekeh kepala aku ni...

Thursday, November 1, 2012

Pemimpin Malaysia yang apabila bercakap, komen pertama rakyat ialah..."BODDOH..!"

"Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum." (Rujuk susunan Ibnu Majah).


















"Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi memperoleh kenikmatan dunia." (Rujuk Sahih Muslim).

Blog Archive