Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Friday, July 10, 2020

MPKK / MPKKP JANGAN JADI BAHAN POLITIK :BLOGER AZAM AB RAHMAN




Ketika kerajaan BN dulu JKKK (jawatan Keselamatan dan Kemajuan Kampong tiada masalah dan aman tenteram.


Apabila PH memerintah kerajaan pusat, MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampong) ditubuhkan bagi gantikan JKKK dengan harapan ianya sebahagiannya diisi oleh mereka yang pro kepada PH.


Di Pahang, MPKK tidak berjaya ditubuhkan kerana tidak ada sesiapa yang pro PH ingin atau rela menonjol diri dan menyertai MPKK.


Atas inisiatif YAB Menteri Besar Pahang, Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Kampong diujudkan bagi menggantikan MPKK yang gagal dibentuk kerana tidak diisi oleh pihak pro PH.


Menyedari hal itu, kerajaan PH yang masih berkuasa ketika itu mencadangkan MPKKP (Majlis Pengurusan Komuniti Kampong Persekutuan) (yang dianggotai sepenuhnya oleh pro PH) diujudkan bagi menyaingi MPKK yang sedia ada khususnya di Pahang.


Dalam keadaan berusaha mewujudkan MPKKP itu, takdirnya kerajaan PH tumbang angkara PMnya meletak jawatan.


Malangnya ketika kerajaan yang dipimpin oleh TS Muhyiddin mentadbir dengan mendapat sokongan UMNO/BN dan PAS, ada pula menteri yang berkiblatkan PH mencadangkan perkara sama diujudkan semula.


Ada menteri yang belum celik mindanya mencadangkan penubuhan JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampong) dan JPKKP (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampong Persekutuan) diujudkan. Apakah tujuan sebenarnya? Mencari pengaruh parti atau sengaja bangkitkan kemarahan rakyat?


Kerajaan dan menteri berkenaan dinasihatkan agar tidak mempolitikan fungsi JPKK atau JPKKP kerana rakyat sudah penat menghadapi keadaan suasana politik tidak tenteram selama ini.


Sebaliknya berusahalah bersungguh-sungguh memulihkan semula ekonomi rakyat yang musnah akibat wabak Covid19 serta ketidakcekapan pengurusan kerajaan terdahulu.


SUMBER :  AZAM AB RAHMAN / FACEBOOK PAHANGKU MEDIA

RUJUKAN : FACEBOOK 

DS Shahaniza Shamsuddin
 ·
PUTRAJAYA – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) ditukarkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, keputusan itu ekoran mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu bersetuju untuk menambahbaik pelaksanaan kedua-dua majlis berkenaan.
“JPKK akan dikuatkuasakan di 10 buah negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Johor, Melaka, Perak, Pahang, Kedah Perlis, Kelantan Terengganu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“JPKK akan dikuatkuasakan di 10 negeri pentadbiran Perikatan Nasional dan JPKKP di empat negeri pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar hari ini.
Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, antara pembaharuan lain yang dilaksana kementeriannya adalah penambahbaikan prosedur pelantikan anggota iaitu dengan mewujudkan jawatankuasa peringkat daerah atau Parlimen yang akan melaksana tapisan pemilihan calon mengikut pembahagian komposisi parti komponen kerajaan persekutuan.
“Senarai calon anggota ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa melantik iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri-negeri JPKK dan Menteri Pembangunan Luar Bandar bagi negeri-negeri JPKKP,” katanya.
Bagaimanapun, semua lantikan itu hendaklah terlebih dahulu diperakukan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.
Jumlah JPKK dan JPKKP yang akan diwujudkan di seluruh negara adalah sebanyak 15,434 dan melibatkan keseluruhan anggota seramai 128,930 orang dengan kesemua pelantikan dijangka selesai pada Ogos nanti. – MalaysiaGazette
Nota: Pahang dah tukar kepada Jkkk pada January lepas, bila Kerajaan Persekutuan ketika itu buat MPKKP. Bila tukar Kerajaan, nak kena tukar lagi pulak. Dah komposisi ahli kena ikut parti komponen Kerajaan Persekutuan pulak.
Nak tanya, orang Pahang setuju ke?

Read more »

Sunday, May 31, 2020

BERINGAT-INGAT: TERTIPU SEKALI ITU KESILAPAN, TERTIPU LAGI ITU KEBODOHAN.




PH diwakili PKR khabarnya tetap akan letakkan calon tanding PRK N23 Chini. Mereka tau laluannya bukan senang. Mereka sedar mereka pasti akan kalah kerana ini kubu kuat UMNO BN. Tetapi mereka tetap akan bertanding. Untuk apa?  Apakah sengaja bertanding untuk kalah?


Mereka bertanding hanya semata-mata untuk berkempen. Inilah peluang terbaik untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini peluang menyebar fitnah dan pembohongan mereka. Dalam kempen itu nanti segala raja pemfitnah dan pembohong akan turun. Kebenaran dan fakta yang tidak pasti akan diadun dengan fitnah dan janji manis akan cuba mereka lembutkan hati pengundi.


Memang sudah ramai dan semakin ramai rakyat yang sedar bahawa mereka itu adalah dari kumpulan penipu tetapi masih ada yang rela diperbodohkan dan ditipu.
Pastinya mereka akan mereka-reka cerita tentang kelemahan kerajaan. Tapi dalam masa sama mereka menutup kelemahan mereka semasa mereka jadi kerajaan. Seperti cerita-cerita dulu.. semuanya salah DS Najib, semua salah BN.


Antara isu yang dijangka akan dimainkan adalah isu bekalan air dan isu alam sekitar. Isu 1MDB dan isu DS Najib pencuri sudah lekat dikerongkong mereka sendiri. Isu harga minyak RM1.50 seliter tentunya tidak akan mereka bawa lagi. Begitu juga isu harga barang turun bila harga minyak turun. (Isu air sila rujuk posting saya sebelum ini).


Siapa calon PH nanti tidak penting. Yang penduduk dan pengundi Chini nantikan adalah kehadiran Ramlan Aliman dan Rafizi Ramli. Khabarnya mereka nak kejar jika penipu-penipu itu datang untuk menghasut di rancangan.


Jika Poziah yang datang, bolehlah pengundi Chini bertanyakan mengenai kempen Lynas dulu, apa dah berlaku?  Kenapa semasa BN perintah ianya berbahaya tetapi sebaik saja PH memerintah ianya dah jadi selamat?


Bukan main Poziah berlakon dan mengalirkan airmata ketika mengisahkan bahaya dan kesan buruk Lynas kepada rakyat Pahang. Akhirnya basah kepala Orang Kuantan kena kencing dengan Poziah.
Poziah jangan kata dia tidak fitnah kerana baru-baru ini dia dah dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan fitnah. Ingat Lynas ingat Poziah, ingat Poziah ingat fitnah.


Beringat-ingatlah kita semasa kempen pilihanraya nanti. Jangan  sampai kita tertipu dan ditipu lagi dan lagi dan lagi... berkali-kali. Ingat juga,  UMNO dan BN lah pembela rakyat, dulu kini dan selamanya.



#BN4CHINI


SUMBER : FACEBOOK : Azam Abd Rahman

Read more »

Sunday, April 5, 2020

KITA AKAN MENANG…. FOKUS BERSAMA TANGANI COVIC-19



BERBANGGALAH. Bukan sesuatu yang mudah menguruskan satu pandemik yang merosakkan ekosistem sosial dan ekonomi seluruh dunia. Tetapi kita hampir berjaya


1. Kita berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk. Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta). Ia juga jauh meninggalkan negara serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)


2. Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini. Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahn 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat.


Ya. KKM tidak bekerja seorang diri


3. Kita adalah antara negara terawal mengadakan ‘lockdown’ secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural. Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.


4. Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubahsuai MAEPS Serdang sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari


5. Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan Covid-19 yang tinggi di dunia. Setakat semalam, 24.8% kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar. Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8%) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65%), AS (4.43%), Kanada (17.66%), Israel (5.42%) dan Australia (10.7%)


6. Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan politik dalaman. Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).


Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, Isteri Membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula. Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama.


Ya. Ini bukan kerajaan yang saya undi. Ini juga bukan kerajaan yang anda undi


Tapi apa yang sedang terjadi, membuktikan mereka adalah kerajaan yang kita perlukan hari ini


IN SYAA ALLAH 
#KitaAkanMenang

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Read more »

Sunday, January 5, 2020

TAHUN 2020: DEKAD BAHARU, TEKAD BAHARU







Berakhirnya tahun 2019 menandakan negara kita melangkah ke dekad baharu dalam dunia yang semakin kompleks dan mencabar. Merangkumi kehidupan, ekonomi, politik, agama dan hubungan antarabangsa. Tahun 2020 pastinya datang dengan sinar dan harapan baharu.

Bagi generasi X dan Y yang lahir antara tahun 1965 hingga 1997, mereka sinonim dengan Wawasan 2020 atau “Vision 2020” yang telah dilancarkan pada 28 Februari 1991 sebagai satu harapan dan matlamat jangka panjang negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju.

Sembilan matlamat utama Wawasan 2020 yang dirangka, antaranya bagi memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika serta menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Bagaimanapun harapan dan impian tersebut terbantut hinggakan memerlukan wawasan baharu dilancarkan.

Apakah halangan utama kegagalan negara mencapai Wawasan 2020? Adakah satu pandangan yang adil apabila ada sesetengah pihak yang meletakkan kegagalan Wawasan 2020 kepada kerajaan terdahulu khususnya ke atas Perdana Menteri kelima dan keenam? Mungkinkah objektif Wawasan 2020 tersasar kerana percaturan dan permainan politik yang keterlaluan? Akhirnya pada bulan Oktober lalu, kerajaan mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) sebagai wawasan negara yang baharu dan mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan berlandaskan tujuh teras strategi. Dengan pelancaran WKB2030, bermakna berakhirnya Wawasan 2020 sebagai satu harapan yang gagal direalisasikan. Kita jadikan Wawasan 2020 visi yang gagal terlaksana sebagai satu iktibar dan panduan di masa mendatang.

Permulaan tahun 2020 juga menjadi satu harapan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar sekolah rendah. Kerajaan akan melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP), sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada Ogos 2019 lalu. Program PSP tersebut akan mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2020 yang memanfaatkan 2.7 juta pelajar sekolah rendah di seluruh negara. Dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion setahun. Program PSP dicadangkan bagi menggantikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dilaksanakan sejak tahun 70an lagi. RMT mensasarkan pelajar daripada keluarga B40 manakala PSP disasarkan kepada semua pelajar. Menjelang tahun baharu, sebagai permulaan hanya 100 buah sekolah sahaja yang terpilih dan terbabit berbanding jumlah sepatutnya ialah 7,776 buah sekolah rendah. Hanya 37 ribu pelajar terbabit berbanding sasaran asal 2.7 juta orang. Persoalannya kenapa hanya 100 buah sekolah yang terpilih sahaja dimulakan dahulu? Apakah terdapat masalah peruntukan dengan Program PSP ini?

Jika awal tahun 2019, Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands membuka gelanggang politik 2019 dengan kejayaan bergaya Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi tersebut. Menjelang Januari 2020, PRK Parlimen Kimanis membuka gelanggang politik dan medan ujian pertama UMNO bagi tahun 2020. Jentera UMNO, BN dan Muafakat Nasional telah bersiap siaga bagi menghadapi PRK Kimanis yang akan berlangsung mulai 4 Januari hingga 18 Januari ini. Apa yang menarik, PRK Kimanis hadir setelah Perhimpunan Agung UMNO ke-73 pada Disember lalu telah bersetuju dan meluluskan usul memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah menentukan hala tuju politik Sabah. Orang Sabah yang lebih arif akan masalah dan perkara yang boleh dilakukan di negeri itu. Pemilihan Datuk Mohamad Alamin sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis juga ditentukan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Bagi saya pemilihan Datuk Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Moh, seorang peguam, anak lokal Kimanis dan disenangi oleh masyarakat setempat adalah pilihan yang tepat. Tambahan pulak selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan (2013-2018), Tok Moh pasti mempunyai kelebihan tersendiri bagi mempertahankan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimiliki BN. Sejak awal Januari 2020 saya dan kepimpinan UMNO serta sayap telah berkampung di Kimanis sebagai tanda sokongan dan dokongan UMNO pusat kepada UMNO Sabah.

Kehadiran Presiden Pas pada program Ceramah Perdana dan Kenduri Rakyat pada 1 Januari di Kampung Pimping, Membakut memberikan satu mesej yang jelas bahawa Muafakat Nasional juga memainkan peranan tersendiri dipersesuaikan dengan situasi. Sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini “Gagasan Muafakat Nasional harus disesuaikan dengan situasi politik di Sabah kerana latar belakangnya berbeza”. Walaupun ada usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu menimbulkan kesangsian dan kecelaruan dengan memanipulasikan kenyataan saya berkaitan dengan Muafakat Nasional. Saya yakin rakyat Sabah khususnya pengundi di Parlimen Kimanis tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut.

Kedudukan geografi dan demografi Parlimen Kimanis sememangnya memberikan kelebihan buat setiap parti-parti yang bertanding kerana Kimanis antara Parlimen yang mempunyai pengundi terkecil di Sabah dengan jumlah 29,663 pemilih berdaftar. Alhamdulillah, hari ini selesai proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon. Laungan ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Ubah Balik’ bergema mengiringi calon BN di sepanjang perjalanan menuju ke pusat penamaan calon. Insya-Allah, saya yakin dengan kesatuan dan kerjasama yang kukuh, kepimpinan, jentera dan ahli kita mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis.

Sempena dengan kedatangan tahun baharu, dekad kedua, abad ke-21 ini, alangkah baiknya jika kita mampu tinggalkan kekhilafan politik lama, bertelagah di gelanggang sendiri yang membawa kepada “untung secupak, rugi segantang”. Kita buka lembaran politik baharu dengan berpakat dan bermuafakat, membina bukan meruntuh dan berubah ke arah yang lebih baik sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barang siapa hari ini LEBIH BAIK dari semalam, dia tergolong kalangan orang yang BERUNTUNG, barang siapa yang hari ini SAMA DENGAN semalam, dia tergolong kalangan orang yang RUGI dan barang siapa yang hari ini LEBIH TERUK dari semalam, dia tergolong kalangan orang yang CELAKA” (HR Hakim)

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia


Read more »

Friday, August 16, 2019

PENGORBANAN DIHARGAI BUKAN DIPERLEKEH





PERKATAAN ‘berkorban’ atau ‘pengorbanan’ amat mudah untuk dituturkan, namun adakah terlalu mudah untuk kita lakukan? Aidil Adha mengajar kita erti pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Di sebalik kita menghayati kisah pengorbanan mereka berdua, insan ketiga Saidatina Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim a.s turut berkorban melaksanakan peranan sebagai isteri dan ibu kepada Nabi Ismail a.s. Mereka ditinggalkan di padang pasir, tiada sumber air atau makanan, yang ada hanyalah tanah tandus.

Setelah kehabisan bekalan air, dek rasa kasih seorang ibu, Saidatina Hajar berlari-lari dari bukit Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali pusingan yang jaraknya sekitar 450 meter untuk mencari air dan meminta bantuan. Syeikh Sya’rawi di dalam tafsirnya menyebut: dua bukit Safa mengingatkan nostalgia bagaimana Saidatina Hajar iaitu ibu Ismail a.s berulang alik antara kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s di sisi Baitullah al-Haram.

Inilah hikmah peristiwa turunnya perintah Allah Sa’ie berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada kedua-duanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)

Ibadah Sa’ie menjadi sebagai salah satu rukun menunaikan haji dan umrah bagi menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Saidatina Hajar. Begitu besar penghargaan yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya yang patuh dan berkorban dalam melaksanakan perintahNya.

Anggota pertahanan menjadi struktur terpenting dalam sistem pentadbiran negara. Pengorbanan angkatan pertahanan dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara selayaknya mendapat penghargaan bukannya cemuhan dan diperlekehkan. Saya cukup kesal dengan kenyataan dangkal yang menghina oleh seorang ahli perniagaan dan antara penyumbang dana kepada Pakatan Harapan, Koon Yew Yin. Kebebasan bersuara tidak seharusnya disalah guna dan dikhianati melalui kenyataan bersifat bongkak serta biadab, apatah lagi terhadap tentera yang menjaga keselamatan negara.

Apakah ada asas yang konkrit menunjukkan anggota pasukan keselamatan negara hanya ‘makan dan tidur’ sahaja atau kenyataan tersebut tidak lebih sekadar membina persepsi negatif terhadap anggota keselamatan negara yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera?

Peristiwa hitam, pencerobohan pengganas Sulu dan serangan di Lahad Datu pada Februari 2013 telah memberikan kesan yang besar kepada keselamatan negara. Dua orang anggota Komando 69 telah terkorban di Kampung Tanduo dan enam anggota polis telah terkorban dalam serangan di Kampung Simunul, Semporna. Pencerobohan ini telah membuktikan bahawa ancaman keganasan wujud dalam pelbagai rupa. Ancaman keganasan bukan sahaja datang daripada rangkaian pengganas antarabangsa seperti Daesh dan Al-Qaeda, tetapi daripada kumpulan-kumpulan kecil.

Dalam mendepani globalisasi yang mendedahkan negara kepada ancaman keselamatan daripada pelbagai sudut, sepatutnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuhkan bukannya dikecilkan saiznya dan dikurangkan peruntukan atas alasan kemelesetan ekonomi. Pertahanan negara tidak boleh diperjudikan atas apa alasan sekalipun.

Menjadi keutamaan kepada Kementerian Pertahanan membela nasib anggota keselamatan negara, menyelesaikan isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 2018 (LTAT) sehingga kini masih menjadi teki-teki. Kerajaan terdahulu biasanya akan mengumumkan dividen LTAT pada awal tahun. Bagi tahun 2017 di bawah BN, LTAT telah mengumumkan dividen 12.5%. Menteri Pertahanan pernah berjanji akan mengumumkan dividen 2018 LTAT pada bulan Februari lalu, tetapi sehingga kini janji tinggal janji, takkan masih menyalahkan pentadbiran terdahulu atas kelewatan tersebut.

Pelaburan terbesar LTAT adalah dalam kumpulan Boustead Holdings. Semasa BN mentadbir negara Boustead tidak pernah mengalami kerugian. Pada tahun 2017, Boustead beroleh keuntungan sebanyak RM 876 juta. Pada tahun 2018 pula, Boustead mengalami kerugian sebanyak RM 488 juta, jangan kerana hendak menampung kerugian berlaku pula penjualan aset secara besar-besaran. Hotel Royale Chulan di Bukit Bintang telah dijual kepada syarikat Singapura walaupun menteri berkenaan beberapa kali menafikannya.

Pengorbanan anggota keselamatan dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara tidak boleh diukur dengan wang ringgit semata-mata. Pengorbanan mereka perlu dihargai, sebagai tanda penghargaan kepada mereka semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan (2009-2013) saya telah meminta kementerian membuat pelarasan skim gaji baharu kepada warga ATM sekurang-kurangnya menyamai skim gaji anggota polis dan kakitangan perkhidmatan awam lain.

UMNO sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang berada di barisan hadapan menjaga keselamatan negara, tanpa keringat mereka Malaysia tidak akan mencapai keamanan dan kemakmuran seperti sekarang. UMNO akan menjadi mata dan telinga anggota keselamatan dan rakyat bagi memastikan usaha-usaha yang dilakukan pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi negatif kepada ATM dapat dikekang dengan sebaik-baiknya.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#demiummah
#akhiratdidepan


Read more »

Monday, May 20, 2019

PEMBUNUHAN WATAK (CHARACTER ASSASSINATION

Dalam kepesatan arus perdana tidak kira dari sudut ekonomi, sosial atau politik, banyak faktor yang menjadi pembolehubah kepada sesebuah negara yang membentuk berbagai fasa perubahan samada baik atau sebaliknya. Dalam masa yang sama, banyak juga method yang telah di selaras dengan tujuan tersebut.

Pembunuhan watak atau character assassination adalah satu method yang paling berkesan untuk pihak yang berkepentingan. Method ini amat kerap di guna kan di dalam arena politik negara khususnya untuk menyekat satu satu pihak untuk maju. Character assassination juga selalu di gunakan di dalam arena korporat, di pejabat pejabat dan pelbagai institusi berkepentingan.

Method ini menyerang keperibadian seseorang yang hendak di jatuhkan dengan membongkar isu isu berkaitan. Mencari kelemahan, cara ini amat berkesan untuk mematikan semangat individu tersebut sekaligus merencatkan perjalanan dan mengdoktrin orang orang di sekeliling yang perlu atau tidak perlu tahu akan perkara itu.

Politik negara jika di lihat, ketegangan di antara Perdana Menteri dan Timbalannya pada awal tahun 1998 menyaksikan perarakan beramai ramai rakyat Malaysia yang menyokong individu yang 'dibunuh' oleh bos nya sendiri demi kepentingan pihak pihak tertentu. Hasilnya sangat menakjubkan apabila Anwar Ibrahim individu yang menjadi mangsa contoh pembunuhan karakter meringkuk di dalam penjara berbelas belas tahun dan akhirnya merosakkan rekod beliau.

Mari kita pergi kepada isu luar negara pula di mana jika kita lihat, character assassination seakan menjadi senjata paling hebat untuk menghalalkan sesuatu yang salah. Nelson Mandela adalah salah seorang mangsa apabila beliau telah 'dibunuh' secara kejam oleh pemimpin Apertheid Afrika Selatan semasa revolusi dahulu. Muammar Ghadafi Presiden Libya di lempar pelbagai isu buruk sehingga beliau menemui ajal yang mana kita semua tahu bahawa Amerika telah membuat character assassination yang begitu tersusun sampai rakyat Libya sendiri yang memburu bekas presiden itu.

Character assassination juga boleh di wujudkan dalam berbagai sifat bergantung kepada isu dan situasi. Di dalam kekalutan yang berlaku di antara kerajaan dan Istana Johor, saya berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir sekali lagi menggunakan method yang sama kepada Tunku Mahkota Johor dan kerabat di Raja bagi memperlihatkan kepada target audience nya. Hal ini berlaku kerana, kerabat di Raja Johor adalah satu institusi yang jelas kelihatan di khalayak umum dari segi kehidupan peribadi, kelantangan bersuara dan kekayaan yang luar biasa. Ini boleh menanam sifat iri hari rakyat terhadap kerabat di Raja itu. Ini juga bertujuan untuk membunuh karakter ke semua institusi di Raja yang ada di Malaysia dengan menggunakan one target option.

Method ini bukan sahaja bersifat global, method ini di gunakan di sekecil kecil institusi bermula dengan sifat iri hati. Dalam sedar atau tidak, character assassination adalah salah satu cara untuk satu individu menutup periuk nasi satu individu yang lain. Budaya ini tidak ada titik nokhtah apabila budaya ini di lihat berkesan untuk membantu rantaian pusingan yang akhirnya menjadi sistem. Sistem ini sekarang telah tertanam di dalam seluruh institusi di dunia untuk di jadi kan cara atau mechanism yang paling berkesan.

CHARACTER ASSASSINATION WUJUD ADALAH KERANA KEPENTINGAN SATU INDIVIDU DI SEBABKAN KUASA DAN WANG. INI JELAS!

Sumber

Read more »

Monday, May 13, 2019

STATUS ANWAR BANDUAN ATAU TIDAK?






Apabila Takiyuddin bertanyakan “Layak ke bekas Banduan untuk pemimpin Rakyat!”

Ramai yang melompat, Pemuda Amanah, Pemuda PKR dan juga YB Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.

Pemuda Amanah dan PKR merujuk kepada Pengampunan Penuh Agong dan YB Menteri Luar pula merujuk kepada Anwar adalah mangsa Tahanan Politik.

Mereka semua sudah lupa bahawa Anwar dimasukan ke dalam Penjara sebanyak dua kali.

Pertama adalah diatas kesalahan Salah Guna Kuasa, dan kedua atas kesalahan lain.

Sehingga hari ini, Tun Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan bahawa Anwar tidak melalukan kesalahan semasa beliau dipenjarakan pada zaman Tun.

Anwar menghabiskan hukuman itu tanpa ada pengampunan dan status sebagai bekas bandauan masih lagi terpalit.

YB Saifuddin patut bertanya kepada Tun Mahathir, adalah Anwar merupakan Tahanan Politik, dan bukan seorang penjenayah yang sudah dipenjarakan.

“Telajak Perahu Boleh diundur, telajak kata, sampai mati di Internet”

Sejarah dan rakaman Video menjadi lipatan sejarah kepada ramai tokoh politik tidak boleh lari dari percakapan mereka.

Yang menuduh Anwar melakukan Jenayah bukan hanya Mahkamah, ianya turut dirakamkan dengan kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin sekutunya.

“Anwar Ibrahim mesti bertaubat” – Karal Singh

“Al-Juburi” – Mat Sabu

Ada banyak lagi perkataan yang dikeluarkan.

Malah Pemimpin PH juga pernah mengutarakan ungkapan kepada Tun Mahathir.

“Mahathir, Bapak Perompak Negara” – Mat Sabu

“Tapi tahun ini ada satu anak muda lebih kaya dari Vincent Tan, siapa orang itu, Mokzani Mahathir waa” – Lim Guan Eng.

Kita sebagai rakyat melihat dan mendengar lakonan mereka, setiap mereka ini ibarat tidak punyai dosa kepada kata-kata mereka.

Mereka menuduh sesama sendiri dan malah sanggup memenjarakan rakan-rakan mereka demi mendapat kuasa.

Dan yang paling tragis dalam Sejarah Politik Malaysia, Mahathir yang memenjarakan Anwar Ibrahim yang pada awalnya nak di sumbatkan kerana Liwat, hari ini akan memberikan Jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Itu sebab semua rakyat keliru, dan semakin tidak percaya bahawa adakah mereka mahu Bekas Banduan untuk memimpin mereka, dan lebih pelik lagi, yang nak beri itu, orang yang memenjarakan beliau.

Benarlah apabila Tok Mat Hassan berkata “Mahadhir tidak akan beri pada Anwar”

Razlan Rafii
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh


Read more »

Monday, April 29, 2019

STATUT ROM, RAJA DAN KERAJAAN




Kerajaan kelihatan tidak dapat menerima hakikat diminta oleh Majlis Raja-Raja Melayu agar menarik semula ratifikasi Statut Rom yang telah dibuat secara senyap dan tanpa perundingan awam yang mencukupi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar mengumumkan keputusan penarikan diri daripada Statut Rom, menyindir dan menampakkan perasaan amarah beliau terhadap keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Pada sidang akhbar tersebut Dr Mahathir menyatakan, “So I’d like to say to these cowards who during the last regime saw (ex-Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) stealing money and doing all kind of things and they said nothing. A lot of cowards who want to benefit from Najib’s misadministration so that they too can benefit.”

Siapakah golongan pengecut yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri mendiamkan diri ketika isu 1MDB? Dakwaan Dr Mahathir itu bertujuan mislead rakyat seolah-olah Raja-Raja Melayu menyokong pentadbiran lalu dan menentang pentadbiran hari ini.

Apakah ini adalah kemuncak rentetan smear campaign terhadap institusi beraja yang tampak telah bermula sejak pentadbiran baharu mengambil alih kerajaan?

Ramai masih ingat tulisan oleh penasihat media Perdana Menteri tahun lalu yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sehingga mewujudkan perbahasan tidak sihat dalam kalangan rakyat.

Sebenarnya adalah tidak betul Raja-Raja Melayu tidak berbuat apa-apa dalam isu 1MDB. Pada tahun 2015 Majlis Raja-Raja Melayu telah menitahkan Ketua Pesuruhjaya, timbalan dan pegawai kanan SPRM, menyembahkan taklimat berkaitan isu syarikat itu pada 2015.

Selepas taklimat tersebut, Majlis Raja-Raja Melayu dengan jelas mengeluarkan titah rasmi agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB selain mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak terbabit.

Ini telah dilaporkan secara meluas oleh media ketika itu. Maka seperti Statut Rom, Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat titah dan arahan mengenai isu 1MDB setakat mana kuasa perlembagaan yang ada kepada mereka.

Dr Mahathir turut menyatakan bahawa Kabinet membuat keputusan menarik diri daripada Statut Rom kerana tindakan seorang individu yang telah mengelirukan rakyat dan mahu dirinya di atas undang-undang.

Raja-Raja Melayu yang membuat keputusan termasuklah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang mempunyai pendidikan tinggi dalam pentadbiran awam dan falsafah politik dunia. Mustahil mereka boleh dipengaruhi oleh seorang individu.

Isu sebenar apabila kita menentang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bukanlah kerana kita mahu melakukan jenayah atau melindungi penjenayah.

Sebaliknya tindakan kerajaan meratifikasi statut ini tanpa mendapat pandangan Majlis Raja-Raja Melayu dan rakyat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan melakukan satu keputusan penting tanpa mengambil kira pandangan pihak berkepentingan dan pemegang amanah negara seperti Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen.

Ini kerana meratifikasi Statut Rom bermakna anda membenarkan para penyiasat asing bertindak melepasi batas perundangan negara.

Statut Rom merupakan satu deklarasi yang membenarkan ICC menyiasat sebarang aduan mengenai empat jenayah utama dalam statut iaitu jenayah perang, jenayah pencerobohan, jenayah kemanusiaan dan jenayah pembunuhan beramai-ramai.



Katakanlah esok ada rakyat Malaysia yang jahil membuat aduan mengenai jenayah kemanusiaan terhadap Sultan Kelantan yang membenarkan pelaksanaan hudud. Apakah anda boleh jamin ICC akan bertindak secara adil?

Kerajaan tidak wajar mengelirukan rakyat seolah-olah tindakan tidak menyertai Statut Rom bermakna kita mahu menjadi penjenayah atau melindungi jenayah.

Banyak negara di dunia ini tidak menyertai Statut Rom termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, Rusia turut menarik diri. Apakah negara-negara itu berhasrat melakukan jenayah atau melindungi penjenayah?

Menyertai Statut Rom bermakna kita meletakkan sebahagian kawalan perundangan kepada pihak asing. Ia adalah baik jika semua negara di dunia menyertainya. Jika ada negara lain tidak menyertainya, mengapa kita perlu menyerahkan sebahagian kedaulatan kita kepada sistem perundangan pihak luar?

Sejak Mei 2018 wujud tulisan-tulisan daripada anggota pentadbiran kerajaan baharu yang menyindir dan mengkritik institusi beraja negara. Ini menimbulkan kebimbangan jika Statut Rom sebenarnya adalah agenda setting bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Tidak bolehkah negara ini ditadbir secara tertib, terhormat dan penuh diplomasi seperti budaya Melayu dan ajaran Islam?

Persoalan lebih penting, Malaysia hanya ada sehingga Jun 2019 untuk menarik diri daripada Statut Rom yang ditandatangani pada Mac 2019. Adakah surat penarikan sudah dihantar?


Read more »

Friday, November 9, 2018

KESAN PENGESAHAN ICERD



Image result for icerd


Apakah ICERD? ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.

Tetapi, dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, kerajaan PH hendak mengesahkannya sebagai memenuhi janji pilihanrayanya, khususnya kepada orang bukan Melayu.

Konvensyen itu, antara lain, memperuntukkan:

Perkara 1 Fasal 1 adalah takrifan “diskriminasi kaum” yang bermaksud “sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan,….” Untuk mengetahui peruntukan asal dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan saya, sila layari laman-laman web saya.)

Ringkasnya memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.

Fasal 2. Ringkasnya, diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan.

Fasal 4. Ringkasnya, diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dibenarkan jika ia memenuhi syarat-syarat yang disebut dalam fasal ini. Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan “diteruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) diambil telah dicapai”. Selain dari itu, jika konvensyen itu disahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan.

Perkara 2 Fasal 1. Ringkasnya, kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan.

Saya tiada masalah dengan Perkara 3 kerana kita tidak pernah mengamalkan apartheid.

Perkara 5 panjang. Sebagai misalan, ia menghendaki Negara Pihak (negara-negara yang mengesahkan Konvensyen ini) menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya; hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara; hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula; hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain; hak untuk mewarisi harta; hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain. Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Kita tidak ada masalah dengannya.


Dimanakah ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Pertama, takrifan “diskriminasi kaum”. Ia jelas bercanggah dengan:

1. Perkara 8(4)(f) yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

2. Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu.

3. Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya, bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


Apakah akibatnya jika Malaysia mengesahkan konvensyen ini? Dengan pengesahan kita, dengan rasminya, menerima kandungan konvensyen itu. Maka semua undang-undang kita, termasuk Perlembagaan, akan terpaksa dipinda atau dimansuhkan. Segala peruntukan yang memberi keistmewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dimansuhkan atau dipinda.

Pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan, dan pemberian permit atau lessen dan sebagainya, tidak boleh mengikut quotaorang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi.

PNB yang mengeluarkan Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Nasonal dan lain khusus untuk Bumiputra akan ditutup atau semua produknya dibuka kepada orang bukan Melayu dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak.

UiTM, Maktab Rendak Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA dan yang serupa dengannya akan ditutup atau dibuka kepada semua.

Tanah rizab Melayu akan dihapuskan.

Rejimen Askar Melayu akan dibubar.


Biasanya, saya tidak mahu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam hal politik. Tetapi, mempertahankan tanggungjawab dan kuasa Raja-Raja Melayu bukanlah isu politik. Ia isu keperlembagaan.

Perkara 153(1) memperuntukkan:

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Perhatikan kata-kata “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu…”

Fasal (2), antara lain, menghendaki Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsinya mengikut apa-apa cara yang perlu bagi meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan dibuat perizaban bagi mereka mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan dan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga mengenai permit dan lesen.

Fasal (3) mengatakan bagi memastikan perizaban yang disebut dalam fasal (2) itu dibuat, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am yang perlu kepada mana-mana Suruhanjaya atau pihak berkuasa yang dipertanggungkan mengenai pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu. Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Fasal (6) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi arahan kepada pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai permit atau lesen yang diperlukan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang diperuntukkan dalam undang-undang Persekutuan yang sedia ada. Pihak berkuasa itu dikehendaki mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Mengikut Fasal (8A), Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk memberi apa-apa arahan yang perlu kepada pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai tempat-tempat di Universiti, Kolej atau institusi pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Pihak berkuasa berkenaan hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Perlu diambil perhatian bahawa peruntukan yang sama dengan Perkara 153 itu terdapat juga dalam perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak yang menggantikan perkataan “Melayu” dengan “anak negeri” (“natives”).

(Tetapi, apa yang sangat mengejutkan saya ialah peruntukan yang sama tidak terdapat dalam Perlembagaan negeri Pulau Pinang. (Jika ada tolong bagi tahu). Hanya satu alasan yang saya boleh berikan. Semua Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak Merdeka adalah daripada parti MCA, Gerakan dan DAP. Walau pun, diluar mereka musuh politik, tetapi mereka sependapat mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Maka, walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan peruntukan seperti Parkara 153 dimasukkan ke dalam Perlembagaan negeri-negeri, mereka tidak melakukannya. Itu satu pengajaran kepada orang Melayu tetapi orang Melayu tidak akan mempelajarinya. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menghapuskan hak keistimewaan mereka sendiri.)

Biar apa pun, bagi negeri-negeri lain, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan memastikan dibuat perizaban mengenai perkara-perkara yang disebut itu untuk mereka.

Maka, jika ICERD disahkaan, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan hapus, hak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Dipertua Negeri mempertahankannya dan memastika ia diilaksanakan, juga akan dihapuskan. Itulah kesannya.

Maka, dalam isu ini, Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri juga perlu dinasihatkan dengan betul untuk membolehkan mereka mengambil pendirian yang betul dan tindakan yang sewajarnya, demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri, hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, melindunginya.

Apa yang orang bukan Melayu beri sebagai ganti? Apa yang tercatat dalam perlembagaan sebagai hak mereka kekal sebagai hak mereka. Apa yang tercatat sebagai hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dikongsi. Dalam kata-kata lain, hak aku hak aku, hak kamu hak kita.

Adakah syarikat-syarikat mereka akan dibuka kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak? Saya katakan tidak. Jika dibuka pun, mereka akan meletakkan syarat mestilah boleh menguasai Bahasa Mandarin dan tidak boleh memakai hijab! Itu dengan sendirinya akan menghalang orang Melayu dan anak-ank negeri Sabah dan Sarawak daripada diterima berkhidmat dalam syarikat-syarikat mereka. Selain itu, mereka akan menggunakan Bahasa Cina sesama mereka. Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan terpinggir juga. Gaji lebih rendah. Peluang kenaikan pangkat tidak ada. Cubalah membuka satu perniagaan yang difikirkan akan bersaing dengan perniagaan mereka dan alamilah tindakbalas seluruh masyarakat perniagaan mereka. Itu bukan diskriminasikah?

Memandangkan kesannya yang terlalu besar itulah maka selama 50 tahun kerajaan BN tidak mengesahkan konvensyen itu. Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan peguam-peguam negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu.

Perlu diambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu. Bagaimana sekarang?

Sekarang, dengan Waytha Moorthy, Pengerusi HINDRAF sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial; Tommy Thomas sebagai Peguam Negara; DAP sebagai parti dominan dalam PH walau pun PH menafikannya; pemimpin-pemimpin Amanah seperti masih khayal dengan kemenangan dan jawatan menteri; pemimpin-pemimpin PKR sibuk berebut jawatan dalan parti; Tun Dr. Mahathir cuba menyesuaikan diri dengan fahaman liberal dan sosialis DAP; kebencian terhadap Dato’ Seri Najib sampai ke tahap apa yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk 22 tahun yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, semuanya salah; beberapa orang menteri kerajaan PH yang tidak pernah merasakan kuasa dan kedudukan cuba menjadi juara masyarakat mereka sendiri; iri hati dan dendam terhadap orang Melayu dan janji pilihan raya PH, dengan itu semua, maka kerajaan PH bersedia untuk mengesahkan konvensyen itu. Para pemimpin Melayu dalam PH, sama ada dari Amanah, PKR atau pun Bersatu, terus membisu.

Saya tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita. Bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan?

Saya katakan bahawa pengecualian (reservation) seperti itu akan dibantah oleh negara-negara lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.

Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu? Jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang disebut itu akan dikekalkan (jika boleh, saya kata tidak boleh), untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan? Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan-kesalahan bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan-kesalahan itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948. Jika tidak cukup tambahkan sahaja. Peliknya Akta Hasutan hendak dimansuhkan. Konvensyen itu hendak disahkan.

Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak disahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak itu, dihapuskan. Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu adalah satu pembohongan.

Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai. Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud! Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Ini orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar.

Sebenarnya, pelantikan Waytha Moorthy sebagai Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) adalah satu kesilapan. Beliau adalah generasi pertama kelahiran Malaysia, lahir kira-kira tiga tahun selepas penubuhan Malaysia. Beliau, malah, besar kemungkinan, ibu bapanya juga, tidak melalui sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini dan menghayati mengapa peruntukan mengenai Tanah Rizab Malayu, Regimen Askar Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau marah kerana tidak diterima untuk belajar undang-undang di universiti awam Malaysia. Maka, setelah menjadi seorang peguam, beliau menubuh HINDRAF. Imejnya sebagai Pengerusi HINDRAF bukanlah sesuai untuk membawa perpaduan. HINDRAF melambangkan pemberontakan satu kaum yang ditindas oleh kaum majoriti. Kehadirannya untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Negara dengan ditemani oleh seorang “sahabat karibnya” dengan rupa yang menyebabkannya, patut atau tidak, dipanggil “hantu” sudah cukup untuk merenggang masyarakat majoriti Melayu/Islam daripadanya. Tanpa masyarakat majoriri, perpaduan tidak mungkin tercapai.

Maka, tidak hairanlah jika, sebagai seorang Menteri, beliau terus melaksanakan agenda HINDRAF. Saya katakan, beliau akan menyebabkan perpecahan, malah permusuhan antara kaum, bukan menyatupadukan mereka.

Kepada anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, bahawa untung rugi mereka adalah bersama orang Melayu dalam hal ini. Jangan kerana benci kepada orang Melayu atas isu agama hingga terlupa isu yang lebih besar.

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, Bersatu dan Amanah saya minta, nyatakan pendirian masing-masing. Orang Melayu ingin tahu apa pendirian mereka.

Kepada kerajaan PH saya ingin bertanya, adakah ia benar-benar hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak? Jika, ya, cakap terus terang supaya semua orang tahu. Jangan berselindung di sebalik konvensyen itu.

Kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, kebanyakan kamu (termasuk saya) hanya baru keluar dari kampung atau pedalaman satu atau dua generasi. Jangan lupa daratan. Tanya diri sendiri, tanpa Perkara 153, Dasar Ekonomi Baru, MARA, FELDA, PNB, UiTM, Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA, Asrama Desa dan lain-lain, di mana kamu sekarang? Jangan bodoh sombong nanti jadi Red Indians di negera sendiri.

Kepada kumpulan yang memperjuangkan pengesahan ICERD, saya katakan janganlah menggambarkan Malaysia sebagai sebuah “negara pariah” yang enggan mengesahkan konvensyen-konvensyen antarabangsa. Sebagai misalan, Amerika Syarikat belum mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979) dan Konensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989). Malaysia telah pun mengesahkannya.

Saya telah katakan apa yang saya hendak katakan. Terserahlah kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak memikirkannya dan mengambil pendirian masing-masing dan secara berkumpulan.

Ingat, orang Melayu seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Dato’ Majharaja Lela, To’ Janggut, Dol Said, Rosli Dobi, Antanum, Mat Salleh dan lain-lain, dalam serba kekurangan, bangun menentang penjajahan British; ingat, apabila Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dan askar-askar British lari bertempiaran menyelamatkan diri, askar-askar Melayulah yang diketuai oleh, antara lain, Leftenan Adnan terus berjuang hingga terkorban; ingat, dalam tahun 1946, walau pun dalam keadaan kemiskinan, tanpa pelajaran dan jawatan tinggi, tanpa kenderaan walaupun basikal, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga ia ditarik balik; ingat, selepas itu, anak muda kita mengangkat senjata menentang pemberontakan kominis; ingat, itu diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan; ingat, demi untuk mencapai kemerdekaan, orang Melayu sanggup bertolak ansur hingga tinggallah sedikit hak mereka yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Adakah, hari ini, setelah menikmati hasil kemerdekaan selama 60 tahun, kita, dengan rela, akan menyerahkan segala-galanya?

Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita?

Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita?




09 11 2018

tunabdulhamid@gmail.com

http://www.tunabdulhamid.my

https://tunabdulhamid.me

Read more »

Monday, September 4, 2017

LIMA NEGARA SELAMAT UNTUK BACKPACKER WANITA


Lima negara selamat untuk backpacker wanita


Solo 'backpacking' bukanlah sesuatu yang baru kebelakangan ini memandangkan gaya hidup orang kini yang semakin terbuka dan berminat untuk menjelajah ke dunia luar.

Lagipun, mengembara seorang diri dilihat lebih mudah dan bebas bagi seseorang untuk membuat keputusan sendiri serta berdikari di atas bumi asing.

Namun begitu, bagaimana pula jika seorang wanita Muslim ingin 'backpacking' seorang diri? rata-rata orang akan mempunyai pandangan skeptikal mengenai perkara ini.

Yalah, apabila membawa status wanita, orang akan mudah cop kaum ini sebagai lemah apatah lagi jika ingin mengembara seorang diri di bumi asing.

Sila buang tanggapan tersebut kerana seiring dengan peredaran zaman, wanita kini juga sudah berkembang dan lebih berdaya saing dalam mengecapi impian mereka.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba untuk solo 'backpacking', apa kata anda cuba pergi ke lima negara ini supaya dapat meredakan kerisauan orang tersayang kerana dipercayai negara-negara tersebut paling selamat buat mereka yang mengembara seorang diri.


1. Iran

Negara ini mempunyai majoriti Islam yang ramai (negara Islam kan?) , justeru para Muslimah tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan halal serta menunaikan kewajipan mereka di sini.

Selain itu, anda dapat menghayai keindahan seni bina Islam yang wajib dikunjungi iaitu Masjid al-Mulk, Masjid Vakil, Masjid Jameh di Isfahan dan banyak lagi. Lagi best sebab, di sini juga terdapat pengangkutan awam khas buat wanita tau! Oleh itu, sangat bagi Muslimah yang berseorangan.


2. England

Tidak dinafikan bahawa komuniti Islam di sini sudah semakin berkembang khususnya di London, Manchester dan Birmingham membuatkan makanan halal dan tempat solat sangat mudah untuk diakses.

Di samping itu, terdapat juga hostel hanya untuk para wanita sahaja membuatkan mereka yang mengembara solo di negara ini berasa selamat.



3. Indonesia

Ya, Indonesia adalah destinasi selamat buat wanita yang 'backpacking' secara solo lebih-lebih lagi ia adalah sebuah negara Islam.

Bagi mereka yang sukakan makanan dan berjalan-jalan, bolehlah melawat ke Jakarta dan Jogjakarta yang memberikan anda kepuasan tersebut, dan yang paling best ialah harganya juga sangatlah berpatutan.



4. Jepun

Walaupun bukan negara Islam namun Jepun merupakan salah satu destinasi wajib datang buat semua Muslim lebih-lebih lagi yang mengembara seorang diri.

Banyak penambahbaikan sudah dilakukan dari segi makanan halal dan juga pemahaman mengenai Islam sendiri, jangan terkejut tau kalau banyak juga tempat di Jepun mempunyai surau lengkap dengan telekung dan sejadah.




5. Korea Selatan

Tidak lengkap senarai ini jika Korea Selatan tidak tersenarai di dalamnya. Semestinya, negara ini mempunyai kadar jenayah yang rendah membuatkan para 'backpacker' solo bebas untuk menjelajah kawasan tersebut.

Selain itu, makanan halal juga semakin mudah untuk didapati khususnya di Myeongdong dan Itaewon serta banyak tarikan menarik di sini yang mempunyai kadar harga yang berpatutan.

Kredit: https://www.havehalalwilltravel.com


Read more »

Saturday, September 2, 2017

'SYURGA DUNIA DI ATAS AWAN'


'Syurga dunia di atas awan'


'Syurga dunia di atas awan', begitulah ungkapan yang terpacul tatkala penulis mula menjejak kaki di puncak Gunung kebanggan Gerik iaitu Kenderong.

Pendakian yang mengambil masa lebih dari 3 jam itu, bagai 'tiada penat lelah' tatkala kaki mula tiba di puncak Kenderong iaitu di ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki) selepas disajikan dengan pemandangan hamparan awan karpet yang serba memutih.





"Subhanallah, Allahuakbar," teriak penulis selepas penat mendaki dan berjaya menikmati pemandangan serba memutih di hadapan mata selepas tiba di puncak.

Pendakian penulis bersama beberapa lagi rakan media tempatan yang bergerak seawal jam 3 pagi dari basecamp ternyata berbaloi selepas dapat menikmati panorama Kenderong yang serba nan indah.

Di sepanjang perjalanan kami, kami melalui laluan yang agak berbatu dan agak mencabar kerana laluannya yang agak berbatu, namun segala kelengkapan yang disediakan seperti tali membantu kami sepanjang melalui episod pendakian.

Gunung Kenderong yang terletak di Kampung Pahat Dalam, hanya mengambil masa kira-kira 15 minit dari Pekan Gerik dan mengambil masa kira-kira enam jam sekiranya dari bandar Kuala Lumpur.

Gunung Kenderong yang dikategorikan sebagai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane, sememangnya agak cabar mendaki, namun dengan semangat yang kental dan gigih sesiapa sahaja yang mendakinya akan berjaya tiba dipuncak.



Udara dingin dan menyegarkan

Setibanya di puncak anda mula merasai cuaca dan angin yang agak kuat dan sejuk, serta dari jauh kelihatan awan tebal memutih menyeliputi ruang udara Gunung Kenderong.

Suhu dipuncak sekitar 20-25 darjah Celsius menjadikan suasana di sekeliling begitu dingin dan menyegarkan.

Jadi bagi mereka yang mahu memotretkan keindahan Kenderong disarankan untuk membawa kamera untuk menyimpan kenangan terindah anda di sana!.


Read more »

5 PERKARA INI JANGAN DIBUAT SELEPAS MAKAN

\




Orang kata sudah kenyang makan, jangan terus tidur. Lagi-lagi musim raya ni kan.. Nanti boleh gemuk.

Betul ke? Ini merupakan antara perkara yang tidak seharusnya anda lakukan selepas makan.

1. Jangan makan buah lepas makan.


Sering kali buah-buahan disajikan sebagai dessert dan pencuci mulut selepas makan. Tapi tahukah anda, sebenarnya buah-buahan harus dimakan sebelum mengambil makan berat. Ini adalah kerana buah-buahan tersebut akan membantu proses pencernaan melalui karbohidrat dan vitamin yang yang terkandung di dalamnya. Vitamin-vitamin itu akan membantu usus-usus kecil mencerna makanan yang dimakan.

Jika buah-buahan diambil selepas makan, proses pencernaan tersebut menjadi lambat kerana pergerakannya terhalang dengan makanan-makanan yang baru dimakan. Haaa…itu yang boleh jadi kembung perut dan diarrhea tu. Hakikatnya, Islam juga menganjurkan makan buah dahulu sebelum makan makan berat.


2. Jangan minum air sejuk.


Ya. Air sejuk memang sedap diminum lagi-lagi untuk hilangkan pedas lepas makan tu kan.. Tapi, sebenarnya kalau minum air sejuk lepas makan pun boleh mengganggu proses pencernaan. Air sejuk bukan sahaja boleh mengecutkan usus, tapi ia juga membekukan partikel makanan yang mengandungi minyak. Jika proses pencernaan terganggu, ia sekaligus menggangu metabolisme dalam tubuh.


3. Jangan tidur.


Biasalah..bila dah kenyang mesti mengantuk. Tapi, jangan terus tidur ya! Sebabnya proses penyerapan makanan akan menjadi lambat apabila manusia tidur. Jadi, macam mana usus nak buat kerja kan? Mesti terganggu. Ini juga merupakan salah satu faktor penyumbang obesiti kerana lemak dan kalori tidak dicerna dengan baik.


4. Jangan mandi.


Kenapa mandi pun tak boleh? Ini kerana suhu air yang sedikit rendah berbanding suhu bilik boleh menaikkan aliran darah ke kaki, tangan dan badan. Keadaa ini menyebabkan kekurangan darah di bahagian perut dan memberi gangguan kepada penyerapan nutrisi makanan.


5. Jangan bersenam.


Jika nak diikutkan, kita dianjurkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Tapi, janganlah pula terus bersenam lepas makan. Sekurang-kurangnya mestilah selepas 2 jam makan baru boleh bersenam. Mana taknya, jika perut penuh kemudian mahu membuat aktiviti berat sudah pasti anda akan berasa loya dan jangan tak tahu bersenam selepas makan mampu meningkatkan risiko trauma dan sawan. Kan bahaya tu..

Jadi, selain mengamalkan pemakanan sihat, perkara-perkara seperti ini seharusnya diberi perhatian sekaligus dapat membebaskan tubuh badan dari sebarang penyakit. Selamat mencuba!


Read more »

share2