PH diwakili PKR khabarnya tetap akan letakkan calon tanding
PRK N23 Chini. Mereka tau laluannya bukan senang. Mereka sedar mereka pasti
akan kalah kerana ini kubu kuat UMNO BN. Tetapi mereka tetap akan bertanding.
Untuk apa? Apakah sengaja bertanding
untuk kalah?
Mereka bertanding hanya semata-mata untuk berkempen. Inilah
peluang terbaik untuk memburuk-burukkan kerajaan. Ini peluang menyebar fitnah
dan pembohongan mereka. Dalam kempen itu nanti segala raja pemfitnah dan
pembohong akan turun. Kebenaran dan fakta yang tidak pasti akan diadun dengan
fitnah dan janji manis akan cuba mereka lembutkan hati pengundi.
Memang sudah ramai dan semakin ramai rakyat yang sedar
bahawa mereka itu adalah dari kumpulan penipu tetapi masih ada yang rela
diperbodohkan dan ditipu.
Pastinya mereka akan mereka-reka cerita tentang kelemahan
kerajaan. Tapi dalam masa sama mereka menutup kelemahan mereka semasa mereka
jadi kerajaan. Seperti cerita-cerita dulu.. semuanya salah DS Najib, semua
salah BN.
Antara isu yang dijangka akan dimainkan adalah isu bekalan
air dan isu alam sekitar. Isu 1MDB dan isu DS Najib pencuri sudah lekat
dikerongkong mereka sendiri. Isu harga minyak RM1.50 seliter tentunya tidak
akan mereka bawa lagi. Begitu juga isu harga barang turun bila harga minyak turun.
(Isu air sila rujuk posting saya sebelum ini).
Siapa calon PH nanti tidak penting. Yang penduduk dan
pengundi Chini nantikan adalah kehadiran Ramlan Aliman dan Rafizi Ramli.
Khabarnya mereka nak kejar jika penipu-penipu itu datang untuk menghasut di
rancangan.
Jika Poziah yang datang, bolehlah pengundi Chini bertanyakan
mengenai kempen Lynas dulu, apa dah berlaku?
Kenapa semasa BN perintah ianya berbahaya tetapi sebaik saja PH
memerintah ianya dah jadi selamat?
Bukan main Poziah berlakon dan mengalirkan airmata ketika
mengisahkan bahaya dan kesan buruk Lynas kepada rakyat Pahang. Akhirnya basah
kepala Orang Kuantan kena kencing dengan Poziah.
Poziah jangan kata dia tidak fitnah kerana baru-baru ini dia
dah dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan fitnah. Ingat Lynas ingat Poziah,
ingat Poziah ingat fitnah.
Beringat-ingatlah kita semasa kempen pilihanraya nanti.
Jangan sampai kita tertipu dan ditipu
lagi dan lagi dan lagi... berkali-kali. Ingat juga, UMNO dan BN lah pembela rakyat, dulu kini dan
selamanya.
#BN4CHINI
SUMBER : FACEBOOK : Azam Abd Rahman
0 comments:
Post a Comment