Saturday, October 15, 2011
Rindu...
Dah lama sangat tinggalkan nihong, almost a year hokey! Kami balik Malaysia awal bulan 2 then dijangka pulang ke sana around end of next month, phewww satu tempoh yang paling lama direkod setakat ni. Rindu sangat dah, rindu kat rumah atas langit tu, rindu kat Ube dan penduduknya, rindu kat japanese foods, rindukan musim2 kat sana, rindu suasana dan life family kecil kami ni, pendek kata rindu segala2nya...
Sungguh, kita merancang dan Allah merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik2 rancangan...
Plan asalnya nak tinggalkan nihong hanya 4 bulan, then balik semula, a month before due date baru nak balik Malaysia semula. Namun, dek kerana perubahan jadual kerja myLove yang tak menentu, kami langsung tak balik nihong. Moga Allah permudahkan urusan kerja myLove, so that dia boleh settle projek di Vietnam awal dan kami boleh balik nihong next month aminnn...
Oh itu rindu yang pertama, ada lagi yang dirindui, ehehe, rindu apalagi kalau bukan rindu buat si kekasih hati, yer dak?! Kalau masa preggy hari tu I merungut dengan keadaan emosi yang agak tak stabil tu, alhamdulillah lepas bersalin semua mood swings tu lenyap dah. But still untuk satu hal ni masih emo tak tentu arah, bila terfikir soal rindu ni memang tak boleh nak kontrol sedih, mula laa ayaq mata nak meleleh, aisehhh. Takpa laa, takmau fikir lebih2 sangat, kalau ikut hati memang nak luahkan segala yang dirasa, nak share dengan si dia, nak dia
tahu yang kami pun menahan rindu padanya, tapi takut kata2 tu nanti terkesan kat myLove pulak, cause I know situasi dia lebih mencabar. Makanya, selalu laa menahan mulut ni dari tercakap benda2 yang tak gembira, selalu laa menahan tangan ni dari tertaip perkara2 yang tak
sepatutnya. Hopefully I tak jadi beban yang menambah kesedihannya tapi biarlah jadi penawar yang selalu buat dia tersenyum dan rasa
bahagia...
Monday, June 20, 2011
Gelukkige vaderdag!
Vandaag is vaderdag. Ayah, wij houden zo veel van u!
Today is father's day. Ayah, we love you so much!
Perghhh tergeliat lidah mama 'tulis' dalam bahasa dutch ni, tu baru tulis tu, tak bercakap lagi, hak3. Kena pi asah lidah dulu lah, makan potato 10kilo baru bersepai terer kot...
Saturday, June 18, 2011
Pukul berapa datuk harimau?!
Sesungguhnya balik lambat tu adalah perkara biasa sebenarnya, kat nihong pun bukan tak pernah dia tak balik langsung kalau time tengah kerja berlambak2 tapi ku sangkakan bila kerja dengan company europe ni tidaklah 'segagah serajin' orang2 jepun dah, tapi nak buat macammana, orang europe memang tak rajin mana, laki hang saja yang dah terbiasa kerja dalam environment jepun yang gila kerja so terbawa2 jugak laa sifat tu ke sini. I ada jugak tanya2 tentang cara bekerja kat sini, biasa2 saja cara depa bekerja, simple, releks and steady gitu, tak laa macam kat Nihong yang memang mementingkan etika bekerja kuat demi syarikat...
MyLove ni sort of workaholic person jugaklah. Dah 6tahun lebih hidup dengannya, dah faham sangat perangai dia. Kalau dah ralit bekerja boleh sampai lupa nak makan, selagi kerja tak siap selagi tu dia akan pulun buat, sanggup tak tidur, that's him! Awal2 kahwin dulu hangin jugaklah dengannya, kita penat2 masak dia buat derk je, tapi la ni tak ambil hal dah. Cuti dia berlambak2, punya payah nak ambil cuti sampai boss kena paksa suruh cuti, ish3. Tu tak masuk bab mc laa kan, boleh kira dengan jari berapa hari sangatlah dia tak pi kerja sebab sakit. Takat sakit sikit2 tu memang gagahkan jugak diri pi kerja, baguih sungguh, pekerja contoh! hehe...
Dalam diam I kagum sebenarnya dengan orang2 melayu kita yang boleh bertahan bekerja di Nihong. Bukan mudah nak 'masuk' dalam mentaliti kerja masyarakat negara matahari terbit ni. Sebab tu tak ramai yang mampu dok sana kerja bertahun2, selalunya after 1 or 2years mesti cabut balik Malaysia. Kalau nak ikutkan, kerja mana2 pun ada stress-nya. Sebab tu I tak pernah kesah pun myLove nak kerja kat mana, suka hati dia laa. Kalau dia rasa nak balik Malaysia for good pun, I tak kesah, ikut je laa, sebab dia yang menanggung segalanya, as long as dia happy, I pun akan happy jugak...
Semalam hujan punyalah lebat, guruh berdentum-dentam sampai gegar2 rumah kami. 2R dah cuak2 dah, lagi ler suka mama mengusik, sakit perut gelakkan depa. Dah penat takut2kan depa, tunggu ayah pun tak balik2, depa pun tertidur depan tv. I melayan movie sorang2 sambil makan coklat, mujur laa kat sini tiap2 malam ada movie in english, kalau dak, mau sangap dibuatnya. Hati ni dah tak senang dah bila lebih pukul 10 myLove tak balik2. Risau sungguh dan mula laa fikir bukan2. Kalau kat nihong I dah bantai tidoq dah, tapi kat sini rasa takut laa pulak, tak terlelap mata ni haa. Tak biasa kena tinggal lewat2 kat tempat asing ni, kalau apa2 jadi taktau nak buat apa, phone pun takdak. Rasa macam nak je komplen kat myLove, minta jangan balik lambat sangat tapi bila tengok dia balik penat, tak sampai hati la pulak nak cakap. Takpa laa, insyaAllah moga kami sentiasa dalam perlindungan Allah...
Esok sabtu, sepatutnya every weekends nak keluar jalan2 tapi nampak gaya minggu ni kena terperap dalam rumah je laa. Maybe esok pun myLove kena kerja, huhu. Alah macam tak biasa pun kan, heh!
Thursday, August 26, 2010
150 juta
Suka laa dengar lagu ni, so sweet...
Cumanya kalau tukar part the guy with lady and vise versa, this song really suit me and myLove, muahahaha tetiba nak jiwang karat laa pulak...
I hardly story about myLove kan, gaduh-berperang-dingin ka romantik-tangkap-leleh-guling2-atas-bukit-jatuh-gaung ka hapa ka, it always remains as our secrets, hal ehwal rumahtangga ni tak payah nak canang sangat pun...
1st time kami jumpa ialah pada malam 23 mac 2003, hari pertama I jejakkan kaki kat Yamaguchi ni. Bertunang pada 22 feb 2004 dan diijabkabulkan pada 25 feb 2005, oh semalam anniversary kami yang ke 5tahun 6bulan. Dah lebih 7tahun kami kenal tapi rasa macam masih banyak lagi perkara yang I perlu cuba fahami tentang dia...
MyLove ni seorang yang agak pendiam, taklah peramah sangat. Tapi kalau dah jumpa geng dia atau gu yang boleh masuk sembang, boleh ja dia bercakap non-stop, hihi. Dah kalau dengan lelaki pun dia tak banyak cakap, dengan perempuan apatah lagi kan?! Tapi I tak kesah pun, Allah tu menciptakan suami dan isteri itu untuk saling melengkapi, memang akan berlainan sifatnya, kalau dah dua2 banyak cakap, siapa pulak nak jadi pendengar, yer tak?
MyLove ni luarannya nampak dingin dan tak romantik. Selama kenal dia, jarang2 laa nak dapat dengar dia bermadah berpujangga bagai, dia bukan jenis lelaki bermulut manis. But I don't mind, I pun jenis yang geli dengan lelaki yang pandai mengayat ni. Prefer dengar apa yang datang betul2 dari hati, so kalau dia nak memuji atau ungkapkan cintanya, biar dia betul2 maksudkannya, barulah feel tu extra sikit. Romantik pulak, memang dia tak pernah belikan bunga or whatnot for me, but he has his own way to show his love, so kira romantik jugak laa kadang2 tu, hiks...
Walau macammana sekalipun dia, walau apa sekalipun orang bercerita tentang dia, hanya I yang lebih mengenali dia...
"Buat apa dicerita bahagia kita rasa, biar tak dipercaya, peduli orang kata"
"Aku lagi kenal dia!"
"Saya kenal sayang saya!"