Showing posts with label Special days. Show all posts
Showing posts with label Special days. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Otanjyoubi omedetou!!!

Tanggal 5 disember yang lalu maka genaplah usia putera sulong kami - Rafiqh Tsuyoshi 3tahun. Alhamdulillah dah besar anak ayah dan mama ni...

Semoga Allah merahmatimu duhai anak, jadilah anak yang soleh, pendamping buat ayah dan mama, jua abang yang baik buat adik2mu. Doa mama semoga Rafiqh bakal menjadi khalifah Allah yang mensyariatkan seruan islam sepenuh hatimu, menjadi insan yang disenangi semua orang dan menjadi hamba Allah dan pengikut Muhammad SAW yang taat dan setia, aminnn...

Ahad lepas celebrate his birthday among us saja, insyaAllah next weekend nak buat makan2 sikit. Sabtu lepas pi ambil kek yang dah ditempah. Kek ni dia yang requested sendiri, alkisahnya seminggu lepas raya puasa yang lalu(tuh dia, punyalah lama) kami jalan2 ke Fuji Grand, masa mama tengah beratur nak keluarkan duit kat ATM, sebelah kami tu ada poster besar kek2 baskin robin, tiba2 Rafiqh cakap, slow je suaranya"kore tabetai naa(=rasa nak makan yang ni)", and mama like what?!, serius mama terkejut, cause it was the very 1st time he requested me to buy something. Ingatkan salah dengar so I asked him again, bila dia repeated, sah, memang dia cakap nak makan kek tu, siap tunjuk lagi yang mana dia nak. Tapi mungkin kebetulan aje sebab kek yang dia tunjuk tu adalah kek yang sama mama belikan untuk birthday ayah few months back, mungkin dia ingat lagi sebab dia memang suka sangat kek tu. Tapi mama tak belikan pun, cuma mama dah janji nanti birthday Rafiqh kita beli kek ni ok, and he agreed...

Untuk menunaikan janji itu makanya few days before his birthday I brought him to Fuji Grand again, punyalah lama duk depan kaunter tu sebab mak depa yang over terlebih berbelah-bagi taktau nak choose yang mana satu. Sekarang kan tengah meriah dengan x'mas promotion so banyak laa keluar kek limited design, huihhh comel2, tu yang tambah rambang mata. Puas mama 'promote' suruh pilih kek ada snoopy tapi Rafiqh takmau, nak yang dia tunjuk dulu tu jugak2, Okey fine, yang tu paling murah, beli ja laaa. Masa pi ambil kek tu kemain happy lagi dia, dok habaq puluh2 kali kat Raziqh "ni kek onichan punye", hait2 wakatta yo(=ye2 tau laa), Raziqh bukan kesah pun kek sapa, as long as dia boleh makan sama, kan kan?! Sampai ja kat rumah terus minta potong tapi mama kata tunggu laa esok, esok baru birthday onichan, terpaksalah dia pasrah lagi, hihi...

The next day, mama tak masak apa2 special pun, cuma buat nasi goreng, ayam goreng oat dan sagat kobis letak mayonis saja untuk lunch. Petangnya baru keluarkan kek, nyalakan lilin dan ambil2 gambar, kemudiannya potong makan sama2. Happy sangat tengok dia gembira, puas hati kot dapat apa yang dia nak. Bersungguh2 2R ni makan, nanti ada celebration kita beli lagi yer. Tak boleh beli selalu even murah pun sebab nanti takde special feeling dah, hehe...

Nasi goreng...
Tengok Raziqh melalak kat belakang tu sebab tak sabaq2 dah nak makan, kesian kebuloq memanjang anak2 haku ni, padahal baru pukul 11.30, ish3...


The cake...


Raziqh tumpang excited, ni birthday sapa ni sebenaqnya?! Raziqh punyalah tak sabaq sampai dia pi pegang api lilin tu, hahaha, kan dah sakit tangan tu, mujur tak melecur. Percubaan meramas dan mencucuk2 kek tu pun tak payah cakap laa kan, nasib laa kek aiskrim, kalau kek biasa dah remuk lama dah...


Bukan nak tiup hokey, tapi nak makan, hahaha...


The selebet selekeh birthday boy...


mama ni sibuk ambil gambar, adik makan sendiri lah!


meh adik suap mama pulak...

Otanjyoubi omedetou(=happy birthday) Tsuyoshi-kun!
Ayah dan mama love you so so so much!!!

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Kami sekeluarga nak ucapkan salam maal hijrah buat semua viewers OurLoveStory...

Semoga tahun baru ini bakal membawa seribu satu kebahagiaan buat kita semua. Dan moga2 tahun ini menjadikan kita insan dan hamba yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya, insyaAllah...

Ok dah, tu ja nak taip...
Wah, pendeknya update, hehe. Satgi petang2 sikit kalau sempat bolehlah update lagi.

Tuesday, October 12, 2010

Edited - 10.10.10


Nahhh ambik! Siap dah edit, bling2 lagi, hahaha, ramai sangat yang tegur gambar ni tang botol susu, ishhh tegur laa kami nampak sepadan, secocok dan sedondon ka, kami nampak macam pengantin baru ka, tang botol susu tu jugakkk yang ditengok eh, haha...

Percaya dak baju yang I pakai tu adalah baju 6tahun++ yang lalu? Haa tu baju hantaran masa tunang, jarang2 dipakai. Sekali bila pakai, juniors dok kata baju raya pulak dah, bila kata baju lama, pakat2 tak percaya, hahaha jangan tertipu ehhh. Oh dan tak bermakna bila saya muat pakai baju tu saya dah mengurus, saya tak kurus ye, harap maklum, masa tunang dulu saya sangatttlah montel, sekian! Hanya jika apabila saya muat menyarung kembali baju kahwin yang dah bertahun terperap dalam almari nun barulah dikira saya sudah selim-melim, errr tahun bila laa tu gamaknya, kohkeh2...

Tuesday, August 31, 2010

Happy birthday MAK!

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran mak yang ke-50!

Alhamdulillah, pada usia 50tahun mak dah ada 4orang cucu hero semuanya dan insyaAllah more more are coming very soonnn, hiks...

Tahun lepas mak celebrate birthday with abah, adik, me and my kids. Tahun ni dengan alang pulak, a day before tu family abanglong balik Ipoh, seronok betul dengar mak dok bercerita hal gelagat cucu2nya. Happy laa tu anak cucu balik berkampung kat rumah. Tahun ni takdak pakatan hadiah dari kami adik-beradik, masing2 beli hadiah sendiri dan bagi sendirian berhad. Next year maybe boleh kongsi2 semula, budget pun insyaAllah dah makin besar dah, almaklumlah doktor dan engineer akan mula bekerja tak lama lagi, hahaha...

Pagi semalam call mak, macam biasa laa bila hari jadi mak telefon kat rumah tu pun tak henti2 laa berdering, lepas sorang, sorang pulak call. Dah anak 6orang kan, tak campur abah, adik-beradik atau anak menakan mak lagi. Masa I call tu, mak baru habis cakap dengan ateh, baru nak pi sidai baju so borak2 dengan alang sat sementara tunggu mak settle kerja. Alahai laa mak, 24/7 365hari setahun mak kerja, tak pernah sehari pun mak cuti, even on your special day or mother's day, kerja rumah langsai macam biasa. Itulah hebatnya seorang ibu kan...

Selamat hari lahir buat mak. Kami senantiasa berdoa semoga Allah Taala panjangkan usia mak dalam keberkahan, semoga Allah beri kesihatan tubuh badan buat mak, semoga segala impian mak jadi kenyataan, semoga amal ibadah mak diterima Allah, semoga mak dilimpahkan rahmat yang berpanjangan, semoga urusan hidup mak dipermudahkan dan semoga mak bahagia setiap detik waktu. Kami mungkin tak mampu berikan mak harta dan kemewahan, tapi kami janji kami akan jadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mak dunia dan akhirat, kami janji untuk jadi anak2 yang baik dan selalu menggembirakan abah mak dalam sisa2 hidup yang ada... We all love you so much!

Wednesday, August 4, 2010

Happy birthday myLove!

3 ogos setiap tahun adalah hari ulangtahun kelahiran my dear hubby...
And somehow the date becomes special to me too...

As usual, yesterday we just had a simple celebration among 4 of us. Both of our kids are still blur-ing of what's going on, haha, heran kot awat laa mak ni tak habis2 suruh nyanyi lagu birthday, hari tu berbulan2 prektis nyanyi untuk Raziqh, suddenly yesterday for ayah pulak, tapi takpa, depa layan~~~. So sepanjang hari semalam, dok repeat puluh2 kali nyanyi2 nari2 sampaikan bila ayah balik, Rafiqh takmau nyanyi dah, Raziqh takmau nari dah, kuang3...

A week ago, we went to Fuji Grand menempah kek aiskrim from BaskinRobin. Alkisahnya berbulan2 yang lalu myLove ada ter-sebut yang dia tak pernah makan kek aiskrim, masa tu dalam diam I terus nekad yang nanti birthday dia nak beli kek aiskrim. Rasa sangat lega laa jugak sebab myLove ni memang jenis yang tak makan kek biasa, so dengan adanya kek aiskrim best laa nak sambut birthday kan, kenapa laa sebelum2 ni tak pernah terfikir?! Hadehhh, haparaa...

Nak dijadikan cerita pulak, BR kat Fuji ni baru ja dibuka sebulan lepas, kalau tak, kena pi jauh laa untuk membelinya. See, sangat berkebetulan kan, hihi... Jadinya semalam paginya hantar Rafiqh ke houikuen(=nursery), ambil dia pukul 12lebih then terus ke Fuji, jalan2 cari barang dulu, terbeli sandle baru untuk mama, murah sangat sampai tak sanggup tak beli, haa tuh dia, meghaban! Lepas tu pi perabih duit kat 100yen shop, jalan2 lagi sampai budak 2orang ni dah penat baru pi ambil kek, dah tu cabut balik laa, nak tunggu hapa lagi kan, cair pulak kek ni nanti...

Paginya sediakan myLove's favourite nasi ayam sebagai bento(=bekal lunch). Petangnya goreng wedges dan french fries untuk minum petang, buat ringan2 je sebab nak makan aiskrim lagi. Untuk dinner, goreng ika katsu(=sotong goreng tepung) dimakan dengan sweat sour sauce dan coleslow. Untuk 2R goreng ayam katsu...


kek yang bila 2R tengok, terus tergedik2 nak makan. Bukan senang kan nak potong kek ni, Rafiqh siap kata "ayah osoi(=lambat)", punya laa tak sabaq nak makan, hahaha...


minum petang...


air bandung...


our dinner...

Hadiah tak beli lagi, tak sempat lagi nak belek betul2, takpa, nanti2 pun ok kan, hehehe...

Walaupun myLove tak baca my blog, tetap nak wish jugak.
OTANJYOUBI OMEDETOU!!!
Semoga dipanjangkan usia dalam keberkahan, moga dimurahkan rezeki, moga semua impian tercapai dan dipermudahkan Allah...
We love you so so so much! :x:x:x

Friday, July 30, 2010

Raziqh's 1st birthday!

Alhamdulillah...

Hari ni pukul 6.30petang nanti maka genaplah usia Raziqh Takeshi 1tahun! Mengingatkan kembali detik2 melahirkan Raziqh setahun yang lalu buat mama tersenyum, rindunya nak bersalin lagi...

Lets update about his milestone first:

1. he is now able to walk, alhamdulillah. Berlatih makin rajin, even bila Rafiqh tolong hold sebelah tangan dia pun dia bangun berjalan, kira rajin laa tu kan. Hasil usaha ayah yang rajin sungguh train anaknya suruh jalan nampaknya dah membuahkan hasil, semalam ayahnya siap kata minggu depan anaknya dah boleh lari dah ni, haha, ya laa tu, as for mama memang tak ambil hal, cepat ka lambat ka lantaklah, sebab nanti dah boleh jalan mama yang akan penat nak kena ligan...

2. he loves to tawaf, ni penyakit keturunan kot, haha. Dulu Rafiqh kerja dok tawaf merata, pantang ada space mesti lari pusing2 puluh2 kali tapi hairan sungguh taktau pening laa pulak. Haa sekarang Raziqh pulak, pusing2 siap teleng2 kepala masa nak kona, ala2 macam pemandu F1 bawa kereta... Ni baru merangkak ni, nanti dah berlari sambil tawaf2 pulak, perghhh fehning2!

3. makan makin berselera, tolak batu dan kayu ja kot, ka kalau bagi pun dia telan? hehe, tak pernah try la pulak. Kalau suap makan sekali dengan Rafiqh, dia lagi laju menelan, nak ceeepat saja, kalau lambat mula laa nak gagau pinggan. Pantang jugak nampak mama prepare foods, macam tau2 ja benda tu makanan, sibuk laa bergayutan kat tepi meja, aiseh! Kalau tengok Rafiqh makan, dia datang duk dempek sebelah, buat muka kasihan minta onichan suapkan, so sweet tengok Rafiqh suap adik makan...

4. makin suka baca buku, ralit ja mengulit buku. Boleh pulak baca berdua dengan onichan, nanti onichan tanya "adik, kore nani?(=ni apa?)", macam laa adik tu tau nak habaq, takat boleh sebut "duck" ja laa, selain ok2(dog), ak2(bird), tak(Rafiqh), mama, duck tu ja laa dia boleh sebut...

So far setahun membesarkan Raziqh ni, tak banyak cabaran besar yang dihadapi. Alhamdulillah Allah beri kemudahan, moga2 berterusan mudahlah hingga dia meningkat dewasa...

Semalam mama dah buat kek, tapi sayangnya nak habaq mai, kek dah habis, hahaha. Tak sempat birthday lagi dah tinggal separuh dah, tengahari ni licin dah, hek! Sat lagi update entry kek yer, gambar belum masuk kom lagi. Dan insyaAllah ahad ni kami buat jamuan makan2 sempena birthday party Raziqh. Tapi kali ni buat simple saja, kohaitachi(=juniors) semua dok kalut nak exam, so panggil mai makan ja, cuci2 pinggan lepas tu boleh laa balik study, hehe. Nak jemput viewers pun yang dekat2 ni saja laa kan, tapi kot kalau yang dok jauh2 tu nak mai jugak, mai laa, hiks...

Tuesday, July 13, 2010

Dua puluh tujuh

Turned 27 years old yesterday, alhamdulillah, alhamdulillah ala kulli haal...

Wahhh 27 sudah, another 2years before entering 30-ish, hohoho, but well, age is just a number, aight?! Mati pun tak tunggu tua kan, so tua tak ada apa2 makna pun sebenarnya, haha I'm not trying to avoid the fact that I'm getting older, naa~~~ but I don't really care much, as long as I stay look young(sila muntah!) and I'm happy with my life. I'm healthy, I'm muslim, I have a happy and great big family, I have a lovely hubby and adorable handsome super-clever kids and so far I have almost everythings I wish to have. Hidup terasa lengkap, syukur alhamdulillah, so what else should I ask for? Oh maybe I should pray for more kids especially baby girl?! hahaha... (stop meraban please!)

Yesterday was a great day for me, lastyear celebrated my birthday at Malaysia with my family but this year with myLove and 2R, seronok! Just a simple celebration, no cake but we ordered pizza instead, hek! Tahun ni takdak rasa nak makan kek(dah kerja bantai kek tak kira masa, nak ada rasa apanya lagi), nanti2 tunggu Rafiqh dan Raziqh laa buatkan, tahun bila laa tu agaknya ya?! Takpa, nanti mama train ye, mana tau tahun depan boleh merasa kek anak2 mama, huuuiii berangan!

Rafiqh dan Raziqh takdak bagi apa pun semalam, seharian hujan so depa 'bagi' tidoq saja, tapi bukan bagi mak depa tidoq ye, depa yang hentam tidoq tak mau bangun. Sedap sungguh tengok budak2 ni tidur lena, rasa macam nak join tapi ada hal nak kena settle-kan, pi mai pi mai buat kerja sedar2 dah pukul 4petang. Aiseh, tapi takpa laa, sekurang2nya depa bagi 'keamanan' 'ketenteraman' dan bagi mood mama baik sepanjang hari, tu pun nikmat jugak kan?!

On the other hand, myLove hadiahkan another new toy, a new digicam, thanks darling! Pink colour, hihi sukeee! Knowing me yang sangat jakun bila nak deal dengan electronic stuffs ni, slowly laa nak kena baca manual tu untuk mahir pakai camera baru ni. Zaman sekarang ni semua main touch screen ja, canggih bebenor! Handphone dah touch screen, mesin jahit pun touch screen, sekarang digicam pulak, haa agak2 bila ya nak dapat dapur touch screen, rasa2 nak makan apa, touch2 sikit ktinggg keluar foods siap dah masak, perghhh syurga! hahaha...

Tadi pagi tengok forecast, insyaAllah weekends ni cuaca baik, yatta ne! Since lastnight I've been thinking of going somewhere with main purpose nak rasmikan camera baru. Minta2 program nak ke taki(=waterfall) atau umi(=beach) kali ni jadi. Lama dah tak ambil gambar sendiri(tu yang betulnya), asyik ambil gambar 2R ja, mama pun nak posing jugak...

Thank you so much for those who sent me the warmest birthday wishes, via fb/sms/phonecall/email/msg and etc. Really happy and appreciate it!

Monday, June 21, 2010

Happy father's day!!!

Semalam adalah hari bapa sedunia...
Happy father's day to all abah, ayah, papa, abi, daddy, otousan or whatever you call them. May Allah bless them...

Pagi2 dah sms-ed abah to wish him happy father's day. As usual, akan ada ayat2 puitis untuk abah, kasi abah terharu sikit, hakhak. Alhamdulillah, I always feel so lucky dan rasa sangat bersyukur cause I have a great and wonderful father like him, thank you Allah... Moga Allah panjangkan usia abah and of course me too, so that I have lots of opportunities to take care of him, to make him happy, to make him proud of me. I mungkin tak mampu berikan abah kesenangan wang ringgit, sebab abah lebih 'senang' dari I sendiri tapi insyaAllah I berjanji untuk berikan abah kasih sayang, doa yang tak putus2, ketenangan hati dan kegembiraan yang tiada batasan...

As for myLove, walaupun bebudak 2orang ni kecik lagi tak faham apa2 lagi, on behalf of them I belikan myLove's favourite choco as present, lastyear pun beli benda ni jugak, hihik. Sebab Rafiqh belum pandai menulis, I tolong tuliskan note dan macam biasa berkuntau dengan depa untuk dapatkan 'cap' jari depa, uishhh bukan senang hokey nak ambil cop jari bebudak ni, kaki tangan semua kena pakai, jenuh nak pelekoh!

Petang tu lepas lunch Rafiqh bawakan hadiah ni bagi kat ayah. Tapi dia huloq kertas tu saja, coklat dia pegang sambil suruh ayah buka sebab dah lamaaa dia aim nak makan, hakhakhak, bertuah sungguh budak ni! Adik pun sibuk sama menyendel2 kat situ sebab nak coklat jugak, haparaa...

Untuk lunch semalam, I masak special sikit, ayam panggang dengan nasi goreng tomyam seafood. Takdak idea nak masak apa sebenarnya, last minute baru decided. Ayam tu cadangnya nak masak seekor, jadi ala2 ayam golek tapi pikiaq2 balik satgi tak habis pulak sebab seekor tu sekilo lebih, tu yang potong setengah saja.

Rafiqh tengok mama godek ayam, dia tanya "mama, kore nani?!(=ni apa?)", bukannya taktau tu ayam, lagi mau tanya, so mama pun jawab "kore wa chikin(=ni ayam), nama dia chikin panggang terkangkang", hahaha tak senonoh sungguh mak dia...


Sekian, sambutan hari bapa peringkat keluarga kami...

Monday, May 10, 2010

Happy mother's day!

Semalam adalah hari ibu, istimewa buat semua ibu yang melahirkan dan menghargai anak2 mereka! Sebab ada jugak ibu yang penat2 mengandung dan melahirkan tapi lepas tu buang ikut suka hati, sungguh binatang! Mereka bukan saja tak layak dilabel sebagai ibu, malah untuk digelar manusia pun jauh sekali...

As usual, tak ada sebarang sambutan hari ibu pun kat rumah ni. Bagi I sendiri, setiap kali hadirnya hari ibu, ingatan ni tertumpu pada mak saja, takdak terasa pun nak celebrate untuk diri sendiri, cuma dalam otak ni berkira2 kot kalau sekarang ni ada kat Malaysia, bolehlah buat 'sesuatu' untuk mak, tu saja laa... Pagi semalam dah sms abah minta sampaikan wish happy mother's day kami untuk mak, mak ada handphone tapi tau jawab/buat panggilan ja laa, benda2 lain mak bukan ambil tau pun, hehe.

Semalam kami dapat jemputan makan2 kat rumah kohaitachi, pukul 2petang kami pergi, ada hidangan nasi ayam dan puding karamel, yummy! Terima kasih tuan rumah, masakannya sedap sekali! I buat marble kek lagi, kali ni buat 1 adunan tapi hagham tak jadi pulak 'marble'nya, hampeh sungguh! Hadoi laa...

Happy mother's day to all mommies out there!
Teristimewa selamat hari ibu buat mak dan umi!!!
Sempena hari ibu ni saya berazam nak jadi ibu yang lebih baik, yang terbaik buat Rafiqh, Raziqh dan adik2 mereka nanti, muehehe...

Friday, February 26, 2010

Anniversary...

Ulangtahun perkahwinan kami semalam kami sambut sederhana saja, takdak aih nak gempak2, dulu2 boleh laa nak buat candle light dinner ka hapa ka kan, sekarang ni dah ada 2R ni, dengan segala-mala lilin2 tu mau terbakar satu apato ni, elok2 nak makan dengan tenang, habis kelam-kelibut lintang-pukang nanti, hahaha...

Seperti selalunya, pagi semalam I selitkan kad dan sekotak kecil coklat dalam beg bento(=bekal) myLove. Tak surprise dah kot, selalu sangat guna idea yang sama, maybe nanti2 boleh laa nak cari idea lain kasi terkejut lebih sikit, hehe.


Kebetulannya hari khamis adalah hari yang paling sibuk buat I, dengan english class 2R, dengan extra-work as part-timer so memang keletihan laa nak buat itu ini. Walaupun dah sedia maklum yang myLove tak suka makan kek, tapi tetap ler nak buat kek jugak2, gedik kan, hiks. Takpa laa ayahnya tak makan, anaknya suka makan. So hari rabu lepas I dah buat kek, petang semalam decorate ala-kadar...

Dinner untuk special day mestilah kena masak special menu kan, fikir punya fikir decided nak buat nasi hujan panas. Dari tengahari dah mula masak, buat ayam masak merah dulu, sambil masak dok chat dengan kaklong, tanya tips nak buat nasi hujan panas tu. Ni bukan 1st time buat, dah banyak kali dah tapi selalu sangat dapat outcome yang hampeh, huduh dan mengecewakan. Sebolehnya kali ni nak bagi jadi jugak2, so kena laa berguru dengan yang pakar kan. Petangnya baru masak nasi hujan panas dan daging black pepper.

breakfast - burger Malaysia...


the anniversary cake...


the dinner...

Hahaha sebelum korang gelak tengok nasi tu, mai laa nak gelak dulu *cover malu*, kahkahkah. Walaupun tak secantik yang kaklong selalu buat tapi kira ok laa tu, kali ni nampak cantik laa dari yang sebelum2 ni. Amacam cikgu? Lulus dak? hohoho... Cikgu kata kalau nak terer kena buat selalu2, jamu orang makan, baik cikgu! Nanti akan ku prektis sokmo2 hokey!
Sekian saja laporan anniversary tahun ni, arrr hadiah? Rahsia!!! muehehehe....

Thursday, February 25, 2010

5 tahun

Hari ni 25 februari 2010, genap 5tahun usia perkahwinan kami, syukur alhamdulillah...

Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga...

Semoga dilimpahi rahmah dan barakah yang berpanjangan...

Semoga dianugerahi dengan ramainya putera-puteri yang mendamaikan...

Semoga diperkukuhkan lagi ikatan kasih dan sayang dalam melayari sisa hidup yang ada...

------------------------------------------------------

Kini 5tahun telah berlalu, serasa bagai baru semalam kita bersatu,
dari satu episod pada lirikan cinta pandang pertama,
kita mengarang lembaran persis kisah adam dan hawa,
mengait benang2 kasih dan menyulam lakaran cinta,
menjadikannya hamparan bahagia seindah pelangi senja,
walau hingga detik ini masih banyak yang kita perlu pelajari,
masih kita cuba menyingkap satu2 rahsia peribadi,
untuk terus mengenali hati budi dan personaliti,
pada jatuh-bangun, senyum-tangis dan suka-duka,
kita berkongsi tawa dan sering jua bermasam muka,
semuanya menjadi tautan yang mendewasakan,
mematangkan dan menyerikan sebuah mahligai rumahtangga...

5tahun telah berlalu, ku titipkan doa agar 5tahun lagi akan hadir,
moga cinta kita takkan pernah pudar,
bahkan benih2 kasih yang selalu kita baja,
kan selamanya menguntum bunga2 cinta yang harum mewangi,
ia kekal mekar mengisi lewat hari tua,
5 menjadi 10 dan 15 menjadikan hanya mati pemisah kita di dunia,
dan kita kan kembali bercinta kala hidup di syurga...

Friday, January 1, 2010

Lembaran baru 2010

あけましておめでとうございます(akemashite omedetou gozaimasu) !!!
Happy New Year !!!

2009 telah pun berlalu pergi...
2009 menitip banyak memori indah dalam kisah hidup ini...

Keluarga kecil kami menyambut kehadiran ahli baru, Raziqh Takeshi yang sungguh2 menambah seri dengan kekek tawa dan teriak tangisnya, alhamdulillah...

Keluarga besar pulak, abah mak dan adik2 dah pun berpindah rumah menginap di kediaman milik sendiri di Puncak Meru, Ipoh. InsyaAllah kami akan jadi orang Perak lah lepas ni, kini Ipoh dah jadi 'kampung' buat anak2 kami. Selain tu, kami jugak menerima kehadiran orang baru yang menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami, seronok dapat adik ipar - Shahril @ abanglang, bertambah besarlah keluarga ni, alhamdulillah...

Selalunya saban tahun, setiap kali menantikan hadirnya tahun baru, pastinya ada perancangan yang dinanti2 untuk dilaksanakan. Contohnya 2007 untuk grad dan kelahiran Rafiqh, 2008 untuk menyambut my family datang bercuti ke sini, 2009 untuk pulang bercuti ke Malaysia dan melahirkan Raziqh... Tapi tahun ni terasa 'sunyi', terasa 'kosong'... Agaknya apa lah peristiwa2 yang bakal mengisi diari tahun 2010 ini ya, rasa sungguh tertunggu2...

Kami ourlovestory's family ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 buat semua pembaca blog ini. Semoga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya dalam segala hal...

Thursday, December 10, 2009

Edited

Aisehhh, macammana laa boleh lupa nak bagi credits untuk para jurugambar bagi gambar2 party hari tu, sowwiii guys, kakfith terlupa...

Gambar2 hari tu adalah hasil "tangkapan" Nazir aka Ustad...

Gambar2 hari ni pulak diambil dan telah di-edit oleh Amir aka my-bakal-adik-ipar(hahaha gilak laa buat statement ni, mampuih tuan empunya diri marah, jangan maghah naih, satgi kena juai! hakhakhak)...

Eh cop, yang hari tu pun beberapa keping dari Amir...


Bila tengok gambar ni rasa macam "alahai, sepet2 pun, comelnya anak haku", hahaha sila jangan muntah! Sekali-sekala nak puji anak sendiri, kalau mak depa tak puji, sapa lagi kan?! kekeke...

Wednesday, December 9, 2009

Party's piccas


Ni sebahagian aje,nanti akan diupload lagi hokey...