Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Fudgy Flaky Brownies

Berasa sungguh bahagia bila berjaya mencuba resepi brownies yang menghasilkan flaky top keronyok-keronyok berkilat seperti dalam gambar dibawah :)

Perempuan memang selalu macam tu. Ada masa tu dia menggila sangat hendak makan benda manis lepastu tak dan sehari dia nak makan KFC @ benda pedas. Semua salah hormon!! 

Kelos up
Brownies dah tinggal separuh. Pergi Seoul turun 5kg. Balik KL tak dan setahun naik Xkg. Tahniah! Boleh pergi Korea lagi dengan alasan hendak kuruskan badan. Pffft...!

Top view of 10x10inches brownies



Wednesday, October 1, 2014

Engagement Cake.

Kek tunang pertama! Hmm... Ada ke kek tunang yang kedua? Atau mungkin yang ketiga. Silap-silap kek kahwin terus. Huhu...

----------
---------
--------
-------
------
-----
----
---
--
-

Terima kasih dekat sahabat sebab bagi kepercayaan untuk menyediakan sebiji kek untuk dijadikan hantaran sempena majlis pertunangan beliau yang berlangsung dua minggu yang lepas. Aih! Dah selangkah nak menamatkan zaman bujang. Tak boleh dah nak buat sesi luahan perasaan lepas ni. Tahun depan ajushii buat comeback pun dah tak boleh nak merapu sama-sama sebab beliau dah ada ajushii sendiri. Sobs...

Kek yang ditempah sebenarnya dua biji, satu untuk bagi pihak lelaki dan satu lagi untuk perut sendiri. Emak Si Sahabat ni kata mana boleh bagi orang sahaja, diri sendiri pun nak juga :) Alhamdulillah dapat good feedbacks dari sahabat dan emaknya. Lega kena dengan selera mereka sebab mula-mula tu saya risau juga. Pada tekak kita dah sedap, belum tentu tekak orang lain sedap kan.

Kek yang saya cadangkan ialah Victoria Sandwich Cake yang saya belajar dengan Aunty Yani The Kithchen Guardian. Belajar secara mulut sahaja. Sebab waktu itu kami kejar masa dan sibuk belajar buat kek lain. Dua-dua kek yang sama cuma untuk hantaran saya hias elok-elok bagi cantik sikit. Design sesimple yang boleh sebab tak hebat sangat. Bolehlah janju cantik dan tak nampak sangat kesengetan kek tersebut. 

Sejak belajar dengan Aunty Yani, VSC ni memang kek pilihan tambah-tambah kalau guna butter Golden Churn tu!! Dulu asyiklah kek coklat, kek coklat, kek coklat. Er.. bila dah pergi kelas ni kerja asyik nak guna butter mahal sahaja sebab pure butter. Tapi bergantung dekat customer tu sendiri, kalau sanggup bayar mahal, saya guna premium ingredients. Kalau tak guna yang ikut bajet.

Gambar-gambar kek yang ditempah. 

Ribbon milik tuan badan yang nak bertunang

Kelos-up

Ready to go

Drizzled with nutella

Side view

Top view










Sunday, April 1, 2012

Red Velvet Cake

Setelah mengidam berbulan-bulan mengalahkan ibu mengandung, akhirnya berjaya menikmati kek merah ini.  Comelkan cawan polkadot tu. Hihi...

Sebelum ni buat tanpa creame cheese frosting. Makanya keenakkan kek merah ini kuraang terasa. Saya rasa yang buat kek merah ini digilai ramai ialah frosting cheese tu sebenarnya. Err... tapi saya ada masalah dengan frosting ni sebab dia cair lah. Huu~

Sedap! Sedap! Tapi kalau moist sikit lagi sedap kut.

p/s: Going to make it in orange next time for all Orange Princesses @ Shinhwa Changjo out there ^^

Heart the red color




Habis