Monday, March 3, 2014

Homemade Tteokbokki

Sebab asyik duk teringat tteokbokki Jaws Tteokbokki yang super pedas tu, end up buat sendiri lagi senang. Kalau nak ulang makan dekat Restoran Dubu Dubu setiap bulan alamatnya kering poket. Sepinggan tteokbokki je dah hampir RM15. Kalau buat sendiri boleh makan berulang dengan harga sebanyak itu.

Since dah tahu gochujang @ chilli paste Korea tu permissable, lagilah semangat nak buat sendiri. First time buat saya ikut resepi tteokbokki Maangchi tapi end up tak jadi, tak sedap sebab kuah cili tu kurang perasa sebab saya cuba kurangkan sukatan dia. Second time buat tteokbokki saya google resepi lain. Kali ni baru jadi elok. Tapi tahap kepedasan tu memang berbeza, kurang pedas. Saya omit chilli powder, just guna gochujang sahaja. Mak cakap kalau makan tteok tu jenuh tercabut gigi sebab liat.

Ini resipi yang saya guna untuk percubaan kedua, sumber dari youtube; Eugenie Kitchen. Senang je cuma part nak buat stok ikan bilis tu ambil masa sikit. Bahan-bahan ada yang saya beli dekat Jusco Maluri dengan supermarket Isetan.




Campak je semua dalam kuali.

Siap. 

Jemput makan.

6 comments:

  1. wah mcm sedap.

    http://myartcrafting.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Akak beli brg2 tu dkt mne ? Spesifikly .

    ReplyDelete
  3. Trg takde jusco.

    ReplyDelete
  4. Macam mane nak buat kek beras....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh google dekat youtube for recipe rice cake tu. saya tak pernah buat sendiri.saya beli yg dah siap.

      Delete