Showing posts with label jauh perjalanan luas pandangan. Show all posts
Showing posts with label jauh perjalanan luas pandangan. Show all posts

Monday, October 22, 2018

ORANG MEMBERI KITA MERASA...



 From korea with loves 😘😘😘
@r4foth @halizahabdullah
.
🇰🇷🇰🇷🇰🇷🇰🇷
.
#OrangMemberiKitaMerasa #TerimaKasihDaunKeladi #KauAkuKitaKami #TakPernahTakSayang

Tuesday, September 18, 2018

BULAN BANYAK CUTI...

Assalamualaikum, halu-halu...

september 2018, bulan banyak cuti even bukan cuti sekolah.. banyak cuti umum yang bersambung pada hujung minggu..


8-11 september.. cuti 4 hari bersambung... 9-10 september, ada join en.Ijie punya family day perodua muar... pagi ahad gerak ke Melaka Tropical Fruit Farm dekat sungai udang.. kat sane ada aktiviti flying fox, high rope and water rafting. untuk staff ler.. tapi utk family yang nk join pon dialu-alukan.. 

yang tak disangka-sangka, kakakk wawa nk buat flying fox weh! mungkin dia excited tengk kawan-kawan papa dia hampir semua main flying fox meredah tasik, dia pun request nk buat jugak.. papa dia try tanya orang yang handle program tu, dia kata boleh je kalau budak-budak nak buat. so, apa lagi, syok la dia joint buat flying fox. suka hati tengok dia nk buat aktiviti lasak tu walaupun buat dengan papa dia...

lepas buat flying fox, hujan lebat la jugak.. papa ey sambung buat high rope (ala-ala jalan atas tali dekat tiang tinggi nun..) then makan luncah...

after lunch and solat zohor, sambung buat water rafting.. papa and the gang buat rakit guna buluh and tong biru yang besar tuh.. lepas rakit siap, kene buat water confidence. time ni kakakk wawa pon dah excited. tapi mama ey tak bagi. suh tengok dari tebing tasik je.. water confidence done, diorang semua bawak rakit turun tasik. wawa dah standby dengan life jacket nak join papa.. kemain suka dia dapat dok kat rakit tu.. adekk noya dah merengek nk join, tapi sorry belum masa untuk adekk ya buat tu semua ye nakk...

kemain sengeh lagi #KakakkWawa tu ha kennn...
selesai smeua aktiviti dekat MTTF, kami gerak ke Damar Suria Resort, Pengkalan Balak.. nice resort, ada kolam renang, depan dengan pantai ape semua. anak-anak tengok ada kolam renang je diorang dah excited...

nak dijadikan cerita, 2 ketul princess ni nak pi mandi kolam.. makk pon cakap la malas nak bawak henpon. tapi bapak ey pulak yang volunteer nak bawak henpon.. papa ey bawak anak-anak dulu coz makk ey nk selesaikan urusan di toilet.. ngehngehngeh...

kolam ey takde la besar mana pon, makk just duduk kat gazebo jek perati 3 beranak ni merenang-renang... dah dekat 10-15 minit, mak teringat yang bapak ey tadi kata bawak henpon, tapi kat mana le dia letak...

makk cuba cri dalam plastik mainan budak-budak ni, tapi haram takde.. makk tanya kat bapak ey, mana enpon, upenye dalam pocet poket seluar yang terendam bersama-sama mandi dengan anak-anak..

maka, apanya berhuhuhuhuhuhu jek la telepon dah masuk air nakk oii...


malamnya, ada bbq and sukaneka staff sesikit.. agak-agak macam dah boring jek, makk ajak en.ijie pi bakau tanglung (makk tak tau ape kebendanya benda alah nih!). ekceli, makk kempunan tak dapat main tanglung ni time family day SMKSR sebelum ni... benda alah ni makk kirim kat Cikgu Faiz. mintak tolong dia belikan. katanya beli kat kedai barang sembahyang cina 😆😆😆.

bukan anak-anak je yang excited, mak budak apak budak pon sama nk try benda alah nih tau...


ada lagi balance tanglung ni dalam 4,5pc.. next time kot-kot rajin pi klebang ke kan, leh bakau lagi tanglung tuh.. murah je rm2.50 je 1pc...

nota kaki tepeleot:
1. adekk noya tak takut air! even kolam renang tu kalau makk masuk ada la paras dada makk ni, tapi dia relax jek leh terjun sambil berdiri.. Kakakk wawa ada gak takut-takut nak terjun secara berdiri, dia terjun  sambil duduk ka tebing kolam je..

2. anak-anak dah pandai request lepas ni nak duduk Rumah Hotel yang ada kolam renang. doakan mama and papa murah rejeki ye nakk oii..

3. sambungan cerita enpon en.ijie -  otw balik rumah dari resort, terus hantar kedai untuk servis enfon.. esoknya amik, orang tu cakap, enpon dah tak boleh pakai lagi.. al maklumlah enpon limited edition. tapi, bila sampai kat rumah, en.ijie try cas, boleh pulak nyala! tapi, bila cabut je kepala charger tu, enpon terus mati.. solutionnya, simkad kene masuk enpon lama dulu, and enpon yang masuk air tu, makk suh rendam dalam bekas beras!, 3 hari kendian, en.ijie try, dah boleh pakai!!! alhamdulillah, ada rezeki lagi dan panjang umur enpon itew! masih hidup dan boleh pakai sampai sekarang... 😁😁😁

hokey la, sikit sebanyak makk membebel kali ni..

Monday, November 17, 2014

SELAMAT PAGI..

Selamat pagi Malaysia!!


 Mulakan hari anda dengan senyuman..


 Semoga hari kalian diberkati dan dimurahkan rezeki OlehNya.


 P/s: Sedikit gambar yang diketik oleh ai semasa memandu ke sekolah. Don't try this while driving ye :)






Wednesday, July 3, 2013

HOLIDAY TIME...

alhamdulillah, last week penuh dengan aktiviti perabiskan duit gaji yang baru keluar... sehari selepas gaji keluar dah kene pergi overthesea.. LAWATAN KE SINGAPURA & JOHOR BAHRU.. tau-tau je la if dah pergi negara jiran tu, dia punya dollar jek dah brapa if nak convert dari ringgit mesia ni kan... keje punya hal, terpaksa pergikan jugak. walaupon pada hakikatnya, tiada mood and soul untuk ke sana~

ok, disebabkan ai lupa nak transfer gambar masa lawatan hari tuh, maka ai bukak cerita baru.. sehari lepas ai balik lawatan singapore tu, cik tunang mesej ai tanya samada ai ade kelas tuisyen ujung minggu tak.. of course la if dear dah tanya macam tu, mesti ada pape plan dear kan.. cik abang tanya pada hari jumaat, ai balik singapura n JB hari khamis... lantas, jumaat malam tu jugak ai call pusat tuisyen menyatakan yang ai amik half class aje this week..

ape tidaknya, cik tunang ajak pergi CAMERON HIGHLANDS! mungkin bagi orang lain, nampak macam cikai jek cameron tu kan. tapi disebabkan ai ni belum pernah sampai tanah tinggi tu, maka sedikit excited la kan... dapat lak cik ijie jugak belum jejakkan kaki kat sana...

setelah menempuh sabtu petang yang penuh mencabar, maka bergeraklah dua insan ini dengan membawa incik JNX bersama.. disebabkan sabtu malam ade final KELANTAN VS JDT, maka destinasi pertama adalah di SHAH ALAM! tak dapat tengok kat stadium punya pasal, so tengok je la kat awey area shah alam kan... then cari tempat stay pulak semua full booked! next destination is RAWANG! nasib baik ade tempat stay!

pagi-pagi morning [morning la sangat!] terus bergerak menuju ke CAMERON HIGHLANDS melalui SIMPANG PULAI.. bergilir drive ngan incik tunangla ape lagi... first time drive JNX sejauh ni ok.. dengan hanya berpandukan papago gps, maka sampailah kami berdua di cameron dalam tengah hari! alhamdulillah!

having some great-great-great moments for a while kat sana... bila lagi nak spent time macamni ngan incik tunang kan... hehehe..

here some combine pict! dah lama sey tak update belog with some pics kan!

some fun!

both of us! (not ready yet to expose incik ijie~ wahahahhaa)
sedikit nota kaki:
  • holiday yang tidak dijangka! thanx dear~
  • cameron highlands dah tak sejuk.. berpeluh kat ladang teh ok!
  • dah tak lorat nau if nak g cameron highlands tu~
  • 1st time holiday yang macam nih~ sukerrr sangat!!
  • sempat menyoping storebi (strawberi!), teh lemon, tshirts and so on~
  • having lots of lurve with him... saya sayang awak MTMA~

Monday, December 24, 2012

NURUL'S WEDDING~

post sebelum ni ai cerita pasal ai order cupcake untuk kazen ai punye wedding... so, ni nak citer sket pasal wedding dia lah nih...

mungkin tak boleh nak citer panjang-panjang, so, let the picture tell the stories la...

# sket jek kot gambar dia~

mungerrr telurrr masiiinnnnn~

pelamin hand made ok~

sebelum akad nikah

alhamdulillah, selesai sudah~


papepon, tahniah buat my kazen., semoga bahagia hingga syurga yek~  

http://www.smileycodes.info

Friday, December 14, 2012

NENAS PARIT SULONG...

masa teman en.ijie pergi batu pahat dok jengah kereta dia, sempat jugak men'syoping' buah nenas kat area parit sulong.. ai ni sebenarnye kurang sket ngan  buah nenas ni, tapi disebabkan orang lain dalam umah ai ni kemaruk ngan buah nenas, nak tak nak ai kene la beli sket... dapat lak ayah ai dah pesan suh beli... siap dia tanye an.ijie gi batu pahat lalu mana... if lalu parit sulong dia suh berhenti beli nenas...

so, siket gambar-gambar buah nenas yang ai capture masa ai menyoping buah nenas tuh~

nenas sarawak.. 1kg = rm 2.00

nenas sarawak madu / nenas madu sarawak:??????

makcik nih ngah timbang nenas ai beli tuh~

tengok la.. banyak kan nenas~

ai beli cket jek... sebijik nenas sarawak dalam 3kg = rm 6.00 sebijik ngan selonggok nenas madu sarawak.. selonggok seploh ingget dalam anggaran 6 bijik dalam longgok tuh..

bile ai balik... ape lagi orang umah ai... macam nih la jadinye...

http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info


Friday, June 22, 2012

MEREKA SUDAH, SAYA BILA LAGI???

<<< CERITA I - MERISIK KHABAR~ >>

26 Mei 2012... adik ai kaklang nabilah selamat dirisik oleh pilihan hatinya... masalahnye, ai takde orang yang nak ke???? adik ai dah melompat-lompat bukan bendul lagi dah ni, al maklumlah angah ngn kak uda dia lom lagi selesai tau.. pape pon ai doakan jodoh mereka akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan bukan setakat tu aja sehingga hujung nyawalah kan..

majlis merisik-risik ni wat kami wat kecik-kecik jek, ye la baru merisik kan... blom bertunang or bernikah lagi.. so, ni ade 3 lai gambar yang sempat ai snap masa tu jek.. cz pas abis acara sarung cincin ai kene rush pegi klas tuisyen pulok~

ceh-ceh tunduk malu2 cat pulak dak kaklang nih~

hamboi, dah dapat cincin, senyum melebau kau yek :))~
fuhhh, selamat sudah 1peringkat~

nantikan majlis ai pulak yek... tapi tak tau bile lagi... kih3~

<<< CERITA II - KOMPANG DI PALU~ >>>

keesokkan harinya - 27 mei 2012, ai turun ke batu pahat bersama-sama en. ijie bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan sahabat se-couse di ukm dlu.. Lenny Yuliani dan pasangannya en. Zaid.. disebabkan ada sedikit kelapangan, sempat jugak ai singgah majlis kawan ai ni..dapat lak, masa ai sampai di rumah cik lenn [nama manja pengantin pompuan dikalangan sahabat2~], pengantin sedang berarak mendung kelabu dengan iringan paluan kompang dan lagu2 bahasa jawanya.. huhuhu.. meriah say~ tema merah putih ok!

tahniah cik lenn... gambar selepas akad nikah. kot la~ [ai copy-paste gambar dari fb cik lenn~] 
sempat jugak ai jumpa cha [berbaju hitam].. memang kami dah berjanji untuk ke majlis cik lenn~
tamat sudah 2 in 1 punya stories... selalu ai guna alasan ni bila pergi kenduri kahwin member2 ai:
kene pergi majlis kahwin diorang, nanti masa aku kawen takde orang yang nak datang pulak...
teringat pulak kata-kata sentap abang angkat ai abang faizal punya statement yang membidas alasan ai :
diorang yang dah kawen, belom tentu nak datang kalau kita kawen~
HAMEK kau sedebik!!!

Friday, June 1, 2012

MEMOIR PPKI SMJ : HARI GURU PART I...

Banner Hari Guru SMJ yang digantung di dewan sekolah ~

Ok, seperti yang sedia maklum, hari guru jatuh pada 16 mei 2012 bersamaan hari rabu. hari ni jugak SMK Jasin menyambut hari guru peringkat sekolah... teringat masa ai sambut hari guru di SMK Padang Temu, hari guru kene ikut tema warna iaitu ungu.. tapi berlainan di smj. takde tema.. ai siap pakai baju tshirt ngan trek lagi... kenapa??? nanti ai ceritakan.. huhuhu

wajah-wajah warga PPKI di hari guru~
pagi di hari guru - pertandingan bola sepak antara guru-guru lelaki SMK Jasin VS SMK (A) Tun perak.. kenapa tetiba ada SMK (A) Tun Perak pulak tersesat kat sini??? sebab sekolah kami adalah berjiran.. maka, dihari guru diadakan perlawanan persahabatan antara guru lekaki kedua-dua sekolah yang berjiranan ini...

team guru lelaki gagah perkasa SMJ~
sementara guru lelaki berperang di padang sekolah SMKTP, kami guru-guru wanita (cewah!) berperang di dewan sekolah untuk perlawanan badminton. tapi perlawanan badminton ni antara kami-kami jek.. takde pulak antara smj ngan smktp...

ai and monie~ wakil untuk guru-guru pendidikan khas~
untuk memendekkan masa ai menaip kat belog ni, keputusan perlawanan bola sepak dimenangi oleh SMJ.. tapi result  dia ai tak berapa nk sure berapa.. ada yang cakap 6-1 la, 4-1 la... ni semua anak murid ai yang bagi tau.. so, tak tau yang mana satu official punya result... untuk permainan badminton pulak, team ai and monie, berjaya DIKALAHKAN oleh team cikgu roslina and tan boon moi... rupa-rupanya, team yang ai lawan tu adalah team juara bertahan selama bertahun-tahun and berturut-turut ye.. and this year pon diorang menang jugak... yang membuatkan ai kalah bukan apa, just main 1 game jek.. baru nak warm-up, dah abis dah,... sabo jek la... 

tapi hari jumaat sebelum hari guru, telah diadakan perlawanan bowling antara guru-guru smj.. ni yang aku suka ni... hehehe... di bawah ni adalah result bagi team ai... team 2.

3 game.. apa macam???
selepas tamat perlawanan bola sepak dan badminton, semua guru smj diarak untuk ke dewan bagi majlis rasmi sambutan hari guru peringkat sekolah...

pertunjukkan silat sebelum masuk ke dalam dewan~

n____________n
jeng... jeng... jeng...
sambutan hari guru dimeriahkan dengan acara nyanyian, persembahan pelajar, pertandingan karaoke antara guru, treasure hunt dan acara makan-makan... hahahahaha

sebelum ai lupa, gambar di atas yang ber-caption jeng.. jeng.. jeng tu adalah masa ai mengambil hadiah bagi acara yang ai boloti - JOHAN BOWLING GURU WANITA dan NAIB JOHAN BOLING (KUMPULAN)... yang lain non-ada menang...kih3~

apa-apa pun, hari guru ni ai dapat..............................................................

ai ada nih.. korang ada?????
walaupon tak sebanyak mana, tapi ai syukur... (humble la konon-kononnye~) nak wat list sket la sal ape yang ai dapat di hari guru~
  1. goodie bag - towel biru anda tupperware brand tupperware yang kaler oren tuh.. (ai tak tukar ngan orang lain untuk dapat tupperware kaler oren ok... rezeki ai memang dapat kaler oren! ai suke!)
  2. tupperware brand ape tah dari hamper menang johan grup boling...
  3. mini cup dari my student - amylia and atikah! thanks uolls~
  4. last but not least - 2 piala bowling - 1 untuk menang grup, 1 lagi untuk individu bowing~
mengulas untuk kemenangan besar dalam sukan bowling - sebelum ni ai menang bowling pendidikan khas, teringat ayah ai cakap kat ai..
"masa kau sekolah dulu,takde plak kau nk aktif sukan, ni dah keje baru nak sibuk-sibuk masuk sukan... siap bawak balik piala la, medal la bagai... macam tak caye jek kau menang ni semua..."

ape yang ai smash ayah ai semula...
"apa leh wat... dulu malas sukan.. sekarang baru nak berjinak-jinak... tak sangka plak leh menang macam nih..." kih3

eh..eh.. macam terpanjang pulak entri kali ni... opsss... korang perasan tak kenapa ai entri hari guru ni ada part I???? sebab akan ada part II pulak ler... sambutan hari guru PPKI... tunggu ya~

p/s: SELAMAT HARI GURU SEMUA~

Monday, May 28, 2012

MEMOIR PPKI SMJ : ZOO MELAKA~

bermula la kisah-kisah sepanjang hidup ai di program pendidikan khas integrasi (PPKI) SMK. Jasin... walaupon perkhidmatan ai sebagai guru interim di smj sudah tamat, tetapi memori di smj tetap dalam ingatan... selepas program bowling, next outing adalah ke zoo negara melaka. rombongan cik kiah ni adalah pada 10 mei  2012 bersamaan hari khamis~

jom tengok-tengok gambar yang sempat di-snap sepanjang lawatan sambil belajar tersebut.. check-it-out bebeh~

sebelum bertolak ke zoo melaka~
pelajar-pelajar ppki yang menyertai lawatan ke zoo melaka~
at the zoooooooo~

muka mengah dok merayap dalam zoo~

mereka dan emosi mereka~

sepanjang pertunjukan haiwan~

taman mini safari...

bukan maen pose lagi yek~

wajah-wajah bersama haiwan terbesar di daratan~
semasa di dalam kedai cenderahati di zoo melaka dan otw ke tasik ayer keroh untuk lunch time~

lunch time at tasik ayer keroh~
di hadapan zoo melaka~


done ceritera zoo melaka... coming up - sambutan hari guru~

Thursday, March 10, 2011

OPKIM POS BETAU - SIRI II

~ Banner OPKIM~
siri ke-2 hanya untuk memaparkan sedikit tentatif mengenai program sepanjang kami berada di sana... ngee...




gambar-gambar seterusnya adalah sedikit sebanyak mengenai pantang larang dan maklumat ringkas mengenai orang asli.. taklimat disampaikan oleh en. Achom [betul ke ejaan nama dia nih??? maaf jika salah]. beliau merupakan salah sorang daripada orang asli yang berjaya. salah seorang DJ di radio Asyik.Fm [radio orang asli RTM] and dengar khabarnya anak-anak beliau ramai yang dah meneruskan pengajian kat universiti.. kau ada???

lagi gambar & cerita selepas ini...

Sunday, March 6, 2011

OPKIM POS BETAU - SIRI I

wah, bersiri-siri plak.. sebab ini cerita hampir 4 hari punye cecite k.. hehehe. opkim pos betau??? apakah benda alah tersebut??? ia merupakan satu program yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tahun 4 fakulti pendidikan di bawah kursus Sains Kehidupan. grup tutorial kami terdiri daripada 26 orang pelajar yang terdiri dari pelajar program pendidikan khas (most of us la), TESL n Sains dibawah seliaan dr.R (bukan nama sebenar~)

first meeting dah kene pilih sekretariat yang diidam-idamkan memandangkan kami-kami tak ramai, jadi better wat keje yang kita suke ye tak.. so, ai macam merasakan bahawa dunia TTK [tugas-tugas khas] dah sebati dalam diri ai.. cewah~ ye la, dah 2 program yang kitorang handle, ai joint sekretariat TTK.. once jadik timbalan TTK, 2nd lak ai xmo pegang ape-ape jawatan just ajk biasa kat TTK tu jek.. so, untuk opkim pos betau ni, ai volunteer jadik ketua TTK dan dibantu oleh min and amal.. ngeee...

sambung cerita lagi...

Friday, February 11, 2011

I-CITY, OUR CITY...

akhirnya, cita-cita nak sampai ke Bandar Saya I-City tercapai jugak.. agak lama jugak mengidam nak sampai kat cini, last-last, 21 Jan 2011 yang lepas dapat jugak menjejakkan kaki kat cini... mungkin agak lambat ai publish this stori. ade sebab ey la kan why ai lambat publish.. mula-mula ingatkan memang tak nak publish pon, tapi disebabkan oleh kenazakkan line internet kat kolej ai, and ai pon takde benda nak menghadap, maka, tangan gatal ai pon mula mengedit gambau. dah alang-alang edit gambau tu, bek ai upload terus gambar kat belog. ade gak citer nak tulis kan.. ngehngehngeh...

actually, masa ai kua dating ngan en.ijie, tak terlintas langsung nak gi kat cini.. tapi bile ade satu insident rajuk-merajuk berlaku, maka en.ijie pon tah macam mana ley sesat bawak ai kat cini.. [tengkiu en.ijie!].

berikut merupakan sedikit gambar keterujaan semasa ai berada kat I-City, Shah Alam tersebut...

~ muka puas ati... ~
 another 2 piece of combo photo right after this...

Tuesday, February 8, 2011

TRIP BALIK CUTI BERSAMA MEREKA...

walaupon ai dah pon 2 hari selamat kembali pulang ke tempat ai menuntut ilmu, tetap jugak ai nak post bout citer sebelum ai balik cuti semperna CNY n mid sem..ade ai kesah???

UKM stat cuti 29 Feb 2011, tapi rombongan kembali ke kampung halaman secara berjemaah bersama Minto, Zeila Jalil, and cik Lenn pada 26 Feb 2011... aku nak balik 24 Feb petang atau 25 Feb pon boleh ajek, tapi sayangnye, cik abang risau katenye kalo ai balik sorang-sorang... (walaupon selama ni ai balik sorang-sorang jugak most of the time!)

tiket telah dibeli oleh cik meen a week before tarikh penerbangan bas kami.. a day before balik, ai ngan meen dapat mesej supaya mengambil hak lesen L kami kat pejabat urusan [katenye la..] kat pusaneka megamall, ukm.. actually, ai, debot, lenn, wat penambahbaikan dalam hidup kami dengan menambah kelas pada lesen sebelum ni yang ade B2 ngan tambah kelas D pada lesen kami.. meen plak baru nak amik lesen kete + moto. tak lupe gak jojai n cha yang skali amik lesen...

pas setel urusan pengambilan lesen kat pusan, ai dihangkut ke kolej zaaba.. saing dak-dak ni tunggu bas kat sane... tiket kami masing-masing kol 2.30pm. ai je sorang balik melaka, the rest balik bt. pahat n muau... dapat bas zon 6 dari ukm menuju ke stesyen komuter ukm dalam kol 12. tggu tren dari UKM menuju ke Seremban...

~ kaki busuk sape nih??? ~
more picts keriangan anak-anak dara naik tren bersambung ...