@r4foth @halizahabdullah
.
🇰🇷🇰🇷🇰🇷🇰🇷
.
#OrangMemberiKitaMerasa #TerimaKasihDaunKeladi #KauAkuKitaKami #TakPernahTakSayang
![]() |
kemain sengeh lagi #KakakkWawa tu ha kennn... |
AWAS! Entri agak panjang dan beremosi bakal anda baca..
.
.
.
.
Hari sabtu lepas, ai ada ke majlis persandingan kawan seform six ai.. Ai ekceli berkira-kira jugak nak gi umah dia ni. Tapi bila difikirkan balik and dithrowback, dia n kembar dia ada datang majlis ai dulu..
Bukan tak nak pegi, tapi dengan a few reasons which is:
- kampung PT!!! (short form nama kampung tersebut). Kenapa pulak dengan kampung PT?(sila check next point~)
- kampung ex- ai!!
- mesti terjumpa family mertua tak jadi nanti coz setahu ai memang "makcik" adalah kendarat kampung. And, kampung tu bukanlah sebesar kampung baru KL tu ha. Cenonet je kampung dia..
- susah nak park kereta coz kat kampung tersebut, jalan ada 1 lorong aje.
Lepas ditimbang tara kilo dan kati dan setelah mendapat persetujuan dan keizinan daripada my encik ijie, ai pun bertekad nak gi majlis kawan ai tu bertemankan mak ai dan cik wawa tecit tu. Ai ajak adik ai, dia takmo plak..
Sampai di kampung yang dituju, mencari parking yang agak mencabar cket, menapak beberapa puluh langkah menuju ke umah pengantin..
Mata perlu dibuka seluasnya untuk memandang setiap ruang dan peluang akan agenda yang tidak diingini berlaku..
Sampai dihalaman rumah pengantin, kami 3beranak terus menonong masuk ke rumah pengantin. Ai jumpa pengantin sekejap, bagi apa yang patut then terus ke bawah khemah untuk mengambil lauk.
Masa nak cari seat, kene cari port yang strategik. Bukan ape, cik wawa tak boleh dengar sound dj yang over kuat. Nanti cik wawa terkejut-terkejut and tak boleh duduk diam disebabkan pencemaran bunyi tersebut. Then jumpa la seat yg agak okey. Tapi khemah takde kipas plak. Kipas ada tapi tak on, malah lampu mentol plak menyala di siang hari! Ah, lantak lah. Nak makan je kot..
Baru je nak menarik kerusi untuk duduk, ai terpandang 1wajah.. "Makcik" merangkap mak mertua tak jadi!!! (jengjengjeng!!!!~~~~)
Takkan nak menyombong diri lak kan, ai salam dia tanya khabar and kenalkan mak and anak ai...
Ada nampak perubahan pada wajah dia.. Ai tak boleh nak tafsirkan. Wajah penyesalankah? Marahkah? Sedihkah? Gembirakah? Seriusly, ai tak dapat tafsir..
Dia mintak dukung cik wawa. Mungkin dia tengok ai dengan mak ai nak makan and susah nak pegang cik wawa.. Sempat dia tanya 'mana laki ko?'. Incik ijie tak dapat datang coz dia keje hari sabtu..
Makcik terus bawak cik wawa ke khemah lagi 1. Ai tengok ada adik ex- kat situ. Sempat pulak makcik amik gambar dengan cik wawa. Motif? Ai tak tau. Sila jangan tanya. Then, dia jumpa orang2 kampung lain, ada cite2 cket. Ai tak tau ape yang makcik cakap pasal anak ai dan mungkin pasal ai jugak! Dengan pakcik (ayah ex-) pun dia ada tunjukkan si wawa. Ai tengok tu semua dari jauh... Sambil makan.
Wawa dah stat merengek dan gelisah pada tangan makcik. Panas mungkin. Sepanas cerita lama kami..
Bila tengok ai seakan selesai makan yang tak berapa dengan tekak ai disebabkan risau agenda akan datang, makcik serahkan wawa pada ai. Dia tarik kerusi sebelah ai and duduk. Seperti mahu berborak..
Bual-Bual kosong, tetiba makcik bukak cite lama. Ai hagak dah!!
"korang dulu putus kenapa?,"..
"Makcik, panjang cerita dia. Lagipun cerita lama.."
"yela, kau pun dah ada hidup sendiri.."
"nak buat macam mana lagi, dah takde jodoh.."
"makcik dengar kau yang tak setia..(sambil gelak palsu!)" (ai perasan perubahan wajah dia)
Bila makcik bukak cerita pasal kesetiaan ni ai hangen jugak. Nak aje ai cerita dari a-z..
"makcik, ni cerita lama la.. Benda dah jadi.."
"ye, makcik faham.. Dia ramai kawan-kawan, kau pun ramai kawan-kawan, mesti ada yang jeles.."
"betul tu makcik.. Dah la makcik, tu semua cerita lama.."
mak plak menyampuk..
"dak P bile lagi?
"entah la.. Bunyik-Bunyik pon takde. Senyap je.. Ni semua sebab kau lah!!" (tegas and menekan je bunyi dia sambil tepuk bahu ai!)
agenda ketawa tersirat berlaku di antara makcik and mak ai. Ai? Hanya mampu MENYENTAP!!
"takde lah nadiah.. Makcik gurau2 je.."
ai nampak makcik kesat air mata sambil ketawa buat-buat..
Ai faham apa yang cuba disampaikan. Ada bau2 menyalahkan ai kat situ. Ai tak tau ape mimik muka ai that time tapi memang ai sangat menyentap..
Makcik, makcik mungkin dengar cerita dari 1 pihak aje..
hasil dari sumber stalker ai, ape yang ai tau, ex ada jugak awek2 lepas clash dengan ai ape.. Yang latest ai stalk awek ex macam bukan calang2 orangnya. And ada cite2 bakal bertunang lagi tu. Watde la kan.. Oh ye, ai stalk bukan ape, just nak tau cerita kengkawan lama ai aje and no else. Fullstop. Cuma secara sulit n bukan terang terangan..
tu yang makcik cakap takde "bunyi2" dan cuba salahkan ai disebabkan ex tak ada "bunyi2?" its not fair la makcik!
lepas borak2 kosong, ai ajak mak ai segera angkat bontot! Lagi lama ai kat situ, macam2 boleh jadi. And ai taknak dapat dosa kering. Cukup ai masih ada rasa hormat kat makcik. Tak pernah berubah rasa tu kat makcik walaupun ai dengan ex tak macam dulu..
sebelum balik, ai salam n cium dia..
"makcik, dah2 la ek. Tu semua cerita lama.. Kitorang takde jodoh.."
"ye, makcik tau. Cerita lama.. So, kosong2 la yek.."
ai tau, hati makcik cakap tak seperti dimulut..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ai tak tau apa nak ngomen pasal kejadian tersebut. Pada ai, cerita lama kami sudah lama tertanam.. Hanya tinggal kenangan. Dah tak payah nak pening kepala cerita pasal 3,4 tahun lepas..
sekarang masing2 ada life sendiri. Ai dengan keluarga ai. Dia dengan karier yang dia idam2kan sejak dari dulu, so ape lagi mau??
bukan dulu kami tak cuba perbaiki hubungan kami, siap ada "expired date" lagi, tapi kalau dah tertulis yang kami bukan untuk satu sama lain, apa lagi yang mampu kami lakukan??
its about qada' dan qadar.. Apa yang selalu ai sebut 'Past is past. Life must go on..'
saya sayang keluarga kecil saya dan akan sayang dan sentiasa sayang mereka.. Terimalah hakikat walau hakikat itu pahit..
dan pada masa ini, masih teringat kata2 makcik sepanjang pertemuan singkat kami..
*entri ini ditaip pada hari sabtu, 22 nov 2014, 1124pm. Entri dipublish lewat disebabkan kekangan sambungan jalur lebar~
![]() |
Her smile :) |
![]() |
Guess what?? |
![]() |
with my lovely momma |
![]() |
eh, ni bukan anak ai. Tp my niece. Umor sebulan tua dr wawa. |
Hari rabu bersamaan 12hb Nov, ai ditugaskan untuk membawa 2 orang student ai untuk latihan tarian. Peringkat kebangsaan hokey! Kira wakil negeri melaka la diorang ni..
Takde pape pon yang sebenarnya ai nak citer. Hahaha (Golak sorang-sorang!)
Al kisahnye, kitorang punya peraturan, sape2 yang dtugaskan untuk bawak budak2 ni gi latihan tarian kat Sk Pendidikan Khas, Semabok, lepas antar, cikgu2 tak payah balik sekolah semula. Jauh beb nak hantar dari Sungai Rambai ke Semabok nun jauh tu ha.
Tak kisah la kita antar then nak tercongok tengok budak2 ni wat latihan atau, kite leh gi memana yg kita suka. Means, its free time! Yang penting kita antau n amik bebudak 2 balik umah..
Ari Rabu aritu, ai tengok2 dulu latihan tarian. Pastu dalam pkul 10 ai keluar dari SKPK tu. Ai pegi mana??
Ai singgah butik Avon jap amik katalog, dok belek2 dalam kete pastu go straight gi Aeon Jusco! Ape lagi menyoping la. Survey2 baju wawa, dapat capai dua lai, cari wedding present untuk member ukm ai kawen ujung bulan nanti n beli cadar ngah offer 70%! Sempat lagi uolls. Hahaha.
Eh, berbalik pada tajuk entri kali ni, before ai gerak dari skolah, sorang student cina ai ni berpesan "Cikgu, nanti jalan lambat-lambat tau..."
Hokey, mak blurr nak!!
Ape yang kau nak sampaikan ni?? Nazlia, salah sorang budak tarian yang ai nak bawak g SKPK pun mula2 blur.. Apa yang ai jawab? "Ha, ye la.." dengan nada tak brapa nak faham ye tak ai menjawab pesanan dia tadi.
Macam tak brapa nak puas ati, ai tanya naz weather dia faham ke tak ape yang budak ni cakap. A few minutes later, naz cakap, "Haa.. Agaknya dia nak cakap biar lambat asal selamat kot."
Ok, masuk akal jugak~
Ni la cabaran cikgu pendidikan khas. Kene faham, layan and buat2 faham apa yang student cuba sampaikan kat kita..
Ada faham??
Hmm.. Penangan pembawakan budak kot. Tapi bila fikirkan balik, sian anak ai kat dalam perut ni. Tak memasal terlibat sama.. Mamanya bila boikot tak makan, lupa anak ey dalam perut. Macam tu je cara mama nak.. Marahkan diri sendiri, perut jadi mangsa! Lagi teruk, anak mama ditarik sekali! Maafkan mama nakk..
Tapi, papa ey buat tak tahu jek. Tu yang buat mama lagi geram! Mama rasa, mama yang merajuk dengan papa.. Tapi keadaan sekarang dah terbalik! Apa yang mama kena buat nakk?? Apa yang mama buat semua tak kena kat mata papa tu..
Cuti sekolah ni, kengkadang rasa macam dok kat penjara je.. Bila tinggal dengan family-in law ni takde masalah, tapi bila dah macam dok dalam dunia sendiri dah rasa jadi budak austism plak la.. Lebih banyak menghabiskan masa dalam bilik layan perasaan sampai tertekan! Sian anak mama..
Bila nak selalu balik rumah serkam, memula macam ok, tapi bila terfikir pasal MIL kat rumah keseorangan bila FIL keje, kesian pulak dia sorang2 kat rumah.. Bila balik, takde benda boleh dibualkan, ye la, mama ni orang luar. Tak macam anak sendiri. So, bertempek la mama kat bilik nun. Tah apa yang MIL ngan FIL pikir bila mama dok terperap dalam bilik sana.. Macam mana nakk.. Ma cuma nak temankan diorang je..
Papa pulak, dari terbit matahari sampai terbenam n kembali terbit semula matahari dah masuk hari ke-3 dia buat muka.. Malam-malam jangan cakap la.. Air mata gugur sendiri nakk.. Papa lupa yang mama ni berdua ke?? Terasa hati mama ni.. Mama tau, bby pun rasa apa yang mama rasa ni kan nakk..
Pagi tadi bila asyik teman papa jadi patung masa papa sarap, tengok FIL dok siram pokok, mama rasa macam mama nak jadi pokok bonsai la sayang.. Kenapa pokok bonsai??
Walaupun pokok bonsai dikacip-kacip rantingnya setiap hari.. Dipatah-patahkan dahannya supaya menjadi bentuk yang diinginkan, memang sakit... Tapi disiram dan dimanja-manja dengan penuh kasih sayang. Kengkadang sampai berborak dengan pokoknya setiap hari.. Bila tiba masanya, bonzai yang telah membesar seperti apa yang dikehendaki, akan dipuji-puji. Bukan sahaja dengan pemilik bonzai sahaja, tapi dengan sesiapa yang memandangnya. Amazing kan nakk.. Walaupun sakit setiap hari tapi pengakhiran cerita yang menenangkan.. Waaa..
Tapi cerita kita macam mana?? Mama pun tak tahu nakk. Apa yang mama boleh buat, ikhlaskan diri dalam melayan setiap pe'el papa tu ek saya. Kita sama-sama cuba ye nakk..
Mama tau, anak mama rasa apa yang mama rasa... ~
Hokeh, long time no see ya! Almaklumlah, sejak bertukar status, n akan upgrade lagi 1 tahap, blog makin terabai.. #tundukpandangbawah~
Ape boleh buat, layankan ajelah.. Sekarang dah hujung tahun, aktiviti Pdp (pengajaran dan pembelajaran), seakan-akan telah tamat sebelum waktunya.. Final exam dah abis, berbaki 2 minggu sebelum holiday..
Jumaat lepas punya cerita, di pagi hari dapat warkah menjadi pengawas pekse spm. Ingtkn nama 2 dah kluar n ai terselamat, upenye tidak. Pusat peperiksaan SMK SERI MAHKOTA. Dapat pulak, hari jumaat tersebut badan tak brapa nk sihat after balik camp n bawak budak tarian at the whole week, dgn ptg khamis pegi klinik tak dapat mc, ai po dengan muka orang sakit 'buatan orang' menagih simpati untuk mencari pengganti ai..
Hasil usaha dan bantuan daripada gpk1 n ai kena,wajib berterima kasih pada cikgu Norhakimi sebab sanggup menggantikan tempat ai. Walaupun dia ada komitmen lain pada cuti sekolah nanti.
Ai bukan sengaja takmau jaga spm tapi ai sedar akan kekuatan diri ai. Yg sekarang ni pon tak mampu nak bawak diri, nikan pulak lg few weeks yg confirm2 ai sedang mabuk kepayang time 2. ye la, jaga spm mane la leh duduk rite? kne bjalan, bdiri.. Laratkah ai nanti..
So sebelum apa2 yg tak diingini blaku, baik ai tarik diri awal2. Kol orang jabatan, unit exam, buat surat, faks n so on dengan bantuan akak2 pejabat..
Sedikit lega bila hal ni selesai.. Maka:
+ bolehlah ai besarkan perut yang semakin membesar ini
+ take care of myself much more!
+ trimas untuk semua yang membantu saya..
Alhamdulillah, akhirnya ai bergelar isteri kepada suami ai.. MOHD.TARMIZI MOHAMED ALI..
Alhamdulillah, kedua-dua belah majlis telah selamat berlangsung. Acara akad nikah telah diadakan di Masjid Jamek Kg Serkam pada hari Jumaat 06 September 2013..
Dengan 2 kali lafas, ai sah bergelar isteri. Syukur sangat-sangat! Setelah menempuh ujian dan dugaan dalam masa bertunang yang amat mencabar ituh!!
Jumaat malam diadakan majlis ala-ala berinai selepas majlis pertunangan kak lang.. Esoknya pula majlis dirumah ai dan keesokkan harinya pula diadakan majlis menyambut menantu..
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu dalam majlis kami. Hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian..
#now staying with my husband at seri minyak~
#terima kasih kepada semua yg menghadiri majlis kami.~
#doakan kebahagiaan kami berpanjangan ye
#bercinta hingga ke syurga~
Ai tak tahu ape perasaan ai bila dapat tau that news.. GEMBIRA? SECURE? LEGA? Ya, ada sedikit lega dalam hati...
News apa??
Incik ijie bagitau tadi that perems akan get enggage pada hari raya nanti!!
Tahniah la wahai perems! Ai doakan semoga hubungan korang nanti tak sehabut hubungan aku yang telah kau kacau-bilaukan. Almaklumlah, kau kan sayang sangat-sangat kat bakal tunang kau tu kan. Sampaikan tak tahu nak curahkan kasih sayang kau yang terlebih tu kat mana..
Farewell my Frend! #mata ke atas, tangan di bahu!
Apa-apa pon, ai doakan yang baik-baik untuk korang.. Rasalah penangan ujian dan dugaan seperti mana kau pernah menduga ai tak berapa lama dahulu...
Oh ye, mungkin ai patut ucapkan beribu lemon terima kasih kat kau sebab semakin hari semakin kami bercinta..
Terima kasih dan selamat maju jaya!~
Hari ni hari jumaat bersamaan ramadhan 3~
Disebabkan tiada mata pelajaran pjk yang ai kene ajar, maka kena la pakai baju kurung pergi skolah rite? Baju kurung dah siap digosok pada hari ahad seblum ni ai sarung aje la..
Tup-tup, tudung lak tak digosoknye. Tah apesal ai tergerak ati mau lilit belit shawl kuno yang ada dalam gobok ai tu. Main capai je la kan.. Dah la terlajak tido after sahur pagi tadi. 6.30am baru tersedar. Padahal asyik snooze alarm jek. Mana nak ada masa dok tenyeh iron kat tudung kan.
Lilit punya belit.. Eh, okey plak jadi kan.. Mula-mula pakai spect, tapi bila pakai shawl mana nak kene ngan shawl kan, so ai insert la mata palsu dalam mata kan.
Tak tacap lebih-lebih cz nak nampak natural konon-kononya. Just pakai compact, eyeliner n lipstick. Done!
Sampai-sampai skul, ada bacaan yasin n tahlil. Yasin as usual la kan, tp sepanjang bulan puasa akan diadakan tahlil.. Abis majlis, ada la jumpa sorang student aliran perdana. Fatin kalau tak silap ai nama dia.. Dia dok tegur ai~
"cantik cikgu hari ni.. Seri pengantin dah naik".. Aiseh, tetiba nak blushing plak.. "eh, memandai jek awak ni kan.. " sambil gelak ala-ala sopan konon-konon ey! #muntahdarah!
Wahahaha. Apa-apa pon, just be myself!
Nak tengok gupe ai hari ni?? Taraaa!
Sejak kebelakangan ni, asyik ujan pagi jek.. Mula dari pagi isnin lagi.. Pagi selasa pon macam tu jugak.. Sedang ai sibuk-sibuk dok tepek muka dengan foundation, compact powder, tenyeh a lil bit lipstik kat molot, tiba-tiba.. Guruh yang maha kuat disertai dengan panahan petir bercahaya putih dok menghentam tanah serkam timur!
Terkejut memang terkejut! Tak semena-mena, beberapa lampu terpadam dok kesan kilat tu n suiz utama rumah dok menendang. Adam yang dalam bilik air tengah termenung durja melalak macam budak kecik. Terkejut beruk nampaknya.. Pagi tu, kecoh kejap umah..
Paling takbolehblah bile dak adik cakap petir tu dok sambar JNX ai di mana ai sedang panaskan enjen kete as usual. Gile babeng la kalau tok JNX ai kene panah petir. Ai dah terbayang JNX yg totally distroyed, xboleh pakai n terpikir pasal loan kereta yang belum setahun lagi tu.
Lagi melampau bile terlintas benda ni dalam kepala :
JNX kene petir >>> terbakar kebaboom!!! >>> kebakaran melarat kene kat umah >>> abis musnah barang majlis >>> jadi topik hangat Harian Metro! Bertajuk '2 bulan lagi-segalanya hangus dipanah petir!'! Gila ka pa!
Teruk sangat melayang wey!
Kembali ke dunia nyata-ai sambung semula dok tacap muka yang takseberapa ini dan terus ke skul. Sebelum tu, sempat jugak takot-takot nak bukak pintu JNX, buatnya ada renjatan kilat lg. Hahaha.. Sampai skul, ai bawak student ai si halim gi masjid al azim untuk pertandingan khat jawi semperna Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Melaka. Ai pon tacap muka ai sebab ai kene jd Emcee untuk pertandingan nasyid Mtq tersebut.
Lepas hantar halim balik umah, ai terus gi ke Tm point depan politeknik merlimau untuk bayar bil yang dah tertunggak. #tutop muka jap!. Abis jugak la rm155.++ dok bayar bil. Tapi sampai2 jek umah, nana cakap telefon n tenet langsung takbolehpakai! Watde! La kan! Ai baru byar bil!
Tapi bile teringat kes pagi tadi, ai buat konklusi bhawa telepon n tenet tak boleh pakai cz kene kilat! Ptg 2 jugak ai pinjam telepon kat umah FIL nak buat aduan kerosakan..
Esoknya bersamaan 1st day puasa, orang telekom dok datang umah nak betolkan ape yang takbetol. Dipendekkan citer, modem tenet ai rosak n kene beli baru sendiri cz dah abis waranty..
Petang tu jugak la ai mintak tolong incik ijie temankan ai gi pc world cari modem internet. Sambil-sambil date sampingan, sempat jugak singgah bazar kat bndar baru. hahah.
Dipendekkan lagi cerita, hari ni - 2nd day puasa, ai dengan rasminya telah menggunakan modem internet baru dengan harapan bilik ai dapat kuasa serapan internet yang lebih laju dari b4 ths! Banyak ai dah melabur tau. Lebur rm140 buat beli n servis setup modem baru ni tau!
Ok, chiaw dulu. Mau tido, esok pg mau sahur!
#selamat bpuasa semua!
#2 month 2 go!
di sini ai nak buat satu pengakuan berani mati! disebabkan ai macam dah tak berapa kuat lagi nak tahan.. lantak lah.. ai bile dah sayang memang sampai mati ai akan sayang. tapi bile sebaliknya, kira vice versa lah kan, ai akan BENCI sampai mati melainkan ai betul-betul maafkan dia. tapi hengat ye FORGIVE BUT NOT FORGET!
kejam?? yup! memang kejam! ada ai kesah!!
di sini ai nak buat pengakuan bahawa:
AKU BENCI DENGAN KAU PEREMPUAN!!! DALAM HATI AKU SEBOLEH-BOLEH TAKNAK BENCI KAU, TAPI AKU DAH TAKBOLEH TAHAN DENGAN PERANGAI POMPUAN KAU TU POMPUAN!! TAPI DISEBABKAN PERANGAI KAU YANG TAK BRAPA NAK CERDIK TU BUATKAN AKU BENCI, BENCI, BENCI, BENCI SANGAT DENGAN KAU! AKU TAK TAU KAU NI POMPUAN JENIS APE YANG SANGGUP BUAT ORANG LAIN MACAM NI! RASANYA AKU TAK PAYAH NAK AJAR KAU LAGI DAH SEBAB KAU SENDIRI DAH TERLEBIH AJAR DAN AKU MALU DENGAN KERJAYA KAU SEBAGAI PENDIDIK YANG TAK BERAPA NAK TERDIDIK PERANGAI! JANGAN SATU HARI NANTI KAU KAU AKAN RASA APA YANG AKU RASA NI. SERIOUSLY, AKU BENCI DENGAN KAU WAHAI PEREMPUAN YANG TAK FAHAM BAHASA!! KAU MEMANG PEREMPUAN DRAMA QUEEN!!
ya, ai dah lekat kuat2 dalam diri ai yang ai benci sangat dengan perems tersebut!!
#ada sape2 yang dengar jeritan batinku ini?? need shoulder to lean~
rindunya nak berblogging.. walaupon sebenarnya banyak benda nk dikarang dalam ni. tapi kekangan masa..
rindunya nak meluahkan perasaan.. walaupon ai meluahkannya di sini, ai taktau ada orang yang mendengar atau tidak..
rindunya.. rindu sangat-sangat..
Alhamdulillah, jalan di hadapan semakin cerah dan semakin bermatlamat.. Semoga laluan yang telah kita lalui bersama menjadi suatu perjalanan yang memberi pengajaran untuk kita berdua.. Mungkin bertiga, berempat dan mungkin untuk kita 2 keluarga..
Saya sayang awak.. 4 bulan je lagi sayang.. Semoga Tuhan bersama kita <3
Alhamdulillah.. Incik tunang dah dibenarkan balik pada hari selasa lepas..
Selepas 5 hari dalaw wad 340 A, tingkat 3, Hospital Pantai Air Keroh, Melak, ape yang makmal dapat kesan adalah encik tunang mengalami VIRAL FEVER. Pandai-pandailah korang search ape itu viral fever..
Doktor jugak cakap, yang kuman kat hati melebihi 4 kali ganda daripada normal! Hai, ai rasa, patutnya ai yang dapat penyakit hati ni coz asyik MAKAN HATI, SAKIT HATI, and so on..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan.. Ai bukannya nak salahkan sesiapa, yang penting NIAT yang dipasang mestilah yang baik-baik. Betul tak? So, tak nak cakap panjang-panjang, ai harap, ai dah buat yang terbaik sepanjang incik ijie berada di wad. N harap dear boleh "nampak" apa yang sepatutnya dia nampak..
Ok, babai~
Saya rasa bertuah dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Saya rasa Mereka ada walaupon saya berasa susah atau senang.. Terima kasih buat Mereka..
Bertuah rasanya dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Saya anggap Mereka ibarat keluarga saya sendiri.. Malah, saya rasa seperti keluarga kandung saya! Ada Ibu, Ayah dan Adik yang sentiasa sokong saya.. Terima kasih buat Mereka..
Bertuah rasanya dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Walaupun saya orang luar, tetapi saya diterima sebegini.. Saya rasa saya tidak berseorangan merasakan perasaan ini.. Terima kasih buat Mereka..
Bertuah rasanya dapat berkongsi kasih sayang dengan Mereka.. Saya pun berharap Mereka dapat terima saya dalam keluarga ini.. Saya sayangkan Mereka! Mereka sebahagian daripada saya.. Terima kasih buat Mereka
Ayat dah macam berputus harapan jek.. Tapi macam memang betul jek.. Whateverlah!
Dah tak kuasa nak melayan perasaan-perasaan tersebut walaupon hakikatnya, masih banyak lagi perasaan itu tersyumbat dalam hati dan kotak fikiran ni..
Tapi saya tetap dengan perasaan saya. Saya tetap percayakan awak.. Biarlah.. Biarlah awak sorang je yang tahu bagaimana perasaan saya terhadap awak.. Biarlah..
Biarlah saya disakiti, dibenci dan tidak disukai buat masa ini. Tapi saya percaya yang suatu hari nanti awak akan tahu betapa sayangnya, rindunya, cintanya saya terhadap awak..
Biarlah saya menangis kesaorangan diwaktu ini.. Biarlah saya menangis di hadapan mereka pada waktu ini.. Biarlah saya menangis di belakang pada waktu ini.. Kerana saya tahu, saya buat begini untuk KITA..
Biarlah..
BENARKAN saya untuk MENYAYANGI, MERINDUI, MENCINTAI awak untuk sepanjang hidup saya.. Dengan izin AWAK dan izin-Nya jua~
Saya percayakan awak..
Sebab saya sayangkan awak..
Saya percayakan awak..
Sebab saya cuma ada awak..
Saya percayakan awak..
Sebab dah takde sebab laen untuk saya tak percayakan awak..
Saya percayakan awak..
Sebab awak buat saya percaya..
Saya percayakan awak..
Sebab saya pegang dengan kata-kata dan janji awk..
Dan saya percayakan awak..
Sebab diri awak dan bukannya orang laen..
#saya masih percayakan awak~