wah, lama benau aku tak update blog aku ni.. rindu plak untuk berblogging. tapi so far, ape yang nak aku coretkan kat sini. actually, macam banyak tapi tak tau dari mana nak mula.. owh ye, citer-citer kat bawah ni aku penah stori-mori sal aku punye praktikum. tak banyak yang aku leh citerkan sal praktikum cz sumenye so far so good. [good ke???]..
cerita 1 ---> praktikum:
sepanjang 8 minggu aku berkhidmat kat smk padang temu, melaka, macam-macam aku dapat. kusangkakan menjadi seorang guru amat mudah, tetapi hakikatnye, hanya tuhan saja yang tau. walaupon student aku tak seramai pelajar tipikal biasa, tapi menghadap perangai n peel diorang aje dah macam mengalahkan 1 kelas tipikal serapai 40 orang! hasil cabutan bertuah, aku ditugaskan untuk mengajar 2 kelas. 1 fitrah ngan 2 fitrah. dua-dua kelas yang "bertuah" ni hanya mempunyai 4 orang sahaja pelajar yang perlu "dipulihkan" dengan pencalonan oleh guru kelas diorang. 4 orang 1 kelas ni hanyalah 4 orang insan terpilih daripada kelas-kelas berkenaan ye... aku dikehendaki untuk mengajar subjek matematik bagi kelas 1F yang terdiri daripada fitri, johari, muzaimy n nasrul [bukan nama sebenar!] manakala 2F pulak yang terdiri daripada ali, mohd hanafi, norhanafi n aiman [juga bukan nama sebenar - aiman tak lama kekal belajau ngan aku coz dia pindah smk pernu la pulok!] bahasa melayu menjadi subjek aku kene ajau...
bagi aku ajau bahasa tak la susah mana, yang paling killer buat aku adelah mengajau math. bukan sebab subjek tu sendiri, tapi sebab student yang memang terus terang aku cakap, aku tak ley nak handle that klas. klas bermasalah, klas yang tu la... ade sorang student dalam kelas tu, perangai memang mengalahkan 10 orang punye perangai. bile dia tak datang je, macam nak je wat kenduri doa selamat, bile dia datang skolah, rasa macam nak wat kenduri tolak bala la orang cakap.. tapi ape-ape pon, diorang tu tetap student aku, n aku kene jalankan jugak p&p dalam ape jugak keadaan. yang sorang tu, kalu member kamceng dia tak de kat klas, pasif ya amat, bile member tu datang, hyper mengalahkan budak hyperactive. dok membuat kerjasama mengacau member lain yang nak study.. pelajar zaman sekarang, cikgu kat depan pon dipandang sebelah mata... tapi "we are profesional".. dah tau ape "masalah" diorang, so, nak tak nak kene adapt tu smua.
tingkatan 2F, menjadi target aku bile lecturer, dr.M datang untuk mengobserve. aku tak berani amik risiko menggunakan kelas 1F sebab aku tau tahap kemampuan aku untuk menghandle kelas berkenaan. walaupon tahap kesabaran aku turut digunakan secara maksimum untuk mengajar kelas 2F. 2 daripada 4 orang pelajar dalam kelas pemulihan 2F aku ni mempunyai masalah membaca. kalau nk suruh baca 1 perkataan tu, pergh, macam suh berperang.. ade jek alasan diorang. masa nak abis la, dok tergaruk-garu kepala yang mungkin tiba-tiba je kutu menakluk, suh orang laen bacekan la bagai... tapi aku dah leh nampak perkembangan pembacaan diorang. well done!!!
banyak lagi stori sal praktikum ni.. sory to say, xpat nak stori semua la beb... berjela-jela plak kang.. lagi pon, gambau-gambau masa praktikum aku tak abis pungut dari debot. disebabkan black bluey aku dalam keadaan nazak sekarang [ tapi dalam proses pemulihan coz dah gi antar spital!!], memori praktikum aku tak dapat dimanfaatkan bersama black bluey... nanti-nanti ade masa aku selit-selitkan sal citer masa praktikum k...
cerita 2 ---> aku dah senior!!!
abis aje praktikum 09 julai, 11 julai dah kene balik ukm semula... sebab ape?? sebab aku nak booking blok k3a kolej dato onn as tempat pertapaan aku untuk setahun akan datang.. dh la tak puas untuk bercuti, pas abis praktikum terus balik ukm.. mengeluh sebentar!.bile menjejakkan kaki kat ukm, baru terpikir, ya allah, dah hampir 4 taun aku kat sini.. super duper senior dah! rasa kesunyian mula menusuk coz ex-ex-rumet aku macam azza [rumet taun 1], n fiezah [rumet taun 3 - last year] diorang akan berkonvo pada bulan 8 ni.. sebab diorang punya kos hanya 3 tahun... fakulti pendidikan, kejuruteraan, perakaunan [kot] undang-undang, sains dan teknologi [depends pada kos] semua 4 taun... so, member-member yang 1 batch masuk ukm sama aku lebih dari separuh daripadanye akan mulai berkonvo bulan 8 ni.. besh nye..!!! aku ni masih lagi meneruskan pengajian...bohsan, xde member.. bukanla aku sorang aje yang belajau 4 taun, tapi aku ni jenis tak ramai member terutama sekali member kolej.
bile daftar kolej, alhamdulillah, dapat jugak blok yang aku idamkan, k3a.. aku nak sangat dok blok ni bukan ape selesa pon selesa coz 1 bilik cuma 2 orang, n yang paling aku suke, toilet dalam bilik. so, tak de la aku nak berebut-rebut toilet ngan orang lain melainkan ngan rumet aku je.. tapi dengan sedihnye, aku dapat bilik ditingkat yang sama ngan sem lepas. aras paling atas skali.. paling sadis, bilik bersebelahan ngan bilik last sem aku... dulu 401, sekarang 402! coi!! puasla aku dok mengusha abang felo mintak tukar aras bawah, alasan dirong dah tetapkan bilik mana student duduk.. hapeh tol.. 2,3 hari aku dok tanpa rumet, bile masuk seminggu pon rumet aku tak cek-in kolej... aku try rujuk kat pejabat kolej, dia ckp mybe rumet aku tu tak balik praktikal lagi. sebab tu dia tak masuk kolej lagi. aku try mintak tengok list penghuni kolej, aku tengok ade jek budak yang ley tukau-tukau bilik, dari aras 4 yang sama macam aku, bole plak tukau ke aras 2!! ha**ak punye pejabat... aku redha je la dpt dok kolej ni.. and, untuk pengetahuan korang, dah nak masuk sebulan ni aku duduk kolej tanpa rumet dan aras aku ni cuma ade 3 bilik je yang berpenghuni, bilik 401, 402, n 403 je ade orang. kira bilik aku tengah-tengah la. tapi sebelah-sebelah bilik aku ni chinese la pulok... layan je la...
tahun 4 sem 1, banyak benda kene wat.. tesis atau LI [latihan ilmiah!] kene setelkan sem ni jugak. i thought tesis ley wat 2 sem, upenye kene setelkan sem ni.. hadus... harap-harap semua berjalan ngan lancar... bermula sem ni, kitorang punye penyelaras program pendidikan khas dah bertukau tangan dari pentadbiran dr.M kepada en.S [bukan nama sebenar!] dengan ini jugak secara tak langsung budak-budak pemulihan dah resign dari wat keje-keje melibatkan program.. huhuhu... lately, en.S sudah menunjukkan belangnye dengan membacakan result exam taun 3 sem 2 kpd smua student!! hadoi!! ade baik, ade buruknye beliau buat macam 2.. kebaikan dia adelah untuk bagi kesedaran kat student yang lupe tanggungjawab masing-masing iaitu study! [termasuk la aku coz result sem lepas aku memang merudum!!! hawau!].. dan antara keburukan dia adelah wat student rasa down gile bile dimalukan sebegitu rupa.. [aku pon terasa gak!!] klo result gempak, boombastik, memang kembang bermangkuk-mangkuk dipuji depan member-member lain, tp bile sebaliknye, faham-faham sendiri lor [dah taun 4 kan... tak kan tak faham lagi kotz!] so, gud luck all of you yang still melanjutkan atau meneruskan pengajian anda.. before aku lupe, tahniah gak untuk kazen aku, ana yang dapat masuk UM. kos ape aku xpasti plak n danial, adik kepada ana dapat masuk KPTM melaka...
cerita 3---> sense of belonging yang melampau???
cerita yang bakal aku ceritakan ni tak ada kaitan dengan sape-sape.. this is only my emotion je k..aku ni nak katakan ramai member, macam tak ramai sangat coz aku akan stick ngan member tu je pada suatu-suatu masa. aku memang sayangkan kawan-kawan yang aku ade. tapi aku mempunyai masalah dalam sharing kawan ni.. aku rasa bile kawan aku sendiri macam membiarkan aku sorang diri aku rasa macam dia tak patut wat aku macam tu. maksud aku kat sini, bagi aku, kawan aku adelah kawan aku n tak boleh nak kawan ngan orang lain. boleh tu memang la boleh tapi jangan la dok biaq aku sorang-sorang... [touchy la pulop!] aku tak tau kenapa aku leh rasa macam tu.. yes, aku mengaku, aku ni sorang yang tak boleh berdikari, mengharapkan orang lain untuk memimpin aku, perlukan orang laen untuk membawa aku ke jalan yang benar gitew! aku perlukan sokongan orang lain dalam hidup aku... so, bile orang yang aku begitu harapkan, tibe-tibe ala-ala "berpaling" dari aku, memang aku rasa down giler! adus.. ape yang aku ley wat ek?? any opinion???
walaupon macam tu, aku still ade kawan-kawan yang aku kawan dah lama sangat. ade yang sejak dari skolah rendah, n menengah, diorang still macam dlu. "tak berubah" bagi aku.."tak berpaling" untuk aku... fizhan, antara orang yang paling memahami diri aku. aku ngaku, takde orang lain yang leh faham perangai aku ni selain daripada dia.. even dia n diri aku sendiri tak boleh nak bace rentak hidup aku ni, tapi aku senang kawan ngan dia... share citer-citer remeh pon leh aje.. kengkadang aku tukau shampoo baru pon nk jugak citer kat dia.. kalo orang lain, ley ke macam tu???? thnx dear!
selain daripada fizhan, adhwaa adelah kawan aku sejak aku skolah rendah lagi. tp semenjak masing-masing dh bawak hidup sendiri, aku ngan study aku, dia ngan keje dia [kompol duit untuk kawin katenye...] kengkadang takde masa untuk satu sama lain. tapi we are still keep in touch. sekarang ni aku dok merajuk ngan dia sebab bile aku balik melaka, dia takde masa nak jumpe aku. kalau aku tak balik melaka, dia suh balik, bile aku dah balik, dia plak tak nak jumpe aku.. hampeh la kau hwaa!
iksan, mat tiarap [soljar @ tentera la...] yang kini dok kat sibu, jugak termasuk dalam list aku.. you are my best fren la san! kau leh je detect ape masalah aku kan.. ngan kau aku tak leh nak tipu-tipu.. dapat je bau ketipuan aku tu kat idong kau tu... sekarang san dh tunang... bahagia aku tengok kawan aku bahagia!!! untuk pengetahuan kau san, aku selitkan nama kau kat sini bukan sebab kau suruh, tapi ni memang ikhlas dari ati aku.. salah satu cara aku nk menghargai kawan-kawan aku..aku sayang kawan-kawan aku!!!
kesimpulan --->
wah, dah panjang lebau plak aku tulis untuk post kali ni.. awal-awal tadi cakap takde idea la bagai nak menaip tp bile dah stat menaip, smpai tak cukup korum aku tulis.. so, ni antara nota kaki untuk post aku kali ni:
- result praktikum blom kuar lg... still TL lagi [bukan tidak lulus, tapi tak lengkap. tak tau ape yang tak lengkapnye lagi!! ] congrates untuk kawan-kawan aku yang berjaya dengan cemerlang dalam praktikum macam faizal yang dapat A! kamarul u got A-! dan kawan-kawan laen yang tersenarai dalam grup A, A- dll lagi.. aku punye result still pending lagi nih!!
- sweet memories derive from preety begining - smk padang temu, melaka sweet memories out there!
- maaf kat kengkawan yang aku tak listkan dalam best frens aku, bukan tak nak listkan tapi tak cukup korum, ade masa aku stori mori lagi k..
- aku ade member yang study over the sea, saiful salleh study kat mesir! dia adelah kwn aku ms primary skool dulu..nice meeting you again! persahabatan kembali terjalin setelah "berpisah" selepas membawa haluan masing-masing after UPSR dulu.. (^_^)v
- wish me best of luck at this final year!!!