kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label sebuah kisah. Show all posts
Showing posts with label sebuah kisah. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Setitis Darah Menyelamatkan 1 Nyawa 1 Malaysia & Kisah seorang SAYA

Assalamualaikum....Salam bahagia.....

Hari ni hari Sabtu...Ya, saya tahu anda semua tahu bahawasanya hari ini adalah hari Sabtu. (dalam proses nak buat karangan dengan ayat yang bagus, baik dan ejaan yang betul. skema tak saya?? heheh). Di kala orang lain enak dibuai mimpi-mimpi yang indah di pagi Sabtu, tetapi saya terpaksa awal bangun dan bersiap sedia seperti orang yang mahu keluar bekerja. Di dalam hati saya berkata, "kenapa saya harus keluar pada pagi ini?". Dalam keadaan bermalas-malasan, sempat juga saya mencapai beberapa keping kek pisang (hasil menapau lebihan kuih jamuan petang semalam) sebagai alas perut dan meminum setengah gelas teh tarik segera.

Sambil menunggu Cik Hosmate bersiap-siap, saya sempat keluar dan berbual dengan jiran sebelah rumah. Isunya lebih kepada cuaca yang kurang panas dan kisah cucunya yang suka makan jagung rebus. (itu juga yang mahu dibualkan dengan orang tua, tapi tidak mengapalah). Saya pun buka pintu pagar, Cik Hosmate panaskan enjin kereta dan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta, sempat saya melambai tangan ke arah baby comel yang suka makan jagung rebus itu.

Danish Kurniawan dengan fashion rambut barunya.
Ke mana destinasi saya pada hari ini ya??? Dalam keadaan merungut kerana hari Sabtu pun kena kerja, saya kuatkan semangat demi menyahut seruan.....

maaf, gmbr sedikit blur
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan, saya tengok ramai betul orang buat pemeriksaan kesihatan dan bersiap sedia untuk menderma darah. Saya??? Masih lagi dalam dua. Saya tidak pernah menderma darah sebelum ini. Saya tidak tahu macam mana perasaan orang yang kurang darah, orang yang pengsan selepas derma darah, orang yang sakit kena cucuk jarum besar. Jadi, di dalam dewan itu saya hadir sekadar memenuhi kehendak pihak sekolah untuk memberi sokongan terhadap kempen derma darah anjuran PIBG SMK Bukit Garam kerana kehadiran guru-guru diambil kira. Teruk betul! Hari Sabtu pun masih lagi bekerja. 

Sambil berjalan-jalan melihat pameran, saya nampak ramai warga tua (50-an) yang masih beria-ia mahu menderma darah. Begitu juga dengan kawan-kawan Chinese, Kristian kelihatan begitu bersemangat menderma darah. Saya??? Masih lagi dalam dua. Tiba-tiba datang pelajar saya, "Cikgu, kalau cikgu derma darah, nanti dapat air kotak MILO!" Sempat lagi saya jawab, "Alahai, kalau setakat air kotak MILO tu, saya pun boleh beli, bah". Pelajar itu pun berlalu.....(panjang pula karangan ni). Datang pula kawan Indian saya, Nirmala, "Ning, jom kita derma darah! I pon belum pernah derma darah." Demi menemani dia mengisi borang, saya pun ikut sama. Saya??? Masih lagi dalam dua.

Nirmala di sebelah khusyuk mengisi borang. Masih boleh tarik diri lagi. heheh
Sepanjang berjalan menuju ke tempat mengisi borang, ada 3 orang pelajar Tingkatan 6 sekolah saya yang pengsan akibat menderma darah. Dalam hati saya terdetik, "Kalau mereka sanggup mengambil risiko ini untuk menderma darah, sedangkan saya yang sudah berumur suku abad ini tidak mahu menyahut seruan ini, apa gunanya saya bercakap itu dan ini dengan pelajar jika saya tidak mahu mencuba".  Akhirnya.......

seronok dapat menyumbang sesuatu untuk orang lain. 

Alhamdulillah saya tidak ada masalah.
blood pressure : 119/82 mmHg
hemoglobin : 14.5
glucose : 4.0 mmol/l
blood type : O+


p/s : kawan-kawan pernah derma darah??? Kongsi la pengalaman sikit.

Thursday, July 7, 2011

Cerita Kedai Teh Tarik...Kisah Menyayat Hati~~

 Assalamualaikum...Selamat petang...

Penat betol hari ni...Awal pagi dah bangun, kemas rumah, siap mop sampai dalam bilik lagi (angin ribut taufan ape ntah taktau la tibe2 rajin nak berkemas pulak). Pastu konon2 buat cotton soft japanese cheese cake, aneh pulak kejadiaannya..Tak sanggup nk gambar...Makan sendiri je...Jam 10.45 pagi dah gi keje. Kat tempat kerja macam2 la kejadian aneh berlaku....


Sebelum berceloteh panjang lebar, nk cerita sikit tentang teh tarik ni. Sy tak pandai nk buat teh tarik. Jadi selalu beli teh tarik segera yang macam ni je. So far, memang yang ini paling sedap pernah sy cuba. Pernah juga try jenama BOH, LIPTON, OLD TOWN, tapi masih tidak boleh lawan yang ini. Cuma, masalah besarnya, jarang kedai ada jual. Kalau di Sandakan, hanya terdapat di Servey Batu 8 je. Punyela exclusive... heheh...

Berbalik kepada tujuan asal entry ini, memang cerita ini betul2 panjang. Kalau rasa sanggup nak baca, sila teruskan..Kalau rasa tak nak baca, boleh tekan butang close bila2 masa je. Hmmm.....okes! Semenjak buka sekolah, ramai guru berpindah dan banyak juga kelas yang sy kena relief. Jadi, ada 2,3 kelas yang akan menjadi kelas ketidaksukaan cikgu2 disebabkan kenakalan pelajar2nya. Walau bagaimanapun, apabila tiba giliran sy, pelajar2 ini masih boleh dikawal. SEBAB? Otai2 dalam kelas tu selalu kene kaunseling dengan sy.. Huhuh... Kesian...

Jadi, sy ada masuk relief satu kelas 'nakal' tadi. Mereka ni tidak juga kurang ajar, cuma nakal sikiiiiiit je...Ala, biasa la kalau budak2 tingkatan 1, 2 yang baru nak jadi remaja ni. Jadi, dalam kepala otak sy dah terfikir satu aktiviti yang nak dibuat. Sy minta pelajar2 fikirkan sebuah kisah yang betul2 berlaku di dalam hidup mereka untuk dikongsikan bersama-sama dengan pelajar2 lain di dalam kelas. Kisahnya lebih kurang...

"KALAULAH SAYA DAPAT UNDUR BALIK MASA, SAYA AKAN UBAH PERKARA ITU SUPAYA TIDAK BERLAKU" 

Jadi, berdasarkan tajuk yang diberi itu, terdapat beberapa orang pelajar yang volunteer keluar ke depan untuk bercerita...

                Pelajar 1 : "Masa tu sy darjah 5. Mak sy suruh sy cuci piring. Tapi sy tidak mahu. Terus sy keluar rumah, kemudian panjat pokok. Apabila sy nk turun, sy kena sengat dengan tebuan. Sy menyesal dan sejak dari itu, sy tidak lagi panjat pokok" -satu kelas ketawa apabila dengar cerita pelajar ini.

           Pelajar 2 : "Sy selalu melawan cakap ibubapa sy. Apabila mendaftar di tingkatan 1, sy ambil keputusan untuk tinggal di asrama. Sejak masuk asrama dan berjauhan dengan keluarga baru sy sedar tentang erti kasih sayang dan rindu. (pelajar ini sudah mula menangis dan mengesat air matanya, manakala pelajar lain masih lagi BOO dia). Ketika pulang ke rumah, sy minta maaf dengan ibu bapa sy dan cuba untuk tidak melawan cakap mereka lagi." -sy cuba memberitahu semua pelajar lain bahawa sy sangat memahami keadaan itu kerana sy pon pernah tinggal di asrama seawal usia 13 tahun. (waktu ini sy pula yg rasa nk menitis airmata apabila terkenangkan sekarang pon sy masih lagi berjauhan dengan keluarga). Pada saat ini pelajar sudah cuba untuk memahami cerita yang telah disampaikan oleh kawan mereka.

             Pelajar 3 : "Beberapa tahun lepas, ibu sy sakit sehingga menyebabkan beliau terpaksa ditahan di dalam wad. Kami satu keluarga terpaksa ulang alik ke hospital untuk melawat ibu di sana. Walaupun dia dalam keadaan tenat, sy masih lagi sempat buat perkara yang menyakiti hatinya. Makin lama keadaan ibu semakin teruk disebabkan penyakit paru2 berair. Sehingga pada suatu hari, ibu disahkan koma. Sy tidak tahu mahu buat macam mana lagi. (pada saat ini pelajar ini sudah menangis. Pelajar2 lain seolah2 tidak sanggup lagi mendengar kisah ini sehingga ada yg bersuara supaya cerita ini dihentikan di sini sahaja. Akan tetapi, pelajar 3 tetap mahu teruskan bercerita kisahnya walaupun teresak2 menahan tangis. Sy di sisi pelajar ini cuba menenangkan hatinya walaupun airmata sy sudah mengalir ke pipi). Pelajar 3 meneruskan lagi ceritanya, "Pada hari kedua ibu sy koma, sy duduk di tepi katilnya. Sy berbisik di telinganya, minta ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah sy lakukan selama ini. Sy lihat, air mata ibu mengalir. Sy yakin ibu mendengar kata2 sy tadi. Tapi sy sangat sedih sebab tidak dapat menyapu air mata ibu kerana dibimbangi dijangkiti kuman. Pada hari ketiga ibu koma, ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...Kalau la boleh diundurkan masa, sy tidak mahu berkasar dengan ibu..Sy ingin berpesan kepada rakan2 yg lain supaya berbuat baiklah dengan ibubapa sementara mereka masih ada...(saat ini sy lihat hampir semua pelajar dalam kelas ini tergamam dan paling terkejut, pelajar lelakinya yg konon2 OTAI itu boleh menangis di depan sy). 

Cerita pelajar 3 ini cukup terkesan di hati mereka begitu juga dengan sy. Sungguh, kadang2 kita lalai seketika dengan tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang anak. Sy berpesan kepada pelajar, sebelum terlambat, sebelum terlewat, hargailah apa yang ada di depan mata kita kerana pada bila2 masa saja Allah berhak menarik kembali Hak-Nya. Ajal kita tidak siapa tahu bila tiba masanya. Apa kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ini, biarlah berlalu. Yang penting adalah diri kita yang sekarang dan apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan, bukan kisah2 hitam dalam sejarah silam kita....

Tuesday, June 28, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu....MUST READ!!!

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hari ni sy rasa mcm iron lady pulak. Seawal jam 7 dh ada di sekolah. Jam 5.30 petang baru sampai rumah. Dah makan2, solat n siap2 semua, jam 8-10.30 malam gosok baju kerja (15 pasang + 7 helai tudung bawal). Gara2 sebulan tak gosok baju punye pasal. Ada 3 pasang baju batik sutera je belom gosok sebab dh tak larat nk berdiri lama sgt. Dah siap gosok baju, boleh pulak cuci kain sebaldi (tak penuh pon) tapi bukan masuk mesin, cuci tangan you! (mak mertua, sila baca entry sy) hihih...gatei jap!

Ok, berbalik kpd tajuk entry di atas, semasa sy di sekolah tadi sempat sy menjenguk bilik guru dan ternampak kelibat budak ini! Sila tengok gambar di bawah!


Ya, namanya baby Hazel Eve. Mummy Hazel keturunan Kadazan dr Kota Kinabalu. And mcm biasa, kalau ada baby di sekolah, semestinya mummy2 mereka memperkenalkan dengan Auntie Ning (panggilan manja sy di sekolah). Tak tau kenapa, tp mmg mcm tu. Tiap kali mereka bawa baby datang sekolah then terserempak dgn sy, "Tu nah, Auntie Ning!" Hihih...Bangga jap...Menjadi kesukaan baby2 di sini...

Ok, Hazel dilahirkan pada September 22, 2010 di Hosp Likas, berat 3.5 kg. Menariknya tentang Hazel ini, dia mempunyai seorang ibu yg sgt HEBAT dan sy sgt kagum dengan semangat mummy Hazel. Jadi, sebelum bermula cuti hujung tahun, sy sempat bersembang dgn mummy Hazel di Bilik Kaunseling. Pada masa itu mummy Hazel mcm tengah tunggu budak hantar buku teks. Jadi sambil menunggu, sy ajak dia sembang dulu bercerita mcm mana dia bersalinkan Hazel yg seberat 3.5 kg itu. Dia ckp dia kene bedah mase tu. Sungguh sy tidak tau mummy Hazel kene bedah n this is the 1st time sy dgr cerita org bersalin bedah dr awal sampai akhir.

Mummy Hazel pecah ketuban pada waktu pagi (kalau tak silap) dan air ketuban dan tukar menjadi HIJAU! Menurut doc, baby sudah berak dalam perut dan keadaan baby dlm bahaya jika dia termakan air itu (betol ke ayat sy?) Lebih kurang mcm tu la. Then, doc nasihatkan BEDAH dengan SEGERA!  Nak tak nak, mummy Hazel pon terpaksa dibawa ke OT utk dibedah. Doc dh inject bius kemudian tanpa membuang masa lagi, terus toreh pisau di perut mummy Hazel. Terus mummy Hazel terkejut, "Doc, sy rasa sakit!" Doc jawab, "Oh, mungkin bius belom rasa lagi tu, tak apa kami inject lagi. Mungkin ambil masa 5 minit utk rasa kebas" Menurut mummy Hazel, dia rasa mcm kene siat hidup2 pada masa tu. 5 minit berlalu doc teruskan juga bedah utk keluarkan baby. Memang mummy Hazel terjerit2 dalam OT sebab bius tak rasa pon di badannya. Demi menyelamatkan Hazel, mummy Hazel tetap juga bertahan. Masih terasa lagi macam mana pisau yg diguna oleh doc menembusi setiap lapisan kulitnya, tangan doc yg menyeluk liang perutnya, air yg keluar masuk mencuci darah di dalam perutnya dan jarum jahitan yg menembusi kulitnya. 

Apabila sudah siap dijahit, baby pon selamat, mummy Hazel diangkat berpindah katil utk dibawa keluar dr OT. Pada masa itulah baru kakinya terasa kebas...Sepanjang proses mengeluarkan Hazel dr perutnya mummy Hazel terpaksa mengerang kesakitan yg amat. "sy rasa mcm mo mati suda masa tu" itulah kata2 mummy Hazel yg masih terngiang2 di telinga sy...Adus...tatkala terpegun mendengar cerita mummy Hazel itu, sy nampak, dia menyapu air mata yg mengalir di tubir matanya...Sebak hati sy...Sungguh besar pengorbanan mummy Hazel untuknya...Sy tidak pernah bersalin dan sy tidak pernah alami apa yg ibu2 lain alami. Tapi sy percaya, inilah pengorbanan yg paling besar yg tidak ternilai harganya drp seorang ibu kepada anaknya... Sungguh sy tidak dapat tidur dengan lena pd malam itu mengenangkan cerita mummy Hazel tu. Sampai begitu sekali seorang ibu menggadai nyawa demi menyelamatkan nyawa anaknya... Apabila Hazel sudah besar nanti, kalau sempat sy akan ceritakan semula kisah ini kepada Hazel...

p/s : masker sy sudah kering, boleh dicuci sudah! Enjoy reading!

Tuesday, June 21, 2011

Berbaloi Penat Lelah Mereka Merentasi Sg Kinabatangan~

Assalamualaikum....Salam bahagia (walaupun diri ini tak berapa bahagia)..

Hadoi...Penat tak terkata apabila seminggu lebih bertungkus lumus utk menjayakan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah ni. 


Mane nk urus sekolah sendiri lagi, urusan itu ini di peringkat daerah lagi...Huhuh.... Apapun, tahniah kpd semua peserta kerana berjaya menunjukkan bakat masing2 di samping mempelajari sesuatu yg baru. Pada saya, adalah sesuatu yg membanggakan sy apabila pelajar2 sy yg di sekolah kampung ni boleh buat kerja dengan sendiri. Guru hanya sebagai pembimbing dan itulah sebenarnya tugas seorang guru. Kita hanya menunjukkan jalan tetapi mereka sendiri yg menentukan jalan mana yg akan dilalui...

Sy tidak berminat utk bercerita tentang pelajar sy di SMK Bukit Garam sebabnya ada lagi cerita yang lebih menarik bagi sy utk sy kongsikan di sini. Sepanjang sy bergelar sebagai Pengerusi Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Kinabatangan selama 3 tahun, belum pernah sy jumpa guru sekolah kampung yg betul2 kampung yg memang menunjukkan komitmen yg baik terhadap pelajar2nya.  

Mereka (8 orang pelajar dan 3 org guru) terpaksa meredah anak sungai dengan menaiki bot sejam lebih dan kereta sejam lebih baru boleh sampai di sini. Kos utk menaiki bot pula menjangkau 200++. Tapi sy tidak pasti utk berapa org dan besar mana botnya (Sg Kinabatangan mmg terkenal dgn BUAYAnya yg BESAR2 ye). Guru kaunselingnya baru lagi posting di SK Abai tahun ini. Tapi sepanjang kami mengadakan meeting, belum pernah pula beliau tidak hadir. Sangat kagum sebab guru yang tinggal berdekatan dengan kemudahan yg banyak pon liat nk dtg meeting. 

Semasa kami meeting utk mengadakan karnival ini, gurunya berani menyahut cabaran utk menghantar semua peserta bagi semua acara. (sedangkan sy sendiri tidak bersemangat mcm tu).  Pada jam 7 pagi tadi, gurunya menghantar SMS kpd sy memaklumkan bahawa mereka lambat tiba kerana bot yg dinaiki ada masalah. Tapi kita doakan yg terbaik sahaja lah. Jam 9.30 pagi mereka 11 orang selamat tiba dan sy sambut depan pintu kereta utk memudahkan urusan mereka kerana pertandingan sudah bermula seawal jam 8.30 lagi.

Apabila bercerita dgn gurunya barulah tahu kisah sebenar. Mereka sudah keluar ke jeti seawal jam 6 pagi lagi! Tetapi setelah naik bot, tiba2 bot itu mati di tengah2 sungai. Terpaksa lagi dikayuh perlahan2 sehinggalah ada org kampung datang hantar enjin lain. Barulah bot yg diorg naik tu boleh bergerak semula. Sangat kesian kan? Orang selalu ckp kalau mengajar di kawasan pedalaman ni selalunya KAYA sbb dpt byk elaun. Bila difikir2 balik, tidak jugak sebab belanja naik bot dh berapa. Kalau bawak budak, selalunya mereka terpaksa guna duit sendiri. Belum tentu dpt claim dgn sekolah. (phm2 jela zaman dh kurang bajet skrg). Tapi sy percaya, mereka KAYA dengan kemuliaan hati....HATI SEORG GURU....

 ini merupakan peserta melukis poster. Dalam perjalanan menuju ke sini, dia boleh tanya soalan kpd sy, "Kakak kenal ka (ntah sape nama dia sebut, lupa suda)?" Tp nk ckpnya sy rasa mcm dh lama betol budak kecik mcm tu tak panggil sy KAKAK! huhuh...HARU jap...




ini pula peserta utk pertandingan folio kerjaya. Gurunya tetap berusaha lagi memberi kata2 terakhir kpd pelajarnya sebelum dipanggil utk perbentangan.

anda nampak gmbr ini??? Ya, mereka dtg dgn hanya berselipar jepon je...What do u expect kalo dh kene naik bot kan...Kalo sy pon x pakai kasut mahal2..tapi mereka sgt bangga sebab naik ke pentas utk menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua Pertandingan Model Kerjaya peringkat daerah. Agaknya kalau dapat johan, dh tentu sampai ke Kota Kinabalu dh budak2 ni.

Sekolah kampung, kategori pedalaman yg tidak pernah ikut program yg mcm ni tapi masih boleh membuktikan bahawa mereka juga mempunyai keinginan utk berjaya spt org lain, ada semangat dan masih mampu bersaing dgn mereka yg tinggal di bandar. Sungguh buat sy rasa kagum dan utk sekalian kalinya sy berfikir lagi....KHIDMAT SAYA MASIH DIPERLUKAN LAGI OLEH ANAK2 SABAH DI SINI....

Sunday, May 15, 2011

Sayang Bukan Rahsia...

sebuah kisah yg dipetik dlm FB untuk dikongsi bersama....

Ini kisah benar. Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.   Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)   

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....   Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!   

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!   Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..   Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). 

Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.   Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcm serba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.   

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.   Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.  

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.   Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.   "Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"   Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.   "Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"   Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. 

Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.   "Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."   Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.   "Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."   E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. 

Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.   "Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"   "Salam. Isteri?"   "Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"   Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?   "Hello?"   "Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"   Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.   "Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"   Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.   

Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Lagi2 lelaki, kita memang tak suka dikongkong. Tapi selalu ingat perempuan tak suka dibiarkan sahaja. Walaupun diorg tak ckp, perempuan ni sebenarnya lebih suka bila ada org yang control dia. Mungkin rasa dilindungi. Rasa ada yang ambil berat. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.