tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Wednesday, June 29, 2016

Ingat tak macam mana kita boleh kenal?




Ada yang dah bertahun Yui kenal walaupun sekadar alam maya
Mana tahu satu hari nanti berdepan secara realiti
InshaaALLAH


Macam mana korang kenal Yui?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 25, 2015

Selamat Pengantin Baru sahabat, Pika & Pasangan

Alhamdulillah lagi seorang sahabat telah selamat mendirikan rumah tangga pada hari Sabtu 22/8/2015. Pernikahan yang pada mulanya akan berlangsung selepas Asar terpaksa ditunda selepas Maghrib disebabkan kereta pengantin rosak.




Dugaan untuk berbuat baik. Alhamdulillah dah selamat bernikah. Sayangnya kami tak sempat tengok sebab mengejar masa. Maaf ya Pika.


Dah 2 orang dalam gambar ( hujung kanan ) selamat bergelar isteri. Lagi 2 orang belum pasti. Miaahahaha! Doakan yang terbaik ya.


Selamat pengantin baru Pika & pasangan. Moga masjid yang dibina berkekalan hingga jannah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 08, 2015

WW 9 [2015] - Jenis kawan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 28, 2015

SEBAB BIASA KAWAN LAMA HUBUNGI KITA


Kebiasaan no 1 lah kan?
Heheheh
Apa salahnya contact balik asalkan tujuan baik




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 16, 2015

Majlis perkahwinan sahabat baik, Ira

Inilah dia majlis di mana aku jadi pengapitnya. Miahahahaha. Pengapit tersepit. Eh! Maaf sayang sebab lambat update kisah kamu.



Di majlis pernikahan
Serious rasa sebak!
Awat entah



Sesi begambar di photobooth
Antara sahabat baik yang hadir



Di pelamin yang sangat indah
Gaun dia perghh cantik!
Jauh dari Bandung


Buat sahabat baikku, Ira
Semoga bahagia sentiasa bersama suami tersayang hingga ke jannah
Moga menjadi isteri solehah
Moga peroleh zuriat soleh & solehah
Moga dipermudahkan segala urusan
InshaaALLAH


Far sayang ira tau!


Bila seorang demi seorang sahabat baik mengakhiri zaman bujang, diri rasa sebak. Tak pasti kenapa tapi itu yang ku rasa. Aku doakan kebahagiaan kalian.



Moga persahabatan kita kekal selamanya.


Nampak sangat aku ketot sebab pakai kasut flat. Padahal hakikatnya sama tinggi dengan pengantin perempuan. Hehehe.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, December 28, 2014

Cari kawan






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 16, 2014

Permintaan untuk mengetahui cerita sahabat

Tujuan aku berkongsi kisah sahabatku adalah untuk dijadikan iktibar. Dijadikan peringatan buat kita bersama. Jangan salah tafsirkan. Yang baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan.


Ada blogger yang berharap untuk tahu lebih lanjut kisahnya. Tiada apa yang boleh ku kongsikan. Lebih kepada pemerhatian & berharap beliau tabah & terus kuat untuk hadapi kehidupan seterusnya tanpa seorang suami.


Aku berkongsi mana yang mampu & layak untuk dikongsikan.


Hingga saat ini, beliau masih update status di FB. Gaya penulisannya nampak teratur & tenang. Tapi ALLAH lebih mengetahui isi hatinya. Kita hanya nampak dengan mata kasar.


Kita sebagai kawan, sangat digalakkan memberi dorongan & kata semangat. Teringat ketika aku ziarahi arwah, ayahnya meminta kami bagi sokongan untuk anaknya. Sebak ku rasa ketika itu.


Apa pun, kita doakan yang terbaik. Kehidupan mesti diteruskan. Kena kuat demi semua. 


Al-Fatihah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 15, 2014

WW 28 [2014] - Sahabat, Fya



Al-Fatihah untuk arwah suaminya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 26, 2014

Majlis pertunangan sahabat baik

Alhamdulillah salah seorang sahabat baik sejak belajar di PUO telah selamat menjadi tunangan orang pada hari Ahad 23/3/2014. Majlis berjalan lancar. 




Dalam gambar ada 5 orang belum terikat. No 4 dari kiri akan bertunang bulan hadapan. Yang bertunang bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini sama seperti no 7.


Tahniah sahabat. Moga menjadi tunangan yang baik & urusan seterusnya dipermudahkan.


Daku tumpang bahagia melihat kawan-kawan bahagia.


* Gambar banyak tapi up satu untuk tatapan blog




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 04, 2014

Kenduri kahwin rakan sepoli



Satu kereta menuju ke tempat yang sama
Aktiviti lepas kenduri kahwin 
bowling -> makan -> balik


Tahniah kawan sepoli
Syazrah Adilah & pasangan
Lepas ini ada lagi jemputan kenduri kahwin rakan sepoli


InshaaALLAH aku akan hadirkan diri





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 28, 2014

Bercuti ke Kuala Lumpur

Orang KL nak bercuti negeri lain, orang Perak nak pergi sana. InshaaALLAH esok pagi aku akan gerak ke Kuala Lumpur. Naik bas sudah. Turun di hentian duta.


Ahad ada kenduri kahwin kawan sepoli. InshaaALLAH akan stay sampai Isnin sebab hari Isnin dah amibil anual leave. Gigih ambil cuti takut penat. Muahaha!


So, kalau lambat bertandang ke blog anda jangan marah tau. Nanti aku terjah setelah selamat tiba ke rumah tersayang.


Motif utama selain pergi kenduri, nak jumpa best frienddsssss di sana. Tak sabar nak jumpa korang!


Doakan perjalanan daku dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Aminnn.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 04, 2014

Pertemuan ringkas bersama EXPRS PUO

Zaman politeknik dulu aku memang bergiat aktif dengan pembimbing rakan sebaya ataupun kelab kaunseling. Dari sem 1 hingga final sem, masih setia bersama PRS.


Alhamdulillah, Jumaat lepas sempena cuti tahun baru cina, kami jumpa. Saja-saja jumpa. InshaaALLAH bulan 10 akan jumpa lebih ramai lagi kawan-kawan yang ada. Sambil jumpa sambil bercuti mungkin.



Yang belah kanan tu juga merupakan blogger Sis Eintan
http://www.nurfuzie.com/


Sebenarnya berempat tapi dalam gambar ada 3 orang sahaja. Kami jumpa di Mydin Meru, Ipoh.


Alhamdulillah, terima kasih sebab sudi jumpa ya.


"Apa yang penting? KERJASAMA!!" 
Kata-kata yang kami selalu ucapkan






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 03, 2014

Gembira untuk mereka

Bila kita tengok orang yang kita sayang
Bahagia
Gembira
Bersukaria


Secara tak langsung itu menjadi sebahagian dari rasa kita
Tumpang bahagia
Tumpang gembira


Jujur
Daku bahagia untuk mereka
Doakan daku juga mampu bahagia seperti kalian


InshaaALLAH

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 16, 2013

Hitam dan Turqoise



Baju dari Bandung, Indonesia
Shawl dari Izyanti Collection


Pasti ramai masih cuti kan?
Aku sahaja yang dah masuk kerja semula
Muahahaha!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, September 08, 2013

Pertunangan dan pernikahan Aida Liyana - [EX-SKSS]

Alhamdulillah semalam selesai majlis pertunangan + pernikahan sahabat dari sekolah rendah, Aida Liyana. Dapat juga aku pergi sebab tak jauh dari rumah.




Letak satu gambar dulu. Gambar yang lain menyusul nanti okay. 


Tahniah beb! Diam-diam ubi berisi
Tumpang bahagia tengok hang 
=___=





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 20, 2013

Beraya di rumah teman lama PUO

Aci tak kalau aku kata nak sambung entry raya + tunang dengan member-member? Hahaha. Sekarang mood baru ada. 


Hari kedua bersamaan Ahad 11/8/2013, kami sempat singgah di rumah rakan sepoli di Parit Buntar. Aton nama panggilan. Aton bertunang petang tersebut tapi sayang kami tak dapat tunggu. Harus segera pulang ke Ipoh.




Yang si kecil molek di tengah-tengah itu yang bertunang. Sorry aton, kami sempat singgah beraya sahaja. Selamat bertunang kami ucapkan. Nanti kahwin jangan lupa jemput naa. Rumah dah tahu =)


Malam tersebut aktiviti kami pergi funfair, makan di Dataran Ipoh dan i-city Ipoh. Nanti aku story okay.


Oh ya, sakan korang ea tengok aku terlampau "sopan" berkayak memakai baju kurung! Nak tengok gambar, entry { ini }.


* Banyak benda nak update dari kad raya, duit raya, raya raya dan raya. Ni haa GA bulanan belum start lagi. Ada cadangan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 14, 2013

Aktiviti di Taman Tasik Taiping

Selepas selesai majlis pertunangan, kami terus bergerak ke Taman Tasik Taiping. Lagipun orang KL mai dari jauh, apa salahnya jalan ke tempat yang mereka tidak pernah pergi.


Ingatkan nak naik "itik" tapi tengok ramai yang naik. Rasa macam lambat pula. Maka idea nak berkayak ke apa entah namanya timbul! 


Yang paling pelik di antara ramai-ramai yang tunggu turn nak naik. kami berempat sahaja insan yang berkurung, berkain. Orang lain semua berseluar! Okay, jadi perhatian!




Serious kami menjadi tumpuan orang tengok. Malu pulak rasanya teman! Pakai punya sopan tapi beraktiviti macam ini. Sepanjang naik. memang gelak memanjang. Tension mak jemah.




Sopankan aku? Hahaha. Nasib baik pakai seluar panjang. Kalau tidak jenuh berkepit duduk dalam sampan. 





Muka aku macam itu sebab takut! Sebab sampan dah masuk zon larangan. Bergegas patah balik. Jenuh sungguh. Dahlah tak kahwin lagi, haha.


Kesimpulan untuk aktiviti macam ini, memang gila sempoi. Aku siap rekod video. Bila tengok balik, gelak sorang-sorang.


Selepas itu terus kami pergi makan di Yong Tau Fu belakang bomba. Yang mana satu yong tau fu paling best tak pasti, duduk sahaja terus order. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 13, 2013

[100813] Majlis pertunangan sahabat baik - Atiqah Rusyda

Berdasarkan entry { ini }, aku bersama 3 orang sahabat yang lain alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang dituju iaitu Taiping.


Tujuan utama adalah untuk menghadirkan diri di majlis pertunangan sahabat baik kami sejak dari PUO. Kiranya dia orang pertama dalam geng kami yang bertunang. Tahniah beb! Gembira untuk hang.


- rakan sepoli -


Pertama kali aku dapat tengok cara orang bertunang. Yalah, sesi keluarga lelaki bersembang, memperkenalkan semua. Meriah dengan senyum ketawa. Seronok dengar.




Serious aku suka tengok baju dan mini pelamin. Sangat cantik! 




Okay, cukuplah 3 gambar ini. Yang penting ada gambar pasangan tunang. Tahniah sekali lagi buat Atiqah dan pasangannya Mail. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput ya.


* Abaikan gambar yang aku pegang "i'm next" itu okay. TIADA MAKNANYA




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, August 10, 2013

Bergerak ke Taiping, Perak

InsyaALLAH jika tiada apa-apa aku dan rakan-rakanku dari KL akan bergerak ke Taiping. Menghadirkan diri di majlis pertunangan rakan baik, Atiqah Rusyda.


Moga semua urusan dipermudahkan. InsyaALLAH esok baru balik sebab nak spend time masa dengan rakan-rakan yang jarang sangat nak jumpa setelah tamat belajar.


Buat sahabat, selamat bertunang dan moga menjadi tunangan yang baik dan jangan lupa jemput untuk kenduri kahwin ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 04, 2013

Selamat pengantin baru buat rakan - Khairul Anis Shafikah & pasangan

Alhamdulillah, seorang lagi rakan sekolah rendah sudah mendirikan rumah tangga. Teringat zaman hingusan kami. Kih kih.


Majlis berlangsung pada 1 Jun 2013 dengan meriah kerana Ika adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Ada pelbagai makanan dan minuman yang disediakan.




Tahniah buat ika dan pasangan. Moga masjid yang dibina berkekalan hingga jannah. Amiiinnn. 


Yang belakang pasangan adalah rakan sekelas sekolah rendah pengantin perempuan. Kami geng!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^