tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label imbau kenangan. Show all posts
Showing posts with label imbau kenangan. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Keputusan UPSR 2016 diumumkan hari ini

Dah tengok berita? Dah dengar radio? Semua sedia maklum hari ini merupakan hari keputusan UPSR 2016 diumumkan.


Bercerita bab UPSR 2016,
Seingat Yui ada seorang sepupu lelaki ambil. Heeeee, good luck ya Haikal!


Mengenangkan UPSR Yui tahun 2000,
Yui dulu tak berapa pandai sebab banyak main. Hahaha. Walaupun pengawas sekolah, otak tu tak cerdik mana. Tahu jaga displin pelajar-pelajar lain aje. Cewaaaaaah.


Dulu dapat 2A 2B 1C
Bila kenangkan zaman sekolah rendah, rasa nak balik semula pada zaman itu. Boleh main lompat getah, main betulkan tudung siap buh pelapik kat dalam tudung, boleh tenyeh hingus kat hujung tudung kalau tak jumpa tisu. Miahahaha.


Semua itu kenangan.


Untuk korang adik-adik UPSR,
Apa saja keputusan, jangan putus asa kerana rezeki korang tetap ada. InshaaALLAH.



semak melalui SMS

UPSR Jarak (Nombor Giliran) 
dan hantar ke nombor 15888

Bermula jam 10.00 pagi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 11, 2016

Beginilah rupa buah keranji

Pernah dengar tak pantun ini :

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.


Alaaaa, korang biasa dengar kan pantun tu. Popular zaman kanak-kanak dulu sebab ngelat nak mengaji. Miahahaha. Opsss, kantoi!


Sebenarnya member opis yang beli. Pantang benor orang offer makan pelik-pelik ni laju je mencuba. Dia beli 2 pek. Buka je dan makan, eh macam kapas masuk dalam mulut. Masam ala asam keping.





Inilah dia rupa buah keranji. Entah Yui eja betul ke tak asal bunyi lebih kurang. Hahaha. Rupa dia ala anggur hitam. Kecil sahaja.


Cara makan :
Buang kulit ( senang dibuka ), makan isi, hisap & buang biji kecil di dalamnya. Jangan telan, takut tumbuh pokoknya pula dalam badan. Hahaha. Ok ini gurau ya.


Maka,
Beginilah dia selepas berpuluh tahun berada di muka bumi ini. Baru kenal dan baru rasa. Lalaala.
Nak tengok isi dalam, sila google tauuu.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 29, 2016

Ingat tak macam mana kita boleh kenal?




Ada yang dah bertahun Yui kenal walaupun sekadar alam maya
Mana tahu satu hari nanti berdepan secara realiti
InshaaALLAH


Macam mana korang kenal Yui?





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 10, 2015

Kenangan Ramadhan : Baju Raya

Setiap tahun mesti mak dan abah akan beli pakaian sedondon sama dengan adik perempuan. Aku tak pasti sampai usia berapa kami masih berpakaian sama corak, sama warna.


Ingat lagi waktu itu aku berusia 12 tahun.
Baju raya tak prepare awal. Akhirnya beli malam raya. Main rembat aje tak kisah warna apa.


Paling penting, dulu mak aku suka belikan pakaian besar sikit dari saiz asal.


Hasilnya?
Baju aku yang dibeli ketika usia 12 tahun masih boleh ku pakai kini walau dah berusia 27 tahun!
Bagus pilihan mak. Sampai ke besar aku boleh pakai.


Lagi menarik, baju itu masih nampak seperti baru.
Kalau rajin nanti aku tunjukkan baju itu. Baju raya yang tragis dicari di malam raya. Hoho.


Usia baju itu 15 tahun.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 09, 2015

Kenangan Ramadhan : Duit Raya

Perkara ini masih jelas dalam ingatan. Abah aku pernah pesan, sehari puasa dapat RM 1. Kau tahu kan, puasa penuh dapat berapa? Memang untunglah.


Ini salah satu taktik nak didik anak-anak berpuasa.
Motif utama bukan pasal duit, tapi nak latih. Itulah anggapan aku sekarang dan aku yakin abah aku bagitahu macam itu sebab nak anak-anaknya puasa penuh.


Seperti dijanjikan, dah tiba hari raya, abah aku bagi duit raya.
Kadang dia bagi RM 30 terus. Nilai RM 30 waktu itu memang dah cukup besar bagi aku. Padahal ada juga puasa aku tak penuh [entry], hahahaha!


Maaf abah, anakmu ini pernah menipumu.
Sekarang aku dah besar, aku pula bagi duit raya pada mak dan abah walau ku tahu mereka tak harapkannya. Itu semua ikhlas.


Dulu RM 1 tu dah kira banyak woooooooo!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 08, 2015

Kenangan Ramadhan : Sambil ambil wuduk sambil telan air

Kenangan-kenangan yang aku coretkan di sini kebanyakan ketika zaman aku budak-budak atau masih di sekolah rendah. Kenangan zaman comot. Hoho.


Masih aku ingat,
Waktu petang sekolah agama rakyat. Masuk waktu Asar, semua akan ambil wuduk. Ada geng aku yang akan "support" satu sama lain untuk cover ambil wuduk.


Motif cover?
Sebab sambil ambil air sembahyang, sambil telan air. Padahal sikit je air yang ditelan. Orang kata buat lepas hilang dahaga. Hasilnya, dah terbatal puasa! Tapi bukan kerap lah buat perangai macam ini. Boleh dikira dengan jari. Ada masanya mood jahat itu datang!


Bila besar dan ingat kembali, macam-macam peel aku ketika budak.
Ragam tu tak pernah hilang. Alasan memang banyak. Tahu nak seronok aje.


Sebab itu sekarang dah besar, aku suka untuk puasa sunat Isnin & Khamis.
Semoga ALLAH ampunkan aku sebab aku memang jahil dulu. Sekarang pun masih cuba untuk memperbaiki & tingkatkan ibadah untuk diri sendiri.


Apa lagi ya kenangan ramadhan yang aku ingin coretkan.
Okay, pelan-pelan fikir =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 06, 2015

Kenangan Ramadhan : Kentut ketika puasa

Sebenarnya tiap kali Ramadhan, aku akan teringat-ingat perkara ini. Bila difikir, zaman kanak-kanak memang mengasyikkan. Zaman "gembira".


Berbalik pada tajuk,
Dulu kecil-kecil ketika zaman sekolah rendah, zaman makan sengkuang calit lepas itu guna hujung tudung lap mulut ( balik rumah mak bising tengok hujung tudung saja yang kotor ), aku duk fikir bila puasa, TAK BOLEH KENTUT.


Ibarat lain,
Kalau kentut ketika puasa, batal!
ALLAH, aku pun tak pasti mana aku dapat "info" itu. Lurus bendul betul waktu kecil.


Yang tak menahan,
Bila puasa, kalau nak terkentut, memang ku tahan. Hebatkan mampu tahan kentut. Hahaha. Konon risau puasa aku terbatal.


Sekarang dah besar, dah tahu lebih pasal agama.
Teringat perkara ketika kecil, memang buat aku tersenyum. Banyak lagi kenangan Ramadhan yang aku kongsikan di blog ini.


InshaaALLAH.


Korang ada terfikir macam aku, kentut ketika puasa akan batalkan puasa?
Ke aku sorang je macam itu. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Imbau kenangan : Pistol Mercun


Sumber : Facebook


Beli pistol tak sampai RM 1
Beli pula peluru
Kadang bila tekan ada yang tak berbunyi
Mungkin masuk angin


Apa pun, seronok dapat main
Sekarang dah tak jumpa lagi pistol macam ini


Kenangan sungguh =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^