tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label adopt. Show all posts
Showing posts with label adopt. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Lagi kes pembuangan/dibuang/terbiar anak kucing di Station 18, Ipoh





Comelkan dia? Lagi anak kucing yang dijumpai sekitar office Yui. Ini pun sebenarnya ada budak-budak lalu, lepas itu deme kerumun kat kotak yang ada anak comel ini. Kawan office pulak nampak, terus kol Yui bagitahu pasal ni.


Dan Yui??
Haruslah rasa simpati dan terus angkat sekali kotak bawa masuk dalam toilet office buat sementara. Buat posting di Facebook untuk mencari siapa yang sudi adopt. 



Comelkan dia? Menyorok sebab takut-takut


Alhamdulillah, dengan bantuan FB dan rakan-rakan yang sudi share, ada seorang hamba ALLAH sudi ambil di office lebih kurang jam 1.50  petang tadi.


Serius,
Yui tak boleh nak bawa balik atas sebab-sebab tertentu. 


Apa pun lega semua dah selamat. Dan Yui perasan ada seekor stray cat warna oren, BUNTING LAGI. Hal ini akan berpanjangan selagi kucing tidak di kasi/mandul. Hmmmmm.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 03, 2013

Punca kesedihan aku

Terima kasih untuk mereka yang prihatin terhadap entry { ini }. Ya sebenarnya aku sedih sebab "terpaksa" lepaskan 4 ekor kucing kepada owner baru, Kak Hasni ( silent reader ). 


Sebenarnya Kak Hasni nak 5 ekor tapi seekor terlepas di kawasan rumah sewa aku. Aku panggil sampai sekarang dia taknak keluar dari bawah lori. Hope dia tahu aku tercari-cari dia. Maka beri 4 ekor dahulu.


- 3 dari 4 ekor yang diberikan -
{ gambar }


Macam-macam yang berlaku sepanjang nak hantar mereka. Dan paling tragis seekor terlepas. Kesian bila fikir. Aku cuma berharap mereka lebih gembira dan bahagia di samping tuan baru. Moga mereka baik-baik.


Kepada Kak Hasni, terima kasih sebab sudi adopt mereka. Ya, daku dalam proses nak berikan kucing kepada mereka yang hendak bela. Oh ya, kucing biasa sahaja yang ada sebab masih tiada lagi baka Shinchan.


If ada baka Shinchan, nanti Kak Hasni nak, yui bagi okay. Akak roger sahaja yui.


Berat hati lepaskan tapi untuk kebaikan juga. Aku dalam proses nak mandulkan kucing selepas kucing-kucing yang ada diadoptkan.


Jika ada yang nak bela kucing, boleh datang di rumah aku di Sg Siput, Perak. Boleh tengok sendiri ya.

* Pandai korang teka ya sebab apa aku sedih. Yup, sebab KUCING.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^