Showing posts with label reformasi. Show all posts
Showing posts with label reformasi. Show all posts
07:30

PENTADBIRAN AL-FARUQ versi BERSIH 2.0-Bahagian 1


Sewaktu Baginda s.a.w masih lagi hidup dan Abu Bakar kemudiannya dilantik menjadi khalifah pertama setelah kewafatan Rsasulullah s.a.w, Saidina Umar al-Khattab adalah seperti pedang yang terhunus melengkapi kelembutan Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar as-Siddiq. Sifat keras Umar al-Khattab ini menjadikan kawan dan juga lawan hatta syaitan sekalipun gerun kepada beliau.

Namun setelah Umar al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah(pemimpin kaum muslimin), beliau telah mengubah dirinya menjadi seorang pemimpin yang memiliki sifat seperti Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a iaitu sifat kelembutan dan kasih sayang terhadap rakyat yang dipimpin.

Didalam ucapan Umar al-Khattab sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, beliau menegaskan;

" Ketahuilah saudara-saudaraku bahawa sikap kerasku sudah mencair. Sikap itu hanya untuk mereka yang melakukan kezaliman dan memusuhi kaum muslimin. Tetapi, bagi orang yang jujur dan berpegang teguh dengan agama serta berlaku adil, aku akan berlembut dengan mereka. Aku tidak akan membiarkan seseorang berbuat zalim kepada seseorang yang lain atau melanggar hak orang lain sehingga aku meletakkan sebelah pipinya di tanah dan sebelah yang lain akan kupijak dengan kaki ini sehingga dia kembali kepada kebenaran. Sebaliknya, kepada orang yang BERSIH dan bersederhana, pipi ku ini yang akan diletakkan ke tanah".

" Dalam beberapa keadaan, saudara berhak menegur aku dan bawalah aku ke sana. Apa yang kalian perlu ambil perhatian ialah; kalian berhak menegur sesuatu yang berada di tangan ini agar tidak keluar sesuatu bukan pada tempatnya"

" Bertaqwalah kepada Allah dan bantulah aku dalam tugas-tugas kalian. Bantulah aku dalam menjalankan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Bekalkan aku dengan nasihat-nasihat terhadap tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan oleh Allah ini, demi kepentingan kalian jua. Demikianlah apa yang inginku sampaikan. Semoga Alla s.w.t mengampuni kita semua"..(dipetik di dalam kitab, Biografi Gemilang Umar al-Khattab).

Inilah ucapan terang-terangan Umar sebagai seorang pemimpin umat Islam. Beliau benar-benar merasakan tugasan beliau sebagai seorang khalifah adalah satu amanah yang begitu besar dari Allah untuk dijalankan sebaik mungkin dengan adil tanpa ada sebarang kepentingan diri mahupun dunia melainkan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Penulis bersyukur kerana masih lagi dikurniakan hidayah dan taufik oleh Allah s.w.t. Semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai diri ini dan saudara-saudara yang beriman yang lain. 9 julai 2011, tidak keberatan untuk penulis menyatakan ia merupakan tarikh keramat yang mengumpulkan puluhan ribu rakyat malaysia ( termasuklah mereka yang non-muslim) untuk menasihati pemimpin agar melaksanakan amanah dengan adil.

Namun, penulis agak kecewa dan merasa geram dengan tindakan pemimpin yang hanya mementingkan KUASA dan DIRI sendiri terus menzalimi rakyat yang hanya mahukan mereka menunaikan hak mereka kepada rakyat dengan sebaiknya. Adakah mereka ini kebal dengan kuasa Tuhan?

BERSIH 2.0 tetap akan menjadi "pacemarker"( pencetus denyutan) kepada nadi rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda untuk melakukan REFORMASI bagi menjadikan kepimpinan negara ini satu kepimpinan yang adil. Walaupun kami disepak, dipukul, ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air, kesakitan ini hanya kesakitan seketika cuma. Ingatlah, kamu akan merasaka kesakitan yang berpanjangan dengan kezaliman dan kerakusan kamu ini.