Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts
15:41

Nak Jadi Superman?: Bahagian 3

Alhamdulillah syukur banyak-banyak pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan nafas pada kita semua.Allah masih lagi membuka seluas-luasnya peluang kepada kita semua untuk berusaha menjadi orang yang HEBAT di DUNIA dan juga di AKHIRAT.InsyaAllah pada tulisan kali ini saya akan menyempurnakan penyampaian saya berkenaan macam mana nak JADI HEBAT.

Fitrah Allah s.w.t menciptakan manusia berbilang kaum dan berpuak-puak adalah supaya kita berkenalan dan berbaik-baik dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Oleh itu,orang yang hebat ialah orang yang SENTIASA MENGHORMATI ORANG LAIN. Sifat menghormati orang lain adalah satu sifat yang dapat menyelamatkan seseorang daripada RIAK, SOMBONG,TAKABBUR dan sifat-sifat mazmumah lain yang berkaitan dengan sikap seseorang.Seseorang yang jauh dari segala sifat mazmumah ini sudah tentu akan di pandang HEBAT oleh semua orang yang bersamanya kerana mereka akan berasa SENANG dan AMAN dengannya.Orang HEBAT akan pastikan dia akan jadi PEMULA untuk menghormati orang lain,jika bertemu sudah tentu ucapan SALAM darinya menjuarai ucapan salam dari orang yang di temuinya itu.

MENERIMA TEGURAN DENGAN BERLAPANG DADA juga merupakan sikap yang di miliki oleh sesorang yang HEBAT.Walaupun ia merasakan bahawa perkara yang di lakukan itu adalah betul dan baik, apabila menerima sebarang teguran atau pandangan daripada sahabatnya atau orang sekelilingnya sudah tentu ia akan menerimanya dengan hati yang tenang kerana teguran itu adalah satu peluang untuk ia memperbaiki dirinya ke arah menjadi orang yang LEBIH HEBAT.Selari dengan sifat menerima teguran dengan berlapang dada, seorang yang HEBAT juga akan SENTIASA BERSEDIA UNTUK BERSIKAP POSITIF.Bersikap POSITIF pada setiap masa dan keadaan amat di perlukan kerana sikap ini akan membantunya berfikir dengan tenang dan rasional serta mampu bertindak dengan baik dan sempurna.

SENTIASA DOA-MENDOAKAN adalah amalan yang sentiasa di praktikan oleh ORANG-ORANG YANG HEBAT.Meraka ingin melihat dirinya serta sahabat-sahabatnya yang lain juga memperolehi kejayaan yang sama. Jika dia merasa susah, sudah tentu dalam DOAnya dia akan memohon pada Allah agar di kurangkan ke susahanya serta kesusahan yang di hadapi oleh sahabatnya juga.Orang yang HEBAT ini tahu bahawa SENJATA DOA ini mampu MENAIKAN SEMANGATNYA apabila ia LEMAH dan mampu MEMBERI PETUNJUK kepadanya dalam menghadapi apa-apa cabaran sekalipun.

Akhirnya,untuk melengkapi syarat untuk menjadi seorang yang HEBAT ialah ia hendaklah menguasai satu sifat yang paling penting di antara kelima-lima syarat yang lain iaitu SENTIASA MENDIDIK HATINYA IKHLAS pada setiap perkara yang ia lakukan.Seseorang yang HEBAT tahu bahawa HATI menentukan segala amalan dan segala tindakan yang ia lakukan, jika BAIK dan BERSIH hatinya sudah tentu ia akan memperolehi HASIL YANG BAIK dan sebaliknya.HATI YANG IKHLAS PADA ALLAH akan menyelamatkan orang yang HEBAT dari MERUNGUT di atas segala ujian dan cabaran yang di hadapi olehnya dan ia juga akan SENTIASA REDHA dengan ketentuan ALLAH s.w.t.Sifat ini selari dengan matlamat utama kehidupan ORANG YANG HEBAT iaitu berlari mengejar dan mencari KEREDHAAN ALLAH S.W.T..

Akhir kalam dari saya, semoga Allah s.w.t memberikan taufik dan hidayah serta kekuatan pada kita semua untuk menguasai kelima-lima syarat untuk MENJADI ORANG YANG HEBAT di SISI ALLAH S.W.T..Ok,Selamat Beramal dengannya..



" SENYUM SOKMO DEH "
22:46

Nak Jadi Superman?: Bahagian 2

Assalamualaikum...alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kesempatan kepada kita semua untuk menyambut RAMADHAN pada kali..Semoga kita semua dapat mengambil peluang pada bulan yang berkat ini untuk meningkatkan amalan dan berusaha menyucikan HATI serta mencari KEMANISAN IMAN sekaligus meningkatkan ketakwaan kita pada Allah s.w.t dalam mencari keredhaanNYA..

Dalam artikel bahagian pertama saya telah kongsikan EMPAT perkara macam MANA NAK JADI HEBAT MACAM SUPERMAN dengan sahabat-sahabat sekalian.Pada kali ni saya ingin berkongsi lagi ENAM perkara nak jadi HEBAT.Sesuai di Bulan Ramdhan ini, kita sama-sama ingin mengambil peluang untuk mencari keberkatan dan rahmat Allah s.w.t agar kita menjadi orang yang beruntung.Oleh itu, antara ciri orang yang HEBAT salah satunya ialah SENTIASA MENCARI KEBERKATAN dalam setiap kerja yang di lakukanya itu.Ia mencari keberkatan tidak kira di mana dia berada dan apa jua sekalipun yang ia lakukan tidak kira dalam bidang AKADEMIK,BERPESATUAN,BERPOLITIK,BERSUKAN dan sebagainya..

Seluruh alam berfungsi seperti apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t,sian dan malam silih berganti dan cakerawala teguh di paksi masing-masing mengikut ketentuan ILAHI.Selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.Justeru itu, untuk menjadi seorang yang sentiasa mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjadi seorang yang HEBAT ia hendaklah SENTIASA BERDISIPLIN SETIAP WAKTU..Jika kita lihat skop definisi disiplin ini sebenarnya adalah sangat luas bukan hanya sekadar definisi seperti berdisiplin di sekolah mahupun universiti sahaja.Tetapi kita hendaklah faham bahawa setiap gerak geri dan anggota tubuh badan kita perlulah sentiasa berdisiplin.Kita hendaklah sentiasa BERDISIPLIN PADA ALLAH seperti mendirikan SOLAT,BERDISIPLIN PADA IBU BAPA dengan MENTAATI mereka berdua dan sebagainya.

Seterusnya, untuk menjadi seorang yang HEBAT ia hendak SENTIASA BESEMANGAT & CERIA seperti SUPERMAN.Semangat yang tidak pernah lusuh haruslah dipelihara agar kita akan sentiasa tabah dan kuat menghadapi segala cabaran dan ujian liku-liku kehidupan ini.Sentiasa CERIA akan membuatkan ia dapat menyerap sebarang tekanan yang dihadapi olehnya.

Orang yang HEBAT selalunya sentiasa akan dilantik menjadi seorang pemimpin kerana ia memilki sikap BERTANGGUNGJAWAB DALAM BERORGANISASI..Ia juga SENTIASA BERSANGKA BAIK dalam setiap perkara dan keadaan serta SENTIASA BERMAAF-MAAFAN sekiranya ada sebarang perselisihan yang berlaku. Ketiga-tiga sifat atau sikap ini perlu di miliki dan di kuasai oleh seseorang yang ingin menjadi PEMIMPN YANG HEBAT kerana saya yakin bahawa ketiga-tiga sifat ini akan menjadi penolongnya dalam menguruskan hal kepimpinannya itu.Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha memiliki sifat-sifat ini kerana setiap orang di kalangan kita adalah PEMIMPIN yang di ciptakan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan bumi ini.

Semoga kita semua perolehi manfaat dari perkongsian saya ini.Moga-maga kita dapat renung dan beramal dengannya...
13:31

Nak Jadi Superman?: Bahagian 1

Assalamualaikum..entah kenapa dah hampir 2 minggu rasa seperti kehilangan sesuatu, rasa agak lemah dan kurang bersemangat..Nak kata rindu kat kampung baru minggu lepas je baru habis bercuti.kenapa ek?..kan seronok kalau dapat jadi macam superman sebab dia adalah seorang yang HEBAT..bila HEBAT,dia kuat dalam mengharungi segala macam cabaran dan ujian..

Boleh ke jadi HEBAT macam superman?..emm kebetulan saya membelek-belek helaian buku nota kecil yang sudah 4,5 bulan tak di buka dan alhamdulillah saya terjumpa pada helain tersebut tentang 15 PERKARA HENDAK MENJADI HEBAT.Saya masih ingat lagi 15 perkara ini telah di turunkan pada saya oleh CR.NIK SYUHARUL APIZO B. SAFIEN atau di kenali sebagai Abe Joe yang merupakan matan YDP PERKUM sesi 05/06. Tapi sayang dan saya rasa sangat rugi kerana tidak berusaha untuk menguasai kesemua 15 perkara tersebut.

Saya berharap dengan perkongsian ini dapat memberikan kesedaran pada diri saya secara khususnya dan juga kepada sahabat-sekalian secara umumnya.Untuk bahagian pertama ini saya hanya akan berkongsi EMPAT perkara nak jadi hebat terlebih dahulu.Sebelum itu, marilah sama-sama kita bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan nikmat ISLAM kepada kita semua kerana kita sangat beruntung menganut agama yang diredhaiNya dan juga merupakan satu agama yang HEBAT.Jika agama ISLAM itu HEBAT sudah tentu penganutnya juga perlulah jadi HEBAT, betul tak?..HEBAT di sini bukan bermakna kita hendak menunjuk-nunjuk atau mencari populariti tapi biarlah kehebatan kita itu dapat memberi manfaat pada agama, diri sendiri,masyarkat dan juga negara.

Sikap BERDIKARI tanpa mengharapkan orang lain merupakan salah satu syarat untuk menjadi HEBAT.Pada pandangan saya sikap BERDIKARI ini adalah boleh di ibaratkan seperti biji yang subur.Lemparlahlah di mana-manapun pasti ia akan tumbuh tanpa memerlukan sebarang bantuan dan jauh dari sikap meminta-minta.

MENEPATI DAN JUJUR PADA WAKTU adalah syarat kedua untuk menjadi superman.Kalau terlambat walaupun sesaat mungkin musuh akan musnahkan mangsanya.Begitu juga dalam kehidupan kita selaku mahasiswa dan mahasiswi yang banyak memikul amanah dan tanggungjawab, sikap suka menepati dan jujur pada waktu perlulah dikuasai oleh kita semua agar segala amanah yang kita pikul dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana benarlah kata-kata Syeikh Hassan al-banna':"amanah yang kamu pikul adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada".

Orang yang HEBAT apabila terlibat dalam satu organisasi,dia akan MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA kerana baginya penyelesaian terbaik adalah melalui perbincangan ataupun syura.Dan dia yakin di dalam syura pasti ada keberkatan kerana perkara ini merupakan amalan Rasulullah dan juga para sahabat dalam menyelesaikan suatu masalah yang di hadapi.

Secara fitrah manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan juga tidak boleh lari dari sebarang kelemahan. Oleh itu, untuk menjadi orang yang HEBAT dia perlulah SENTIASA MEMPERBAIKI DIRI.Setiap kritikan dan komen terhadap dirinya sudah tentu dia akan menerima dengan dada yang lapang dan berusaha memperbaiki kelemahan dirinya.Untuk menjadi seorang pemimpin sikap ini perlu dimiliki olehnya kerana seorang pemimpin akan sentiasa diperhati dan sentiasa menerima kritikan dan juga komen.

Untuk seterusnya akan bersambung selepas ini............
15:27

KEKUATAN SEORANG KETUA TERLETAK PADA “BERSIH”

Di zaman era perubahan yang tak menentu ini, kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang persoalan kepimpinan. Kepimpinan merupakan satu aspek yang sangat luas dan penting dalam kehidupan kita ini. Tanpa kepimpinan kita akan berada dalam keadaan kemunduran dan jauh dari kehidupan yang bertamadun.

Berbicara tentang kepimpinan ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai kekuatan seorang ketua@pemimpin ( leader strength). Satu organisasi kepimpinan tidak akan sempurna sekiranya tiada ketua hendak memimpinnya, tanpa ketua sesuatu gerak kerja yang ditetapkan dalam satu organisasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar kerana akan timbul pertindihan pandangan dan arahan.

Pada kali ini saya hendak fokuskan soal kepimpinan ini melalui kekuatan seorang ketua dalam menguruskan hal-hal berkenaan dengan kepimpinan ini.Saya yakin sahabat-sahabat sekalian pernah menjadi seorang ketua tidak kiralah sebagai ketua kelas,ketua kelab,ketua sukan @ ketua persatuan dan sebagainya. Saya juga yakin dalam memimpin ini kita akan mengalami beberapa pengalaman pahit dan manis yang terpahat di dalam diari kehidupan masing-masing yang tidak mungkin dapat dilupakan. Secara fitrahnya setiap insan diciptakan untuk menjadi seorang pemimpin baik memimpin diri,masyarakat mahupun Negara. Hal ini Allah s.w.t telah jelaskan dalam kitabnya:

Allah berfirman yang bermaksud :

“ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman pada para malaikat; sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (al- Baqarah : 30 )

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bebanan amanah yang perlu ditanggung untuk memimpin adalah sangat berat dan sukar. Seorang pemimpin perlu mengharungi pelbagai cabaran dan ujian sepanjang ia memimpin. Tapi ingatlah, Allah meletakkan sesuatu perkara itu kena pada tempatnya, ia terbukti dalam firmanNya :

Allah berfirman yang bermaksud :

“ Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya” ( al – Baqarah:286)

Untuk menjadi seorang pemimpin kita hendaklah mengetahui di manakah sumber kekuatan kita. Di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian di manakah sumber kekuatan seorang ketua.

Perkara yang pertama dan utama yang perlu dimiliki oleh setiap ketua@pemimpin bagi mendapatkan kekuatan diri dalam memimpin ialah HATI YANG BERSIH. Hati yang bersih yang saya maksudkan di sini ialah hati yang ikhlas pada Allah s.w.t dan hati yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dalam memimpin ini. Hati yang ikhlas akan memberikan satu kekuatan pada seorang ketua kerana dia telah menyerahkan seratus peratus dirinya dalam proses memimpin ini pada Allah s.w.t. Datanglah berapa banyak cabaran,kritikan ataupun penentangan semasa ia memimpin nescaya ia mampu melepasinya kerana dia yakin bahawa Allah sentiasa bersama dan akan menolongnya. Hati yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah akan sentiasa memperolehi kekuatan dariNya kerana hati yang macam inilah yang akan sentiasa dalam keadaan tenang dan yakin pada keredhaan Allah s.w.t.

Untuk mendapatkan kekuatan dalam memimpin juga seorang ketua perlulah berusaha untuk memiliki MENTAL YANG BERSIH. Mental yang bersih ialah mental yang mampu membimbing diri untuk memiliki segala sifat-sifat mahmudah serta jauh dari segala sifat-sifat mazmumah. Mental yang bersih juga ialah mental yang mampu untuk bersabar dan sentiasa bersemangat dalam menempuh segala cabaran dan dugaan dalam memimpin. Keberanian untuk memimpin juga merupakan sumber kekuatan untuk memiliki mental yang bersih kerana tanpa keberanian dan keyakinan seorang ketua tidak akan sanggup untuk berdepan dengan sebarang cabaran dan dugaan sebagi seorang ketua.

ILMU YANG BERSIH adalah salah satu sumber kekuatan seorang ketua. Ilmu yang bersih ialah ilmu yang dapat memberi manfaat pada diri serta manfaat pada orang lain. Setiap ketua perlulah menguasai beberapa cabang ilmu tak kiralah ilmu agama mahupun ilmu dunia bagi membantunya dalam memperolehi kekuatan dalam memimpin. Dengan ilmu yang banyak seorang ketua mampu menyelesaikan persoalan ataupun permasalahan yang di hadapinya dalam keadaan tenang dan baik. Dengan ilmu jugalah seorang ketua mampu untuk membuat keputusan dan tindakan dengan rasional dan mantap.Tanpa ilmu sudah tentu corak kepimpinan seorang ketua akan berada dalam keadaan tidak teratur dan penuh dengan masalah dan kekecelaruan.

Di dalam konsep kepimpinan hubungan antara pengikut dan ketua tidak dapat di pisahkan. Tanpa kedua-duanya sudah tentulah tiada kepimpinan. Oleh itu, PENGIKUT YANG BERSIH adalah penyumbang terbesar dalam memberikan kekuatan pada seorang ketua.Pengikut yang bersih ialah pengikut yang memiliki semua sifat di atas iaitu HATI YANG BERSIH, MENTAL YANG BERSIH & ILMU YANG BERSIH.Pengikut yang bersih ini juga adalah pengikut yang setia pada ketuanya, mampu memahami bebanan amanah yang di pikul oleh ketuanya dan sentiasa memberikan komitmen pada ketuanya walau dalam keadaan apa sekalipun. Pengikut ini juga sentiasa memberikan semangat dan sokongan pada ketuanya:

jikalau ketuanya suka, dia juga suka

jikalau ketuanya berduka, dia juga berduka

jikalau ketuanya Berjaya, dia juga Berjaya

jikalau ketuanya gagal, dia juga gagal

jikalau ketuanya sanggup berkorban demi perjuangan, dia akan pastikan ia tersenarai dalam golongan pengikut-pengikut yang sanggup berkorban demi perjuangan.


Wahai pengikut yang beriman! Sedarkah kamu sekalian bahawa kamu adalah sumber kekuatan seorang ketua? . Jika engkau lemah, engkau juga telah melemahkan ketuamu. Oleh itu, bersemangatlah dalam membantu ketuamu menguruskan kepimpinan ini. Tanpamu walau sehebat manapun ketuamu itu sudah tentu dia akan gagal dalam memimpin.

Akhirnya, saya mengharapkan perkongsian saya ini bermanfaat pada diri saya sendiri dan juga member manfaat kepada sahabat pembaca sekalian.Sesungguhnya yang baik itu adalah dating dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan pada diri yang lemah ini…Pemimpin yang kuat ialah pemimpin yang mampu berdiri teguh dalam keadaan susah mahupun senang...Sama-sama kita renung dan beramal dengan hati yang ikhlas..
10:09

MENGURUSKAN STRESS DIRI DENGAN S.T.R.E.S.S

Assalamualaikum....ape khabar sidang pembaca nurtarbiyah yang dirahmati Allah sekalian? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping ceria selalu.Agak lama rasanya saya tidak postkan tulisan saya di blog ini,faktor tanggungjawab dan masa tidak memberikan ruang untuk saya mengarang.InsyaAllah pada kali ini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan dengan bagaimana hendak menguruskan stess dengan berkesan.Sudah menjadi fitrah bagi setiap insan terutamanya golongan mahasiswa/i terutamanya sering berhadapan dengan stress di sebabkan oleh masalah akademik mahupun peribadi. Selaku golongan berpendidikan ataupun golongan intelak,stress adalah satu perkara yang positif sekiranya kita tahu hendak mengolah atau menaganinya serta mengurusnya dengan baik dan sistematik.

Beberapa minggu yang lepas saya ada mengikuti satu program motivasi yang membincangkan pengurusan masa dengan teratur dan berkesan.Banyak input yang dapat di ambil dari ulasan motivator yang saya kira cukup hebat untuk memberikan kesedaran pada peserta yang mengikuti program tersebut. Beliau juga ada menyebut tentang stress tetapi beliau tidak sempat untuk berkongsi bagimana hendak menguruskan stress dengan baik kerana di sebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan. Di kesempatan masa dalam mendengar penyampaian oleh motivator itu saya terfikir untuk mencipta formula sendiri dalam menguruskan stress diri ini.Alhamdulillah dalam masa lebih kurang 15minit akhirnya saya terfikir satu formula menguruskan stress ini melaui S.T.R.E.S.S.

Pengurusan stress yang baik adalah lahir dari ketenangan diri yang ingin dan berani berhadapan dengan stress itu sendiri.Oleh itu, peringkat pertama untuk menguruskan stress ini adalah mencari ketenangan diri melalui S yang pertama iaitu SOLAT. Sebagai seorang muslim yang di berikan nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN oleh Allah s.w.t kita hendaklah bersyukur di atas pemberian nikmat ini dengan menjadikan Allah sebagai matlamat yang pertama dan utama dalam memohon pertolongan.Dalam mencari ketenangan diri, SOLAT merupakan satu cara yang paling sesuai dan berkesan kerana di dalam solatlah kita akan berhubung secara langsung dengan Allah s.w.t dan merupakan tempat mengadu yang paling menyentuh jiwa.Solat juga menjadi satu medium untuk kita mengingati Allah s.w.t dan ingatlah firman Allah s.w.t

Allah berfirman yang bermaksud:

”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)

T yang seterusnya memainkan peranan penting dalam meneruskan pengurusan stress ini iaitu T-THINK POSITIVE.Sikap ini penting dan perlu ada pada diri setiap individu untuk membantunya dalam menguruskan stress diri dengan baik.Pemikiran atau mind set memainkan peranan penting dalam mengawal setiap tindakan yang dilakukan oleh setiap individu.Sebagai contoh,jika kita ingin melakukan sesuatu perkara,sekiranya kita menganggapnya sebagai satu tugasan yang agak susah atau membebankan sebelum melakukanya sudah pasti di dalam proses kita melakukan perkara tersebut sudah pasti kita akan berhadapan dengan kesusahan dan bebanan dalam menyelesaikan kerja tersebut.Tetapi sebaliknya,jika sebelum melakukan sesuatu kerja kita menganggapnya sebagi satu kerja yang senang dan seronok sudah tentu kita akan berasa senang dan tenang dalam menyesaikan kerja tersebut.Mungkin kadang-kadang kita akan berhadapan atau menerima sesuatu perkara yang kita tidak sukai yang menyebabkan diri berada dalam keadaan tertekan dan sedih.Tapi ingatlah!mungkin perkara yang kita tidak sukai itu adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita buat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dan mungkin perkara yang sangat kita sukai itu merupakan satu perkara yang tidak memberikan sebarang kebaikan pun pada diri kita bahkan boleh memudaratkan diri kita sendiri.Perkara ini telang di jelaskan oleh Allah s.w.t di dalam kitabnya:

Allah berfirman yang bermaksud:

"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)

Salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya stress ini adalah kerana badan dan minda kita terlalu letih dan penat dengan bebanan pembelajaran dan juga perkara-perkara lain seperti assigment dan juga tugasan dalam berpesatuan ataupun projek kolej.Oleh itu,sebagai penyelesainya kita hendak memberikan peluang dan ruang untuk pada diri dan minda kita untuk R-REHAT seketika.Saya bukan maksudkan bahawa rehat itu dengan kita bersahaja tanpa melakukan sesuatu perkara ataupun tidur semata-mata tetapi rehat di sini adalah kita melakukan sesuatu perkara yang mampu merehatkan minda dan diri kita seperti membaca AL-QURAN atau melakukan perkara ringan yang menenangkan dan sebagainya.

Sudah menjadi fitrah bagi remaja zaman sekarang yang sentiasa inginkan hiburan.Selaku seorang muslim yang beriman pada Allah s.w.t kita hendaklah faham bahawa hiburan bukanlah sesuatu kesalahan di dalam Islam sekiranya ia diterajui dengan cara yang betul yang tidak melalaikan kita daripada mengingati Allah serta tidak melanggar perintah Allah s.w.t.Faktor yang lainnya yang menyebabkan sterss adalah di sebabkan kita terlalu sibuk dengan pelajaran dan juga tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak dapat memberi peluang pada diri untuk berhibur seketika.Oleh yang demikian,E seterusnya dapat membantu kita dalam menguruskan stress ini iaitu E-ENTERTAIN yourself.Hiburan atau raikan diri di sini saya maksudkan adalah hiburan yang dapat membina diri bukannya melalaikan.

Selalunya orang yang mengalami stress ini akan bersikap dingin dengan orang lain dan juga sentiasa berada dalam keadaan murum.Oleh itu,dalam proses pengurusan stress yang berkesan dalam menangani sikap ini ialah dengan mengamalkan S yang seterusnya iaitu sentiasa SENYUM selalu.Dengan mengamalkan sikap sentiasa senyum ini dapat membantu minda kita dalam melawan sikap atau perasaan dingin dan murum pada orang lain.Dalam Islam juga Rasulullah s.a.w menggalakan umatnya sentiasa mengamalkan senyum selalu kerana ”senyum itu adalah sedekah” dan dengan senyum itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat yang lain.

Akhirnya dalam menguruskan stress yang berkesan ini kita hendaklah mencari atau mendapatkan S yang terakhir iaitu mencari SUPPORT.Mencari sokongan ataupun support ini perlu bagi setiap individu dalam memberikan semangat dan sebagai motivasi kepada diri seseorang itu.Sebagai contoh,sekiranya seseorang itu menghadapi tekanan di sebabkan masalah akademik,dia boleh menghilangkan tekanannya itu dengan mencari sokongan daripada pensyarah ataupun sahabat-sahabat terdekat yang mampu menyelesaikan masalah akademiknya itu.Sokongan amat penting dalam menaikan semangat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.Sebab itu, dalam konsep kehidupan ini,Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya hidup dalam keadaan berjemaah ataupun berorganisasi kerana dengan hidup berjemaah inilah mampu memberikan kekuatan pada setiap ahlinya.Saling menasihati dan memberikan galakkan serta sokongan merupakan satu perkara yang perlu di amalkan dalam konsep kehidupan berjemaah ini agar setiap individu mersakan mereka tidak berseorangan dan mempunyai sokongan yang ramai dalam melakukan sesuatu perkara.

Akhir kata,pengurusan stress yang baik mampu melahirkan individu yang hebat dan matang dalam meneruskan kehidupan ini selaku hamba yang beriman dalam mengejar keredhaan Allah s.w.t...Renung-renungkan dan sama-sama kita beramal denganya..

10:19

SALAM,SAPA & SENYUM (3S)



Begitu lama rasanya saya tidak balik ke kampung halaman,rindu pada ayah bonda kian menebal.Namun apakan daya tanggungjawab yang telah di amanahkan harus saya jalankan dengan sebaik mungkin.Minggu ini merupakan minggu suai kenal untuk mahasiswa baru di seluruh universiti negara yang baru sahaja mendaftar.Saya telah menjadi salah seorang pembantu mahasiswa untuk fakulti perubatan Universiti Malaya.Dalam menjalankan tugasan yang diberikan ini sempat saya memerhatikan keadaan dan ragam mahasiswa-mahasiswi yang baru ini.

Dalam pemerhatian saya ini ada satu perkara yang membuatkan saya rasa terkilan dengan sikap segolongan besar mereka iaitu mereka melupakan budaya SALAM,SAPA dan SENYUM.Apabila mereka berselisih dengan staff,pensyarah,senior atau sesama mereka sendiri agak keberatan bagi mereka untuk melontarkan senyuman dan memberi salam.Apakah ia adalah sesuatu perbuatan yang sukar @ mungkin merendahkan diri kita apabila kita lakukanya?

Saya tidak sepenuhnya menyalahkan mereka kerana setiap orang masing-masing memainkan peranan untuk menghidupkan budaya 3S ini, baik ibubapa mahupun masyarakat sekeliling.Jika kita perhatikan di seluruh IPT di negara kita ini saya yakin bahawa kita mengalami krisis seperti ini,sifat hormat telah luntur di telan kehidupan yang moden dan sifat mengambil berat antara satu sama lain telah tenggelam di telan ombak kepentingan diri sendiri.Apakah kita akan membiarkan sahaja budaya yang mulia ini ditelan masa?

Kesedaran yang diiringi dengan pemahaman yang mendalam adalah satu kunci penyelesaian yang sangat tepat untuk di laksanakan.Bagi menghidupkan budaya ini kembali setiap orang harus menjadi PEMULA.Tidak akan rugi orang yang memberi SALAM dan melemparkan SENYUMAN kepada orang lain bahkan sebaliknya memberikan keuntungn pada dirinya kerana dia telah mengikat tali persaudaraan secara tidak langsung.Ingatlah ketika mana Rasulullah s.a.w berdialog dengan raja iblis satu soalan berkaitan dengan salam telah ditanya oleh Rasulullah s.a.w kepada raja iblis itu,maka raja iblis itu telah membongkar rahsia salam itu;

“kata iblis:Apabila dua orang muslim bertemu di tengah jalan,lantas memberikan SALAM,dan dijawab oleh saudaranya maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya”

Apakah ini tidak cukup untuk memberikan kesedaran pada kita tentang keuntungan memberi salam.Begitu juga dengan senyum,Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “senyum itu adalah sedekah".Dan dengan senyuman itu mampu memberikan kebahgian pada seseorang itu.Amat rugi sekiranya senyuman itu lesap dari wajah kita ini kerana kita di bebani dengan kerja dunia yang tidak memberikan kita jaminan kebahgian di akhirat kelak.

Ayuh! wahai saudaraku sekalian marilah sama-sama kita kembalikan keizzahan budaya 3S ini di seluruh kampus kita.Jadikan sifat menghormati orang lain itu pakaian dan senyuman itu sebagai cermin diri kita semua.Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya setiap orang masing-masing melemparkan senyuman yang diiringi dengan keikhlasan dari hati pada setiap masa.Tapi AWAS! ‘Jangan senyum seorang diri pulak nanti orang salah tafsir’.Alangkah berkatnya ilmu yang diberikan oleh seorang guru atau pensyarah kepada anak didiknya apabila pelajar-pelajarnya sentiasa menghormati mereka dan sentiasa menghargai ilmu yang diberikan itu.Jikalau satu ketika dahulu seorang guru sangat disanjungi oleh para pelajarnya dan sebelum berpisah mereka akan bersalaman dengan guru mereka kenapa tidak sekarang perkara yang sama juga di amalkan?Adakah keizzahan para pendidik sekarang sudah tiada lagi pada mereka?.

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan nilai murni dan budaya akhlak mulia ini semakin hari semakin menghilang.Salah satu faktor yang utama adalah ramai yang telah jauh dari agama,artis di jadikan idola dan barat di jadikan panduan serta sifat pentingkan diri menjadi pakaian.Justeru itu,kita hendak berusaha supaya tidak tersenarai di dalam golongan ini,sekiranya kita jauh dari agama(Allah) maka segeralah bertaubat kepadaNya,sekiranya artis di jadikan idola maka jadikanlah Rasulullah sebagai penggantinya dan sekiranya sifat pentingkan diri sendiri menjadi amalan kita maka hapuskanlah ia dengan sifat menghargai orang lain.

Sekali lagi saya menyeru diri saya dan saudara sekalian,marilah sama-sama kita membudayakan SALAM,SAPA & SENYUM kembali walaupun di mana kita berada.Moga-moga Allah melemparkan rahmatNya kepada sesiapa yang menghidupkan nilai-nilai yang mulia ini.Jadikan diri kita ini sebagai PEMULA…