Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Geng's Corner

Saja nak tayang.
Aku dah sampai sini.

Bercuti, Bahagian Akhir

Pengembaraan diteruskan... (8 & 9 Ogos)
Destinasi pertama di Cameron ialah Cameron Bharat Plantations.
Sempat makan aiskrim strawbery dan strawbery cheese cake.
Kemudian kami ke homestay di Kampung Sedia.
Rehat-rehat kejap sebelum jalan-jalan.
Saya tak tahu nama tempat yang kami singgah,
jadi layan ajelah. Kemudian esoknya ke Ladang Teh Sungei Palas,
jalan-jalan lagi memborong sayur dan bunga kuning K.Aleya sebelum turun.


Terima kasih babah dan dewi

*Gambar tak dapat dimasukkan. Tengok aje kat blog yang lain (",)

Bercuti, Bahagian II

8.8.09
Hari ini, seperti yang dijanjikan kami akan naik Cameron. Malam semalam Dewi dah buat pembahagian tugas kononnya pagi nanti anak dara lima orang tu akan sediakan sarapan. Tapi hampeh, gurauan tetap gurauan. Akhirnya K.Ika masak samosa dan cucur badak frozen.

Banyak jugaklah yang digoreng dan dimakan kami semua. Yang lebihnya dibuat bekal. Elok semua dan bersiap dan beg pun dah dimasukkan ke dalam van yang bakal dipandu babah, kami pun terus masuk. Tinggallah dua ekor kucing kesayangan Fieda yang diamanahkan menjaga rumah.

Sebelum mendaki, kami sempat singgah rumah atuk dan nenek Fieda. Sempatlah jugak K.Ika, K.Aleya dan K.Ana berkenalan dengan atuk nenek Fieda. Tapi sayangnya kami tak sempat jumpa Naiemah / Naim (burung helang) yang dibela atuk.

Okey, perjalanan bermula. Mendaki sambil melalui jalan bengkang-bengkok. Masih boleh tahan, mungkin sebab mendaki… Tapi kami berhenti seketika di Lata Iskandar. Saja nak main-main air... Geram betul tengok budak-budak mandi. Rasa macam nak terjun sama aje!
.
Lata Iskandar

Turun... Main...

Lima budak itam

Tinggal tiga budak itam...

Terakhir. Sorang mamat encem...

Pemandangan berlatarbelakangkan air terjun.

Pose sambil main air
.
Lepas main air bertenggek tepi batu lak.

Pose kejap tepi jalan.

Masa untuk ke destinasi seterusnya. Tapi K.Aleya sibuk mengepose. Dan akibatnya...

Keletihan... Okey K.Aleya, boleh sambung tidur sementara nak naik Cameron.

Bercuti, Bahagian I

7 Ogos 2009, seperti yang dijanjikan saya, Bikash, Fida, K.Aleya, K.Ika dan K.Ana bertolak ke Tapah. Saya menunggu K.Ika dan K.Aleya di tempat biasa sebelum bertolak dan bertemu dengan Bikash, Fida dan K.Ana di R&R Rawang. Kat sana lepak-lepak kejap sebelum mendarat di Tapah.
.
Akhirnya saya tiba juga di rumah Fida. Dah 2 tahun tak jijak rumah dia. Kami terus ke kedai babah dan dewi (mak ayah Fida yang dah sinonim dengan panggilan sebegitu oleh kami). Acara pertama sebaik sampai, duduk berehat hu3. Yalah, walaupun masa dekat R&R Rawang mulut masing-masing sibuk nak bercerita, sampai Tapah pun masing-masing sibuk nak bercerita sambil melepak.
.
Tapi bila perut dah terasa lapar, masing-masing pun bangun buat apa yang patut selain pose depan kamera.
.

Jom bakar...

Yang ni jom pose. K.Aleya n Bikash

K.Aleya, Me, K.Ana & Bikash

Fida, berbaju putih tengah nak tuang minyak masak

Bakar... bakar...

Yang menunggu giliran dibakar

Dewi, penjaga gerai. Hu3 taklah. Saja pose kat situ sambil perhatikan anak ceduk sup dan kerang rebus yang dimasak sebelum kami sampai.

K.Aleya dengan peacenya. Macam ketua kampung.

Yang lain malu-malu nak makan. Babah selamba aje open table. Lapar sangat ke babah?

Dewi dan K.Ika. Kesian kat Dewi... sakit habis kaki tangan akibat minum air tebu. Alasannya seronok sangat ramai anak balik, jadi tak perasan minum air ais.

Acara sebelum penutupan. Membasuh pinggan.
Esok ke Cameron pula…

 
Rehal Nuharis Blog Design by Ipietoon