Showing posts with label Cerita Kosong. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kosong. Show all posts
Practical Report
Alhamdulillah, akhirnya siap juga practical report saya. Pejam celik pejam celik dah dua tahu saya di Fakulti Filem, Teater & Animasi UiTM Kampus Puncak Perdana. Tinggal selangkah saja lagi untuk habiskan pengajian ijazah ni. Sem 5 saya berdepan dengan praktikal tapi bersyukur sangat-sangat Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Malaysia memberikan saya pengalaman yang sangat manis. Ternyata pilihan saya ini tepat. Banyak yang saya belajar di sana dan banyak juga ilmu yang boleh saya gunakan dalam penulisan saya nanti. Insya-Allah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fazliatul Mohamed Isa, Encik Nazrie Saini, Sarjan Udara Irwan, Prebet Yussuhaimi dan yang lain-lain. Tak dilupakan rakan latihan industri bersama Nurul Syuhada, Jia dan Hisyam. Sayang semua. Peluk ketat-ketat.
Label:
Cerita Kosong,
Praktikal
Latihan Industri
Hari pertama menjalani latihan industri.
Berdebar? Ya berdebar sangat.
Walaupun dah ada pengalaman bekerja selama lima tahun,
tapi berdebar tu tetap ada.
Pertama, sebab tak tahu macam mana cara bekerja dekat sana.
Kedua, sebab tempat saya menjalani latihan industri bukan tempat biasa.
Dekat situ menggabungkan Kementerian Pertahanan dan Orang Awam.
Jadi saya kena tahu dua peraturan tu dan ikut.
Bismillah... semoga MINDEF - Unit Komunikasi Koprat yang menjadi pilihan ini mampu memberikan saya pengalaman yang lebih luas.
Label:
Cerita Kosong
Penghabisan dan Permulaan
Habis sudah 2012
Hmm... apa cerita 2012?
Banyak
Ada suka, duka, tertekan, jatuh, cuba bangun dan bermacam lagi.
Tapi akhirnya sampai juga di penghujungnya
2012 seperti tahun 2011
Hidup saya sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa, editor dan penulis
Cuma dalam 2012 ada sedikit tambahan iaitu saya dipilih menjadi pembantu ketua pusat pengajian saya yang dipanggil sebagai SKP
Dalam tahun 2012 saya menempuhi semester 3 dan 4
Ada ketikanya saya rasa nak berhenti seketika untuk belajar
Sebabnya?
Terlalu mencabar belajar sambil bekerja
Tapi...
Inilah cabaran yang telah saya fikirkan akan terjadi ketika mengambil keputusan untuk sambung belajar
Saya perlu belajar dan saya perlu bekerja
Saya perlu ilmu dan saya perlu pengalaman!
Dalam 2012 pun ada sedikit perubahan berbanding 2008-2011 dalam bidang penulisan saya
Kalau dilihat di antara tahun itu setiap tahun akan ada 2 novel saya yang diterbitkan
2008 - Bila Hati Berbisik & Detektif Cun
2009 - Aku, Dia & Cinta juga Jatuh Cinta Lagi
2010 - Detektif Cun 2 & Nana Nini Nunu
2011 - 20 Sen & Tanya Sama Hati
2012 - ? & ?
Mana novel saya untuk terbitan tahun 2012?
Jawapan saya tak sempat nak siapkan sebab saya melangkah ke dunia penulisan yang satu lagi
Bukan bermaksud saya berhenti menjadi penulis novel
Ketika pertama kali melangkah masuk sebagai pelajar diploma program penulisan, saya bertekad mahu bergelumang dalam bidang penulisan
Jadi takkanlah bila sambung degree tekad tu tersekat kan?
Apa yang saya boleh cakap 2012 saya mula menulis skrip
Satu skrip sebuah telemovie dan satu lagi skrip drama bersiri
Maklumat selanjutnya akan saya maklumkan dari semasa ke semasa
Bukan tak nak maklumkan, tapi biarlah nampak hasilnya dulu
Secara ringkas inilah cerita 2012 Rehal Nuharis
Selamat datang 2013
Seperti orang lain sudah tentu saya juga mahukan tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas
Saya mahu terus berjaya dalam pengajian dan habis dengan cemerlang
Menjadi dan meninggalkan sesuatu utnuk dikenangkan
Kalau ikut jadual pengajian saya ada lagi 2 semester
Andai dipermudahkan segala urusan, saya mahu habiskan semuanya semester hadapan
Tamat belajar dengan hanya 5 semester
Tapi masih perlu fikir keputusan sem 4 dan baik buruknya apa yang saya mahukan ini
2013 banyak impian yang saya tanam
Tapi untuk sampai di langit dan bersinar, itu yang perlu saya usahakan
Moga terus dipermudahkan-Nya
Label:
Cerita Kosong
Dukun ke Dekan
Alhamdulillah beberapa minggu yang lepas ketika FiTA Fiesta aku dapat sekeping kertas! Akhirnya. Ya, akhirnya lepas dua sem aku dan kawan-kawan kelas hanya capai pointersebagai dukun masuk sem ketiga ada juga empat orang dari wakil kelas kami naik pentas. Sem tiga memang sangat menguji dan terasa berbaloi dengan apa yang aku dapat walaupun sebenarnya sedikit kecewa ada beberapa paper yang aku target tak tepat. Harap-harap target untuk sem empat ni seperti yang dijangkakan. Amin!
Label:
Cerita Kosong
Rajin...
Ya, aku memang seorang yang rajin.
Rajin sangat, sangat, sangat, sangat dan sangat.

Ya, rajin tidur la, apa lagi.
Setiap kali tidur aku akan tidur macam tak pernah tidur.
Aku tak tahu sejak bila aku dapat penyakit ni tapi apa yang aku dapat kesan,
bermula masa sem 3 awal tahun 2012.
Kalau sebelum ni aku boleh berjaga bukan main lagi,
rajin menulis tu jangan cakaplah.
Sentiasa ada rasa untuk berusaha.
Tapi sekarang... oh tidak, mana hilangnya rasa yang dulu tu?
Banyak lagi yang belum aku tulis, banyak lagi yang masih dalam otak
dan tak kurang juga banyak yang dah hilang dari ingatan.
Ya! Aku kena cari balik spirit aku tu.

Aku kena jadikan tahun ni walaupun tahun yang aku anggap teruk tapi tak adalah teruk mana.
Mesti! Mesti! Mesti!
Label:
Cerita Kosong
Penghujung Sem 3
Yeah, terasa mahu jerit, jerit dan jerit.
Jerit pertama tahniah kepada diri sendiri
Jerit kedua sebab dah habis peperiksaan
Jerit ketiga untuk diri sendiri dan untuk Miss
Jerit pertama,
Sem ni aku cuma ambil 8 subjek tapi rasa lagi teruk dari sem 1 dan 2 sedangkan waktu tu aku ambil 10 subjek.
Jujur, 2012 tahun paling tak seronok. Aku tak suka subjek sem 3.
Harapnya sem 4 walaupun masih dalam tahun yang sama tak sekeji sem 3.
Jerit kedua,
Daripada 8 subjek cuma ada 2 peperiksaan dewan secara formal dan selebihnya tak formal.
Subjek yang paling aku pailang adalah psikologi walaupun subjek tu aku dah pernah belajar waktu diploma dan aku dapat markah baik.
Ya, belajar dan amalkan adalah dua perkara yang berbeza.
Atau mungkin jugak... opss sudah-sudahlah nak salahkan orang lain.
Jerit ketiga,
Arts Law adalah kertas terakhir aku untuk sem ni.
Aku rasa nak jerit kat diri sendiri sebab soalan 25 markah aku tak sempat jawab dan belum campur dengan soalan yang aku salah jawab lagi.
Rasa habiskan sem dengan rasa tak puas hati pun ada juga.
Jerit untuk Miss pula sebab aku rasa sebagai seorang penyarah dia tak sepatutnya keluarkan ayat macam ni,
"Sudah, tak payah nak jawab bersungguh-sungguh sangat. Kau orang bukan nak jadi lawyer pun!"
Bukan aku saja yang bengang, ramai lagi yang rasa dia tu bangang.
Sebagai seorang pensyarah yang juga lepasan daripada tempat aku belajar sekarang tak sepatutnya cakap macam tu.
Memang kami bukan bakal pegumam, tapi ini adalah sebahagian daripada yang ditentukan oleh fakulti!
Label:
Cerita Kosong
Auwww...
Wah dah berubah wajah la rumah saya ni.
Siap warna pink berbunga lagi.
Ada yang cakap tak sesuai langsung untuk saya.
Alah bagi la peluang kejap nak merasa.
Nanti saya buli Hafirda Afiela lagi sekali cat rumah saya ni
Label:
Cerita Kosong
Bosan

Apabila tuan tanah dah mula rasa bosan dengan warna hitam dan putih,
maka kelapangan waktu ini akan digunakan untuk mencari design baru
yang mungkin lebih berwarna dan menarik.
Tuan tanah juga akan cuba memasukkan posting sebelum-sebelum ini
yang dah lama terniat nak tulis tapi tak ada masa (tak rajin sebenarnya)
Mood assigment pun tengah tak betul, jadi marilah kita menyimpang seketika :)
Label:
Cerita Kosong
Ekspo Selangkah ke UiTM
Baru-baru ini (24-25 Mac) pihak UiTM telah mengadakan Ekspo Selangkah ke UiTM. Apa yang aku tahu ekspo ni diadakan di seluruh negeri. Sebagai contoh, di Shah Alam UiTM Induk (Sek 2) menjadi pilihan mungkin juga disebabkan lokasi di tengah bandar. Dewan Agong Tuanku Canselor adalah tempat berlangsung di mana aku dan kawan-kawan aku berkampung selama dua hari di situ mewakili Unit Koprat.

Apa yang menariknya tentang ekspo ni? Dapat cuci mata tengok budak-budak baru habis SPM? Isy, awak ni naqhal tau. Ada beberapa tujuan ekspo ini diadakan di mana salah satu daripadanya adalah untuk menyemak syarat status kelayakan. Jadi lepas ni masa dia orang isi UPU, tak adalah pilih fakulti yang kurang layak dengan keputusan SPM dia orang. Untung budak-budak sekarang.
Selain daripada kagum dengan keputusan SPM adik-adik yang datang sampaikan aku dan kawan aku (Art Atila) keluarkan kenyataan,
"Adik kau makan kismis setiap hari ke?"
"Adik, kau ni dah pandai, tak payah masuk U pun tak apa."
"Kau mesti tiru masa exam, kan?"
"Kau dapat soalan bocor ke?"
dan beberapa lagi soalan sengal kami. Kejam kan? Tapi nasib baik adik-adik tu ambil sebagai lawak sahaja. Yang lebih menarik bagi aku sepanjang berlangsungnya ekspo ini adalah Geng Lima Budak Karat (GLBK)
Kebetulan masa GLBK ni nak semak syarat status kelayakan. dia orang datang dekat laptop yang aku jaga. Aku tengok saja dia orang masukkan result SPM kemudian tunggu keputusan layak memasuki fakulti mana. Owh, sebelum tu kenapa aku namakan mereka GLBK tentulah sebab rambut dia orang berkarat. Kebanyakan mereka bermasalah dengan result BI. Untuk masuk U, paling penting lima subjek wajib kena kredit. Jadi bila ada yang tak kredit akan bermasalah, itu yang aku terangkan kat GLBK. Tapi daripada cara mereka aku nampak ada 3 orang yang betul-betul nak masuk U. Pertama aku dah kagum dengan dia orang sebab datang ke ekspo macam ni sebab kebanyakan lelaki lepas habis SPM mesti kerja atau melepak kat rumah. Ni dah menunjukkan yang dia orang memang nak belajar dan masuk U. Kedua, walaupun berambut karat, tapi dia orang tak putus asa, mintak pendapat aku macam mana nak buat rayuan dan sebagainya.
Jadi walaupun berambut karat, langsung tak menunjukkan dia orang ni remaja bermasalah malah masa berkomunikasi dengan aku pun tertib saja. Tak kerek langsung kalau nak dibandingkan dengan mak ayah yang bawa anak-anak yang sama kes macam GLBK. Kita orang siap kena marah lagi adalah dengan mak bapak macam tu.
"Kenapa anak saya tak boleh masuk U?!"
Apa pun aku doakan GLBK dapat masuk U dan Fakulti Sains Sukan yang korang nak sangat tu. Kalau Destini Anak Bangsa tak mampu nak tolong, ambil paper Julay ya dik. Tak payah nak keluarkan kenyataan macam ni lagi ya dik.
"Nak buat macam mana, bapak saya bukan orang putih, sebab tu la saya tak pandai BI."
Nanti aku akan jawab lagi sekali,
"Habis tu kau ni kerutunan mana yang rambut berkarat macam ni?" :)
Good luck. Di bawah ini adalah gambar pada hari terakhir dan waktu-waktu terakhir sebelum balik. Nama fakulti aku pun dah tukar kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.
Label:
Cerita Kosong
Layan Lagi
Alhamdulillah, bermula 20 Jan tepat detik 4.45 petang tamatlah ujian
terakhir aku untuk sem 2 ini. Semoga 10 subjek yang aku tempoh untuk
sem ni cemerlang. Amin. (",)
Cuti sem kali ni tak lama. Dalam sebulan lebih aje, so aku kena fokuskan pada
kerja dan manuskrip yang tergendala. Dah masuk sem 3 nanti memang
tak sempat la sebab sem depan 11 subjek pulak. :'(
Okey, stop berfikir pasal sem 3, sekarang masa cuti so enjoy.
Sambil mencari rezeki sesuap nasi yang halal, sempat jugak aku layan 2 cerita ni.

* Layan Songlap lepas tu nangis. Mampu kau?
Label:
Cerita Kosong
Wayang
Bercerita soal wayang, mesti semua orang pernah masuk panggung kan?
N3 kali ni tak panjang, cuma nak berkongsi tentang wayang.
Ombak Rindu merupakan cerita terakhir yang aku tonton
dan ianya pada penghujung tahun 2011 dan aku tonton
di panggung pertama yang wujud kat Shah Alam ni, Space U8.

Pembuka tirai 2012 pula aku tengok Alvin 3 bersama kakak aku.
Tak rancang pun nak tengok wayang time tu, tapi dah tertonton :P

p/s : Bilalah blog aku ni nak cantik...
Label:
Cerita Kosong
Baru Nak Perasan Ke?
Faceboook, lamanya tak on
Manuskrip, entah bila kali terahir menulis
Novel, lama gila tak membaca
Kawan, lamanya tak berhubung
Bilik, seminggu sudah tak berkemas
Assigment, sampai dah naik penat tulis, tulis dan tulis
Rehat? Bila kali terakhir aku berehat sepenuhnya?
Bila agaknya nak buat list seperti di atas?
Label:
Cerita Kosong
Aku Sambut Ramadan
Aku tak pasti macam mana orang lain menunggu ketibaan bulan yang satu tetapi pahalanya melebihi satu. Kalau tanya macam mana aku sambut ramadan, rasanya dari dulu sampai sekrang masih sama. Walaupun usia dah makin meningkat dan sebenarnya dah boleh matang dalam berfikir, tapi perangai tu tetap tak boleh nak sembunyikan.
Ya, memang dalam bulan ramadan kita kena perbanyakkan amalan. Aku ada terdengar dalam Al-Kuliyah baru-baru ni seorang ustaz tegur jangan sebut bulan puasa. Memanglah betul bulan ramadan tu umat islam diwajibkan berpuasa, tapi pesan ustaz tu takut nanti kita berpuasa tapi amalan lain kita tak jaga. Betul jugak apa yang ustaz tu cakap kan.
Kembali kepada tujuan entri, cara aku menyambut ramadan memang seperti budak kecil. Lagi berapa hari lagi nak puasa ya? Wah awal-awal lagi dah bilang. Bukan setakat menunggu ketibaan 1 ramadan, tapi duk sibuk duk sumbat makanan dalam perut seolah-olah kalau aku makan hari ni esok lusa dan speanjang ramadan aku tak akan berlapar.

Itu semalam, tapi ini hari ni pulak, esok kan dah nak puasa. Jadi tadi aku makan jajan berbungkus-bungkus, minum air gas dan segala macam lagi. Agaknya malam ni sampai sahur apa pulak yang aku melantak sebab dalam otak dah teringat nak buat maggi goreng pulak (",)
Hahaha... alahai, bilalah nak dewasa ni. Apa pun, kepada seluruh umat islam aku nak ucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak semoga kita dapat sempurnakan ramadan kali ini dengan lebih baik lagi.
P/S : Siapa nak ikut aku makan tengah hari esok? (",)
Label:
Cerita Kosong,
Sambutan
Kali Pertama
Entri kali ini aku nak bercakap tentang kali pertama. Tak kisahlah apa saja, mesti antara kita pernah lalui kali pertama. Kali pertama bercinta, kali pertama berpisah, kali pertama pegang duit banyak, kali pertama jatuh longkang dan sebagainya yang pertama. Sama ada kali pertama ini manis atau pahit, ia tetap kali pertama yang menjadikan ianya sebagai pengalaman.
Ini antara kali pertama yang aku lalui dalam minggu ini
Scrap Kepala

Saman
Oh yang ni bukan lucu tapi perkara yang buat saya tak terlepas seminit pun untuk fikir. Pertama kali saya disaman oleh pak trafik sedangkan dalam hari yang sama sebelah pagi aku itahan oleh tiga orang pak trafik di tempat yang berlainan. Tapi pak trafik yang ketiga juga bagi aku surat cinta gara-gara P aku hanya ada di bahagian belakang. Depan dah hilang mana entah. Hmm...

Ukur Gigi

Rasanya ini kali pertama aku dalam minggu ni. Kau orang macam mana?
Label:
Cerita Kosong
Rajin Ke?
Orang selalu cakap saya rajin. Tapi rajin ke?
Bagi aku tu semua hanyalah dari pemerhatian orang luar.
Hakikat sebenar aku ni sangat pemalas.
Buktinya?
Tengoklah blog aku dah berapa lama aku tak update. Kuku tangan dan kaki yang dah panjang pun aku malas nak potong.
Macam mana tu?
Tapi hari ni aku cuba cabar diri aku.
Ya aku rajin.
Perkara pertama yang aku lakukan, potong kuku.

Kemudian, LC aku yang selalu hanya mandi air hujan
aku mandikan dengan penuh kasih sayang hari ni.
Puas hati tengok motosikal aku kembali berkilat.
Tak adalah aku rasa LC yang dah hampir dua tahun tu
macam motor tua lagi.
Jangan merajuk tau LC, aku tetap sayang kau!

Biasanya memang aku akan basuh baju seminggu sekali.
Tapi kadang-kadang tu kalau belum bertimbun baju tu aku kumpul lagi.
Kan aku dah cakap yang aku memang pemalas. ~lalala
Siap membasuh aku sidai, esok aku lipat kalau dah kering.
Yalah tu, biasanya lepas mak aku bising sampai nak keluar anak tekak
baru aku akan kutip baju kat ampai.

Misi rajin akan diteruskan dengan mengemas katil.
Huh ni memang lemah sikit sebab atas katil aku memang
bersepah dengan novel dan kertas-kertas.
Sebab tu tiap malam aku tidur dekat ruang tamu sambil layan Astro Ceria
sampai lewat malam sambil ditemani nyamuk rajin yang sibuk nak isap darah malas aku ni.
Tapi kalau aku betul-betul rajin, baru aku akan panjat katil dua tingkat tu
dan tidur atas katil aku. Itu pun kalau hari tu aku nak tidur sampai lebam
sebab katil aku sangat berhantu. Kalau tidur mesti akan terlajar samapi 12 jam.
Lebih daripada waktu tidur yang ditetapkan.

Meja aku pun dah bersepah sampaikan aku tak tau yang mana
penting dan yang mana tak penting.
Kerja tertunggak jangan cakaplah,aku kan pemalas.
Huh! Mulai hari ni kena rajin. Kena kemas meja dan menulis sampai lebam.
Kucik (notebook) aku ni pun dah selalu sangat merajuk
sebab aku asyik main Internet saja, dah langgar perjanjian aku dengan dia.
Kononnya tak nak masukkan game takut nanti main game kerja entah ke mana,
tapi sekarang ni walaupun tak ada game, sibuk dengan Internet pulak.
Tak boleh jadi, cuti sem aku pun dah tak banyak, jadi aku kena menulis sebanyak yang boleh.
Aku mesti sahut cabaran diri sendiri.

Kan best kalau jadi macam span kuning ni.
Walaupun dia hanya imaginasi tapi dia rajin sangat.
Walaupun sibuk bermain, tapi dia selalu jadi yang terawal ke tempat kerja.
Kalau lewat seminit pun dia dah rasa macam buat dosa besar.
Ya, mari kita jadi seperti dia.
Oh span kuning, kaulah pak dolah (idola) aku sekarang!
Label:
Cerita Kosong
Besar & Awek Baru
Dua tiga hari ni mood makan dan tidur sangatlah besar. Makan tanpa henti dan tidur tanpa mempedulikan waktu yang terus bergerak. Ah bestnya! Tak perlu nak fikirkan apa-apa. Dua tiga malam ni bukan main lagi makan. Rajin sungguh aku masuk dapur goreng itu dan ini. Ini pun baru lepas makan nasi. Sambil menaip ni tangan ringan aje mencapai keropok ikan dan mulut pun ngap-ngap aje. Dalam kepala otak dah terbayang maggi kari. Ah sedapnya!!!
Yang bawah ni pulak awek baru aku.
Berani kacaulah!

Label:
Cerita Kosong
AJL 24 - Separuh Akhir
Tiada sebarang kategori dan pertandingan secara terbuka dengan mempertaruhkan 30 buah lagu dan hanya 12 lagu akan dipilih memasuki peringkat akhir. Daripada sumber bacaan dan pendengaran, dikatakan "Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru di mana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori. Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja."
.
Hurm... bukan aku sahaja yang terkejut, ada artis juga yang mengeluh kerana mereka sangkakan akan bertanding di dalam kategori tambahan lagu mereka itu sesuai untuk kategori yang semakin berkurangan.
.
Dari kaca mata aku pula, ya, aku agak kurang bersetuju dengan format baru ini kerana secara tidak langsung ianya cuba menguburkan salah satu kategori yang kurang penyertaan iaitu Etnik Kreatif. Bagi aku sebenarnya AJL boleh ditambah kategori mengikut aliran semasa iaitu Indie. Apa pun, mereka yang menerbitkannya dan mereka lebih arif tentang industri muzik. aku hanya sekadar semut kecil yang cuba bersuara.
.
Senarai lagu yang bakal bertanding;
.
6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)
.
13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)
.
20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)
.
* Gagal mendapatkan mana penulis dan pencipta lagu.
* Tadi sempat tengok muzik vedio Masih Jelas (Hafiz) yang baru selepas kontervesi. Wah cepat betul pengurusannya bertindak. Syabas!
Label:
Cerita Kosong
Tahajjud Cinta

.
Siti Nurhaliza bukan satu nama yang kecil di Malaysia. Biarpun ada yang ringan mulut memperkatakan sesuatu yang kurang enak tentangnya, tetapi apabila lagu nyanyiannya berkumandang, seringan itu jugalah mulut mereka akan menyanyikannya. Aku cuba tutup mata dan pekakkan telinga tentang itu. Apa pun, aku suka dengan penampilan Siti Nurhaliza melalui album ini.
Tak guna untuk album pop islamik menutup keseluruhan kepala, tetapi untuk lagu lain membukanya semula. Itu lebih menghina namanya. Teruskan dengan keselesaan dan lakukan perubahan dari jiwa seperti mana kita manusia harus juga dari jiwa memuji Yang Maha Esa walaupun melalui lagu.
Label:
Cerita Kosong
Subscribe to:
Posts (Atom)