Pencinta Novel

February 27, 2008

Persis Sebutir Pasir - Manjlara


Penerbit: Jemariseni
ISBN: 978-967-5118-04-3
Harga: RM22.00

Sinopsis Belakang Buku:

Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidak sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri.

Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?

...aku hanya ingin jadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...

WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai ‘sijil’ buat Kasih? ‘Sijil’ yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?

IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada ‘jalan’ lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?

Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.



Sinopsis Dari Saya:

Inilah kali pertama saya membaca novel dari Jemariseni. Kisah Widya/Kasih yang bergolak dari zaman remaja, cinta remaja hingga ke dewasa, di mana cerita disampaikan secara santai. Cinta remaja memang hingga ke akhirnya sentiasa di dalam kenangan. Bagaimana hubungan Widya dan Syed Irwan Zahir, dari berkawan, menjadi pasangan bercinta, kemudian ditunangkan...

Bagai pepatah, Kusangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengahari, rupa-rupanya, ujian demi ujian ditima ke atas Kasih. Bermula dengan kelakuan biadapnya pada bonda kandungnya, dia ditimpa ujian yg hebat dan berat, bagaikan ditimpa musibah akibat kederhakaan terhadap bondanya. Akhirnya Kasih insaf, namun tiada lagi Syed Irwan Zahir, yang ada JG, teman pena siber yang mendampinginya sejak dia menghantar emel pada persatuan Islam yg diterajui ayahnya.

Apakah hubungan JG dan Syed Irwan Zahir, tapi pembaca seperti saya boleh dapat agak yang mereka berdua sudah tentu ada hubungan darah...

Akhirnya, penamatan cerita disampaikan secara santai, Kasih ditakdirkan dengan kesudahan yang baik, setelah insaf dan mula belajar mengawal diri.

Malangnya, cerita seperti ingin disampaikan ke sequel seterusnya, tiada kesudahan atas perjalanan hidup bujang Syed Irwan Zahir...

Rating saya:
*** (santai dan ok ok aje)

Rindu Cintaku - Fauziah Ashari

Title:Rindu Cintaku
Author: Fauziah Ashari
Publisher: Intens Idea International Sdn Bhd
ISBN: 983434502X
Format: Paperback
Price: RM 23.90

Klik untuk membeli

Sinopsis Belakang buku:

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?

Komen saya:

Sequel kesinambungan Ombak Rindu, Setia Menanti, Cinta Tiada Akhirnya, kali ini Fauziah Ashari mengimbas kembali kisah2 Hariz dan Izzah. Rumahtangga mereka yang sentiasa tegang, Izzah yang dari Cinta Tiada Akhirnya, hilang ingatan dibawa ke dalam kemelut dunia perniagaan Sufiah Holdings.

Hariz terumbang-ambing setelah diuji dengan masalah pejabat. Dia telah tersisih oleh Sufiah Holdings hanya disebabkan orang ketiga yang berdendam dengannya.

Dalam novel ini, watak-watak dalam Ombak Rindu muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan diuji atas Hariz mahupun Izzah.

Ada juga diselitkan watak ZulFaris dalan Setia Menanti dan menjadi bos kepada Izzah. Watak Kelvin dan Roland juga termasuk dalam novel kali ini, dan mewarnai cerita ini, bergaduh, pub dan arak....

Walaubagaimanapun, akhirnya mesti happy ending... Tapi kali ini dalam keadaan tenang dan tenteram... Tuan Haji Hariz...

Dekat 2-3 helai nak habis novel, rasa sedih pulak.

Bintang:
**** (syiok... 3 hari dah abis)

February 20, 2008

Reroute

Hari ini website ini kena hack, dia di reroute ke myjodoh.net, saya tak pasti apa tujuan org tu hack dan kenapa... entahlah.. semoga Allah sahaja yang memberi hidayah kepada org tersebut dan saya. Semua kejadian ada hikmahnya, mungkin sebab saya dah lama tak kemaskini novel2 yang saya baca.