Pencinta Novel

February 28, 2006

Ria Qistina



Sinopsis : RIA QISTINA
Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'
Harga : RM 15.00
Halaman :416
ISBN : 983-124-130-4

Sedikit Sedutan:

Qistina menyentuh lembut wajahnya. Mata, hidung, bibir... semua ada! Lubang hidung pun ada. dia melihat wajah kacak itu tanpa berkelip.

'Yes, I'm waiting. boleh kenalkan diri awak?"

Qistina mendengus. Kalau ya pun tunggu aku memperkenalkan diri, tak payahlah tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Dia bingkas berdiri.

"Ria Qistina Umar." Lantan terus duduk tanpa menantikan arahan guru muda tersebut.

"Ria Qistina?"

Cikgu Zarif merenung wajah itu. Qistina diperhatikannya dari atas ke bawah. Dia mengangkat kening. Seolah-olah hairan.

Qistina masih tak lepas memandang wajah Cikgu Zarif. "Cikgu ada masalah dengan nama saya?"

Sememangnya ramai yang akan menayang muka pelik mendengar namanya. Tapi untuknya, ia tidak pelik kerana nama itu adalah pilihan orang tuanya. Nama yang cukup simbolik, dan lain dari yang lain.

"Ria Qistina? Nama yang unik, seunik orangnya."

Unik? Nampaknya aku bertemu lagi dengan Cikgu Liana dalam diri kau. Hai, kenapalah guru akaun sentiasa ada masalah dengan aku? Asyik tak ngam aje. Dulu, Cikgu Liana dah aku halau dengan seekor lipas, lelaki ini macam mana pulak aku nak buat? Qistina menggigit bibir.

February 20, 2006

Aura Cinta


== Sedutan 1:
Tiba-tiba Azraai mendongak dan memandang ke arah atas bukit
Masya-ALLAH, desis hatinya. Betul-betul di hujung bukit itu, ada sebuah rumah kayu berwarna coklat, cat minyak, dan berbumbung genting merah. Dikelilingi pula pagar kayu yang rendah, sebagai hiasan.
Tidak besar mana rumah itu, tapi cukup comel dan indah. Dia terpinga-pinga seketika. Betulkah apa yang dipandang matanya? Bukan rumah orang bunian? Masih kebingungan. Mungkinkah wujud rumah secantik ini di kawasan ini? Bagaikan tidak percaya, namun dia tahu matanya tidak membohonginya. Diteruskan langkah sehinggalah sampai di depan rumah itu.
Azraai memberi salam. Sekali. Dia tunggu. Tiada yang menyambut. Diberi salamnya sekali lagi. Mungkin cikgu itu tidak dengar suaranya. Sementara menunggu salam keduanya disambut, telinganya masih terdengar-dengar hilaian ketawa di kawasan itu.
Hisy…apa tu? Dia mengurut-urut dadanya. Terasa gerun pula.
Akhirnya salamnya disambut. Tapi, suara lembut dan halus seorang wanita. Pintu depan terbuka, dan menjelma seorang perempuan muda.


Komen saya:
Setelah membacanya, separuh yang pertama rasa menarik bilamana si hero (Azraai) bertemu dengan heroin(Aisya). Watak Aisya yang keanak-anakan, membayangkan kepada saya yang Aisya seorang yang belum 'matured'. Bila dia bermain di atas pokok dan bajunya terselak, seolah2 pada bayangan saya yang Aisya seorang kanak2 berumur 12 tahun kebawah. Tapi bila baca seterusnya, barulah nampak gaya yang Aisya seorang gadis. Azraai juga seperti hero novel2 yang lain, mesti smart-tall and handsome. Kemudian sudahpun berkawan - wanita yang menjadi pilihan ibu, cantik sopan dan bepekerti. Azraai tersangkut dalam dilema antara wanita atau gadis yang sentiasa membuat hatinya berdebar.... Dalam pergolakan memilih itu, Aisya juga terperangkap dalam konflik keluarga.

Keluar dari konflik keluarga dan tekanan cinta, Aisya membawa diri ke Belgium untuk persembahan lukisan yang dianjurkan oleh brokernya. Disinilah dia berjumpa jejaka lain-Serhan (keturunan Turki). *mcm novel aina emir yg sebelumnya-Sesuci Cinta, watak pereka fesyen, berjumpa dengan lelaki Arab yg kaya dan ingin mendirikan rumah tangga tapi tak tercapai

Rating saya: *** (tiga saja, sebab last2 saya tak tertarik nak tau siapa dan bagaimana Azraai nak berkahwin - sebab terlalu banyak plot2 konflik keluarga di bahagian terakhir novel ini).

February 14, 2006

Bagaikan Puteri - RAM



Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!
Harga : RM 19.90
Halaman :560
ISBN : 983-124-214-9

Komen saya:

Saya membaca dengan penuh teliti, takut tertinggal 1 perenggan nanti lain pulak jadi jalan ceritannya. Horror jugak kali ni RAM tulis. Kalo baca sorang2 seram pun ada, tapi ada banyak juga penerapan islamic yang patut dicontohi penulis2 lain.
KEadaan manusia ketika koma memang sukar nak dijangkau akal fikiran. Begitu yang terjadi pada watak Haryani, mujur liya dah tengok PGL kat TV3 baru2 ni, sekurang2nya boleh la ingat2 siapa Gusti Puteri Retno Dumilah dll watak dalam PGL tu.
TApi,.,,... ending nya mcam ada sequal lagi lah RAM. TAk habis, Laksamana Sunan tu dah mati ke? Dani dah mati ke?? mayat nya tak dijumpai....

Rating saya:
*****(boleh dikategori 18SG).

Adam dan HAwa




Add to cart
Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Harga : RM 19.90
Halaman :0
ISBN : 983-124-216-5

Komen saya:

Cerita yang mendayu2, penangan Aisya Sofea, memang tak dinafikan best.
SEcara peribadi, kisah di masjidilharam tu banyak menyentuh perasaan liya.

Bintang:
**** (boleh dijadikan koleksi)