Pencinta Novel

June 29, 2005

Cinta Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari




Add to cart



RM22.90





Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

Penerbit: INTENS

Petikan dari novel:
"Sabarlah. Kami telah menemui mayat seseorang yang sukar dikenali identitinya. Daripada hasil siasatan kami, banyak kemungkinan mayat itu isteri Encik Hariz tetapi mungkin jugak bukan. Encik Hariz boleh mengecam mayat dan untuk memastikan lagi, pihak forensik akan mengambil ujian DNA ke atas mayat itu"

:
:

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir dua bulan Hariz hidup tanpa Izzah. Keputusan positif DNA ke atas mayat itu masih menghilangkan segala semangatnya untuk hidup.


Komen saya:

Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.
Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.

Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.
Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri.

Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.

Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. *membacanya membuatkan kita tersenyum geli hati dengan cara2 Hariz tersebut.

Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri.

Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya....

Happy Ending..

Rating: **** syok baca suspens dan best!

June 14, 2005

SEMUSIM RINDU - Aleya Anessa




Sinopsis : SEMUSIM RINDU
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


Harga : RM 18.00
Halaman :460
ISBN : 983-124-192-4


Komen saya:

Ceritanya pada mulanya sedikit confius. Tapi dah boleh agak mesti ada kena mengena dengan watak utama Hajar. Tapi watak kedua iaitu Ikhman bila baca rasa macam ada yg tak kena dengan perangai nya. Terlalu kasar, tetapi bersembahyang. Terasa seperti Ikhman tidak kena dengan watak nya yang ingat perintah Allah. Tetapi masih lagi berfoya2.

Hajar pula wataknya bagaikan seorang wanita yg ego tidak bertempat. Mungkin akibat dari pengalamannya yang dibesarkan penuh dengan penderaan sehingga dia melarikan diri dan ditemui oleh bapa dan ibu angkat yang baik hati.

Walaupun Hajar keras hatinya tetapi lembut pada adik beradiknya. Walaupun Hajar melukis tetapi meminati kejuruteraan mekanikal sehingga melanjutkan pelajarannya ke Jepun. Ada sedikit rasa tidak kesesuaian dengan jiwa yang melukis dengan jiwa yang keras hati tidak mahu menerima hakikat.

Keseluruhannya cerita ini berkisar dengan kehidupan seorang wanita (Hajar) yang terpaksa menanggung keluarga dalam kemiskinan, dan kemelut dimana perjumpaannya dengan pak su yang telah lama menjejak kasih...

Habis membaca dalam masa 2 hari tapi ada banyak speed reading.

Rating saya:
** pening sikit dan banyak klimaks..

June 13, 2005

Gemersik Kalbu


 Sinopsis : GEMERSIK KALBU
  Add to cart

 Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?


Harga : RM 18.00
Halaman :592
ISBN : 983-124-187-8

Add to cart Baca online di SINI
Komen saya:

Kisah Cikgu-cikgu, best juga menyelami pekerjaan perguruan, bagi liya yg tak penah tau tentang profesyen perguruan ni. Oooo cam ni kerja cikgu sekolah menengah rupanya. Susah juga ya!...

Kisah cinta pertama yang tidak dapat dilenyapkan dari hati cikgu raihana walaupun cinta pertama terkubur. Takdir Allah tidak dapat dihalang, itulah qada' dan qadar. Manusia mesti menerimanya dan cuba untuk menghadapi hari mendatang dengan tabah dan sabar.

Jalan cerita memang menyeronokkan, liya baca setiap mukasurat walaupun berhenti2 sebab anak2 musim cuti sekolah ni nakkan perhatian....
Syabas Anis Ayuni!, nak cuba cari novel by Anis Ayuni lagi yg sebelum2 ni.

Rataing saya:
****+ best! boleh buat koleksi



http://novelmalay.blogspot.com/2012/01/novel-gemersik-kalbu-vs-drama-gemersik.html

June 6, 2005

Pasrah Kasih - Mazia HArris




Sinopsis : PASRAH KASIH
Andai benar wanita itu penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka? Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keluarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbanan besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan sayang di hati dan tanpa sedar telah menghanyutkannya dari dunia realiti. Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila; isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja memaksa dia mengatur permainan demi permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan. Namun... segala yang manis hanya datang seketika. Hari demi hari perubahan Saiful mendesak Karmila melayani rasa sangsi yang sesekali mencengkam diri.
Salahkah Karmila andai curiga menguasai fikiran tika bahagia yang dicari dan didamba selama ini kian menghilang? Tergugatkah kedudukannya dengan kehadiran gadis manis menggoda ini? Dan tegakah Zuliyanti memusnahkan kebahagiaan insan lain semata-semata untuk kepuasan diri sendiri?Yang pasti, tiada siapa yang mahu kecundang, tiada hati yang mahu terluka dalam dunia ciptaan Saiful ini...
Harga : RM 18.00
Halaman :464
ISBN : 983-124-188-6

Komen saya:

Cerita berkisar dengan orang2 indonesia di JAwa Surabaya. Rasa macam baca buku indonesia.
Kisah orang gaji yang jadi madu. Sekadar sebuah cerita dalam 1001 cerita orang2 gaji dan isteri pertama yg banyak berkorban.

Rating saya:
** boleh la juga

Dekat Di Hati - Eyman Haykal



Sinopsis : DEKAT DI HATI
TUJUH belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.

Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.


Harga : RM 17.00
Halaman :424
ISBN : 983-124-194-0


Komen saya:

Jalan ceritanya santai, kisah aku (Izuddin) yang meningkat dewasa. Dia seorang yg bijak. Mulanya masing2 tidak menyukai ayah mereka. Tetapi ayahnya pandai memainkan peranan dan cuba memujuk serta menunjukkan sikap yang prihatin.

Ayah mereka telah menerangkan perkara sebenar yang berlaku menyebabkan perceraian berlaku. Kisah banyak berkisar dengan Izuddin, dia juga diuji dengan dua cinta, seolah2 cinta yg datang itu adalah kali pertama, cinta bersama budak sekolah di mersing.

Walau pun begitu, Nurul juga yg dekat di hatinya. Ending cerita suspens, dimana ketiga2 mereka (Izuddin, Nurul dan Ayu) hampir lemas di tasik.

Rating saya:
***+ boleh lah