SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Daging kicap bergantang
Tumis bawang putih dan kentang..
Suka makan daging? Anak-anak mesti suka ..okeh ini resepi senang dan cepat..tak yah blend2 bahan pun..Potong2 campak je..jangan pening2 sbb bulan Ramadhan kita penat ..tenaga luar dalam keluar....ini resepi lahir dari perasaan malas pada hari tu tapi ok juge ...laju je makan nampak anak2 ku itu..okeh jum layan...
BAHAN-BAHAN :
1/2 kilo daging
4 biji kentang
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
1 camt lada hitam
2 batang lada besar hijau dan merah
12 camb minyak masak
1 camt garam
2 sb kicap pekat
1 sb kicap manis
1 cawan air
langkah-langkah membuat:
- Bersihkan dan potong daging lebar2 .
- Potong bawang 4 bahagian. Titik bawang putih.
- Belah kentang 4 bahagian.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kentang tadi. Goreng sekejap.
- Masukkan bawang besar tadi. Kemudian masukkan daging pula.
- Masukkan air dan lada hitam. Masakkan hingga daging dan kentang masak.
- Masukkan garam dan lada tadi. kacau dan angkat.
Untuk resepi ni, guna daging batang pinang. Cepat masak. kentang tak yah buang kulit. Potong besar. Tutup semasa memasak. Hidangan ini cepat disediakan dan cepat masak..sesuai untuk berbuka puasa ...cuba ok jangan tak cuba...
~ SELAMAT BERBUKA PUASA ~