Khamis, 13 Mei 2010

LABU SIRA

~ Salam semua ~
Labu Sira

Labu sejenis sayur buah yang sedap bagi akak ...labu boleh dipelbagaikan memasaknya.. kalau omputih suka benor makan labu hingga boleh buat tat, pai, kek dan puding. Hanya pada pandangan akak, kalau budaya kita hanya sangat diperlukan semasa kenduri kendara..masak lemak labu terutamanya...memang sedapppp..berlaukan ikan masin dan kerak nasi..licin..Ari ni jum try sira labu ni sebagai pemanis mulut. Kalau di Kelantan, rasenya labu sira ni popular . Akak try sira labu ni dan rasenya yang ni menjadi. Itu pun setelah bertanya sifu labu..kawan dari Terengganu ..cara yang betul nak menyira labu.. Pernah buat sekali dulu tapi tak menjadi seperti ini....terimakasih pada Kak Ani yang sudi meluangkan waktu mengajar labu sira ni ..walaupun mudah sesangat tapi kalau tak tau teknik..tak menjadi wehhh... Tapi kalau dah tau..hmmm senangnya pulak..


Gula menutup labu

Bahan -bahan :

  • 1 biji labu besar ( cukup tua )
  • 1 kilo gula pasir
  • 10 helai daun pandan
  • 1 sb kapur sireh

Langkah membuat:

  1. Potong labu mengikut ira labu . Kulit tak perlu buang.
  2. Rendam dengan air kapur selama 1jam - 11/2 jam.
  3. Susun daun pandan di dasar periuk .
  4. Susun pula labu yang telah ditoskan . (Bertindih pun tak pe)
  5. Siram gula pasir di atas labu hingga labu tenggelam.
  6. Masakkan di atas api dengan api yang perlahan .
  7. Masakkan hingga keluar bunga gula ( air gula berbuih dan pekat)
  8. Labu telah empuk ..tutup api.
  9. Sejukkan dalam peti sebelum di makan.
  10. Semasa hidang, siram labu dengan air gula yang bersira tadi.

Nota:

Sangat nyaman dalam cuaca yang panas. Pastikan gula cukup, kalau tidak rasa tawar . Mesti rendam dalam air kapur untuk mengelakkan labu pecah. Tidak perlu bubuh air masa memasaknya


masakkan hingga air gula pekat dan keluar buih gula.



Siram dengan air gula tadi semasa makan..nyaman..



APAM PISANG COKLAT

Assalamualaikum


~ APAM PISANG COKLAT ~





Apam lagi..sebenarnya apam ni awal pagi lepas subuh pegi godek sebab tak de apa nak buat breakfast anak ku sorang tu...dah pisang pun ada..godek2 je la..resepi diambil dari Mak Lang Azie yang rajin tu...hanya pisang yang akk guna ni pisang nipah yang ditanam belakang rumah...Pisang nipah ni atau sesetengah tempat panggil pisang abu kalau masak manis dan gebu ..dah beberapa kali buat muffin pun sedap ..tak perlulah beli pisang berangan , emas atau raja yang boleh tahan juge regenya kat pasar sini..Bagi akak kalau masak tidak perlu nak susah-susah ...asal bahan tu munasabah nak guna, hentam je laaa....asalkan menjadi..tak gitu kekawan...







Apam ni bukan gelap sebarang gelap ni..makan sekali terus nak 2 kali ...akak suke sebab rasenya yang gebu dan mengenyangkan. Anak makan pagi 3,bawak bekal 4 biji..Maknya lagilah pulak bawak bekal satu tupperware besar sebab kalau tinggal kat rumah sapelah yang nak makan lagi ...Lebih baik bawak ke tempat keje ...ok cuba tau sebab senang je ni...kembang hidung ni bila tngok apam elok je mengembang dalam kukusan ...hehehe ..layanzz




Bahan-bahan Apam Pisang Coklat


Bahan A:


  • 2 cawan tepung gandum & 2sb koko
    1 sudu kecil soda bikarbona
    1 sudu kecil baking powder

Bahan B:

  • 1 cawan pisang masak ( 4 biji)
  • 1 cawan minyak masak ( myk jagung)
  • 2 biji telur gred A
  • 11/2 cawan gula perang ( akk guna gula pasir)

Langkah membuat :

  1. Ayak semua bahan-bahan A dua kali.
  2. Lenyekkan pisang dan campur dengan telur dan gula.
  3. Masukkan minyak tadi dan gaul sekata
  4. Masukkan bahan A tadi dan gaulkan rata.
  5. Masukkan dalam acuan yang telah dipanaskan dalam kukusan terlebih dahulu.
  6. Kukus selama 20 - 25 minit hingga kembang dan masak.


Nota:

Masukkan sikit susu segar sekiranya adunan kental ( tambah minyak pun ok)

Tutup tudung pengukus dengan kain dapur untuk mengelakkan wap jatuh atas apam.

Api besar semasa mengukus, apam akan naik dengan cantik.

















APAM MEKAR


Salam semua ..semoga kita ceria macam apam mekar ni..sebab akk suke sgt tengok rupa apam ni dalam dapur ummi ~ Home Sweet Home ~ tu..akak pun try laa..ikut je resepi yg diberi..menjadikk le ..elok sgt kembangnya dan terbelah gitu..cukuplah tu..minum ngan kopi panas2 sedaplah ni.....kak terus masuk dlm acuan apam tak guna mangkuk kertas...teringat pulak apam kat pasar malam kaum cina jual tu 2 kali ganda lagi besarnya dan gerammm je akk nak tanya bubuh ape dalam apam tu sampai kembang macam nak rak dalam mangkuk kertas depa..Apam ni memang tak puas dipandang..mekar macam anak dara sedang kembang !


Apam Mekar



Bahan-bahan membuat apam mekar :



250 gm gula castor
2 biji telor A
1 sk esen anilla
200 ml susu segar
300 ml tepung gandum
1 sk ovellete
warna hijau & merah


Langkah-langkah membuat:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu\
  2. Masukkan esen vanilla.Pukul lagi
  3. Masukkan tepung, susu segar dan ovellete.
  4. Pukul lagi hingga kembang
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  6. bubuh warna merah, hijau dan kosong
  7. Masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan
  8. Letak tiga warna selangseli
  9. Kukus selama 15-20 minit dengan api yang kuat
  10. Angkat selepas apam merekah seperti dalam gambar

Bagi akak apam ni makan panas-panas sebab kalau dah sejuk ketat juge leher nak menelannya..apapun cuba dulu....bai-bai jumpe lagi...wassalam.