Showing posts with label Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan. Show all posts

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 2013

KLIK UNTUK LIHAT BESAR

Hari ni merupakan Hari Raya AidilFitri. Dalam waktu subuh macam ni, aku post entri untuk menyatakan rasa hati aku pada siang hari nanti. Ntah la, aku tak pasti sama ada kebosanan akan melanda ataupun kegembiraan yang akan mengambil alih perasaan raya aku yang bosan sama seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Kad raya digital yang aku buat ni memang special ditujukan khas buat semua penghuni-penghuni alam maya ni, terutama sekali buat rakan-rakan yang terdekat. Ikhlas daripada aku dan kekasih aku, heheheh... 

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA...

Konvo Bersama



Aku dah pun graduated daripada diploma. Bersama-sama si dia, kami mendapat apa yang kami inginkan setelah sekian lama berjuang di UiTM Perak. Best sangat bila dapat melihat keluarga kami tersenyum. Keluarga aku dan keluarga dia  dah pun bersemuka. Mereka saling kenal berkenalan antara satu sama lain. Detik-detik manis naik ke pentas dan menerima sijil diploma memang tidak dapat dilupakan. Walaupun kami tidak duduk sekali waktu dalam dewan kerana nombor giliran kami jauh, itu tidak menghalang kami daripada untuk tidak terus bersemangat dan mengecapi kegembiraan. Sempat juga untuk kami bergambar sebelum dan selepas menerima sijil. 

Sekarang ni si dia menyambung pengajian dalam bidang Grafik & Media Digital, masih lagi di UiTM Perak. Aku pula berhijrah ke UiTM Shah Alam, dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Halus. Disebabkan aku menukar jabatan dari grafik ke fine art, menyebabkan aku terpaksa turun satu semester, iaitu ke semester dua. Si dia pula meneruskan pengajian dalam semester tiga. Itulah yang terpaksa aku hadapi, selepas ini si dia akan graduated dahulu sebelum aku. Ehmm,,, apa-apa pun, pengajian hendaklah diteruskan demi cita-cita yang ingin aku genggam, iaitu memperoleh PhD dalam waktu terdekat. 


Sunday, March 10, 2013

Harapan



Hadirnya dia membawa seribu erti yang sukar untuk aku ukirkan melalui kata-kata. Tiada keindahan yang mampu di lukis kalau nak dibandingkan dengan keindahan yang dia pamerkan buat hidup aku.  Kiranya cinta boleh dikekalkan dengan hanya menulis atas kertas perkataan 'kekal', sudah tentu semua manusia berbuat demikian. Harapan untuk terus bersama selamanya menjadi rentetan impian buat hati ini. Biarlah rasa berbicara andaikata  mulut terkunci bahasa. 

Harapan...terus kekal sebagai harapan. Hanya doa terus menyambung keyakinan. . .

Degree



Sekian lama bercuti dan bekerja. Kini aku kembali menyambung hayat dalam pembelajaran. Sekarang aku dalam peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus. Dah tak minat dalam grafik, aku meneruskan impian yang terpendam sekian lama sejak dua tahun setengah yang lalu. Tak tahu la macam mana hidup aku di perantauan ni, kalau dulu belajar kat Seri Iskandar, Perak. Sekarang aku makin jauh, di UiTM Shah Alam pulak...

Aku harap sangat supaya kejayaan aku berterusan... Untuk membalas segala jasa ibu dan bapa aku.


Friday, January 4, 2013

Kini Kembali



Setelah lama aku menyepi, kini aku mula berfikir yang daya kreativiti penulisan aku makin tumpul. Tak tahu la kenapa. Aku cuba fikir kaedah yang sesuai untuk mengasah daya penulisan aku. Jadi, aku berblogging semula. Penulisan aku buat masa ini mungkin agak senget, sebab dah lama tak berfikir secara textual kot, hahahah. . . 

Kembalinya aku disini  adalah bagi membuang sarang labah-labah dan menebas semak samun yang menyemak di blog aku ni. Dengan penampilan yang 'agak' serba baru pada rupa parasnya, aku sedaya upaya buat blog aku supaya jadi makin simple. Takmau dah aku nak serabut-serabut kat sini, aku dah up dah. Tak lagi jadi BBNU ataupun lebih dikenali Budak-budak Baru Nak Up. Hahah,,, bila dah sedikit matang, macam ni lah rupanya. Hidup pun makin simple.

Kemana aku menghilang???

Sebenarnya aku di sini saja. Tak kemana-mana pun.. Aku cuma malas nak redesign blog aku dan jugak malas nak menulis, hahah.. Aku baru ja menamatkan pengajian dalam Diploma pada bulan Oktober yang lalu. Sekarang ni aku dah bekerja, kejap saja aku bekerja. Sampai bulan Februari ni saja. Aku kerja sebagai Pereka Grafik di sebuah kedai kecil yang tak jauh dari rumah aku. 

Bagaimana pula dengan cinta ???

Aku makin bahagia dengan si dia. Hubungan kami juga direstui oleh ibu bapa. Walaupun sekarang ni kitorang tengah cuti tamat diploma selama 3 bulan, itu bukan penghalang untuk merenggangkan hubungan kitorang, tapi makin merapatkan ada la,, Hahah. . .Dia disana, aku disini. Hari-hari kitorang update pasal aktiviti yang dilakukan. Aku tak bosan pun, sebab aku bukan jenis yang keluar enjoy ngan member-member. So, dengan adanya si dia, dapatlah menghapuskan kebosanan tu. Dia pun bekerja sama macam aku jugak, tiap-tiap malam memang akan ada topik la untuk dibualkan pasal kat tempat kerja. Heheh,,, dia yang paling banyak bercerita, aku cakap sikit-sikit saja. Sebab tu aku sayang sangat-sangat kat dia. Langsung tak pernah rasa bosan.

Kembalinya aku sekarang ni dengan harapan supaya korang semua kembali support blog aku yang tak seberapa ni. Aku nak membangun semua dengan penulisan dan perkongsian benda-benda baru. Sekian, Love Uolls  <3

Thursday, June 28, 2012

Penting Bersama


Makin dewasa kerenah hidup pun makin bertambah. Aku tak menjangka yang semua ini akan dilalui dengan kadar sama rata yang dirancang namun tidak dijangka juga ia betul-betul menjengah realiti. Rasa berang tak menentu, gilakan keseronokan, mahu kasih sayang selalu, itu semua kawalan akal yang makin menggila. Jangan nak kata aku sukakan keramaian, hidup bersendirian tapi masih berkawan ala kadar. Kadang-kadang aku memaksa diri untuk bersosial. Tak ada punca aku rasa beramai-ramai selalu. 

Rasa sayang bukan kepalang. Masa bersama dirancang perlu berkualiti. Sepenuhnya didetikkan sepasang. Aku tak membawa sunyi itu selalu dalam genggaman seperti masa dulu. Apa-apa sahaja mesti melangkah bersama....

Saturday, May 5, 2012

Kekasih Gelap


My Love
Bercinta bukan setakat dengan manusia, ada yang lain turut menagih kasih daripada aku. Kalau tak jaga, masa depan tak terjamin. Mereka dah lama aku miliki, tapi baru hari ni nak show. Tak basi kalau masih cantik, seperti emas dalam perut bumi. Walau dah lama, tapi harga makin naik.

Macbook Pro 15-inch

Satu-satunya barangan jenama Apple yang aku miliki. Dapat tahun lepas dalam bulan 9. Aku beli pakai duit biasiswa. Lepas beli yang ni, masuk ja hujung sem terus poket aku sempit. Almaklumlah, setiap pelaburan ada risikonya. Tapi alhamdulillah, memang berbaloi aku miliki. Setiap work aku jadi mudah dengan Cik Epal nih. Hahah.. Pointer aku pun maintain je. CGPA still dalam lingkungan 3.5 ..

Adik-beradik. Mouse tu jenama Apple jugak wei !

Tak pernah lapuk dek zaman.
Mereka umpama kekasih bagi aku. Rasa sayang sentiasa lekat di hati dan tidak pernah putus perhitungannya. Apa yang ada dijaga rapi, dimandikan, diberi makan, dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Privasi terjaga dengn Si Headphone ni.


Lukis dalam fotoshop dengan menatang ni.
Kalau pandai jaga, diorang ni akan  tahan lama. So, kena pandai amik hati la. Hahah,, maksud aku, jangan bagi pinjam tak tahwan hala kat orang lain. Kalau diorang nak, kena bagi syarat-syarat yang membuatkan diorang takut nak pinjam. Aku memang kejam, heheh..


Friday, May 4, 2012

Kosongkan Kekosongan



Serabut memikirkan perjalanan untuk ke masa depan. Aku tak mahu terkongkong dengan kekosongan, matlamat hidup perlu dicapai dengan sempurna agar segala impian bukan mimpi yang membawa sial pada diri. Akal yang ada bukan untuk disimpan dan dijeruk sampai membusuk, fungsi perlu dilihat supaya berkaitan dengan cita-cita. Kalau sekadar mengagungkan kisah silam, lebih baik tak payah hidup dalam dunia sekarang. Tak pintar sekiranya hanya pandangan yang berlegar, bawalah kaki melangkah ke depan. Renungan langsung tiada erti dan rezeki tidak akan tersaji dengan sendiri buat si pandir yang melingkar bagai ular sawa kekenyangan. Fool for lazy, fuel for vehicles, full for hardworker !


Sunday, April 15, 2012

Semester Lalu yang Berbeza


Aku hanyut dalam lamunan. Bukan lagi bermotifkan khayalan, itu realiti yang tak dapat disangkal. Aku tidak sendirian, no more forever alone rythm yang selalu diputarkan. Perjalanan satu semester yang lepas adalah berbeza. Teman sentiasa di sisi setiap hari. Riuh rendah hati kedengaran iramanya berkicauan bagi mereka yang dalam lamunan cinta. Pahit manis dilalui, diredah, dan dihambur keindahan bersama-sama dia tersayang. 

Kaki yang melangkah di sekitar kampus tidak lagi sepasang, kini dua pasang yang mengaturnya. Aku suka sangat-sangat sebenarnya bila berpasangan. Orang kata serabut tapi bahagia. Aku tak minat kata-kata mcam tu yang boleh buatkan hubungan jadi 'down'. Hanya si bodoh yang cuba-cuba dalam percintaan saja bakal mencetus konflik hubungan berterusan. Aku tak rasa serabut dengan pasangan aku, dia banyak buat aku hepi bila aku stres dengan projek semester. Itu pentingnya pasangan kita. Dalam berkasih-sayang, kami selalu saling membantu. 

Tak sempurna diri bagi yang lalai bercinta, kerja tak jalan hanya sibuk dengan dating. Not for me...she's also my personal assistant yang banyak mengingatkan aku yang selalu lupa. Thanx my honeydew... My work always done with u. U have good management for me yang selalu saja serabut. Hahah. . . Kali ni aku dah tak berapa nak serabut bila dia ada. 

≈SEMESTER LALU YANG SANGAT999 BERBEZA≈


Friday, April 6, 2012

Hepi Besday My Honeydew



Special for U my dear. Selamat Hari Lahir abang ucapkan untuk kamu. Sekarang kamu dah berusia 20 tahun. Sweet 20 la katakan. hahah. ..  So sweet. . . <3 Abang tak dapat nak hantarkan kek yang betul-betul untuk kamu. Nanti basi pulak jadinya. So, ni je yang abang mampu. Just impose-kan saja. Hehe.. Student art meluahkan rasa hati melalui visual. .. Hadiahnya pun gambar je lah. . . Kamu nak hadiah betul-betul? Try to wish in ur heart, and it will become real front of u. hm hmm. . .just kidding≈  Kamu tunggu je, nanti akan sampai jugak...   :-)

Saturday, January 21, 2012

Kembali Cuti




Aku kembali bercuti. Statement yang turut menyalurkan maksud aku berpisah sementara dengannya. Cuti raya cina, aku tak berapa minat buah limau diorang yang masam. Lebih kurang 5 hari takdak kelas. Kalau tak balik rumah pun, aku cuma makan tidur ja kat kampus, buang masa. Dia balik rumah jugak. Aku taknak bosan, jadi aku turut chow dari daerah yang panas itu.

Beberapa hari cuti aku dapat rasakan umpama beberapa tahun. Dia takdak kat depan mata, susah skit nak sembang merapu dan gelak-gelak. Haha,,, my honeydew is very funny. Dia sangat hepi, hilang seketika memang buat aku sunyi... 

It's okey, dapat dengar suara kat henfon dan contact pakai Skype boleh hilangkan sikit sunyi tu. . .

Cuti kali ni memang bersama esaimen jugak. Untuk animation, aku plan nak hasilkan yang terbaik, credit to her. She is my inspiration... Semoga termakbul apa yang aku impikan.

I Love U, sayang. . .


Saturday, December 24, 2011

Pertama yang Berbeza


Kebahagiaan yang datang bukanlah dari segenap sudut. Hanya melalui beberapa kawasan terpilih sahaja yang betul-betul kena dengan kehendak takdir. Jangan kita salahkan Yang Maha Esa kiranya apa yang dikehendaki itu tidak tercapai secara terus dengan yang dibayangkan. Bukan semua yang kita pinta akan kita dapat, kadang-kadang ditangguhkan untuk diberi ganjaran yang lebih di akhirat nanti. Jadi, kesabaran merupakan pokok utama dalam menantikan impian itu termakbul.

Cuti pertengahan semester baru saja bermula. Kali ni sedikit berbeza dengan yang sebelumnya, aku pulang menaiki bas dengan fikiran yang berisi dan hati yang berpenghuni. Aku tak bela jin ataupun pelesit dalam organ penting. Benda bodoh dibuang jauh-jauh, yang lagha aku flush lembut-lembut dalam jamban. Kotak paru-paru aku menghela nafas yang sangat sejuk tatkala melihat dia yang bertudung merah turut ikut sama ke stesen bas. Aku suka warna merah, dan suka sangat-sangat bila perempuan yang aku sayang bertudung kaler merah jugak.

Kerapkali cuti pertengahan semester memang aku pulang dengan bas. Atas bas  selalu aku termenung sambil dengar lagu dan layan perasaan kosong, tabiat yang sinonim dengan lelaki 'forever alone'. Takdak perempuan yang  nak betul-betul rapat dengan aku, mungkin sebab rupa aku yang macam mafia, yakuza, atau jugak ada sikit-sikit iras Faizal Hussien. Itu dulu, kini aku dengan dia. I'm taken, I'm not single anymore. Aku pulang menaiki bas dengan perasaan yang berisi, tiada lagi menung kosong yang berpanjangan. Hanya dia dalam ingatan...

Hidup aku semester ni sangat berbeza, seperti Peter Pan yang baru ketemu Tinkerbell, seterusnya dapat terbang bebas di Neverland. Pertama kali yang drastik, bukan dipinta tapi harapan yang bermula dengan impian dan bayangan. Akhirnya dia muncul seperti yang diimpikan. . .

Aku hanyut dalam lamunan cinta≈≈

Saturday, December 10, 2011

3/4 Hati Buatmu



Bukan mudah memandang cinta dari sudut berbeza agar kekal kemanisannya. Walaupun bersahaja, namun hati tetap menumpukan pada rasa kasih dan sayang. Kadang-kadang kita tetap terlepas pandang perkara-perkara penting seperti layanan istimewa pada si dia. Tapi aku masih belajar akan pengertian alam cinta. Terus terang aku katakan yang aku bukan seorang yang romantik dan pandai mengambil hati perempuan dengan seadanya. Tiada langsung pengalaman cinta sebelum ini. Hanya kebodohan yang melanda diri aku apabila 'dia' merajuk. Dia ingin dipujuk, tapi aku hanya tahu cakap "pujuk, pujuk, pujuk, pujuk..." saja.  

Sesukar mana sekalipun, aku cuba lari daripada gelaran seorang badut bodoh yang tak punya apa-apa fahaman perasaan. Hati aku sudah diserah kepadanya, hampir keseluruhan. Hidup aku cuma dengan 1/4 hati, berfungsi untuk memahami diri dan perasaannya sahaja. Biar hati aku terluka tak mengapa, asalkan dia gembira dengan apa yang dia dapat, iaitu cinta. 

Bersamanya membuatkan aku sentiasa tersenyum. Gembira melihat dia manja. Kadang-kadang rasa macam bersama adik aku sendiri bila aku sedikit tegas dengannya. Namun sayang tetap bersama. Merajuk tu perkara biasa. Tapi bila dia kata taknak cakap ngan aku satu hari, hidup ni terasa kosong sangat. Serius, sangat sangat kosong. Rasa macam dah tak wujud orang lain yang boleh aku begurau dan usik-usik. Memang aku selalu usik-usik dia, best tengok dia buat muka masam, comel sangat,,, tapi tak best bila dia merajuk lama-lama. Hahah,, risiko jugak tu.

Hati aku dah tetap untuk dia, tak nampak orang lain lagi dah. Dia takkan aku lepaskan, takkan aku abaikan. Ini bukan sekadar pidato manis, tapi janji daripada hati. Kata janji manis penuh makna, juga tanggungjawab perlu dilaksana. Sekian...


Sunday, November 27, 2011

Catan Cinta Buatmu


Keikhlasan hati kadang-kadang sukar digambar melalui kata-kata. Namun bagi insan malas macam aku boleh menjadi rajin tak semena-mena dengan hanya ungkapan ''Aku cinta padamu'' daripada bibir mulus si dia. Tak semudah yang disangka, nukilan sesebuah karya berwarna bukan sewenang-wenangnya boleh ditafsir melalui pandangan dan kata-kata, ia perlu dipandang melalui jiwa dan hati jugak. Aku malas untuk berkata banyak, kerana ucapan daripada lidah manusia boleh mengundang pelbagai padah apabila silap diatur. Lebih senang kiranya ungkapan hati dituju melalui apa yang dipanggil karya jiwa. 

Pengalaman sepanjang cuti semester aku simpan dalam setiap gerakan berus pada kanvas itu. Dia jauh daripada aku pada saat tersebut, namun aku tak sia-siakan masa dengan hanya menggelamun bodoh sambil pandang langit berkhayalkan wajah kekasih. Kami berhubung menggunakan kemudahan sedia ada. Emosi aku diatur dalam setiap bancuhan warna. Setia, kasih, janji, sayang, dan cinta, semuanya lengkap diadun  dengan tulusnya.

Biarlah rahsia siapa 'dia' yang kutujukan itu. 

Sekian. Salam cinta untukmu, sayang. 


Wednesday, November 23, 2011

Cinta Pintar




Bukan nak memuji lebih-lebih, memandang wajahnya tak ubah seperti memandang langit senja yang sungguh cantik, tak jemu dilihat tak hapus direnung. Tapi pandangan itu cuba dikawal, dikhuatiri menjejaskan kemanisan dan menghapuskan kemurnian diriku. Pertemuan kali pertama secara langsung sedikit menggoncang hati, mengikut teori dan fahaman orang lama sememangnya  satu normaliti dalam perhubungan andaikata kita betul-betul menyayangi seseorang.

Kami masih malu-malu bila berhadapan, aku pulak bagaikan badut bodoh yang tersengih-sengih segan. Tapi saja buat-buat biasa dan cakap banyak macam member-member yang dah kenal bertahun. Dia pun banyak senyum, aku suka pandang dia tengok gigi yang comel. Hahah.. Banyak benda lagi yang kami nak bualkan, nak berkongsi. Tapi tak enak bila lepak lama-lama, ada saja mata yang pandang dari jauh. ‘Orang kita’ susah sikit, pantang bila tgk orang lain hepi, ada-ada saja yang nak dikencingnya.

Kami diam-diam saja, kena bijak atur jalan. Terlalu drastik bila  perubahan hidup aku kalau dilihat melalui  kaca mata orang lain.  Mereka pasti mengetahui jugak, tapi aku nak ia berlaku perlahan-lahan.  Kami tak selalu berjumpa, dia bijak memberitahu aku yang kami pasti bosan kalau bertemu kerap. Dulu aku pun terfikir macam tu, cuma kadang-kadang menjadi bodoh bila tiba-tiba emosi beraja.

Perkara yang penting dalam percintaan, "JANGAN MENJADI HAMBA PADA EMOSI".

Sekian...







Friday, November 18, 2011

Bersemangat




Perkenalan kami secara rapat sudah mencecah tempoh lebih sebulan. Memahaminya aku rasa bukan satu masalah lagi oleh kerana sifat aku yang suka memintanya berterus-terang dalam segala hal. Rahsia? Sukar untuk disimpan kini, segalanya kami berkongsi bersama. Berkawan seperti biasa, namun hakikat hubungan manis tetap berjalan. Rajuk dan pujuk tidak lekang daripada dinding percintaan, itu kebiasaan yang harus ditempuhi. 

Suntikan semangat melalui pandangan wajahnya membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Keutamaannya aku yang lebih merasa. Siapa yang pintar, dialah yang mendapat lebih. Kebodohan bukan ditujukan kepada mana-mana insan. Hanya pesanan yang ingin dipaku, " Mendapatkan cinta  bukan semudah menangkap seekor semut dalam koloninya". Jadi, janganlah sesuka hati mintak nombor henfon kat perempuan, ajak keluar makan secara menkhinzir buta, kerana mereka tak suka walaupun senyuman seribu satu kebencian dilontarkan hingga langau terus-terusan perasan diorang hensem.

Layang-layang tak selalunya di awangan tanpa angin. Antara kami, masing-masing memegang kedua watak. Tiada berat sebelah, tiada yang rugi, dan tiada perhambaan cinta disini. Orang bodoh hanya menangisi perkara bodoh dalam percintaannya. Secara tidak langsung, kebodohan itu hanya memalukan jantinanya. Namun tidak dinafikan bahawa air mata sememangnya senjata wanita. Mereka hanya kembali bersemangat setelah permata tersebut dititiskan. Itu bukan kebodohan, tetapi satu tarikan. Setiap titis air mata mereka memiliki beribu makna. Hanya hati ikhlas seorang lelaki yang mampu memahami.


Wednesday, November 9, 2011

Mawar Berduri



Dah hampir dua minggu dia bekerja, selama itu jugak la pelbagai spesis manusia dia lihat. Semua itu adalah cabaran baginya mendapatkan beberapa not kertas bernilai tinggi bagi memenuhi impian hati. Hari-hari yang dilalui bukan semudah mengenyit sebelah mata, apatah lagi bila sering dihinggapi langau-langau bertopengkan lebah. 

Sering jugak aku sendirian bermuhasabah, "bukan mudah menjadi seorang perempuan, dan tidak ringan beban ditanggung apabila bergelar lelaki..." Jika menjadi bunga, jadilah mawar yang cantik tetapi berduri. Dipijak sakit, dibuang sayang. Benarkan lebah menghinggap, halaulah menatang langau yang mendekat.. 

Bunga aku adalah mawar  yang memang berduri. Dia memang cantik. Tak kesah la kalau banyak yang nak hinggap. Aku tak risau sangat, duri yang banyak dah menghalang. Kadang-kadang kesian jugak kat dia. It's okay, aku tak penah marah pun. Aku pun dah banyak memahami pasal dia. 

Mereka yang berkenalan dengannya yang nak kenal dengan dalam sedalam lautan Atlantik, aku memang tak benarkan. Tapi tak suruh ditolak secara memababi buta tuli, guna cara orang cerdik. Langau pun ada perasaan. Kalau ditampar, konfem-konfem la kena gigit. Jadi bunga cantik, akarnya pun kena la cantik. Selalu aku pesan, jangan directly kata tak suka, kena jaga perasaan lelaki tu jugak, kesian kat dia...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Langau : Hai..keje ke ?
Bunga  : Tak ade lah, buat kueh.. ( buta ke aku tengah lipat kain niey ! )
Langau : Amboi, perli saya nampak...
Bunga  : Hahah..terasa ke? sorry lah.. nak saiz ape??
Langau : saya nak saiz L, boleh ?
Bunga  : Nah saiz L..    :-)
Langau : OK, thanks...Awak, nak kenal boleh???
Bunga  : ????
Langau : Nak tahu name awak, and nak number phone awak... Senang nak contact..
Bunga  : Perlu ke tahu sume tu???
Langau : Perlu lah, sebab nak kenal dengan awak..
Bunga  : sorry lah, saya dah bertunang lahh..
Langau : Ohh, ok.. saya gerak dulu..bye...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap hari adalah hari yang sama, perkara yang sama. Bersabarlah sayang...



p/s :  Berdasarkan kepada cerita dia kat aku. Entri ditulis secara roughly.


Friday, November 4, 2011

Sekali Lagi


Seseorang Homo Sapien selalu meletakkan harapan menggunung kalau buat satu-satu perkara. Mustahil kalau dikata aku terkecuali dalam golongan kasta tersebut melainkan aku sendiri yang menafikannya. Sejak azali aku memaksa diri untuk ke sekolah, buka buku, menulis, mengira, tapi akhirnya tetap tak dapat membelah dada mayat sambil memakai jubah dokter. 

Aku bukan dilahirkan untuk bagi ubat dan mengesan penyakit golongan manusia, memang lumrah kejadian manusia seperti aku untuk bergelumang dengan warna walaupun kadang-kadang memaksa aku untuk melayan fantasi yang aku sendiri tak pernah tau logiknya. Bukan jenis kepala yang boleh disumbat dengan fakta, nak tercabut rasanya kalau dicocok dengan nombor. Argh! Lelaki fakta versus lelaki kreatif, masing-masing dengan kelebihan masing-masing. Bukan nak wujudkan diskriminasi pemikiran, transformasi persepsi perlu diketengahkan untuk melihat manifestasi memberansangkan pada nusa. 

Nak hidup kena ikut kompas sendiri, tak perlu dipinjam-pinjam dan tak perlu mencari nakhoda luar. Kita sendiri boleh jadi kapten. Bila benda yang dibuat tak masuk dengan 'soul' kita, maka tak wujudlah kerja yang mempunyai jiwa, sebab tu selalu keluar kes bangunan runtuh, lebuh raya rosak, jambatan sujud ke bumi, dan macam-macam hal leceh.

Taknak merapu panjang-panjang, cuma nak bagitau yang sem ni aku dalam Dean List sekali lagi. Sekian...




Wednesday, November 2, 2011

Antara Cabaran


Bukan mudah memiliki, apatah lagi mendapatkan orang yang sepertinya. Menyedihkan bagi mereka yang tidak menghargai. Aku menghayati setelah mempunyai. Dia sangat baik, cantik, dan pandai masak... Jugak ramai peminat. It's okay, aku tak kesah walaupun dari lapisan langau, badut bodoh, nice boy, hingga ke kasanova yang minat kat dia. Meskipun ramai yang melompat, mengejar, dan berlari ke arahnya, dia hanya dengan aku. Tiada lagi rahsia antara kami, itu satu ketenteraman. Anasir-anasir luar  hanya sebagai pelakon tambahan yang mendramatikkan lagi suasana.  Biar mereka membadutkan diri dengan watak desperate mereka. Aku? Hanya melihat, mendengar, dan tersenyum dengan tindakan-tindakan 'pintar' itu. 

Seronok melihat orang yang kita suka rasa gembira. Meskipun dia sesekali diganggu 'mereka', jangan goyah. "BERTENANG SAYANG, BERTENANG..."

Cemburu buta? Hanya menyerlahkan kebodohan aku. Akal ada jangan disimpan dalam lutut. Laki bengong selalu kena makan dengan emosi. Maka lahirlah kelompok jantan yang berlutut depan perempuan, menjadi hamba cinta sebelah mata. Mereka mati kerana cinta dusta. Semuanya kerana tumpul fikiran dan buta mata. 

Terimalah orang yang sayang kita, jangan pergi pada mereka yang tak menyayangi. 





Monday, October 31, 2011

Umpama Mimpi


Menyelak kembali buku sejarah lama aku, langsung tidak pernah tercatat sebarang kronologi percintaan yang serius mahupun peperangan langau yang menghurung bunga. Terdetik juga ingin mencuba agar dapat dilakar walau satu perkataan 'cinta'. Tapi aku tak mampu... Bukan nak kata 'bacul', cuma  sedikit paranoid. Bidadari kerap muncul, kerap juga kami bertukar watikah berupa sms. Namun tidak pernah menetas 'cinta' daripada telur yang dieram. 

Kini tiada lagi suka 'main-main cinta' yang menjerumus aku ke lautan 'bertepuk sebelah tangan'. Aku berjanji membawa dia pada kesejahteraan nusa dan cinta.  Ini realiti,  tapi bila bangun dari tidur umpama mimpi yang ku rasa.. Hakikatnya perlu diterima... Tidak mungkin aku tidak percaya.

Silent.... Hubungan bakal dijalinkan macam zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu-dulu.. Jangan tanya pasal apa. Ini hak aku untuk berahsia. Biar apa orang nak kata, asalkan aku bahagia. Sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...