Friday, November 18, 2011

Bersemangat




Perkenalan kami secara rapat sudah mencecah tempoh lebih sebulan. Memahaminya aku rasa bukan satu masalah lagi oleh kerana sifat aku yang suka memintanya berterus-terang dalam segala hal. Rahsia? Sukar untuk disimpan kini, segalanya kami berkongsi bersama. Berkawan seperti biasa, namun hakikat hubungan manis tetap berjalan. Rajuk dan pujuk tidak lekang daripada dinding percintaan, itu kebiasaan yang harus ditempuhi. 

Suntikan semangat melalui pandangan wajahnya membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Keutamaannya aku yang lebih merasa. Siapa yang pintar, dialah yang mendapat lebih. Kebodohan bukan ditujukan kepada mana-mana insan. Hanya pesanan yang ingin dipaku, " Mendapatkan cinta  bukan semudah menangkap seekor semut dalam koloninya". Jadi, janganlah sesuka hati mintak nombor henfon kat perempuan, ajak keluar makan secara menkhinzir buta, kerana mereka tak suka walaupun senyuman seribu satu kebencian dilontarkan hingga langau terus-terusan perasan diorang hensem.

Layang-layang tak selalunya di awangan tanpa angin. Antara kami, masing-masing memegang kedua watak. Tiada berat sebelah, tiada yang rugi, dan tiada perhambaan cinta disini. Orang bodoh hanya menangisi perkara bodoh dalam percintaannya. Secara tidak langsung, kebodohan itu hanya memalukan jantinanya. Namun tidak dinafikan bahawa air mata sememangnya senjata wanita. Mereka hanya kembali bersemangat setelah permata tersebut dititiskan. Itu bukan kebodohan, tetapi satu tarikan. Setiap titis air mata mereka memiliki beribu makna. Hanya hati ikhlas seorang lelaki yang mampu memahami.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...