ya rabbi. i read my previous post where there's a lot of pics and i, became sad and kangen (rindu, longing). it has only been 2 weeks plus, but i've missed the place where i've been living with my 21 other 'brothers and sisters'. yes, aku anggap mereka keluarga. susah senang, kita dah lalui bersama,kan? oi indah sangatlah kenangan kita. pagi-pagi jam 4.30 *erm terbabas selalu je* bangun subuh, wajib kejutkan Ovin, sang imam yang setia. Novie pasti akan ikut terbangun sekali, light sleeper i guess. D pun setia jadi teman makmum. hee. Kemudian bangunkan yang lain. Kamar Beautiful dan Kamar Cantik. adui liat sangat nak bangun tapi bila Ren-chan dah bangun dengan rambut menggerbang dan buat aksi menghantu dia, memang terus hilang rasa lelah nak kejutkan satu-satu. Anak-anak cowok, alarm kuat gila satu rumah bergegar tapi memang penat betul sampai tak dapat bangun. Dewiz okeylah..dia selalu jadi makmum lelaki. bagus2.
pukul 7 pagi...ramai dah bangun, beratur nak basuh baju tepi kolam ikan dan cop baldi untuk rendam. waktu ni paling best untuk mandi dan basuh baju, walaupun tahap kesejukan air dan sekeliling cam harem. biasalah, atas gunung kan. kenapa best? sebab tak ramai yang sanggup dan air masih banyak. mandi dan basuh lah dengan penuh tawakal. biarlah tangan beku sambil mulut keluar asap. janji settle. selalu je orang yang tak sanggup tu terpaksa tumpang mandi rumah warga desa sebab air mati. *padan muka lol* tak payah sebut nama lah..segan nyah! haha
waktu ni jugak kena cepat masak2 untuk sarapan. ye lah 22 perut serumah...kalau tak masak cepat ada juga yang terguling-guling atau masak mi segera untuk isi perut dulu. kat sini masak nasi special sikit..kena pakai pengukus.. selama ni tugas Anah masak nasi..sebab dia pandai..sampai kitorang panggil dia Ibu Nasi..so first time nak buat sendiri tu,cuba la masak nasi lemak konon nak buat hidangan Malaysia..alhasil nasi lemak lembik. sambal pun main hentam je sebab diorang tak biasa guna cili kering dan takde blender. tapi mereka sangat manis dan baik hati, mereka cakap sedap dan siap mintak resepi. hilang lagi rasa lelah. alhamdulillah :) mana tak sayang kat diorang? haishhh.
okeylah sambung nanti ye. tulis panjang2 pun korang bosan. dedaaa selamat menyambut ramadhan dengan penuh istiqamah~
2 comments:
Masuk Ogos bulan kemerdekaan pulak.
*masih mencari kesinambungan dari komen tu. haha* welcome home, bijen!
Post a Comment