Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts
Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

Malaysia Merdeka 57 Tahun.

Image result for disini lahirnya sebuah cinta



Asssalamualaikum. Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang baru berlalu 31 August yang lepas. Dan selepas ini kita menyambut hari Malaysia pula pada 16 September nanti. Hari ini saya nak tayang kek bersempena hari merdeka negara Malaysia kita yang ke 57 tahun. Yang saya buat hari itu.
Tema kek muhibbah, sihat, patriosm dan sedikit tema hari raya.
Untuk menghasilkan kek sihat, saya menggunakan kek yang tidak menggunakan telur dan mentega. Sebaliknya saya menggunakan minyak jagung untuk menggantikan mentega.
Untuk menampakkan kek tersebut untuk sambutan hari merdeka, saya meletakkan bendera , bunga raya, bendera negeri-negeri dan logo sambutan merdeka yang ke 57 tahun . Tidak tertinggal juga sedikit cup kek berupa muka orang yang melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kaum. 
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 57 tahun untuk negara kita. Semoga terus aman makmur dan kaya raya . Amin.
bunga raya bunga kebangsaan


pelita yang satu ketika dahulu pernah menjadi penerang di setiap rumah
sebelum adanya tenaga elektrik. cup cake berbentuk muka melambangkan wajah rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kaum.


57 tahun sudah kita merdeka



selamat hari merdeka


selamat hari merdeka


===================================================================

ubah air anda, ubah kehidupan anda. dapatkan air alkali (kangen water) untuk kesihatan tubuh badan kita
hubungi saya untuk mendapatkan sample air secara percuma atau penerangan lanjut
 whatsapp 0162456742
@
singgah di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut


====================================================================

untuk menyertai kami di akademi:

Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 6 sept(shah alam) & 13 sept (Melaka)
Grup Coaching - 4 sept & 11 sept (Khamis)
Kelas Online - 8 sept(Isnin), dan 1 sesi untuk hari Ahad, 21/9/14
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: nazirah bugal
whatsapp016-2456742

Friday, 16 May 2014

Selamat hari guru

teks: nazirahbugal
foto: google

Assalamualaikum.
Setiap tahun pada 16 mei semua guru di raikan sempena mengingati jasa-jasa mereka yang tak pernah mengenal  erti jemu .mendidik dan terus mendidik supaya anak -anak bangsa terus menjadi cerdik.
Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan  mereka tidak mungkin kita pandai membaca dan mengira. Dan tidak mungkin kita menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang. Begitu besar jasanya seorang yang bergelar pendidik.



Pendidik bukan sahaja untuk yang bergelar guru yang mengajar di sekolah, tetapi sesiapa sahaja yang pernah mengajar atau menurunkan ilmu itu juga di panggil guru.
Alhamdulillah walaupun saya tidak bergelar guru, hampir setiap tahun saya mendapat ucapan selamat hari guru dari bekas-bekas pelajar yang pernah menghabiskan praktikal bersama saya. Rasanya hanya sedikit ilmu yang sempat saya curahkan pada mereka. Tetapi mereka tetap mengenang jasa saya. Terima kasih pada yang pernah mengucapkan selamat hari guru kepada saya. 
Selamat hari guru untuk semua yang  berkongsi dan menurunkan ilmu tidak kira  ilmu apa sekali pun, anda adalah guru kepada kami.

=
=======================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory

lhttp://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.htm

ingin buat tempahan kek /pastrties
whatsapp 016245674

Sunday, 11 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.
Selamat Hari Ibu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”













========================================================================================

Beli pelbagai Ebook berinformasi:http://bukuinternetonline.blogspot.com/p/pakej-ebook_9151.html
Ingin iklankan di internet di soho directory:http://nazirahbugal.blogspot.com/p/pakej-iklan_6.html
Ingin membuat sebarang tempahan :http://nazirahbugal.blogspot.com/p/borangtempahan.html
atau whatsapp 016-2456742

Wednesday, 30 April 2014

Hari sukan

Hari ahad yang lepas meluangkan masa hari sukan anak.


 Bila anak-anak ada aktiviti kita sebagai ibu bapa kenalah datang dan beri sokongan untuk mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa bersemangat.


Walaupun acara sukan itu kadang kadang agak membosankan tetapi kita tunjukkan sikap menyokong dan bersemangat kita atas tungkus lumus guru-guru yang bersungguh -sungguh demi menjayakan acara ini.

Macam -macam kerenah anak-anak. Ibu dan  bapa tak kurang juga. Ada yg bersemangat, ada juga yg hanya menyokong dari tempat duduk sahaja.Dan rasa bangga dengan ibu bapa yang turut serta mengambil bahagian. Anak-anak pun ceria.

Thursday, 10 April 2014

Motivasi diri

Kadang-kadang bila kita berada di dalam satu-satu organisasi pekerjaan, dan kita berada di tempat antara yang teratas, kita  memerlukan motivasi diri yang tinggi.
Kadang- kadang  kita rasa lemah untuk memulakan tugas , tetapi kita terpaksa melupakan rasa lemah itu demi untuk kita berhadapan dengan staf bawahan. Ini untuk tidak menunjukkan kita sebagai orang atasan seperti tidak bermaya atau bersemangat. Sedikit tidak ini akan memberi kesan pada staf bawahan. Dan kita sebagai bos  mestilah sentiasa bersemangat dan sentiasa berfikiran positif.  Walau pun dalaman kita sudah hampir separuh negatif. Ini mungkin berlaku kerana terlalu banyak bebanan kerja termasuk masalah2 peribadi, masalah orang atasan , orang bawahan dan sekeliling kita.



Pentingnya disini kita perlu selalu memotivasikan diri sendiri . Tidak kira dengan membaca atau menghadiri seminar2 motivasi. Ini akan dapat menaikkan semangat diri untuk meneruskan rutin harian.
Dan biasakan diri bergaul bersama mereka yang bermotivasi tinggi dan berfikiran positif.
Boleh juga sesekali menukar jadual harian. Contoh, selalunya kita sarapan di tempat kerja sesekali kita sarapan di kedai kegemaran kita dulu. Atau kita boleh cuba untuk menggunakan jalan yang berlainan seperti kebiasaannya. Atau boleh juga singgah di tepi tasik (jika tempat kerja anda berhampiran dengan tasik).walaupun bukan untuk berjogging, mungkin sekadar melihat ketenangan air tasik atau pun melihat gelagat mereka yang berada di taman.
Semoga kita terus ceria untuk menghadapi hari hari mendatang.

Wassalam..

Saturday, 22 March 2014

Nostalgia.

Teks:nazirah bugal
Di sini tumpah darahku,
Di sini tempat lahirku,
Di sini tempat ku di besarkan
Di sini ku ketawa menangis,
Di sini ku gembira dan berduka,
Gembira bila bersama ibu dan ayah, Berduka bila tidak dapat apa yang di hajat,
Zaman kecilku,
Kini,
23 tahun dulu ku tinggalkan,
Demi mengejar cita-cita dan impian,
Kini cita dan impian dan bukan impian telah bersatu,
Kini ku kembali mengimbau kenangan lalu,
Kini tiada ibu dan ayah lagi,
Kini tiada masakan air tangan ibu,
Kini tiada sembang panjang dengan ayah, Kini banyak tinggal kenangan.
Nyamannya berpagi-pagi di tepi sungai di kampung .

wassalam.

Wednesday, 19 March 2014

Hari ahad

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal
Bismillahhirrahmannirrohim.
Asssalamualaikum.
Hujan di pagi ahad yang lalu nyaman dan menyejukkan. Alhamdulillah ya Allah dengan izin dari Mu Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah. Kau turunkan hujan ini dapatlah menyejukkan  dan menenangkan kita rakyat Malaysia yang sedang di duga dengan pelbagai dugaan . Alhamdulillah.
Bangun pagi saya hari ini mencuba menaiki basikal yang telah dua minggu saya beli. Tapi belum berkempatan untuk menunggang kerana cuaca jerebu yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah walau sedikit jerebu diawal pagi, dengan penuh semangat saya mengayuh sekitar kawasan rumah. Tidak sampai 30 minit terasa ada air menitis dari langit. Alhamdulillah hujan bakal turun. Dan saya terus mengayuh balik ke rumah.
Sampai di rumah badan masih banyak tenaga. Teringat macaroni yang saya beli tempohari belum di masak. Jom kita ke dapur tgk macaroni bakar saya.
Bagi pendapat saya,macaroni ni sesuai juga jika hendak di makan untuk sarapan. Menggantikan mee goreng atau nasi goreng. Dengan kaedah membakar dapat mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Membuatnya pun tidak sesusah mana. Macaroni bakar juga boleh di jadikan bisnes dari rumah. Dengan kesibukan ibu-ibu bekerjaya tidak mustahil macaroni bakar menjadi salah satu pilihan mereka. Tak cuba tak tahu.
Sekian perkongsian yang datangnya dari Dia Yang Maha Pencipta.
Wassalam

Saturday, 8 March 2014

Basikal kecil.

Teks:Nazirah Bugal
Foto:Nazirah Bugal

Bismillahhirrahmannirrohim.
Assalamualaikum.

Papaku pulang dari kota,
Papa ku belikan basikal
Basikal kecil warna merah
Pon pon pon pon pon basikal kecil ku berbunyi,
Boleh ku bawa ke sekolah
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek.



Semalam saya tidak bekerja. Mengambil cuti ganti . Suami pun balik  awal pulak. Si kecil Qaseh pun saya ambil selepas waktu makan tengahari. Masa-masa beginilah saya meluangkan masa bersama Qaseh. Suka Qaseh bila saya ambil awal. Tak perlu menunggu seharian di taska jagaan. 

    Saya mengajak suami ke kedai basikal. Teringin nak hadiahkan Qaseh basikal kecil. Bukan saya tak nak belikan basikal dari dulu lagi. Tapi saya kenal sangat dengan Qaseh ni. Kalau dia kata tak nak atau tak suka, tak payah la di belikan. Jawapnya terbiar macam tu je la benda tu. Dulu masa umur 2 tahun saya belikan dia basikal, tapi adalah dua atau tiga kali je di pegang-pegangnya basikal tu. Lepas tu dia buat tak tahu aje. Akhirnya saya simpan dalam bilik stor. Bila anak-anak buah datang  saya beri dia orang main. Sampai patah dua basikal tu. Simpan semula dalam stor . 

  Sekarang Qaseh berumur 5 tahun. Dua minggu lepas saya balik kampung. Sepupunya lelaki sebaya umur ada  basikal baru. Saya tengokkan sahaja gelagat Qaseh. Kali ini Qaseh kelihatan sedikit berani. Dan betul sangkaan saya, sampai sahaja  di rumah terus di tunggangnya basikal ungu warna kegemaran Qaseh. Semoga Qaseh terus menjadi anak yang berani. Tapi saya tahu Qaseh anak yang lembut hatinya. Tak mudah untuk membalas semula apa di lakukan orang lain keatas dirinya. Cepat memaafkan. Sucinya hati anak kecil ini. Semoga ianya berkekalan sampai bila-bila. Amin. Semoga bertemu di laman akan datang.
Wassalam.