Showing posts with label Jokes. Show all posts
Showing posts with label Jokes. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Pengalaman Tido Rumah Janda Muda




Seorang pemuda yang menunggang motosikal kawasaki z800 dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah berteduh di bawah sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu.

Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang sangat cantik lagi lawa. Janda muda tu tinggal bersendirian.


Janda muda yang cantik lagi lawa tu mengetahui ada pemuda bersama Z800 berteduh di bawah rumahnya, lantas kemudian mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda muda tersebut masuk.
 
"Mahukah saudara ditemani?" soal janda muda tersebut dengan nada yang sangat manja.
"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
"Baguslah," kata janda itu pula.
 
"Di bawah rumah saya ni ada beberapa pemuda overlander geng moto Versys yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, saya akan panggil mereka sebentar lagi untuk menemani saudara", ujar janda muda yang cantik lagi lawa tu....
 
Haha..korang tengah pikir ape hah ? ish...ish..tak baik tau....
 
Naseb baik laki aku tak ada moto besar....kalu tak tido tangan letak atas dahi la kalau dia berkonvoi...hahahaha
 
it just a jokes!!

Monday, December 23, 2013

Kenangan Malam Pertama Kita Bersama

Sepasang pengantin baru siap menjalani upacara persandingan kedua-dua belah pihak .

nak ehek-ehek kat umah pengantin perempuan mcm malu la plak sang suami... maka ingat nak rasmi di rumah sendiri la....

Pada tiba saat malam itu, saat suami masuk ke bilik, dia melihat isterinya telah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

loh dah tidor? "Kesian bini aku. Penat sangat rasanya ni."

Si suami berkata di dalam hati lalu mematikan lampu dan berbaring di samping isterinya.

Tiba-tiba isterinya berbisik penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah! Apa pulak laa bini aku ni?" Si suami bertanya dalam hati. Separuh malam dia termenung. "Oh, agaknya bini aku teringat kampung. Kesian! Sampai mengigau. Tak pelah. Biarlah dia tidur."

Malam kedua, adegan yang sama berlaku tetapi berlainan dialognya. "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" Berkatalah si isteri kepada suaminya.

"Siannya bini aku. Betul-betul rindu dengan kampung dia ni sampai mengigau 2 malam berturut-turut. Takpe. Besok aku tanya bapak. Mungkin dia ada jalan." Fikir si suami pula.

Ayah si suami terbeliak mata mendengar keluhan anaknya. "Aku hantar kau sekolah jauh-jauh, benda macam ni pun kau tak boleh faham?" Ayahnya kemudian menjelaskan sedikit sebanyak tentang sok sek sok sek alam perkahwinan dan malam pertama.

"Oh! Macam tu ke?!" Sengih si suami. "Baru paham. Tahulah apa nak buat malam ni!" Getus hati suami.

Malam itu, si isteri sudah dibawah selimut. Suami menunggu-nunggu si isteri untuk bersuara. "Lah! Kenapa senyap pula ni? Merajuk ke?" Dia kemudian memulakan bicara, "Dah lapar betul rasanya perut ni, boleh tupai datang merasa?"

Sunyi. Tiada balasan dari isteri. "Uishhh! Merajuk betul ni. Takpe, kita try lagi!"

"Kain pelikat dah disinsing ke tepi, boleh pak tani turun menyemai?" Pun masih tiada jawapan. Si suami sudah mula risau. Cuba sekali lagi.

"Juruterbang dah siap sedia, boleh pesawat turun mendarat?"

Sayup-sayup terdengar suara bisikan si isteri, "Maaf tuan, landasan baru sahaja banjir."


Monday, March 14, 2011

Pil Cerdik!!!

Lawak ni .. keluaran Rapi edisi bulan March...

Dua orang kanak2 sedang bermain2 di kawasan padang rumpur. Semas melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah2

" Eh . apa ni? mcm pil la

oh .. inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik"

Budak itu pun makan "ergkkk.. rasa mcm tahi lah"

Haaaa.. tgk kau sudah menjadi cerdik. Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku pun tak tau nak bezakan yang mana satu tahi" kata budak yang satu lagi

hik hik hik

Friday, March 11, 2011

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli: Bang, berapa harga mangga sekilo

Peniaga: RM7

Pembeli: Amboi mahal sangat.. RM 5 sudah la

Peniaga : Tak boleh dik, harga dah cukup murah tu

Pembeli: Kalau tak manis mana bang?

Peniaga: Kalu tak manis , tak yah bayar

Pembeli: Kalu mcm tu, bagi saya tang tak manis 10 kilo

Peniaga:#$#$%^&#@!