Kenkonon kan!! sihat sangat snack nyer...hihihi
assalamualaikum semua
berkurun lama kan ngak ketemu
Nampak sgt dulu hidup kerja byk senang
sekarang nak update blog pun susah
gambar beribu2..tangkap utk apa ntah
print tidak..buat menambah saiz SD card jer
hahaha
cik puan jelita ni..nak hapdate blog harus la di ofis ajer
kalau kat umah ..tipon pun x merasa nak pegang...
asyik2 ustaz-ustaz mini aka ashraf ngan azam tu pegang
humty dumpty la... johny2 eating sugar la... father finger la
aiyo..eh ok
focus focus focus
rasanya tabiat pemakanan yang baik la kut..sejak dua menjak ni
aku dah start ni dlm 6 bln la jugak
since dapat kesedaran kesihatan skit..
menambah2 ilmu
dahulunya.. kat tempat asyik ada maruku..rempeyek la mami la..biskut2 la
so tak sihat ..byk garam dan perisa
so aku bertukar dgn buah2 kering ni...
khasiat dia memang byk ... yerla dah masuk era 30 an ni
kena la beringat2 ...
motip? bkn nak hidup lama ..bkn nak cantik selamanya
bkn x mo tua...
motif utama supaya aku dapat hidup sihat
kalau izikan allah dan mudah beribadat di hari tua
hidup mati memang bukan kerja kita
kita hanya boleh merancang
ok yang ada collection sekarang kismis campur...
ada la hitam, kuning ketot.. kuning panjang..ha ada mcm2 versi....
yang kanan bawah tu buah tin... among semua kat sini buah ni peberet...
yang terbaik tu kata abg yang menjual tu warna hitam ... ramai tahfiz makan yang hitam ni.. so aku copy paste la skit info...
Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:
Garam mineral
- Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
- Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
- Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
- Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
Vitamin-vitamin
- Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
- Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
- Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
- Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
- Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan
Makanan untuk otak
Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Membantu mengurangkan sembelit.
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
· Melindungi hati
· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
· Membantu sebagai penerang hati
· Membantu mengurangkan stress
· Membantu merawat penyakit anemia
· Membantu merawat masalah pelupa
Snek yang lazat dan berkhasiat.
Oleh kerana kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, kismis juga boleh dijadikan makanan ringan yang baik. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
Kebaikan kismis menurut perspektif Islam.
Kismis sememangnya sinonim dengan pelajar-pelajar yang menuntut di seolah tahfiz dan pondok. Ini kerana sudah sekian lama, ulama-ulama dahulu sudah mengetahui kebaikan kismis ini kerana ia baik untuk hafalan dan
kecerdasan minda.
Kismis dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran untuk memudahkan pelajar mendapatkan zat-zat yang diperlukan untuk otak, malah juga boleh menerangkan hati.
Membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:
- Baca ayat 25 – 28, Surah Taha sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.
- Baca surah al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.
- Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.
- Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.
- Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.
Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada
kismis. Ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan
ada dried cranberry
Manfaat Buah Cranberri untuk Kesehatan
Buah cranberry mempunyai kandungan antioksidan di dalamnya. Selain itu, ada pula kandungan vitamin E, vitamin C, vitamin B-12, vitamin K, kalsium, magnesium, asam folat dan nutrisi lainnya.
- Mencegah Infeksi Pada Saluran Kemih
Infeksi pada saluran kemih bisa terjadi akibat kuman, bakteri atau virus. Untuk mengatasinya dapat menggunakan cranberry dengan cara mengkonsumsinya secara rutin. Fungsinya adalah mampu membunuh kuman, bakteri dan virus penyebab infeksi pada saluran kemih dan menghilangkan kuman yang mengendap pada ginjal.
Buah cranberry memiliki kandungan senyawa polifenol yang sangat tinggi, sehingga mampu mencegah tumbuhnya sel penyebab tumor dalam tubuh. Cranberry dapat dijadikan jus yang memiliki rasa yang lezat dan baik bagi kesehatan apabila sering dikonsumsi secara teratur. Selain itu juga dapat menghentikan tumbuhnya tumor yang dapat menyebar serta merusak organ penting lainnya.
- Menjaga Kesehatan Jantung
Kandungan flavonoid dalam buah cranberry mampu menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kadar lemah dalam tubuh. Dampaknya, membuat jantung menjadi sehat dan terhindar dari penyakit jantung yang dapat mengancam nyawa.
Cranberry mempunyai kandungan proanthocyanidine yang mampu menjaga kesehatan gigi dari bakteri penyebab kerusakan pada gigi dan mencegah timbulnya plak gigi.
- Mencegah Penyakit pada Sistem Pernafasan
Buah cranberry mempunyai kemampuan mencegah pertumbuhan bakteri yang dapat menyebabkan penyakit pada organ pernafasan. Salah satunya adalah influenza merupakan penyakit disebabkan oleh bakteri yang mengakibatkan infeksi pada pernafasan dan telinga anak – anak.
Kandungan asam organik di dalam buah cranberry sangat efektif untuk menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Caranya cukup mudah hanya dengan mengkonsumsi jus dari buah cranberry setiap hari.
Buah cranberry memang kecil bentuknya, namun besar manfaatnya bagi kesehatan tubuh kita. Jadi, mengkonsumsi bauh cranberry sangatlah baik bagi kesehatan apabila dalam porsi yang wajar, karena yang berlebihan itu tidaklah baik bagi kesehatan.
ada dried kiwi...