Followers

Wednesday, May 06, 2009

aduhai kad.....

Aissey….minda sedang berulik ketawa…happy semacam dalam minggu ni, dengan acara jalan-jalan …

Tiba-tiba CM terima dua pucuk surat..

‘…..to inform your goodself that the account oustanding is RM 6 639.11.’

The other one is

‘……..to inform your goodself that the account oustanding is RM 7 343.91’

Semuanya dah menjadi RM 13 983.02.

Semunya bermula dengan kecurian semasa program Kecemerlangan PMR 2008 yang diadakan di Chalet Sri Nipah pada bulan ogos tahun lepas. Sebagai SU Kecemerlangan PMR, CM & anak-anak menginap di chalet bersama dengan 115 calon-calon PMR SIC, dan malang tak berbau, pencuri menginap masuk kebilik CM dan mencuri handbag CM.

Report polis dibuat, beberapa kad kredit sempat dicancelled tetapi 2 kad credit (drp bank yang sama) tak sempat dicancelled kerana telefon kehabisan bateri.

Kesibukan menguruskan pelajar dan aturcara program menyebabkan CM terlupa langsung tentang credit card tersebut, sehinggalah pihak bank menelefon dua hari kemudian untuk mengesahkan penggunaannya sebanyak RM 12 022.21 dalam masa dua hari!!

Sudah beberapa kali perbincangan melalui telefon dengan pehak bank, tulis surat , report polis dan rayuan melalui biro pengantaraan kewangan….semuanya tergantung!
dan jawapan dari pihak bank 'Puan kena bayar'

Akhirnya CM menbuat keputusan untuk tunggu dan lihat…

Penyata di terima setiap bulan..( CM tak buka pun..),

Dan setelah sembilan bulan berlalu….

akhirnya jumlah meningkat sebanyak RM 1961….

Dalam surat hari ini …

‘ …we shall proceed with legal action to recover the total credit card outstanding whereby you will be further liable for the charge and legal fees incurred therein.’ Ohhoo…....

Apa yang patut dibuat….

Nak bayar…tak ada duit!

Kata orang….....tak payah bayar, sbb bukan kita yang menggunakannya,

tetapi kalau ikut peraturan bank, memang tuan punya kad yang kena bayar

................????!!

Note: Pencuri tu dah kena tangkap dua bulan selepas kejadian…...a boy of 17 years old…khabarnya... sepatutnya masih bersekolah, tetapi kena buang sekolah sbb masalah disiplin, dan rumahnya sepagar dengan chalet yang CM sewa…..kadang-kadang terfikir nak jumpa mak bapaknya supaya bayar hutang tu….

Hish..hish...


13 comments:

mr.mzn said...

cekgu.. kesian cekgu..
tape la.. nk wat gano..
ktentuan Tuhan la ny tuh..

mcm sy gak.. hehe.. kena 'pau'
depan bustop SIC..
melayang suma duit nk byr yuran SPM n tuisyen~
sedeyh~~

Abiey69 said...

Sabar... mungkin tuhan akan beri lebih lagi dari tu..

Innallahamaana

aza ni said...

CM;ini cadangan saya,perkara yang hampir sama berlaku kepada seorang kawan.dia telah dipanggil naik ke mahkamah, tak payah guna loyar pun tapi setiap kali bila magistret tanya, dia kata dia sanggup bayar cuma secara ansuran bulanan dalam 100. Pihak bank tak setuju,tapi dia minta juga banyak tu, sebab kata dia bukan dia yang berhutang, dia cuma penjamin,bergantung ats keputusan penghakiman , akhirnya dia di suruh bayar 150 sebulan.Tapi dia memang turun naik mahkamah.

Sally said...

Sis,
there'll be a blessing in disguise..u'll see..itu janji Allah..diujinya sidikit sblm diber yg lebih baik..InsyaAllah..

Abdul Aziz Yusof said...

Zang, cuba tengok report polis hok mu buat tu dengan penggunaan kad oleh makhluk tu..kalu report polis dulu rasa buleh jd bukti..
nasihat bodo je ni, i'm not a lawyer nor loya buruk.

arazma said...

turut simpati dgn ape yg CM lalui... geram rasanya pada budak tu dan kuarganya dan geram juga pada pihak bank...bank mana tu?

kena lapor pd pihak ketiga yg dpt highlight atau bantu mangsa terinaya cam kak..

allo ex SIC, mesti ade yg dhjd bigshot... tolong le cikgu kome ni....

Precious said...

Tak boleh berunding ngan mak pak budak tuh ker? Entah2 anak dia beli barang2 mewah yg mungkin boleh dijual balik untuk meringankan hutang you ... Tapi takut gak nanti kena sembur dek keluarga dia. Eee ... cari nahas lak, kita tak kenal jenis mana keluarga dia tuh ...

mademoiselle azieshakespeare said...

banyak nya budak tu guna
tak faham budak sekarang ni

the life of cikgu sue said...

Tak boleh ke guna repot polis tu sebagai bukti ngan bank.

kadang-kala tak faham jugak dengan syarat dan terma bank ni.Cuba hantar surat lagi Zan.

moga dilepaskan daripada bebanan ini.

cm said...

mzn>>
kita terima seadanya ya!

Abiey>>
InsyaAllah...berat dari doa semua!

Azani>>
cadangannya begitulah....
tunggu mahkamah panggil dulu!

Tchersally>>
InsyaAllah...

cm said...

gist>>
memang report polis dulu...tapi bank tetap dengan syarat & terma dia orang..
pemegang kad bertanggungjawab sehingga lapuran dibuat kepada pehak bank, bukan kepada polis...

ami>>
gerammmmm....tapi apa nak buat... terima aje ujian tuhan....
kalau istihar muflis pun siapa yg kisah, kan!

cm said...

precious>>
dengar khabarnya mak bapak dia dah tak boleh buat apa-apa...
emeng dia beli barangan mewah...barangan kemas Poh kong 4 ribu +, kedai emas wan husin Kb 3 ribu +. tapi nak jumpa mak ayahnya...takut!!!

Azie>>
hmm...tak tau nak kata apa!

cikgusue>>
dah naik malas sebenarnya...
memang tak menang kita!!!

adie said...

alahai... cepat betul diorang buat keje ek. pengajaran tuk semua ni.