Followers
Sunday, May 31, 2009
selamat bercuti.
Bengkel Score A untuk pelajar PMR baru selesai pagi tadi,
di sambung dengan kelas tambahan Atiqah hingga khamis ni.
Minggu kedua bermula kelas tambahan untuk Naseef disekolahnya...
Anak-anak dan bertanya nak kemana kah cuti ni?
he..he..he.... mungkin bercuti dirumah saja..... menghabiskan jemputan kenduri yng ada!
kemudian menghabiskan sisa-sisa kertas yang belum disemak....
adusss....boringnya..
dan tadi ada kawan CM tanya, bila free cuti ni? Nak hantar anak belajar math.
Kalau tanya memang tak ada masa free, sebab kalau ada masa free tu, mesti nak guna untuk blogging.....
rasanya semua bloggers di luar sana pun sama. Rupanya 24 jam sehari belum cukup untuk kita mengatur masa!!!
SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA GURU & PELAJAR!
Yang lain pun menumpang cuti guru... ambil peluang untuk cuti-cuti malaysia.
Saturday, May 30, 2009
cukuplah kematian sebagai peringatan...
program score A untuk pelajar PMR
slot pertama adalah ceramah oleh Dr Hafidzah Hj Mustaqim, ceramah yang padat dengan peringatan dan ilmu
bila dia memapar klip video lagu ini, dengan beberapa ulasan 'cukuplah kematian sebagai peringatan untuk kita', CM sebak seketika....
lagu ini sudah berulangkali didengar, tetapi kali ini ianya cukup meresap kedalam hati...
Thursday, May 28, 2009
Tahniah, anak-anak!!
pagi tadi rehearsal penuh... peluk CM meleleh hingga ke kaki. Semua kena tunjuk... Kat mana berhenti, apa yang nak diucapkan, bagaimana menerima dan apa ucapan selepas tu...
Anak-anak lelaki biasanya tidak pedulikan semua itu.... jadi cikgu yang kena pesan satu persatu!
Bila tiba majlis betul-betul, yang dah berjanji untuk menjadi wakil kepada pelajar yang tak dapat hadir tak ada.... Huh...bertuah punya budak!!! Sepatah pun tak beritahu!
Nasib baik sempat tangkap 3 orang pengawas yang bertugas!!
..................Alhamdulillah, majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 32 berjalan dengan sempurna.
Nama CM tercicir dari senarai tugas, tetapi bila diminta membantu... CM pegang sebagai amanah! Dan rasanya kerja CM minggu ni lebih penat dari orang yang tercatat tugasnya....
Tahniah kepada semua
Wednesday, May 27, 2009
lega....separuh kerja sudah beres!!
boleh lah berehat sikit masa cuti, skrip jawapan form 3 sudah beres..... agak ramai yang cemerlang, tetapi tak ada yang dapat full mark. The highest 99%.
Kelas 3M, jatuh merudum..... hanya 4 orang yang dapat A.... nasib baik tak ada yang gagal!
bila CM merungut tentang kemerosotan mereka, salah seorang daripada mereka berkata
'agaknya kelas kita tak berkat, semua cikgu subjek marah pada kelas kita, sebab tu ramai yang teruk'
adusss....sedihnya....
CM tak kan marah lagi!!!!!
Monday, May 25, 2009
exam ..... uji pelajar atau menguji cikgu??
Tapi kertas masih bertimbun di atas meja... they all datang, CM tunjuk kertas yang masih belum buka plastik pembalutnya.
Kesian pula tengok muka mereka...
Petang tadi, bersemangat... stayback untuk semak kertas!
Tapi kali ini CM ubah trend... semak kelas 'kesayangan' dulu... Tingkatan 3 M.
Buka kertas pertama, jawab... tapi banyak salah daripada betul...
yang kedua banyak kosong dari bertulis.. kalau tulis pun hanya menyalin semula soalan..
yang ketiga, tak berjawab, ada yang berjawab tetapi sempat tulis nota tanya jawapan untuk kawan sebelah di atas kertas jawapan!
Aduh.....Apalah yang cik gu ajar hingga satu pun tak boleh jawab.
Orang yang pertama dapat 23 markah daripada 60, yang kedua dapat 11 markah, yang ketiga dapat 10 markah.
Lebih baik balik berehat, daripada stress tengok kertas jawapan!!!
Sebelum balik pukul 4.00 pm, CM semak kertas pelajar yang 'nak belajar' dari kelasnya... okey pulak.. dapat 57 markah daripada 60.
Besuk nak semak daripada kelas 3Y...
tinggalkan dulu kelas 3M untuk kurangkan stress!!
cerita bibik!!
katanya emak sakit....
kalau boleh nak balik Indonesia!
Nak melawat emak!!
CM tak fikir panjang...
okeylah...
4 hari lagi sekolah cuti...
dan Ani & Kak Ah masih bercuti.... sehingga bulan julai
kalau bibik tak ada pun , Adam ada juga orang nak jaga!
CM buka internet... tenguk tiket kapalterbang
KB- KL - Bandung ( Air Asia untuk 27hb Mei , tiket masa cuti sekolah melambung-lambung naiknya..)
Jumlah: lebihkurang RM800.00 ( termasuk insurans & tax )
Bila diberitahu dia kena bayar separuh, CM bayar separuh ( yelah...... kerja tak sampai setahun lagi , dia dah balik april 08 dan datang semula julai 08)
tiba-tiba dia cakap..' eh.. tak apalah umi..balik nanti bulan 12 lah'
Aduhhh...
mana mak sakitnya???
nasib baik CM tak terus booking....
sebab itu lah...
kalau namanya bibik, hanya 50% boleh percaya!
dan CM tak pernah nak mempercayainya 100% walau pun dia dah lebih 3 tahun berkerja!
Tuesday, May 19, 2009
kisah hari ini
bermula dengan panggilan telefon daripada Biro Pengantaraan Kewangan untuk memaklumkan meeting dengan pehak Bank di KL pada 10 Jun nanti... berkenaan dengan penggunaan kad kredit yang dicuri dulu
~ ~Ohho..... CM dah lama tak menjejaki kaki ke KL.... nasib baik dalam cuti sekolah! dan CM kena mula memikirkannya!
diikuti dengan episod jawapan tak releven di dalam meeting.... bila diminta bantuan , CM terus menjawab... tetapi belum habis satu ayat.... jawapan tu tak releven!
Opps... bagaikan terlupa... CM adalah S/U 2008....bukan 2009.
( maaf.... program 2009 adalah drp pen drive CM, mungkin sebab itu dia meminta bantuan CM )
~~Blurr!!!!
kemudian, balik rumah dapat call drp Aliaa.. Tak suka duduk kat matrikulasi... ayooo....baru seminggu dia dah buat penilaian....dia dah meleleh-leleh.... sob...sob...sob....
Ermm... katanya kalau dapat rayuan maktab nak balik !!!
~~ Alahai anak-anak..... ketahuilah.....tak ada tempat yang lebih sedap daripada duduk kat rumah! bagaimana mahu biarkan mereka faham???
Lepas maghrib...berbual dengan Kak Ah...
timbullah cerita yang sememangnya CM telah tahu...dan faham sejak 3 tahun yang lepas!!
Katalah nak kata apa pun pada CM.....Tuhan tahu!!
Kalau apa yang dikata itu betul, biarkanlah..... itu kelemahan CM sebagai seorang isteri dan ibu..
tetapi kalau apa yang dikatakan itu tidak betul.... Allah ada untuk menjadi hakimnya!!
~~hati CM telah beku untuk melayan segala kata-kata mereka itu...
dan hari ini
menyebabkan CM terasa kehilangannya
amat terasa!!...
tidak ada lagi orang untuk berkongsi segala kisah dan masaalah!
akukah itu???
macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong....
Huh....!
rasa nak masuk diri dalam gulungan karpet!
Biar semua orang tak nampak!!!
Aduh!!!
Monday, May 18, 2009
Aduish...PTK !!!
huh...
kalau ada pun mungkin tak sempat untuk buat rujukan PTK bulan Ogos nanti!
Kalau sempat pun, mungkin CM tak baca....
kerana kata orang baca atau tidak, resultnya adalah sama!
mungkin juga betul....dan mungkin juga tidak....
PTK yang lepas
CM masuk dewan dengan tangan kosong dan otak kosong!!
apa-apa pun, Jom kita pakat daftar semula untuk PTK Ogos nanti!
semoga result III, III kali ini, bertukar menjadi IV, IV nanti! Boleh naik gaji ......
Saturday, May 16, 2009
persahabatan....
kami sama-sama menginap di asrama dari form 1 hingga form 5
kemudian berpisah bila masing-masing mencari haluan sendiri selepas SPM
38 tahun kemudian...
kami berjumpa kembali di atas tanggungjawab masing-masing
dibawah bumbung sekolah anaknya, juga tempat CM mencari makan
sebelum dia menapak masuk ke bilik PKHEM, CM sempat menghulurkan no telefon
dua minggu kemudian
dia menelefon......mahu bertandang kerumah CM
dan semalam mereka berdua menjadi tetamu CM
................dari berbual biasa
................kami perisakan dengan kenangan 39 tahun lepas
pada nama kawan-kawan yang masih segar dalam memori
pada kisah-kisah lucu dan sedih
pada kegembiraan dan kasih sayang
dan semuanya tentang 'kita'.....SESMA 1976 - 1980..
TERIMA KASIH......
DR KHAIRI & DR SOLEHATUN
anda masih khairi dan Atun yang dulu
yang CM kenal 39 tahun yang dulu!
.............siapa lagi selepas ini???
Friday, May 15, 2009
UNTUKMU......GURU!!!
Ingin ku ucapkan...
Selamat hari Guru
buat semua guru-guru di Malaysia..
khususnya kepada
- teman-teman maya yang bertugas sebagai pendidik
- kawan seperjuangan di SIC
- adik beradik CM ( drp 12 orang, hanya 4 yang bukan guru!)
dan teristimewa
untuk guru-guru CM yang hingga saat ini masih didalam ingatan
1. Mr Chin...guru math masa form 4 & form 5 di SESMA 1980 - yang tidak jemu-jemu mengajar CM secara individu di bilik guru, sedangkan orang di kelas masa prep hours! Just because I'm the only student who always failed modern math.(Bimbang prestasi sekolah..... dan itulah yang dirasai oleh CM hari ini!). At last...CM lulus dgn markah 45% masa trial exam, and got C5 in SPM. Only God knows.... and now I'm a Math's teacher!
2. Cikgu Jasmi Don ....cikgu biology masa matrikulasi SESMA 1981/82. CM selalu mencari pasal dengannya... minta kertas tutorial, sedangkan kertas tu tidak disemak! And, at last, he gave me all the tutorial paper yang belum disemak....berbundle-bundle CM angkut! Dia marah kut.. he..he..! Nasib baik sempat minta maaf sebelum masuk U.
3. Mr Lim Loong Fatt - guru biology CM masa form 4 & 5. We always called him Mr Lim Long Fat coz of his body...tinggi dan gemuk! And CM minat Bio because of him... Now, sedey..... CM bukan lagi cikgu bio! Anyway I love math!
4. Cikgu Razali Haron - guru geografi masa form 4 & 5. The way he taught us was very unic...dia hanya baca dari buku rujukannya word by word dan kita menyalinnya... Still got A1 in geografi! pandai kan kita orang!
5. Cikgu Tajuddin - cikgu math CM masa form 3. He always focused on us.. kalau dia sebut ' hah, sekelamin tu buat kat depan....' tak perlu panggil nama..CM dengan kawan CM , Lat akan bangun! Just because both of us sangat lemah dalam math... But I still got 1 in SRP. Who know...Only God Knows!
and many more teachers...
Cik gu Shukri, Cikgu Ramli, Cikgu Wan Mohzan, Cikgu Aisha Bee, Miss Nora, Mr Tan, Mrs Tan, Cikgu Roslan Fizik, Cikgu Jaafar Baijuri, dan ramai lagi......... I miss you all!!
HAPPY TEACHERS DAY........
Wednesday, May 13, 2009
menyusuri banjaran titiwangsa
Dari
Sepanjang perjalanan menyusur lekuk-lekuk banjaran Titiwangsa,
Pemandangannya adalah kehijauan bumi
Walaupun sedikit, tetapi masih ada flora & fauna yang belum diterokai yang akan
menjadi warisan kepada generasi akan datang!
Proses pendaftaran agak menyenangkan walau pun lebih 2000 calon ( Drp nombor giliran yang dipamerkan dimeja pendaftaran)
erm... berdebar yer!
posing terakhir... firt time berpisah dari keluarga...
dengar khabarnya satu malam tak dapat tidur....alahai aliaa!
Kami sempat menyusuri
Kami sempat turun merasa tiupan angin di puncak titiwangsa…
CM memandu sendirian??
Ya!….. Anak-anak sudah mempunyai lesen, tetapi bila jarang memegang stering kenderaan, rasanya tidak sesuai untuk mereka mencuba di laluan berbukit Lebuh raya timur barat. Dari Kota Bharu ke Kangar dan balik semula ke Kota Bharu...CM yang memandu!
Kami berkonvoi dua buah kereta.... adik CM & keluarganya serta Bonda tercinta menemani kami!
Saturday, May 09, 2009
happy mother's day...
CM tanya: Duit siapa....they all jawab kumpul ramai-ramai...
Thanks...
Umi appreciate it!
but..
for me,
No need all those things...
just show me
your sincere, respect and kasih sayang
among us...
itu sudah cukup
untuk
mengisi ruang kehidupan ini!
CM akan bertolak ke Perlis pagi besuk... hantar Aliaa ke Matrikulasi Arau, balik semula pada hari isnin!
untuk anak-anak 3 YAKIN & I JUJUR,
teacher dah tinggalkan kerja untuk anda....melalui guru relief yang akan masuk nanti
Friday, May 08, 2009
shopping .....
ingatkan sempat shopping beberapa perkara yang belum complete untuk Aliaa ke perlis nanti, tetapi belum habis pilih barang, pasaraya dah nak ditutup untuk menghormati solat jumaat.
untuk tidak membazir masa, kami bergerak ke pasar MPKB yang pastinya tidak akan ditutup ( kerana peniaganya terdiri drp kaum wanita) untuk membeli baju kaftan dan blanket . Tidak ramai pengunjung pada waktu tu, dan tidak semua kedai dibuka kerana hari minggu.
Huh, dalam meronda-ronda tu, tanpa dirancang, CM terbeli beberapa pasang kain dan beberapa helai tudung
Bila turun dari pasar MPKB, terpaksa ke Bank semula untuk mengTOP UP duit... ada lagi barang yang belum dibeli, tapi duit sudah kering!
Pasaraya di buka semula selepas solat Jumaat, jam 2 ptg. Dan CM tiba di rumah jam 3.30 ptg!
Kesian Irfan.... sekali lagi kelasnya dibatalkan last minute.
( Sorry kak Na... semuanya di luar perancangan )
Wednesday, May 06, 2009
aduhai kad.....
Aissey….minda sedang berulik ketawa…happy semacam dalam minggu ni, dengan acara jalan-jalan …
Tiba-tiba CM terima dua pucuk
‘…..to inform your goodself that the account oustanding is RM 6 639.11.’
The other one is
‘……..to inform your goodself that the account oustanding is RM 7 343.91’
Semuanya dah menjadi RM 13 983.02.
Semunya bermula dengan kecurian semasa program Kecemerlangan PMR 2008 yang diadakan di Chalet Sri Nipah pada bulan ogos tahun lepas. Sebagai SU Kecemerlangan PMR, CM & anak-anak menginap di chalet bersama dengan 115 calon-calon PMR SIC, dan malang tak berbau, pencuri menginap masuk kebilik CM dan mencuri handbag CM.
Report polis dibuat, beberapa kad kredit sempat dicancelled tetapi 2 kad credit (drp bank yang sama) tak sempat dicancelled kerana telefon kehabisan bateri.
Kesibukan menguruskan pelajar dan aturcara program menyebabkan CM terlupa langsung tentang credit card tersebut, sehinggalah pihak bank menelefon dua hari kemudian untuk mengesahkan penggunaannya sebanyak RM 12 022.21 dalam masa dua hari!!
Sudah beberapa kali perbincangan melalui telefon dengan pehak bank, tulis
dan jawapan dari pihak bank 'Puan kena bayar'
Akhirnya CM menbuat keputusan untuk tunggu dan lihat…
Penyata di terima setiap bulan..( CM tak buka pun..),
Dan setelah sembilan bulan berlalu….
akhirnya jumlah meningkat sebanyak RM 1961….
‘ …we shall proceed with legal action to recover the total credit card outstanding whereby you will be further liable for the charge and legal fees incurred therein.’ Ohhoo…....
Apa yang patut dibuat….
Nak bayar…tak ada duit!
Kata orang….....tak payah bayar, sbb bukan kita yang menggunakannya,
tetapi kalau ikut peraturan bank, memang tuan punya kad yang kena bayar
Note: Pencuri tu dah kena tangkap dua bulan selepas kejadian…...a boy of 17 years old…khabarnya... sepatutnya masih bersekolah, tetapi kena buang sekolah sbb masalah disiplin, dan rumahnya sepagar dengan chalet yang CM sewa…..kadang-kadang terfikir nak jumpa mak bapaknya supaya bayar hutang tu….
Hish..hish...
Tuesday, May 05, 2009
Bumi Laloh yang ku jejaki...
agar puyuh sukar berlari
sudah tercanang di dalam makrifat
PK HEM SIC, Pengetua kami...
Itu yang tercatat di dalam buku program majlis Keraian Tuan Pengetua Baru, SMK Laloh yang dihadiri oleh CM bersama lebih kurang 40 orang warga SIC ke SMK Laloh, Kuala Krai
bagi mengiringi En Abdul Halim bin Zakaria, mantan PK HEM SIC yang bertugas sebagai Pengetua SMK Laloh.
Yang nyatanya, CM amat teruja untuk mengiringi Pengetua SMK Laloh kerana ingin mengambil peluang mengenali tempat baru. Kalau saja nak jalan-jalan..... pasti tidak akan terjejak kaki CM di daerah itu, kecuali melalui lebuhrayanya ke tempat lain...
Menu makan tengahari kami hari ini adalah masak tempoyak ikan patin, gulai daging dengan nangka muda, ayam goreng berempah, kerabu nangka muda dan sambal belacan.
kami juga diberi cenderahati....( sisa kata oghe klate)
didalam beg puteri islam ( pinjam kata-kata kaunselor) kerana warnanya pink!
lain kali boleh jalan-jalan lagi......
Sunday, May 03, 2009
Alhamdulillah.....
musim jalan-jalan yang memenatkan....
hari selasa ni nak pergi jalan-jalan ke Gua Musang...
SMK Lakloh..(betulke ejaan macam ni??)
hantar PKHem yg akan bertugas sebagai pengetua di sana...
(Penatnye... tapi hanya ini peluang yang ada untuk sampai ke daerah itu..)
...
.....
Hari Ahad depan nak jalan-jalan lagi....
ke Utara Semenanjung..
Hantar Anakanda.. Aliaa.
dia dapat Diploma Kejuruteraan UNIMEP... diPerlis ..
dan juga ASASI undang-undang UiTM, di Kedah..
Tetapi dia pilih nak ke matrikulasi, dan tempatnya adalah Arau, Perlis...
Dah terasa penat perjalanannya.. memandu sendirian...
Nasib baik Ahad tu cuti...
kakaknya, Farhani masih belajar di UiTM Arau..
Dan
nasib baik laginya...
Ibu saudaranya tinggal di kangar... Hotel Percuma!
dan bapa saudaranya sekeluarga sanggup berkonvoi kenderaannya mengiringi kami!
Allah permudahkan perjalanan kehidupan kami
Alhamdulillah!!
Friday, May 01, 2009
hari keluarga....ermm....!!!
masa pendaftaran, kami diberi sebekas kuih bahulu, kemudian dijamu dengan perbagai juadah untuk sarapan pagi..meehoon goreng, nasi lemak, sandwich, nasi dagang & kuih muih....banyaknya sehingga tidak habis untuk dimakan!
acara permainan untuk keluarga diselang seli dengan cabutan bertuah....semuanya bertuah kerana setiap keluarga dapat hadiah...cuma berbeza dari segi saiz hamper dan nilai hadiah!
Khusus untuk guru-guru:
Untuk guru-guru perempuan kita ada acara talik tali....
Aish...kumpulan CM yang diketuai oleh cikgu Mona dan mempunyai ahli yang 'gagah perkasa' akhirnya ditewaskan oleh kumpulan cikgu Hasilah.Tidak ku percaya ini berlaku...keh keh keh..
guru-guru lelaki menunjukan kebolehan berkerjasama dalam acara terompah raksasa, dan kumpulan cikgu Rosman berjaya menewaskan kumpulan lain!!
untuk acara keluarga,
hehehe...acara bowling padang... TcherSally dan Mr Sam yang memang terkenal dengan kejuaraan bowling di KB Mall & Perdana Super Bowl ( Kategori kakitangan SIC ) telah dikalahkan oleh orang lain... Abiey ( tempat pertama) dan CM tempat kedua...kih..kih..kih.. sebab bola bowling kali ini adalah sebiji buah kelapa kering...
Anak-anak yang seronok...
Amar & Iqah masuk hampir kesemua acara...
Dan Amar mendapat hadiah dalam acara tiub belon & kutip duit syiling...
Kesian Adam....boringnya dia menunggu...
demam sudah kebah, tetapi masih nampak lemah...
walau pun sudah dibawa ke gigi air, soalannya masih sama...'bila kita nak pergi pantai?'
...agaknya didalam pemikirannya adalah mandi laut... kesian.....