Showing posts with label PEDOMAN. Show all posts
Showing posts with label PEDOMAN. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Senja


View from my home sweet home.. Dikala matahari akan berselindung. Cukup sudah rutin harian en matahari, dimana permulaan bagi en bulan untuk menerangi sekelian alam ciptaan Yang Maha Kuasa. Mereka pun seseolah bekerja cukup masa akan hilang, berjumpa semula nx day i'Allah..

Betapa indahnya ciptaan Ilahi.. Anugerah terindah dapat melihat kejadian alam...

Thursday, May 8, 2014

Sakit Mata

Assalamualaikum ...

Rasa cam nak mc pun ada. Tapi banyak plak urusan kat ofis tue. huhuhu ..

Bertambah berat bila mata kanan ni merah-merah & pedih. Dah jumpa Dr semalam siap dapat mc tuk hari ni. tapi risaw jgak x ckup kaki tangan so aku gagahkan jua masuk ofis.

Kebetulan esok friday my replacement leave. Tu yang jadi malas nak apply rekod mc.. huhu selagi mampu ikut je lah. Lately agak sibuk dengan pendaftaran senior dan juga new std..





Baru lepas pakai Eye Glo.. hopefully cepat2 lah hilangkan sakit2 nie..

Dugaan betul sbb tak brapa serasi penggunan spek time kerja.. huhuhu

p/s :  Setiap penyakit itu penghapus dosa.



Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Terharu membaca satu blog dari facebook link The Destiny. Sedih dan sayu membaca di pagi Khamis nie. Ya Allah berat dugaan buat kedua ibu bapanya. Itulah pari-pari syurga ya. Anak ini milik Allah.

mengalir air mataku seketika membaca. Pergerakan tetikus selaju air mataku jua. Moga ibu & ayahnya kuat dengan Dugaan ni. Dugaan dari Allah buat hamba yang terpilih. I'Allah syurga menunggu buat si kecik ini..

Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un.
Sesungguhnya kami semua milik Allah, dan kepada Engkaulah kami akan dikembalikan.
Dan sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat kembali.


Saturday, May 3, 2014

Friday, November 2, 2012

Tips Keluarga Bahagia

Assalamualaikum..

Pagi jumaat .. Indah dan seceria aku jua.. heheheh 

Masuk ofis dengan muka ceria even ada yg jenis masuk muka mmg *&^%$%#@# .. Bahagiakah anda kalau pepagi dah moody.. adeii naik rimas aku tgk. Gini rupa muka baik duduk rumah wat kerja sdiri.. aku yg masuk happening pun dah moody tgk muka ofismata cam tue. Tp lumrah manusia kan. Rambut sama hitam but inside mungkin ada personnal prblems kot. Whatever .............

Back to my entry utk Jumaat yg cantik ini ...singgah as silent reader kat blog sweet mama Zahra

Aku suka dengan Tips2 berikut :

50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah:

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Boleh share jika berminat...

tQvm

Monday, October 22, 2012

Waktu MustajaB


# Untuk renungan bersama. Marilah kita sama-sama mengamalkan as parents  menjaga amanah dr Yang Maha Esa.

# Boleh share bagi pembaca sekalian. Ilmu utk dikongsi bersama-sama. i'allah

Saturday, October 20, 2012

RENUNGAN


#Moga hari-hari esoknya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Friday, October 5, 2012

Friday

Assalamualaikum ...

Dan salam Jumaat .. Penghulu segala hari. Aku bekerja as usual. masih beroperasi alhamdulillah bersyukur dengan keindahan dan kenikmatan di beri. Terima kasih Ya Allah ..

Tersentuh dengan selitan nota gambar dibawah.. terasa hati utk copy image n share ngan semua..



This is from somebody yg share from FACEBOOK... really appreciate that! Thanks dear.

Seba kadang2 nek nyampah pun ada ngan facebook punya posting coz toooo much luahan about somebpdy else.. Sebab tue ada yg bley gadoh disebabkan posting kita. So to AVOID that... back to URSELF. Kenali diri sendiri terlebih dahulu sebelum menulis berkaitan orang lain adalah lebih baik. Tuhan Maha Adil n Maha Mengetahui. Setiap Perbuatan kita di catat oleh shabat kiri & kanan.

Sebab itu kita hidup dengan CERMIN.. sehari x tengok cermin x sah kan.. apa yg nampak thru cermin of coxx DIRI SENDIRI.. Sedangkan aku sdiri pun ada ja SALAH n SILAP. Dlm pekerjaan lagilah. Tapi alhamdulillah masih ditahap penerimaan yg POSITIVE.

Ini sekadar nota utk diri sendiri. Sesapa nak share dipersilakan.

thanks all ... 

so moga hari jumaat yg Indah ini digunakan sebaik mungkin menginsafi diri dan bermuhasabah kpd Allah s.w.t..



Wednesday, October 3, 2012

Small happy Family I'Allah .....


## renungan bersama-sama ....

Tuesday, October 2, 2012

It's Tuesday



BELAJARLAH untuk melihat kelemahan diri sendiri dan bukan keburukan orang lain.
Belajarlah untuk memperbetulkan diri sendiri kerana ia langkah pertama
untuk memperbetulkan orang lain.. 


## Renungan buat diri ini juga...

Monday, July 23, 2012

3rd Day of Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Hari ke-3 dibulan Ramadhan. Bulan yg penuh dengan keberkatan.. tQ Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada Hambamu ini untuk menunaikan tanggungjawap. Dan semoga aku sempat jua utk Qhatam Al-Quran this mths again i'Allah ....


Marilah kita sama-sama memenuhi kebaikan bulan yg mulia ini dengan ilmu-ilmu agama dan juga perbuatan yg lebuh mulia i'Allah ...

Btw Aku sendiri masih banyak perlu di perbaiki.. Harap2 peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan lagi.

tQ Ya Allah!! ............................ Alhamdulillah 

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan ~

Selamat mengimarahkan ramadhan buat semua.. Maafkan segala keterlanjuran saya jika terkesan di hati.. Semoga ramadhan sentiasa membawa keberkatan dan kebahagiaan..
 
Andaikata saya terkasar bahasa dan terslah pada perbuatan, Mohon maaf pada semua... Semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru..menjadi akademi terbaik mengasuh jiwa & melatih kita menjadi insan yang lebih baik dari hari2 sebelum ini.. buat yang terbaik kerana kita tidak pasti samada Ramadhan depan masihkah kita berkesempatan....


Sunday, July 8, 2012

Kisah Pagi Ini ..

Ya Allah ...

Today i Woke UP 

I Am Alive

I Am Healthy

Alhamdulillah .....


Saturday, July 7, 2012

Find on Ur Own ..


Buat panduan untuk diri sendiri.

Moga diberikan lebih peluang untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih di-Redhai oleh Allah s.w.t.

Temuilah hari masing-masing dalam diri sendiri..

i'Allah ............

Friday, July 6, 2012

Kasih & Sayang

Assalamualaikum 

Sihat dan Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini.


Betapa kita tak pernah nak REdha dengan "kasih sayang" tersebut ...

Terima kasih kerana dengan statement berikut aku dapat berMuhasabah diri sendiri.

Terima Kasih Ya Allah ...........

aminnnnnn .....

Thursday, July 5, 2012

Panduan buat DIRI SENDIRI ..

Panduan buat aku ...


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday, July 4, 2012

Untuk Renungan Bersama ~

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyedut udara pinjaman dari Yang Maha Esa..

Masih lagi trauma dan emo dengan kejadian last week ..


Moga suami arwah & anak-anak dan juga keluarga Redha dengan pemergian arwah. Sedekahkan ayat-ayat CINTA dari Al-Quran moga arwah tenang disamping pencipta-Nya.

Al-Fatihah..aminnnn

Tuesday, July 3, 2012

Rumah Allah swt

Assalamualaikum ..

Gambar yang penuh makna.. Ringan2 kan diri untuk ke masjid @ suraw. Dedahkan anak-anak kecil kita dengan keWujudan Rumah Allah s.w.t ini.. Tp bukan dengan pendedahan Duniawi.

Sebelum ini aku sendiri tersilap perhitungan .. Alhamdulillah 

Terima Kasih Ya Allah...

Monday, July 2, 2012

Simple tapi penuh Bermakna

Assalamualaikum..

Sihat? Dah makan? Me as usual berlepak di rumah. Monday is OFF DAY yer....

Would like to share yang aku BW semalam :

"Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,


bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,


dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.


Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan.
Semoga Allah redha."

Sumber : SENYUM

Saturday, June 30, 2012

Tahniah ..

Assalamualaikum

Tahniah buat pengantin baru iaitu pelakon & pengacara Irma.

Cantik sesangat berlitup sebegini as PENGANTIN MUSLIMAH.

Cantik dan segak bergaya kedua pengantin lelaki & wanita.

Tahniah sekali lagi Moga Ikatan ini kekal ke anak-cucu 

aminnnn.......


So sweet kan ..


Cer baca gambar atas nie... simple & penuh makna rite ..

Love my man so much .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...