CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 September 2010

Dugaan Raya 2010..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali, org nak mintak maaf sebab jarang2 update blog dan blogwalking sekarang ni. Sejujurnya raya kali ni raya yang org rasa paling serabut dan tak berapa nak meriah setelah org meraikannya selama 22 tahun. Beberapa hari sebelum raya, org langsung tak rasa mood nak beraye.

Seminggu sebelum raya, atuk org, ayah ibu disahkan doktor mengidap penyakit lymphoma, sejenis kanser yang menyerang lymph node. Atuk tinggal di rumah org dan berulang alik ke Pantai Medical Centre kat Klang. Jadi ibu ngan ba org yang berulang alik menghantar atuk berjumpa doktor, buat ct scan, appointment, kaunseling dll. Akhirnya waktu hampir nak raya ibu ngan ba tak sempat nak buat persiapan raya untuk kami sekeluarga. Ada antara anak2 ibu dan ba yang tak ada baju raya dan kasut raya. Rumah pun xsempat nak dihias sebaik mungkin. Tapi takpe, kitorg anak ibu dan ba paham dan xkisah.

21 Sept Ana ngan Aja akan bertolak ke Mesir. Ibu ngan ba plan nak buat kenduri kecil2an pada hari Sabtu, 18 sept. Tapi disebabkan banyak mengurus hal atuk, barang2 diorang banyak yang belum dibeli. Kenduri pun masih belum dibuat perancangan. Kadang2 org kesian tengok ibu ngan ba asyik berbincang tentang persiapan kenduri tu dan persiapan ana ngan aja ke Mesir. Nampak diorang penat dan serabut. Org cuba tolong diorang setakat yg mampu..

Sehari sebelum raya pulak, nenek org, yg org panggil embah, ibu kepada ba pulak tiba2 diserang strok ketika sedang bersolat. Semua adik beradik ba yang sedang sibuk buat persiapan raya semua pergi ke HUKM untuk melawat embah. Doktor kate satu vein kat otak embah dah pecah. Org terkejut. Rupe2nya embah ade hypertension. Tapi kitorang semua tak tau. Tau2 bp embah yg systolik dah mencecah 258! (normal 120) No wonder la pecah, huhu. Org tengok embah dah tak mampu bercakap. Memori dia pun banyak dah hilang. Nasib baik embah boleh gerakkan tangan walupun dah tak mampu berjalan. Anak2 atau cucu2 embah bergilir2 menjaga embah, bermalam di hospital. Malam ni turn org. So org buat keje suapkan embah, tuka pampers embah, bawak embah jalan2 dgn wheelchair, dll ngan sorg lagi bibik.

Sekian, ni jela crite org time raye kali ni. Org harap sangat2 kesihatan atuk dan embah akan bertambah baik. Mungkin diorang takkan pulih sepenuhnya, tapi org harap org masih berpeluang meraikan hari raya ngn diorang tahun depan, insyaAllah..

Sekian. Assalamualaikum wbt..

08 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri~


Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..

Saya, Raden Azwani bt Raden Mohd, penulis blog 'Apabila Jejari Mula Menari' ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ni yang sudi nak baca coretan2 org yang lebih kepada rapikan semata ni. Terima kasih org ucapkan sebab sudi meluangkan masa membaca isi hati dan cerita2 org dalam blog ni. Maaf jika ade penulisan org yang ada menyinggung perasaan sesiapa di luar sana ye. Diharap hari raya aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan dan kegembiraan buat kite semua. Amin~ :)

Sekian, Assalamualaikum wbt..

02 September 2010

Syurgamu Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Lame betul org xupdate blog kan? habis dah bersawang blog ni.. ni sume sebab minggu ni org ade 3 test sekaligus.. tiap2 malam lepas balik terawih kat surau org study sampai tertido2. Harini org dah habis test semua. Maka malam ni org decide nak melepak je tanpa buat ape2..

Malam ni org teringin nak share drama yg kitorang satu rumah duk follow sejak beberapa minggu lepas. Syurgamu Ramadhan kat channel tv3. Jalan cerita dia best. Kisah seorang Datuk bernama Halimaton yang sanggup buang anak sendiri yang bernama Marlia daripada keluarga, sebab anak dia xnak kahwin ikut pilihan hati dia. Bila anak dia dah mati, cucu2 dia dibawa pulang ke rumah oleh anak kedua dia yang bernama Yassin sebab diorang tinggal sebatang kara. Waktu ni pun Halimaton tu masih lagi taknak terima cucu2 dia. Ada lagi manusia ego macam ni kat dunia ni ek...

Mula2 folow drama ni, kitorang banyak menangis sebab banyak sangat scene sedih. Nak2 scene Marlia dengan suami dia meninggal kena langgar. Amin, anak kedua diorang ada telefon nak mintak maaf tapi xsempat. Suzana pulak xsempat cium tangan mak dia. Yassin yang dah terpisah daripada kakak dia selama 17 tahun pun xsempat jumpa kakak dia. Tau2 dah meninggal kena langgar. Time ni memang sedih gile la. Nak2 tengok empat2 beradik tu menangis kat kubur mak ayah diorang. Baca komen2 page tv3 kat fb memang ramai gak la yang nangis.. Ingat org sorg je yg emo..

Kemudian Yassin bawa empat2 beradik tinggal dekat rumah dia tinggal dengan wife dia, Aishah dan juga Halimaton. Halimaton ni sampai la ni kitorang follow dia masih lagi xnak accept cucu2 dia. Asyik mengelak je, xnak berbuka kat rumah. Satu lagi tarikan drama ni ialah Aishah. Aishah ni memang sorang isteri yang sangat tahpape dalam cerita ni. Kurang ajar, xpuasa, gedik, rupa2nya Aishah ni pilihan mak dia. Yassin ni xmau jadi anak derhaka, jadi dia kahwin jugakla dengan Aishah ni.. Sian2.



Setakat yg kitorang follow, ada 3 lagi episod last minggu depan. Tryla layan drama ni, serius best. Org plan nk tengok balik drama ni sebab xfolow dari mula, org folow dari episod 4. Kalo nak download rase2 banyak website ade. Takpun tengok je balik kat website tv3 tu ek.

Oklah, time kasihla baca coretan org ni. Selamat menyambut hari raya semua~ Maaf zahir dan batin :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...