CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

01 August 2012

Wahai Kamu2 Yang Teristimewa...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Manusia. Khalifah Tuhan di atas muka bumi. Yang Allah ciptakan dengan pelbagai rupa dan ragam. Ada yang muda, ada yang tua. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang indah wajahnya, ada yang sedap mata memandang, dan ada yang biasa2 saja. Ada yang menyenangkan sekali tatasusilanya, ada yang punya hati yang busuk dan perangai yang menyakitkan hati. Allah menjadikan manusia itu lain2 sifatnya. Agar dunia ini meriah dihiasi dengan pelbagai kancah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat sesama sendiri.

Kadangkala dalam ramai2 manusia yang Allah takdirkan untuk mewarnai hidup kita, sejak kita kecil hinggalah sekarang, pasti ada diantara mereka yang bisa menarik, bukan sekelumit, tapi hampir sepenuhnya perhatian kita. Yang mampu menjadikan dirinya sendiri sebagai sebuah memori yang memilih untuk menetap dalam fikiran kita sehingga bila2. Yang kadangkala selepas berbelas atau berpuluh tahun berlalu, dia masih punya tempat dalam ingatan kita. Atau mungkin ia pernah berhenti seketika, namun ia tidak pernah hilang.

Dan sudah tentu, org juga ada.



Org masih ingat lagi seorang rakan tadika org, dia berbangsa cina. Kami sangat rapat, setiap masa di tadika kami bersama. Org ingat nama penuhnya. Org ingat lagi dimana rumahnya. Namun sayang, selepas masuk sekolah rendah, dia hilang tanpa khabar berita. Org pasti, jika kami bertemu dimana2, mungkin kami sudah tidak mampu mengenali satu sama lain. Hampir 20 tahun berlalu, sudah tentu begitu banyak perubahan yang kami lalui. Namun masih, dia ada lagi berlegar dalam memori org.

Masuk zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan, ramai lagi insan2 yang menjadi penyumbang kepada memori buat diri ini. Mereka yang buat org menangis, mereka yang buat org marah, mereka yang buat org ketawa. Mereka yang tidak berhenti mengusik org, mereka yang sentiasa memberi senyuman manis kepada org, mereka yang secara tiba2 mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya kepada org, masih ada yang segar dalam ingatan ini.

Namun org akui, dalam ramai2 manusia yang org pilih untuk disimpan sebagai memori dalam kotak fikiran org, masih ada diantara mereka yang org asingkan, dan kategorikan sebagai 'istimewa'.

Ya, istimewa. Istimewa pada tafsiran diri org sendiri. Istimewa kerana mereka ini berbeza daripada insan2 lain dalam memori org. Mereka ini yang punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh mereka yang lain.




Ada diantara mereka ini adalah istimewa bukan sahaja di mata org, tapi juga di hati. Bagaimana? Dengan hanya melalui cara mereka menyebut nama org yang mungkin kedengaran agak unik itu. Atau dari mimik wajah mereka yang tersenyum saat menyebut nama org. Juga ada yang istimewa dari segi perilaku mereka yang cukup indah di mata org. Hampir sempurna, tanpa ada cacat cela dalam melaksanakan suruhan Allah. 


Atau wajah mereka yang suci dan bersih di mata org, sehingga kadangkala org sendiri cemburu melihatnya. Mungkin juga personaliti sesetengah mereka, yang pada org amat misteri dan menarik sekali untuk diexplore sendiri oleh diri ini. Atau melalui bakat mereka yang sememangnya semulajadi dan mengagumkan mereka yang melihat. Dan ada juga diantara mereka ini, istimewa dimata org, hanya melalui sikap selamba dan cara ketawa mereka yang bersahaja. 

Dengan sesekali mengingati insan2 istimewa inilah, org mampu tersenyum sendiri secara tiba2. Terasa gembira dan seronok apabila teringat, juga secara tiba2.



Kadangkala org bersyukur, kerana ditakdirkan untuk dipertemukan dengan mereka ini. Mereka inilah yang mewarnai dan menghiasi hidup org, dan ada yang mampu mendorong diri org untuk berubah menjadi lebih baik. Meskipun insan2 ini  tidak pernah tahu betapa istimewanya mereka di mata dan hati org, org berharap dengan keistimewaan2 mereka itulah, mereka juga mampu menggembirakan insan lain dan menjadi pembakar semangat untuk insan lain juga berubah ke arah yang lebih baik.

Jauh disudut hati, org juga berharap yang org pernah mendapat tempat yang istimewa dalam memori dan hati sesiapa jua insan di luar sana. 


Dan mampu menggembirakan insan itu dan membuatnya tersenyum, walaupun hanya sekadar sesekali mengingati diri ini. Meskipun cuma sesaat :)
-nadzwareina-


p/s : Mungkin salah seorang daripada insan2 istimewa di atas ini, adalah kamu?


11 May 2012

Thanks For The Memories, HTAR :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

*Lagu background, klik baru baca*


Jumaat, 11 Mei 2012..

Perlahan-lahan baju dilipat lalu diletakkan berhampiran beg pakaian yang agak besar. Buku2 dan nota2 lama pula disusun lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg lain. Sedar tak sedar, rupanya dah empat bulan berlalu. Begitu cepat bagaikan sekelip mata. Baru sahaja rasanya menjejakkan kaki buat pertama kali di HTAR pada 23 Januari 2012, Kini, pada 11 Mei 2012, diri ini bertungkus lumus berkemas untuk pulang ke Batang Kali dan kembali bertugas di Hospital Kuala Kubu Bharu. Rumah arwah atuk disana yang dilanda banjir beberapa hari lepas, memaksa org untuk pulang awal untuk dikemaskan, kerana rumah yang lama terbiar kosong tu akhirnya akan berpenghuni semula.

Bermula sebagai seorang asing yang perlu menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, akhirnya alhamdulillah, perlahan-lahan keserasian dan keselesaan bekerja di sebuah tempat baru itu dapat dirasai. Dapat bertemu dengan pegawai2 Farmasi yang hebat2 belaka daripada pelbagai department, dapat berkenalan dengan rakan2 PRP lain yang berbilang bangsa, serta bekerja sekali dengan trainee2 daripada universiti dan kolej, adalah antara kenangan2 yang amat bermakna yang dapat org kutip di HTAR.

Serius, banyak sangat yang akan org rindu tentang HTAR.

Org akan rindu Puan Asmawarni, pegawai pertama yang ajar org sangat banyak ilmu berkaitan TDM..
Org akan rindu Cik Mazni yang sangat sempoi dan sering meriuhkan farmasi dengan gelak tawanya..
Org akan rindu Mr Ivan yang sangat lincah, ligat dan comel macam kanak2 riang..
Org akan rindu Mr Wong yang selalu buat muka selamba dan sengal tapi pada org agak kelakar..
Org akan rindu Puan Hanim yang punya dua side, kadang2 garang dan kadang2 lembut..
Org akan rindu Miss Teoh yang suka gelak terbahak2 walaupun dalam suasana serius..
Org akan rindu Miss Choo yang lembut & sabar melayan karenah kami2 yang blur masa assessment ICU..
Org akan rindu Puan Azura yang selalu org curi2 tengok masa sedang bekerja dalam clean room TPN..
Org akan rindu Puan Asmahani yang sentiasa busy melayan student2 universiti yg datang praktikal..
Org akan rindu Puan Norima yang sangat baik dan lembut walaupun sebenarnya sedang marah..
Dan org akan rindu juga Puan Aziah, Puan Rose, Puan Aliza, Puan Rozian, Puan Adilah, Miss Low, Miss KarMaine, Miss Ang, Mr Lim, Miss Carilyn, Miss Adeline, Miss Tan, Puan Arina dan juga pegawai2 lain..

Org juga akan rindu dengan PRP2 HTAR yang banyak sangat membantu org sepanjang 4 bulan kat sini..

Org akan rindu suara manja Kak Anum yang sentiasa ceria tak kira tempat dan masa.. 
Org akan rindu Kak Na dengan cerita2 sweet pasal suami & anak2nya..
Org akan rindu Mar yg comey dengan slang englishnya yang sangat fluent..
Org akan rindu Hanisah yang funny & suka peluk org tiba2 dari belakang..
Org akan rindu nak dengar Farah mengomel dan bercerita tentang department2 lain..
Org akan rindu Radhika yang selalu je senyum bila tengok gelagat2 kami yg tak matang ni..
Org akan rindu moment berwafarin dengan SeeNee & Eunice yang brilliant & smart..
Org akan rindu moment2 buat IV Ad & TPN dengan Jia Xin & MeiKee..
Org akan rindu nak tersenyum dan berbual2 dengan Mui Wen tentang cerita kami sejak 2 tahun lepas ..
Org akan rindu Yan Ying yang beria2 cuba nak kenenkan org ngan teman baiknya..
Org akan rindu Larry yang sangat comel & nampak naif bila berbahasa Melayu..
Org akan rindu Alif yang nampak je serius tapi sebenarnya kelakar & selalu layan org punya blur..
Org akan rindu Kah Hang yang sentiasa dengan lawak dan kalutnya tapi sangat2 helpful & baik hati..
Org akan rindu Hamidi yang setiap masa smart dan tak lekang dengan samsung notenya..
Org akan rindu dengan usikan & ketawa Farhan yang macam businessman bak kata Mar..
Org akan rindu nak lunch sama2 setiap hari & ketawa dengan ayat2 selamba Jeanne..
Org akan rindu senyuman manis Yu Siang bila kitorg share moment2 funny together..
Org akan rindu King Yong, yang sentiasa senyum dan buat tanda bagus bila kami bekerja sekali..
Org akan rindu Geetha yang selalu tegur dan panggil org dengan nama 'Raden' instead of 'Wawa'..
Org akan rindu nak dengar lagi cerita2 Khairul pasal restoran2 best yang dia pernah pergi..
Dan juga PRP lain macam Stacy, Lih Jiuan, Chew, Daveena, Weai Jiet..

Dan juga Auntie Puspa dengan jeritan nyaringnya terutama pada waktu pagi, Auntie Tan yang sangat nice dan lembut, kak Shiqin, kak Yat, Kak Sally, Encik Sahar, Encik Amir, dan juga semua warga Farmasi ward supply yang selalu org berbalas senyum setiap kali bertembung :)


Begitu juga dengan PRP2 dari hospital lain yang turut sama bekerja sekali dengan org di department CDR dan TPN macam Fauzana, Yazmin, Nadiah, Ally dan Nik dari Hosp Sungai Buloh, Safura dan Izni daripada Hosp Kajang dan Amalina daripada Hosp Slim River. Terima kasih sebab banyak membantu dan mengajar org saat bekerja dan menjadi peneman org waktu minum pagi dan lunch :)

Tak dilupakan juga trainee2 yang org sempat bekerja sekali. Walaupun ada antara korg yang dah habis, tapi org nak juga ucapkan terima kasih buat korg semua sebab dah banyak membantu org kat setiap department, terutama Nisa, Ziana, Sujitha, Azira, Nana, Haziq, Syakir, Napie, Jali, Bahari, Ronnie, Vitalis, Marwan, Gayathree, Temah, & juga trainee2 lain yg org tak sempat nak tau nama. Sorry banyak2 ye..


Walaupun anda semua mungkin tak baca post ini, org tetap nak ucap terima kasih atas segalanya. Semoga ukhuwah yang terjalin ni akan terus berkekalan sampai bila2. Andai ada rezeki, moga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Gudluck & all the best untuk semua :)










Thanks for the memories everyone :)



30 March 2012

Apa Yang Buat Saya Rindu Zaman Belajar?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan org meninggalkan zaman universiti dan memasuki fasa pekerjaan. Cepat betul masa berlalu, tak terasa pun dah hampir 5 bulan. Kerja kat hospital semakin menimbun, dan bila balik rumah, rasa nak rehat je & tidur cepat. Org sedar, bila mula bekerja, org dah hilang satu enjoyment in life. Enjoyment yang org rasa waktu belajar dulu, yg org dah tak rasa sekarang. Rasa enjoy ketika melepak dengan kawan2 sesuka hati kita, pergi ke mana2 je yang kitorg nak dan pada bila2 masa. Sekarang ni rasa agak susah dah nak buat balik benda2 tu semua akibat kekangan kerja. Betul kan insan2 yang bekerja?

Ada sekali, org terbelek2 semula album2 lama kat facebook. Tengok betapa happynya muka2 kitorg waktu zaman belajar. Tak perlu nak stress melampau (except time nak exam ngan VIVA je). Terasa nak kembali ke zaman tu balik dan enjoy semula kehidupan as a student. Tapi apakan daya, hidup perlu maju ke depan. Habis zaman belajar, masuk zaman pekerjaan. Sambil melalui zaman pekerjaan, kita akan lalui satu fasa perkahwinan pulak. Eh?

Oklah, cukuplah melalut dalam 2 paragraphs di atas. Kat sini org list down apa yg buat org rindu zaman2 universiti dulu :)


1) Duduk dalam dewan kuliah (disamping itu tidur, baca novel, main handphone, laptop, PSP etc..)

Org sangat rindu nak duduk dalam dewan kuliah balik, berkumpul seisi kelas esp waktu pagi. Waktu pagi la selalunya, boleh nampak ramai student duk terlelap nak2 bila dapat lecturer boring yg ajar subjek dry (org tergolong dlm insan2 yg wajib tidur pada waktu pagi hehe). Bila lecturer tak masuk, time tu lah sume org main internet kat laptop ngan henfon masing2 (mentang2 dapat wireless free), baca novel la, yang bawak game main game la. Tapi yang paling best, kitorg satu kelas melantak jajan yang dijual oleh businesswoman dalam kelas kitorg, iaitu Ili Nadhirah hehe.




2) Meronggeng aka berjimba-jimba bersama teman2 serumah.

Biasanya habis kelas, kitorg beramai2 akan decide nak makan mana. Kalau memang free sampai malam, apa lagi, sasaran yang dituju mestilah ke shopping mall seperti Sunway Pyramid, OU, The Curve, JJ Bt Tinggi, paling koman JJ Bt Raja. Bila dah keluar pegi sana bukan takat makan je lagi, adela beberapa aktiviti tambahan macam tengok wayang, shopping beg, shopping kasut, tak pun window shopping je. Pastu dah petang2 sikit ataupun malam, baru ingat nak balik, hehe. Takpun kalau tak keluar, layan tv sama2 kat rumah. Takpun pegi pasar malam borong makanan ngan tudung sama2. Pastu rotate makanan satu bulatan. Hu rindu2.




3) Beraktiviti bersama rakan2 sekelas.

Kelas org agak ramai, dalam 100 lebih semuanya. Dan of course dalam 100 lebih org ni ada beberapa grup kecil yang lain. Melalui aktiviti2 kelas atau persatuan la kitorg boleh bercampur dan masuk je mana2 geng, asalkan kerja yang nak dibuat tu boleh settle on time. Takpun kalau ada member sekelas kahwin, maka satu kelas akan buat konvoi beramai2 menuju ke rumah pengantin. Dan melalui aktiviti2 ni jugaklah akhirnya kitorg tau perangai masing2 yang selama ni tak pernah diexpect, yang pendiam rupanya kecoh gila, yang pemalu rupanya kuat gelak, macam2 lagi la. Dan akhirnya kitorg boleh masuk & kamceng dalam mana2 geng tanpa perlu rasa janggal & tak selesa. Kan seronok?




4) Trip di hujung semester bersama geng2 serumah/sekelas.

Setiap kali cuti sem menjelma, mesti ada je plan yang akan dibuat oleh kitorg, nak bercuti kat mana, sape nak jadi projek manager. Pastu buat discussion kat fb ngan YM, plan aktiviti nak buat apa, berapa lama nak pergi. Semangat je. Alhamdulillah selama empat tahun belajar, org dah selamat join trip2 pergi langkawi, pangkor, terengganu, johor, perlis, kuantan, melaka, dengan member2 sekepala. Cuma tak sampai sabah sarawak lagi je. Tu pun InsyaAllah ada dalam plan lepas habis PRP hehe.





5) Semangat kerjasama antara classmates menjelang musim peperiksaan.

Bila exam semakin hampir, maka soalan2 past year pun akan dicirculate dan difotostet oleh seisi kelas. Dan yang lagi bestnya, dalam kelas kitorg ada geng yang terdiri daripada student2 smart yang akan tolong buatkan skema jawapan dan upload ke dalam email batch (yup kitorg ada email batch sendiri, dimana kitorg share username & password). Skema jawapan ni kitorg panggil MIB (Modul InsyaAllah Berjaya) hehe. Selain skema jawapan, ada jugak student yg rajin buat short notes & upload jugak. So bila nak exam MIB & short2 notes ni la yang banyak membantu kitorg study. Dan yang bestnya, ada banyak kali jugak soalan exam yg keluar sebijik sama dengan MIB yang dibuat. Apa lagi bila habis exam semua kuar dewan tersenyum lebar la, hehe.






So inilah dia antara kenangan2 waktu belajar yang org takkan lupa. Actually banyak lagi, macam PBL tiap2 minggu, trip pergi hospital masing2 waktu pagi, tapi org shortkan. Bila dah masuk alam pekerjaan ni mungkin lain dah sikit pengalaman dia. Kenangan yang lain pulak yang akan org kutip & simpan. Tapi tak kisahlah walau kat mana pun kita berada, sentiasa hargai apa jua yang ada dan sesiapa yang sentiasa berada di sekeliling kita, sebab benda2 ni nanti akan jadi sebuah memori & akan kita kenang2 balik satu hari nanti :)



Till then. Assalamualaikum.

15 February 2012

Sekolah Rendah Agama Saya : 11 Tahun Kemudian...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sejak kerja kat HTAR ni, setiap hari lepas habis kerja org akan terus pergi ambil adik kat sekolah rendah agama kat Taman Klang Jaya. Memandangkan keadaan dalam kawasan hospital senantiasa jem pada waktu balik, selalunya dalam 5 setengah lebih baru org sampai kat sekolah. Tapi entah kenapa harini org tersampai awal 10 minit kat sekolah. Keadaan kat luar sekolah pun lengang lagi. 

So org pun decide nak berjalan2 dalam kawasan sekolah ni dulu. Lepas parking kat luar kawasan sekolah, org matikan enjin kereta, kemudian take a tour kat sekolah lama org ni.

Org rasa sejak habis sekolah darjah 6, org tak pernah masuk balik sekolah lama org ni. Kalau adapun time ambik result PSRA dulu, tu la last time. Lepas tu selalu amik adik kat luar sekolah je, tak pernah masuk dalam. Ni kira 1st time la org menjejakkan kaki balik kat sekolah ni, lepas tamat sekolah sepanjang 11 tahun. Sambil berjalan2 seorang diri tu, banyak betul nostalgia lama bermain2 dalam fikiran.


Ni pintu masuk sekolah. Kat kiri tu ada pondok pakgad, zaman org dulu takde. Masa darjah 5 ngan 6, org as pengawas bertugas jaga pagar tu 15 minit waktu pelajar2 tahap satu balik. Rindu nak sorong tarik pagar tu bila budak2 nak keluar hehe.

Selalu kat sini pelajar2 akan tunggu parents bila waktu balik. Org pun selalu je tunggu bas kat sini dulu, malas nak tunggu kat luar. Kalau waktu hujan, memang kat sini la paling penuh. Sini pun port feveret student melepak waktu rehat.

Masa org darjah 4 dulu, sini bukan garaj kereta, tapi garaj basikal. Kerja org dulu kena jaga garaj basikal ni dengan 2 org lagi member yg jadi pengawas time tu, nama diorang Naim ngan Khairul Afandi. Org pun tak paham kenapa ada tugas pengawas kena jaga garaj basikal. So kitorg tiga la yg rajin susun2 basikal kat sini dulu.

Salah satu tempat feveret org kat sekolah ni dulu, iaitu kantin ni. Sebab org suka makan laksa ngan mihun sup kat sini, org rasa time tu sedap sangat. 50 sen je pulak tu. Kat meja tepi tu selalu diorg jual air, 50 sen gak. Dulu kat situ siap jual sengkuang ngan asam, hari2 org duk beli hehe.

Ni actually court, tapi zaman org dulu kat sini la kitorg solat asar berjemaah sebab time tu belum ada surau. Nanti pengawas la yang akan bentang tikar pastu kitorg pun solat asar jemaah sama2 waktu petang. Bila bukan waktu solat, budak2 selalu main bola kat sini, yang lain akan tengok dari atas.

Dewan ni port feveret org gak, sebab tiap2 tahun org akan naik pentas ni dua kali, iaitu amik hadiah nombor dalam kelas & hadiah jadi pengawas. Darjah 4 je org naik 3 kali sebab jadi pelajar perempuan terbaik. Beberapa minggu sebelum PSRA, kat sinila semua student darjah 6 berkumpul sambil buat soalan2 latihan.

Ni musolla, letaknya kat tingkat atas dewan tadi. Sekarang dah maju, dah ada carpet, zaman org dulu pakai tikar getah je. Bila student2 darjah 6 dah habis exam, kat sinila kitorg ditempatkan beramai2. Kat sinila kitorg main macam2 jenis permainan yang ada, siap ada yang main bola lagi dalam ni hehe.

Ni bangunan baru sekolah, masa org darjah 4 ke 5 baru naik sekolah baru ni. Dulu kat sini padang je, kat sinilah kitorg main kejar2, main konda kondi. Kelas org kat tingkat paling atas, tingkat 4. Dulu sebelum masuk kelas org suka melepak kat hujung balkoni tu, sambil tengok pemandangan. Seronok sebab boleh nampak sampai bandar Klang :)

Kat atas ni sebenarnya longkang yang dah disimen. Org ingat lagi dulu2 student suka lipat kapal kertas kemudian main lumba2 dalam longkang ni. Kalau hujan, paras air dalam longkang ni memang tinggi. Pastu yang lawaknya, warna air longkang ni selalu tukar2, kejap biru, hijau, pink, putih macam susu pun pernah. Dulu pernah ada kes student jatuh dalam longkang ni. Agaknya sebab tu la cikgu suruh turap terus kut.



Ok, cukuplah sampai sini. Seronok pulak melawat balik sekolah lama org ni lepas bertahun2. Lagi best kalau org dapat jumpa balik ustazah2 yg ajar org dulu, malangnya semua dah tak ada huhu. Kalau ada org masuk sekolah kebangsaan, nanti org amik gambar yang tu pulak, hehe.

Thanx banyak ye sudi baca post ni. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :)



24 January 2012

Hello HTAR! We Meet Again ^^

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Waktu org tengah menaip entry ni, kepala org tengah serabut, seserabut meja org kerana terpaksa study balik buku clinical pharmacokinetic yang dah lama terbiar kat rumah & menyelak semula nota2 untuk subjek tersebut yang org dah belaja waktu sem tujuh 3rd year dulu. Bukan mudah nak recall balik benda yang kita dah tinggalkan lama, nak2 untuk subjek yang tough macam ni. 


Org ingat lagi, result exam subjek ni org dapat memang cukup2 makan (syukur gila tak payah repeat subjek ni), dan ada ramai gak classmate org yang fail. Org pun penah buat entry masa malam exam subjek ni kat sini, waktu tu kepala dah takleh fokus nak study.


Clinical Pharmacokinetic, adalah subjek dimana banyak calculation yang perlu dibuat, pelbagai formula yang berbeza untuk setiap drugs perlu diketahui (atau dihafal kalau boleh), banyak graf yang perlu difahami, berkenaan dengan level drugs dalam serum patient yang diambil. Melalui calculation inilah, seorang pharmacist dapat menilai samada jumlah drugs yang diberikan kepada patient sebenarnya berada dalam therapeutic range (julat yang boleh mendatangkan effect yang diingini) atau berada di luar range, samada tinggi atau rendah. 


Kalau rendah, dos atau frequency drugs diambil perlu ditingkatkan, dan kalau level tinggi yang boleh mendatangkan toxicity, sebaliknya. Dan kat hospital, department TDM (Therapeutic Drug Monitoring) yang akan melakukan tugas2 monitor serum patient ni. Org akan attch kat department ni selama 4 minggu, sebelum berpindah ke department lain kat HTAR dalam tempoh 4 bulan lebih ni.


Mungkin ramai member2 org tahu, mulai esok org akan memulakan kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang letaknya 5 minit je dari rumah org (kalau tak jem). Org akan kerja di sini bermula esok, 25 Januari, sehinggalah 12 Mei. Kalau dulu kat Hospital KKB org boleh kerja dengan tenang dan gembira dikelilingi suasana kampung dan bukit bukau (walaupun kadangkala stress jugak), bila dah pindah HTAR ni, org tau, the real adventure begins. Dimana kat sini kerja akan berkali100X ganda banyaknya, dan environment akan jadi bertambah2 stressful (ini diakui sendiri oleh 2 org member org yg attach kat sana). 




But hey, no pain no gain. Sebagai seorang positive thinker yang tegar (ehem sila muntah), org percaya kat sinilah tempatnya org boleh menimba ilmu dengan sangat banyak melalui kes2 patient yang agak rare, dan belajar drugs2 kat sini yang berkali ganda banyaknya daripada kat HKKB. Kena marah dengan pharmacist atau doktor2 itu sudah tentu, itu perkara biasa bagi houseman2 kat hospital. Tapi kalau setakat kena marah pun kita tak tahan, macam mana kita nak face the real challenges waktu bekerja kat luar sana tu kan? (kes penah kena marah ngan cikgu time jadi BWP kat MRSM dan almost kena marah ngan doktor kat hosp kajang)


Oh ye, kenapa kat tajuk kat atas tu org tulis 'We Meet Again?' Sebab kat hospital ni la macam2 memori org penah simpan, sejak kecik sampaila la ni dah beso panjang. Dah tak terkira banyaknya berapa kali org datang hospital ni, so kat sini org coret sikit memori2 yang org still simpan sampai sekarang :


***
Masa tu org umur 4 tahun, adik bawah org, Ana umur setahun lebih, baru nak pandai jalan. Dan kitorang berdua datang ke hospital ni, ditemani oleh ba untuk melawat ibu yang baru bersalinkan adik org yg kedua. Malangnya, org dan Ana ditegah untuk masuk wad, dan nak tak nak ba terpaksa mintak sorg pakgad kat situ tolong jaga org dengan Ana. Maka duduklah org dan Ana di sisi pakgad tu selama hampir 1 jam, jadi pakgad tambahan num 2 ngan 3, hehe.

***
Waktu sekolah rendah, org tak ingat darjah berapa, org diserang asma time tengah2 malam waktu semua family tengah sedap tido (yup dulu org selalu kena asthma attack waktu tengah malam). Org yang dah takleh tahan pergilah bilik ibu ngan ba, bagitau tak leh nak tido. Ibu yang nampak org tercungap-cungap tu dengan paniknya mintak ba hantar gi HTAR time tu jugak. Maka pergilah org ke sana pada pukul 2 pagi, ke unit kecemasan untuk menyedut gas. Yang lawaknya, bila dah sampai sana, ok la pulak. Tapi sedut jugakla gas tu, takut kena attack balik, huhu.

***
Tingkatan satu, waktu yang paling banyak org berulang alik pegi kat wad hospital ni disebabkan kes yang menimpa ibu orang waktu tu (org ada cerita kat sini). Hari2 mai sini sampai suma nurse kat situ dah kenal org. Hari2 makan kat cafe hospital ni sampai makcik2 situ bagi murah je, kesian agaknya tengok org makan sorg2. Lepas sebulan lebih kat sini, ibu akhirnya kena pindah HKL.

***
Januari 2011, org kena masuk wad buat pertama kali dalam hidup setelah org disyaki menghidap denggi. Diserang demam tahap kronik selama 2 hari (dimana dalam 2 hari tu org langsung tak makan dan duk kelubung dalam selimut), akhirnya doktor kat klinik suruh org masuk HTAR cepat, bila level platelet org jatuh dengan mendadaknya. 4 hari terpaksa duk dalam wad, disaat kawan2 lain dah start kelas sem baru. Tapi yang bestnya, 11 org kawan sudi datang melawat org kat HTAR ni bila dorg tau org masuk wad, org ada cerita kat sini.  Time ni jugak org pernah kena marah ngan sorg doktor (HO rasenya) sebab pergi belek file patient sendiri punya yang dia tulis kat meja org lepas dia examine diri org. Eh, takkan nak baca file sendiri pun takleh kut? nak tengok platelet level je pun. Dear doktor, saya dah belajar interpret note2 doktor & lab value time kat kelas dulu, doktor ingat saya taktau baca? bebel org sorg2 dalam hati. Kut ye pun tak bagi cakapla elok2, ye dok?

***
Tahun 2011, banyak kali gak org pegi unit kecemasan sebab menghantar ibu yang tiba-tiba diserang gastrik melampau sampai takleh tidur di tengah malam. Dan juga menghantar arwah atuk yang tiba2 diserang batuk teruk sampai lemah tak berdaya waktu arwah menetap kat rumah org. Sampai org dah ingat apa prosedur kalau nak masuk unit kecemasan tu dari mula sebab asyik pergi situ je.

 *** 

Oklah, cukup sampai sini dulu. Ingat nak taip pendek je sekali terpanjang la pulak kan. Kawan2 yang duk Klang, kalau ada pergi HTAR lawat member atau family ke, roger2 la org ye. Boleh kita jumpa kejap, minum2 ke, hehe.


 Ok org out dulu ye. Jumpa post akan datang. Thanx banyak sudi baca. Assalamualaikum :)


p/s : duk busy2 pun sempat gak buat cerpen baru kat atas tu, hehe. Jemput baca ye kalau sudi :)

09 January 2012

A Memory : 11 Years Ago...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..



Masa kecik2 dulu orang sangat nakal. Org pernah cerita tentang memori2 zaman org kecik2 dulu kat post ni. Masa sekolah rendah darjah 6, ada macam2 benda yang org buat. Dan segala apa yang org buat, org akan share dan tulis dalam sebuah diari.

Dan yang bestnya, diari ni org share dengan sorg besfren org masa tu, nama dia Siti Habibah. Dalam diari ni la kitorg tulis segala cerita yang berlaku masa kitorg darjah 6 dulu. Cerita yang menarik yang kitorg rasa agak worth it untuk dikongsi, kitorg akan tulis bersama. Dan kitorg akan bergilir2 bawak diari ni balik rumah untuk ditulis pada hari tu.




Sekarang, 11 tahun dah berlalu. Dah masuk tahun yang ke12 pun. Diari ni yang pernah hilang lama suatu ketika dulu kini dah dijumpai semula. Org tak boleh berhenti senyum bila baca balik benda2 yang kitorg buat bersama masa darjah 6 dulu. Ada yang kelakar, sedih, menggeramkan, macam2 la.




Kalaula...kalau dapat kembali semula ke zaman ni, dan mengulangi semula perkara2 yang kitorg lakukan dalam diari ni, kan ke seronok? ^^


19 November 2011

Mengimbau Memori di Rumah Arwah...


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Hari Sabtu menjelma lagi. Hari yang ditunggu2 oleh insan2 yang bekerja untuk berehat dan menghabiskan masa kat rumah. Orgla contohnya, hehe. Untuk hari Sabtu ni org mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah org kat Klang. Terasa nak berehat kat sini je. Memandangkan housemate org, Atun selamat dah pulang kat rumah keluarganya kat Bangi, maka weekend ni org akan habiskan masa berseorangan kat rumah pusaka tinggalan arwah atuk & nenek org ni. Oh ye buat mereka yang tak tahu, setelah memulakan posting di hospital KKB, org menetap di rumah arwah ni yang terletak di Batang Kali.


Duduk berseorangan kat rumah, org habiskan masa online, sambil2 tu layan tv, sambil tu bukak buku gak untuk study. Bekerja sebagai pharmacist menyebabkan org perlu sentiasa tahu tentang semua jenis drugs yang ada kat luar sana. Dah bosan buat kerja2 seperti yg dinyatakan kat atas tu, org terasa nak kemas2 rumah tinggalan ni. Waktu weekdays memang serius tak berapa nak sempat kemas rumah ni. Pagi2 pukul 7 lebih dah keluar rumah, malam pulak lepas makan dan study org dan Atun terus tido.


Org pun masuk bilik arwah atuk dan nenek yang terletak kat tingkat bawah. Jarang2 sungguh masuk bilik ni. Sambil mengangkut penyapu, org kemas2 dan menyusun2 barang2 tinggalan arwah. Ada banyak sangat baju yang terlipat kat rak. Ada baju kurung kedah dan kain batik milik arwah wan. Ada jugak serkup kepala yang wan gunakan nak tutup rambut. Dan waktu ni terus je memori org ni terkenang kat arwah wan.


almari & rak baju arwah wan


Arwah wan org sangat lembut orgnya. Org ingat masa kecik2 dulu org prefer tido ngan arwah wan bila org pulang ke kampung. Arwah wan masak sedap sangat. Kalau arwah wan masak lauk ikan masak asam, org memang akan tambah nasi sampai 2, 3 kali. Arwah wan dulu pun sangat tabah orgnya. Dulu arwah kena kayap, kadang2 arwah wan singkap baju untuk tunjuk kayap tu kat org. Org nampak arwah wan berkerut menahan sakit. Tapi wan dah pernah mengeluh atau merintih. Selain kayap, arwah wan juga menghidap diabetes. Org ingat lagi, arwah wan meninggal dunia pada bulan februari tahun 2010. Masa tu org dah siapkan minit mesyuarat nak pergi meeting persatuan kat fac, pastu ibu pun call kata arwah wan dah pergi. Org pun terus balik time tu gak.


Kemudian org bukak pulak almari dalam bilik tu. Penuh dengan baju arwah atuk. Ada banyak baju kemeja dengan batik. Arwah atuk org ni sangat smart orgnya. Dan arwah atuk org ni baru je pergi tahun ni disebabkan kanser. Kalau waktu arwah wan meninggal dulu org tak berapa menangis sangat, tapi bila arwah atuk pergi, org menangis agak teruk since dalam bas lagi nak pulang ke kampung. Sebab atuk dah tinggal kat rumah org kat Klang agak lama waktu arwah tengah sakit. Org pun dah terlalu lama jaga arwah atuk masa kat rumah dan kat hospital, siap masakkan lagi juadah untuk atuk dulu.


almari baju arwah atuk


Dan memori2 org ngan arwah atuk & arwah wan semakin banyak yang muncul bila org jumpa beg Haji yang tertulis nama arwah atuk & wan, beberapa buah AlQuran & yasin yang biasa dibaca oleh arwah waktu mereka hidup dulu dah berhabuk kat atas para, barang2 yang arwah atuk gunakan untuk berkebun ada banyak kat bawah katil, dan selipar dan sejadah kegemaran arwah. Serius, waktu ni terasa sangat2 rindu dengan arwah atuk dan arwah wan.


Mungkin ini hikmahnya org ditugaskan bekerja kat Hospital KKB. Org dapat tinggal kat rumah pusaka ni setelah terlalu lama rumah ni dibiarkan kosong, sambil menjaga dan membersihkan semua barang2 tinggalan arwah. Rumah yang sudah terlalu lama sunyi dan 'mati' ni 'hidup' semula setelah org dan Atun tinggal kat sini, bak kata pakcik & makcik org. Dan betul, kadang2 org terasa macam dua2 arwah masih hidup, sambil berjalan ke hulu kehilir dalam rumah ni macam masa org masih kecik, walaupun org tau apa yg org rasa tu tak lebih dari sekadar memori.


Bersemadilah dengan tenang disana wahai arwah atukku, Jamaluddin bin Abdullah dan arwah wanku, Khadijah binti Mohd. Semoga roh atuk dan wan ditempatkan dikalangan org2 beriman. Wani akan lawat kubur atuk dan wan bila ada kelapangan nanti, InsyaAllah :)



19 August 2011

Andai Aku Ada Mesin Cahaya Masa...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org rasa korang sume mesti tengok kartun doraemon kan? Dan satu alat paling penting doraemon ialah mesin cahaya masa. Kalau takde alat tu tak wujudlah doraemon kat zaman nobita, betul tak? Kalau korang diberi peluang untuk guna mesin cahaya masa tu untuk sehari, korang nak pulang ke zaman bila?

Kalau org, org teringin sangat nak balik zaman sekolah rendah. Tak kisahlah waktu darjah empat ke, lima ke, enam ke, janji zaman sekolah rendah. Kalau org boleh balik zaman tu, ada banyak sangat benda yang org teringin nak buat sebenarnya, hehe. Antaranya :


1) Pakai tudung elok2 dan kemas sikit.
Cuba korang tengok balik gambar sekolah rendah korg. Mesti tergelak sorg2 kan? Dengan tudung senget bengetnya, lipat habis sampai muka jadi bulat, dengan rambut dengan serkup terkeluar, memang lawak je kalau tengok balik. Bila kena tag kat fb, berjela2 la komen bawah gambar tu duk gelakkan org dalam gambar tu. Ada yang siap remove tag lagi sebab malu. Kalau kita pakai tudung elok2 zaman ni, mesti dalam gambar sekolah kita la budak yang paling cun & kemas kan? :p

*Gambar masa darjah 6. Nasib baik dalam ni tudung tu elok sikit hehe*


2) Join main dengan kawan2 waktu rehat dan waktu balik.
Serius org rindu sangat waktu ni. Waktu rehat time budak2 lain tengah makan, kitorg pegi main tiang kat laluan kantin tu. Kalau kacau org lalu pun tak kisahlah. Janji kitorg seronok. Waktu balik, sementara tunggu bas sampai, main kejar2 la, main masak2 la, main konda kondi la. Time main kejar2 tu lari punyala semangat. Kain terselak pun gasak ko la. Janji dapat kejar org yang dikejar. Pastu boleh pulak sambung lagi esok bila bas dah datang. Rindu2.

*Pening kut main tiang ni. Bergerak kena laju*


3) Main ejek2 nama dengan budak2 lelaki.
Org bet korg semua mesti pernah terlibat dengan ejek mengejek nama ni kan? Kalau tak kena ejek, jadi tukang ejek. Nak2 kalau nama unik sikit, takpun nama bapak yang unik, sure kena ejek punya. Kadang2 nama biasa pun kena ejek gak. Tak paham betul. Tukang ejek dia mesti budak2 lelaki nakal yang sangatla tak matang. Kadang2 sampai menangis. Kalau org balik zaman ni, org akan ejek balik budak laki yang ejek org tu sampai diorg pulak yang menangis hahaha *gelak kejam*

*Kalau adela budak ni kat sekolah dulu memang dahsyatla beliau ni kena ejek huhu*


4) Makan kat kantin sekolah.
Satu lagi yang buat org rindu zaman ni ialah makanan2 kat kantin. Dahlah zaman tu semua murah2. Fishball dua bijik 50 sen. Fries satu plastik 50 sen. Nasi lemak, mi goreng, mi sup, laksa, satu mangkuk 50 sen. Dahlah panas2, sedap kut. Air satu gelas 20 sen. Masa tu bawak singgit pegi sekolah pun cukup, boleh makan sampai kenyang. Zaman ni kalau bawak singgit je pegi sekolah, boleh makan apa?

*Rindunya nak beratur beli makanan macamni*


5) Main game kat kelas lepas habis periksa.
Time habis periksa akhir tahun je macam2 mainan dibawak ke sekolah. Paling femes yang org ingat, tutup botol, batu seremban, kad uno dan macam2 kad lagi la, kad happy family la, old maid la, snap la. Brick game, cyberpet ngan digimon pun ada. Pastu buat grup kecil main game2 tu. Kalau dah bosan, tukar game sesama grup. Kadang2 siap lawan lagi antara budak laki ngan budak pempuan. Yang lawaknya tu, boleh pulak main game yang sama since start kelas, sampaila waktu balik tanpa rasa bosan. Kelakar je.

*Saat paling mendebarkan bila main tutup botol hehe*


Benda2 ni la yang buat org serius rindu sangat dengan zaman sekolah rendah. Masa tu study pun tak serius. Yela, budak2 kan, otak tau nak main je la. Memang enjoy la time tu. Sebab tu kadang2 org teringin sangat nak balik zaman ni. Kalau la mesin cahaya masa tu betul2 wujud, memang best kan?

Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa di post akan datang. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Ni post terakhir org akan tulis dengan bahasakan diri sebagai 'org'. Pasni org akan change kepada 'aku'. Bosanla asyik pakai 'org' je. Huhu.

04 July 2011

Culture Shock : Tahun Pertama di MRSM


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Post kali ini, adalah rentetan kepada post org sebelum ni, iaitu tentang cerita org selama 3 tahun kat SAMTTAJ.

3 tahun belajar di sekolah menengah agama, tak mudah untuk org menukar cara hidup org yg selama ni agak konservatif. Namun disebabkan impian org untuk score SPM dengan cemerlang, org buat keputusan untuk berhijrah untuk menimba ilmu di suasana yang berbeza. Oh ye masa ni org memang khilaf, org berpendapat MRSM lebih bagus dari segi akademiknya berbanding sekolah menengah agama. Walhal pada hakikatnya tak benar sama sekali. Maaf ye kalau ada sape2 student sekolah menengah agama yang terasa :(

Hari pertama bergerak ke MRSM Terendak kat Melaka, org dah merasai satu suasana baru. Maktab org ni (org biasa panggil maktab untuk MRSM) letaknya di tengah2 kem tentera. So sebelum masuk maktab kena lapor diri dulu, dan kereta akan diperiksa oleh tentera yang bertugas.

*Pintu masuk Kem Terendak*

Oh ye pada kali ini org dah menukar pakaian seragam. Orang tak pakai lagi tudung labuh, dan tudung labuh tu org gantikan dengan tudung bulat yang agak singkat sikit berbanding tudung labuh, tapi masih menutup dada. Waktu ni terasa agak ralat, sebab terpaksa mengubah cara berpakaian. Tapi org masih sedaya upaya untuk tampil sopan dan masih menutup aurat. Kain berwarna hijau org gantikan dengan kain berwarna khaki, standard warna kain MRSM.

*Warna kain khaki. Oh org pakai kain hitam sebab dah pegang jawatan. Nanti org sambung kat bawah :)*

Selepas mendaftar di maktab, org join minggu orientasi selama seminggu. Di maktab ni, kitorg dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang kitorg panggil homeroom, beserta seorang cikgu yang menjadi mentor homeroom kitorg. Dan dalam homeroom ni pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan.

Minggu orientasi ni memerlukan kitorg banyak bekerja sekali. Bekerja sekali dalam satu kumpulan, buat persembahan sama2, bercakap dan berkenalan antara satu sama lain, buat org rasa kekok yang teramat sangat. Namun org cuba sembunyikan rasa malu dan tak selesa tu daripada disedari ahli homeroom lain.

Kemudian setelah bermulanya kelas, pelajar lelaki duduk kat depan, pelajar perempuan duduk kat belakang. Namun bila tiada cikgu, adalah biasa pelajar lelaki pergi ke tempat perempuan, pelajar perempuan pergi ke tempat lelaki, bersembang dan berbual2.

Waktu ni org rasa janggal lagi. Org cuma duduk kat tempat sendiri, kemudian tiba2 beberapa org budak lelaki duduk depan org dan cuba bercakap2 dengan org. Mungkin diorg nampak org senyap sangat. Masa ni rasa malu macam nak sorok muka, tapi org cuba cover. Dan akhirnya, lama2 alhamdulillah, kitorg dah boleh berkawan :)

*Bersama kawan2 rapat :)*

Waktu ujian pendidikan Islam, org yang biasa jawab dalam jawi masa form3, teruskan menjawab dalam jawi. Serius waktu ni org tak tau yang boleh jawab dalam rumi. Waktu jawab ujian tu, seorang ustaz yang jaga ujian jeling kertas org, kemudian beliau tersenyum2.

Kemudian masuk ustaz yang lain, tengok gak kat kertas ujian org dan terus buat tanda bagus. Org dah terpinga2 tapi still teruskan menjawab. Bila dah habis ujian, lepas tanya kat kawan2, baru org tau kenapa. Tula kali pertama dan kali terakhir org jawab ujian dalam jawi kat maktab :D

*Maktab org 3 tingkat*

Alhamdulillah, waktu peperiksaan pertengahan tahun, org dapat keputusan paling tinggi dalam homeroom. Mungkin disebabkan org wajib menghafal pelbagai surah waktu kat SAMTTAJ, org rasa waktu nak memahami dan mengingati benda2 yang dipelajari waktu form 4 agak mudah (except add math, org lemah gila subjek ni) Kemudian, mentor homeroom org, suggestkan nama org untuk bertanding sebagai Badan Wakil Pelajar (BWP), ala2 MPP kat universiti camtu. Org yang tak berapa nak aktif kat SAMTTAJ, cuba nak menolak tapi org tak mampu nak membangkang keputusan mentor org tu huhu.

Lepas nama org dicalonkan, bermula aktiviti org sebagai calon BWP iaitu membuat poster dan ditampal kat sekitar maktab, kemudian bermanifesto di dewan makan disaksikan semua student, dan pergi mengundi. Semua benda ni satu pengalaman baru untuk org, yang selama ni hanya tau nak belajar je masa kat SAMTTAJ dulu.

Dan alhamdulillah, org menang untuk jawatan Biro Puteri, dimana tugas org menjaga kebajikan student2 perempuan kat asrama. Waktu ni rasa bersyukur sangat, sebab tak payah nak bekerja dengan student lelaki. Tapi still, waktu meeting dan aktiviti2 BWP yang lain, kitorg still kena bekerjasama. Bermulalah kat sini org belajar cara2 meluaskan pergaulan antara sesama BWP dan BWP MRSM lain, dan juga bekerjasama dalam apa jua perkara. Nilah pengalaman paling berharga yang tak mungkin org lupakan sepanjang hidup org :)

*Team BWP beriadah tepi pantai :)*

Syukur alhamdulillah, org meninggalkan MRSM dengan keputusan SPM yang org rasa baik, walaupun takla straight A. Kiranya tak silap org buat keputusan nak berpindah dulu, sebab org dapat timba banyak sangat pengalaman baru kat sini. Ok, cukuplah sampai sini dulu. Panjang sangat dah ni. Terima kasih sebab sudi baca kisah hidup org ni ye. Semoga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...